12/22/2011

Kecamuk

Bismillah wal hamdulillah..

"HU HU HU HU.."

Teringat dalam Rasail Ibnu Arabi (kalau tak silap), sewaktu kita dilambung ombak besar, tenggelam dan timbul. Berperang menyelamatkan nyawa. Kita cuba meminta pertolongan. "Tolong.. Tolong.. Tolong..."

Dalam keadaan terdesak, tak mampu lagi mengungkap kata yang lebih panjang. "Tolong selamatkan saya yang hampir lemas kerana saya tak reti berenang.. Tolonglahhh.."

Begitu juga hidup, sentiasa dihempas nafsu, ditarik dan dipintal syaitan, dipujuk rayu perasaan. Pada saat begini, ungkapan apakah yang dapat kita lafazkan?

Allahu..Allahu..Allahu..Hua (dia dalam bahasa Arab) Hua.. Hua.. Hua

Hu! Hu! Hu!

Dzuu Haniin
Hulurkan 'tangan'Mu Tuhan..

12/07/2011

Hailaaa.. Kenapa hidup?

Bismillah wal hamdulillah

Kadang-kadang, akibat terbeban dengan dosa yang melonggok timbul persoalan dalam benak fikiran, "Susahnya hidup di dunia. Kenapa la dihidupkan?"

Tapi bila difikir semula, andai tidak hidup, maka tidak diciptakan. Andai tidak diciptakan, tidak ada dalam IDEA Allah. Tidak berada dalam INGATAN Allah. Tidak juga berada dalam PANDANGAN Allah. Tidak juga berada dalam KASIH Allah..

Antara berdosa dipandang Tuhan dengan tiada lansung dalam IDEA dan INGATAN Tuhan, adakah melampau aku memilih berdosa?

Tapi hakikatnya kita memilih antara berdosa dan berpahala. Ermmm...

Daripada IDEA, menjadi PERBUATAN, terhasilnya makhluk. Maka, dari mana asal kita?Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun?

Kita daripada Tuhan?Ya, Allah menginginkan hambaNya kembali kepadaNya. BertemuNya. Berkali-kali Tuhan memanggil kita? Tidakkah kita dengar? Kita pekak. Kita buta. Kita bisu.

Pekak dari suara kasih Tuhan. Buta dari wajah Tuhan. Bisu dari mengadu, memadu kasih dengan Tuhan.

Malu aku nak mengaku rindu Tuhan, tapi berbuat maksiat dihadapanNya.

Wallahualam

12/06/2011

Sembang Tengah Malam

Bismillah wal hamdulillah

Panjang sembang malam tadi. Tentang masa lepas, sekarang dan hadapan. Jalan masih panjang. Dugaan dan cabaran belum terasa. Amanah yang disandarkan cuba dijaga. Dengan izin Tuhan.

Perjalanan yang tidak diketahui.[Bukit FRIM, Kepong]
Kita punya banyak masa untuk belajar. Untuk memahami. Juga untuk menerima.

Bye..

Sambung tengok movie..

12/02/2011

Aduhh..

Bismillah wal hamdulillah

Baru lepas tengok Ghost: In Your Arms Again.

Terlebih feeling pun payah kan?

Tapi ada terfikir la. Kalau nanti, isteri kita yang mati dulu, mesti sedih, sunyi, rindu. Ermmm..

Tapi ada terbaca di Facebook, andai barang pinjaman diminta kembali perlukah kita meratap memintanya kembali?

Moga bersama di dunia hingga ke syurga. Amiin...

Dzuu Haniin

ambil di wiki jer.. ni

Balik Malaysia

Bismillah wal hamdulillah

Masih di Malaysia. Makhluk di Mesir asyik bertanya bilakah mahu balik sana. Bila gua ada kat sana tak ada pun yang melayan.wakakaka

Soalan tipikal:
1. Bila balik? Berapa hari bulan?
-Soalan ni kerap di tanya oleh junior dan geng Ain Shams. Gua balik sembilan belas hari bulan dua belas dua ribu sebelas. Ok?

2. Enta balik ni bertunang ke?
-Ini soalan senior dan junior Cairo dan Alex Uni. Geng Ain Shams tak tanya sebab apa ek? Hahaha.
Kalau gua bertunang pun, gua takkan bagitahu. Wakakaka

3. Ni mesti balik kawin ek?
-Amiin..Hahaha

Apa pun doakan la gua ye. Bye.

Dzuu Haniin
Pasir Gudang.


11/30/2011

WAR! 2

[Bismillah wal hamdulillah]

Hayyu 'Asyir, Qahirah. Ijip 2020

Aku berlari mencari perlindungan. Peluru musuh sudah menebar sesat. Sebuah rangka kereta kebal menjadi pilihan. Nafas mula diatur kembali. Selawat keatas Nabi mulia terus bergetar di lidah. Aku mencuri pandangan andai musuh semakin mendekat. Aku menyapu pemandangan sekeliling mencari peluang dan mencipta strategi.

Aku melihat sisi kiri, kelihatan runtuhan Masjid Syarbini. Pada sisi kanan, Suq Sayarat sudah menjadi umpama bulan. Terlalu lapang. Terdedah.

Derapan kaki musuh semakin menghampiri. Aku memicing mata. Mencari idea. Kedudukan aku diselarikan dengan kedudukan musuh dan bayangan setiap kedudukan bangunan terzahir didalam minda. Rumah Terengganu..Langkah perlu diatur.

Aku berlari dicelah runtuhan bangunan sambil memasang telinga menganggar jarak antara aku dengan musuh. Larian pantas dilakukan, Steyr AUG LSW aku pegang erat. Berhenti. Sekarang hanya jalan raya yang memisahkan antara aku dengan Rumah Terengganu. Setelah keadaan dipastikan selamat, aku memecut berlari ke arah sasaran.

Misi aku kali ini adalah menyelamatkan rakyat Malaysia yang masih ada di Rumah Terengganu. Akibat kebodohan EM dan kerajaan UMNO, rakyat Malaysia ditinggalkan di Mesir. Seluruh harta negara sudah habis dicurahkan untuk kempen pilihanraya 2021. Tiada dana untuk membawa balik rakyat Malaysia di luar negara. Survival politik didahulukan, kroni diutamakan. Tak usah menambah dosa memaki mereka.

"Abul, aku dalam Rumah Terengganu. Ready!", aku memaklumkan kedudukan.

Aku terus ke Pos Kawalan melapor diri dan meminta mereka bersedia untuk proses evakuasi.

"Anas, arahkan semua ke Walidain. Trak sudah ready di sana."

Aku dan beberapa sukarelawan mengiringi segerombolan manusia. Namun tidak semena-mena terdengar bunyi beberapa das tembakan.

"Cepat bawa mereka pergi. Aku back up di belakang. Pantas!"


Aku segera meluru kedalam bangunan dan mendaki anak tangga ke arah sutuh (bahagian atas rumah yang tidak berbumbung).

Kelihatan sedozen angkatan bergerak kearah Walidain. Punat pada sisi Styer dipulas habis kepada sistem automatik dan diacu kepada pihak musuh. Beberapa peluru terus dimuntahkan. Bertempiaran pihak musuh mencari perlindungan. Seorang dari mereka gugur. Pihak musuh segera membalas tembakan. Aku segera berlindung disebalik tebing yang mengelilingi sutuh. Suasana sunyi sebentar. Selawat keatas nabi semakin rancak mengikut ombak jantung. Kelebihan berada di tempat tinggi adalah mampu melihat pergerakan musuh. Melalui pejera teleskopik, aku terus menembak musuh yang cuba bergerak mengejar gerombolan pelarian. Mereka perlu selamat!

Terdengar tembakan dari arah belakang. Ah! Bahu kiri terasa panas. Aku segera menoleh dan melepaskan tembakan. Musuh terus kabur disebalik dinding. Aku bingkas bangut dan memanjat tebing yang mengelilingi sutuh. Hanya ini sahaja ruang untuk melarikan diri. Aku terus melompat. Bahu kanan pula terasa perit. Allah.. Terimalah segala amal kebajikan aku.

Jeda. Sepi. Aku masih di udara. Matahari merenung tajam. Awan mengulum sedih. Selamat tinggal dunia.

Ermmm..Tapi kenapa aku masih tidak menjejak bumi?Adakah episod masih belum tamat? Matahari semakin merenung tajam menyilaukan mata. Putih.

Bersambung....

Nota Kaki:
1. Kena study dulu sebelum sambung malam ni.
2. The best way to win a war is by not fighting it- Kim Yu Shin Grand General of Sila.

Dzuu Haniin
Pasir Gudang, 2011







11/09/2011

Lolimon

Bismillah wal hamdulillah

"Nak Lolimon!", jerit Hammad dalam bilik air.

Dalam hati gua, 'apa benda alah lolimon ni..'

"Apa Hammad?Kat mana?", gua layankan..

"Nak Lolimon!!", ulang Hammad sambil keluar dari bilik air dalam keadaan bogel. Ishh.. Budak kecil ni..

"Meh sini..Tunjuk mana Lolimon.."

Hammad pun menuju kearah gua. "Kat sini.." Sambil menunjuk pada bekas mainan dalam setinggi 30cm, selebar 40cm.

"Mana?", tanya gua..

Susah amat untuk difahami bahasa kanak-kanak. Tak tahu apa kehendaknya. Kepala gua kebingungan. Cuba mencerna patah bahasanya. Lemon? Lolipop? Arghhh... Ini bukan laras bahasa keintelekan gua.

Gua ambil bekas mainan tersebut, gua taburkan atas lantai..Haaa.. Carilah!

"Haaa.. Jumpa Lolimon!!", jerit Hammad.

Laaaa.. Rupanya DORAEMON!

Gua mengutip satu persatu barang permainan yang berterabur. Sambil termenung jauh. Bahasa Tuhan. Ya, begitu juga bahasa Tuhan. Kadang-kadang ia buka sesuatu yang selaras dengan ke'intelek'an kita. Bukan dalam kefahaman. Jadi limpahkan sahaja seluruh tenaga mengikut jalan Tuhan!

Wallahu'alam..

Dzuu Haniin
Pengasuh kanak-kanak yang banyak songeh.

DAIM

Bismillah wal hamdulillah

1. Baru aku tahu cara makan coklat DAIM ialah dengan mengunyah. Dulu masa sekolah, cikgu selalu bagi aku coklat DAIM. Tapi aku tak berapa minat. Sebab bila aku HISAP, ia menyakitkan lelangit.

2. Sejak balik Malaysia, asyik sakit jer.. Tak menarik.

3. Kembali belajar memandu. Pakcik Mohd Nor tu kembali membebel. Peh!

Aku harap, aku akan kaya dan ada pemandu.

4. Tak sabar nak balik Mesir. Sebab Mesir dah sejuk kan? Rindu Cik Sara..toga..

Ok. Nak qialullah..


10/18/2011

HIMPUN

Bismillah wal hamdulillah

Gua tengah bosan, jadi ushar-ushar tentang program HIMPUN.

Maka pasti orang akan membandingkannya dengan BERSIH. Kalau BERSIH 2.0 boleh turun berbondong-bondong, tapi kenapa tidak HIMPUN?

Pertama :
Status HIMPUN dan BERSIH adalah sama. Kononnya tak berdaftar. (gua dah check di ROS).

Tapi...hehehe.

Kedua:

Jika BERSIH menyenaraikan 8 tuntutan. HIMPUN juga ada objektifnya yang tersendiri.

Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

(gua ambil dari fesbuk HIMPUN)

Komen gua.
1. Tuntutan diatan lansung tiada nada mendesak. Sedangkan kuasa berhimpun adalah untuk mendesak.

2. Pembawaan tersebut tak menyelesaikan masalah pokok isu murtad. Pada fikir gua, pastinya pada pendidikan dan pengagigah wang zakat.

3. Disebabkan tiada pihak yang tergugat dan terancam, maka himpunan ini tidak terasa lansung ke'thrill'an ia berbanding BERSIH 2.0.

4. (gua nak publish tapi rasa nak tambah pula.) Isu akidah ini dah jadi isu sensasi semasa pilihanraya. Cubalah tanya orang yang dah lama terlibat dengan FORKAD. Ermmm..Kamben!

5. MCA, MIC, DAP, SIS, sempat lagi nak buat provokasi. Kasi hangat la sikit. Lembap! kah kah kah


Tiba-tiba gua rasa mengantuk. Kalau rajin sambung. Hahaha

Nota kaki :
1. Tuan guru gua suruh ikut turun sekali. Bila turun, baru layak untuk komen. Tapi hari tu gua ada date dengan Uncle Malai, belajar kereta di Sri Perak. Hehehehe

2. Selamat Maju Jaya kepada HIMPUN.

3. Apa lagi ek?

Dzuu Haniin
Apa beza manusia berhimpun dengan kambing berhimpun?



10/15/2011

In My Head

[Bismillah wal hamdulillah] [karpen]

Aku mengusap kepala si kecil yang tersadai di dadaku. Rambutnya perang. Kulitnya putih. Entah menurun ikut siapa..

Apa agaknya yang dimimpikannya. Ben 10? Upin Ipin? BoboiBoy? Angry Birds? Itulah hidangan kanak-kanak sekarang. Mainnya Ipad dan Galaxy Tab. Alaa..Aku dulu pun duduk bertapa dalam rumah juga. Mana ada main permainan kampung. Tapi dulu menghadap buku. Kalau cuti sekolah pula hafal sifir dan bacaan solat. Nerd!

"Bang, meh saya ambil dia.", tiba-tiba suara dari sebelah menggetar gegendang telinga.

"Tak apa la. Nanti abang angkat dia." balas aku.

Dia melabuhkan duduknya di sebelah aku. Menghadap langit bersih. Bagai semua bintang itu telah divakum hingga tidak tertinggal barang sebutir pun. Angin pergunungan pula membelai lembut. Nyaman.

"Jauh termenung.. Tak nak kongsi?" tanya dia dengan lembut.

Jeda. Aku tak menjawab.

"Tak apa la.. Saya tak paksa kalau abang tak mahu cerita. ", pancing dia. Riak wajahnya aku boleh baca. Tafsiran kepada penyataan sebentar tadi adalah begini, 'Kalau abang tak cerita, esok makan telur dadar, nasi kosong kuah kicap!'

"Nak cerita la ni..", sambil menyungging senyum.

"Nak tau tak?", tanya aku.

"Ermm?"

"Sebenarnya, sehingga hari ini saya rasa awak terlalu baik untuk saya.", aku memandang dia.

Dia pula tetap tidak mengubah sudut pandangannya. Menyapu dada langit yang sedia bersih.

"Saya terima abang seadanya. Abang pula menerima saya seadanyakan?", ujarnya.

"Jadi isu tadi tak timbul.", tambahnya.

Jeda. Bisik angin mengisi ruang dan masa. Masing-masing entah melayan perasan dan fikiran sendiri.

"Jom masuk. Dah lewat. Sejuk, kasihan pula budak kecil ni.", ajak aku. Aku bingkas dari tempat duduk sambil mengangkat budak 3 tahun. Langkah terarah masuk ke dalam rumah.

Tiba-tiba pinggangku dipaut. Aku memandang menghasilkan kerut wajah tampak tanda tanya. Dia hanya tersengih dan berkata, "Terima kasih."

Rupanya aku masih belum memahami makluk bernama wanita.

Sekian.

Nota kaki:
1. Sengaja praktis menulis. Berangan. Alirkan idea.

2. Malam ini sangat sepi.

3. Serba salah. Ketahuilah, saya sangat teruk.

4. Termenung.

5. Siapa boleh bantu saya? Teringin nak terbitkan novel. Tapi tak tahu mana nak mula. Hahaha.

Dzuu Haniin
Lelaki yang teruk.








9/18/2011

Theophylline

Bismillah wal hamdulillah

"Ni minum kopi Radix..", pelawa seorang ustaz. Peminat HPA.

""Minta maaf ustaz, tak boleh minum kopi.", balas gua.

Sehingga hari ini kepala ni berpusing, caffeine hang over. Bahana minum kopi satu jug. wakakaka..

"Kopi Radix ni tak apa..", ustaz tu membidas.

"Ustaz..benda yang keluarkan warna macam teh dan kopi ni ada theophylline. Kemudian ada caffeine. Boleh mengakibatkan sakit kepala. Theophylline ni guna kat bronchial asthma, pastu dia affect jantung.bla..bla..bla..", gua jawab dengan hujah.

Ingat gua kena dur thani bodoh ke. Tiba-tiba emo semacam. Gua yakin ustaz tu tak mempunyai lintasan hati seperti itu. Tapi gua yang sengaja mahu mengemosikan diri. Sedih.

Penat. Pening. Kecewa. Entah macam-macam rasa. Amat payah kali ini. Gua memerlukan keajaiban!

2-3 hari lagi gua akan pulang ke Malaysia. Membawa hati. Mencari ketenangan. Menggali kekuatan. Mengais inspirasi di celah-celah timbunan dugaan. Ni apa pasal bermadah pujangga sangat. Hailaaa.

Dah la. Esok ujian lisan dan praktikal Pharma pula. Nak tidur. Malas nak fikir macam-macam.

Alone..
Dzuu Haniin

9/03/2011

Ha!

Bismillah wal hamdulillah

Dia selalu memberi semangat. Menguatkan. Meneguhkan hati. Menjernihkan pemikiran.

Ermmm...

Lalalala...
Dzuu Haniin

9/01/2011

Ketahuilah

Bismillah wal hamdulillah

1. Interface blogger ni boleh tahan semat. Rasa lapang jer.

2.Tonsillitis. Ni mesti akibat minum air paip (walaupun memang Allah la yang buat sakit). Pergi beraya lepas tu minum air macam-macam. Badan jadi lemah nak demam.

3.Tengah angau.

4.Saya nak periksa 6hb ni. Tak ada ke yang temankan saya study.

5.Saya rasa saya kacak.

6.Ini adalah blog manusia paling perasan atas muka bumi.

7.Saya mata keranjang. Bukan bermatakan bola keranjang.

Sekian.

Rindu adalah satu kegilaan
Dzuu Haniin

8/29/2011

Golek-golek

Bismillah wal hamdulillah

Aku guling-guling ke kiri ke kanan. Termenung menatap siling. Sunyi. Sambung guling-guling.

Bosan.

Kalau ada anak bini best la juga.

Sebut pasal bini, kawin, nikah ni, semalam masa berbincang projek filem raya dengan abang Muaz, aku tanya dia.
"Abang dah nak dekat 30 ni tak rasa nak nikah ke? Kat sini semua orang excited giler nak berkahwin."

Gelak-gelak disusuli selepas itu. Tahun 2010 kawan menikah. Tahun 2011 junior menikah. Akhir tahun ni, seorang bakal mahasiswa pula (belum sampai Mesir) dah nak menikah. Power!

Abang Muaz tersengih, "Sibuk-sibuk dengan kerja, abang pun tak sedar yang umur nak dekat 30." Dia gelak-gelak.

"Lagipun kat Malaysia susah nak cari orang. Entah-entah lelaki lain dah sambar dulu ke.."

Perghh..Aku terkedu. Moga diselematkan aku dan keluarga dari termasuk keturunan yang fasik.

Aku kembali termenung. Guling-guling. Golek-golek atas tilam. Suatu azam telah cuba digentel-gentel supaya bulat dan tetap.

Jom tidur!


Dzuu Haniin
Rendang Hamster pun cool!

8/25/2011

Saya Sayang Awak!

Bismillah wal hamdulillah

Selamat berpuasa. Walaupun tinggal beberapa hari sahaja lagi bakal berlalu bulan Ramadhan.

Saudara Nurilhakim (nama Nadir ek?lupa..hehe) asyik bertanya bila nak kemaskini blog.

Maaf. Sebab agak sibuk. Semalam baru lepas KUNTUM. Sekarang nak ulang kaji untuk dur thani (repeat paper) pula.

Semasa berlansung program KUNTUM, ada satu sesi LDK yang dimana ahli LDK bertanya kepada saya,

"Sedih tak kena dur thani?"

Lantas saya menjawab, "Tak. Gembira."

Itu hakikat sebenarnya. Tidak seperti dur thani ketika tahun 2 dahulu. Saya sangat kecewa bila dapat khabar kena dur thani. Waktu itu memang jangkaan saya untuk beraya di Malaysia. Bila tak dapat raya sangat sedih la.

Tapi berlainan dengan tahun ini. Sedikit pun tak kecewa. Walaupun keinginan untuk beraya itu sangat memuncak. Beberapa rancangan telah dibuat. Tapi hati ni terus tenang.

Suatu kurnia dari orang yang kita sayangi. Tambahan dia itu sangat mengenali kita. Sangat kasih pada kita. Adakah kita berasa pemberiannya satu yang silap? Meskipun kalau orang itu tersalah memberi hadiah, kita tetap gembira. Kerana itu pemberian sang kekasih.

Inikan pula Tuhan! Tuhan bro! Bukan ibu, ayah. Bukan awek atau bini. Bukan sahabat baik atau musuh. Dialah Tuhan Pencipta kita. Mustahil kalau dia tersilap.

Daripada Brader Abdur Rahman, daripada Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bentani,

"Redha itu rehat. Sabar itu penat."

Andai kita ada tenaga untuk gelisah dengan perkara lepas, lebih baik setiap tenaga tersebut digunakan untuk mengubah masa hadapan.

Wallahu'alam

Babai

Dzuu Haniin
Saya yakin saya kacak!Sekian.

8/06/2011

Melankolik Merapu

[Bismillah wal hamdulillah]

Apa diingatkan pada masa yang lalu
Cuba kau lihat, tenungi mataku
Terungkap beribu lagu hanyalah untukmu
Tiada yang lain lagi

Kaki keras melangkah ke mahattah Damerdash, duit syiling 1 pound mesir yang berwarna emas di tengah dan dikelilingi warna perak dihulur kepada penjaga kaunter. Bertukar tangan antara duit syiling dan tiket metro.

Pada senyum mu, pada tawamu kasih,
Ada kebahagiaanku, warna hidup ini
Andai wajahmu, tak ku sua kembali
Khabarkan oh angin, Hidupku tiada bererti

Quran dibuka dan ditatap sementara menunggu ketibaan metro(macam LRT), hati yang dilanda ombak rindu perlu dibenteng dengan pemecah ombak.

Berikan resahmu, kan ku bawa nun jauh,....
Dapat kau lihat, pemandangan itu,....
Tersimpan seribu satu rahsia tiada lagi....
Berputar-putar berguling riang ketawa bernyanyi merdu sungguh......
Pada senyum mu…

Segalanya salah aku. Aku yang membikin resahmu. Andai masa silamku bukan suatu yang tersisip dicelah helaian sirah.

Moga diberi kesempatan menatap senyummu sehingga ke syurga..Amiin..

Wallahualam

Dzuu Haniin
Berjiwang di pagi ramadhan..
*baca dengan berlatarkan lagu Pada Senyummu oleh ROSIN. sini

8/03/2011

Yo!

Bismillah wal hamdulillah

Exam dah habis lama. Tapi blog tak update.

"Waktu periksa adalah waktu bercuti. Waktu bercuti adalah waktu bekerja.", Gua.

Habis sahaja exam, esoknya dah bekerja. Meeting bagai. Hari-hari keluar rumah kecuali semalam. Lepas terawih 8 rakaat terus tumbang. Penat!

Walau apa pun tugasan, kerja, perjuangan, amalan di bulan Ramadhan tak boleh ditinggal.

Aim bulan Ramadhan.

1. 3 kali khatam Quran.

2. Khatam Risalei Nur : The Letter

Dua sahaja. Tapi...hehehehe. Komitmen diperlukan.

Ok. Jom sambung baca Quran! Bye..

Nota kaki :
1. Kepada makwe-makwe, serius gua sibuk. Maaf.

2. Kurangkan hiburan ye kawan-kawan. Fokus pada ibadah. Kalau dalam Ramadhan kita tak berdisplin, luar Ramadhan?

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Itu Ini Begitu Begini

7/24/2011

Fiksi

Bismillah wal hamdulillah


ni MV Fiction BEAST


Meraban apa entah layan lagu ni. Tengah asyik mencari drum cover yang menarik, tiba-tiba terjumpa. Lepas itu termuat turun. Kemudian terdengar dan terulang-ulang sehingga sekarang. Cis!

Tapi itu hakikatnya, semua yang berlaku adalah fiksi. Rekaan diri sendiri. Aku mereka suatu cerita supaya aku lebih kuat. Lebih yakin. Lebih tenang.

Fantasi?Khayalan?

Sejak bila hidup ni pernah nyata? Hidup ni sendiri adalah suatu khayalan, bayangan dari sifat Allah. Yang real hanya Allah.

Ok la..Bye!

Nota kaki:
1. Esok exam Parasitology. Jam berapa ek?

2. Semalam ada rusuhan depan universiti gua. Sampai runtuh pintu pagar. Ada orang terbakar. Kereta pecah. Tembak menembak. Coolio!

3. Bila nak menikah ni?Tetiba jer..hahahaha

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Awek depan rumah dah pindah..

7/22/2011

Aku Yang Buta

Bismillah wal hamdulillah



Aku yang buta. Aku yang tak tahu. Aku yang bodoh!

Sekalian waktu, meski tanpa waktu, Tuhan terus mencintai aku.. Tapi aku yang bodoh, buta dan tuli..

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Terlalu sikit ingatan pada Tuhan di sisi aku!

7/18/2011

Lemah

Bismillah wal hamdulillah

Saat ini adalah saat jiwa ditahap paling lemah. Berkecai. Hancur.

Putus asa.

Allah!

Mata mula bergenang dengan air.

Lemah.

Buntu.

Termenung.

Jika ada manusia yang berputus asa dengan dunia, maka anbiya' adalah yang paling awal sekali patut berputus asa.

Tetap rasa lemah.Kamben!

Mungkin aku perlu tidur dan kek batik. Bye!

Syeikh Murabbit al-Hajj (sumber)
Nota kaki:
1. Mungkinkah gua perlu batalkan hasrat pulang ke Malaysia? Gua perlu mencari sesuatu. Mauritania?

2. Bila gua kata jangan tanya tentang exam, maka?

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Hero pun menangis!

7/17/2011

Bukan M1 Agonist

Bismillah wal hamdulillah


Yo! Esok exam pharma. Ada beberapa muka surat lagi belum habis baca. Yeah!

Menyampah!

Hehehe..Kurang-kurang ada juga di hati walaupun negatif. *Positif thinking! Aha!

Sambung baca buku.

Siempre recuerdo. Always remember. Sentiasa diingati.

Nota kaki :

1. M1 receptor of cholinergic for short term memory. Yosh!

2. Jam 10 pagi waktu Mesir, 4 petang waktu Malaysia. Doakan!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
el moro for life!

7/14/2011

Bebas!

Bismillah wal hamdulillah..

Lama tak menulis kan?Baru nampak rajin studi sikit..hahaha. Tak habis lagi exam la..

Baca ini!

Ketar kaki beb!

Gua dah sedia untuk tanam lada, jagung dan limau. Bela kambing, lembu dan ayam.

Hahaha..Gatal mulut. Moga dijauhkan la..Doa belaka dilindungi dari orang zalim.

Allah dah sebut dalam Quran orang yang berjuang atas jalan Allah ni akan dilaparkan perut mereka. Ditarik bantuan.

curi dari fesbuk Ahmad Fahmi Sulaiman
Saat ni baru rasa nak bebaskan diri. Kata Saidina Nabi Isa a.s.

"Manusia dilahirkan dua kali. Lahir dari jasad. Lahir dari perbuatan. Seperti lahirnya telur dari burung. Burung dari telur."

Saat ni juga berasa keimanan kepada Allah.

Saat dunia ditarik dari hati, gundah gelana jiwa. Moga Allah gantikan keterikatan ini dengan satu yang kekal. Biar hati ini terus terikat padaMu.

Sambung studi pharma yang kacang!

Nota kaki:
1. Kalaulah.., balik kerja kampung. Rasa ada awek nak pandang gua? Ceh! Dunia juga yang dipandang..Kah kah kah

2. Tenanglah wahai hati. Yeah!

Haa..Ada awek nak tuju lagu ni pada gua tak? keh keh keh

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Hero..

7/09/2011

Untuk Mereka Yang Berjiwa Muda

Bismillah wal hamdulillah

Selamat memBERSIHkan negara kepada mereka yang masih muda. Hanya mereka yang tua bangka berbongkok tiga sahaja tidur di rumah tidak peduli hal ehwal negara.

Berjuanglah dimana sahaja kamu berada. Di jalanan, stadium, dataran, lokap, rumah, hadapan laptop meskipun di dalam tandas!. Yang penting kamu berjuang!

Sila malu jika orang tua sanggup turun dari Marang, Terengganu.

Sila malu pada apek cina yang seorang diri mengebarkan bendera Malaysia dan menyokong BERSIH di tengah bandar.

Sila malu dengan Pak Samad yang penuh uban.

Sila malu...

Bye!

Nota kaki :
1. Bersemangat berjuang dengan buku.

2. Jiwa adalah anggota yang tidak duduk pada ruang, masa dan waktu. Amat rugilah jika muda bergetah tapi penakut mengalahkan kambing.

3. Esok rakyat Malaysia di Mesir turut berhimpun! Jom berkumpul di dataran Hayyu 'Asyir.
(Tayang muka sekejap, kemudian masuk rumah baca buku..)

4. Walaupun saya sokong BERSIH, tapi saya tetap tak mahu kertas jawapan Pharma saya nanti bersih.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
An-Nazafatu min al-Iman, Bersih itu sebahagian dari Iman.

7/03/2011

Laporan Separuh Masa Pertama Peperiksaan Akhir Tahun

Bismillah wal hamdulillah

Otak

Situasi masih terkawal. Walaupun wujud sedikit gelombang pemberontakan oleh neuron. Tapi semua kembali stabil setelah injeksi dalaman diberikan. Seperti tawaran pulang ke Malaysia, makan restoran cina dan nikmat tidur selepas exam.

Tapi kesan dari pemberontakan, banyak kerosakan berlaku. Maka kepala seperti bingung dan bengong. Kepeningan. Ditambah kesan sampingan dadah, seperti kopi perisa Hazelnut dan Mocha, otak sangat lelah.

Badan

Akibat Psychological Fatigue, badan turut berasa penat. Kalaulah ada yang picit-picit badan ni kan seronok. Mesir ada rumah urut tak? Bunyi rumah urut macam gua nak buat benda tak senonoh jer. Ishh

Tindakan

Tidur dan menonton Gintama.

Bye~

Nota kaki:
1. Ada seorang ustaz bertanya pada gua. "Bekas apa yang haram digunakan tapi bukan emas dan perak?"

Dengan mudah gua menjawab, "Bekas isteri (isteri yang sudah diceraikan)." Sambil berlalu pergi untuk pulang ke rumah. Sah! Gua genius..

Jawapan sebenar :

Jawapan yang akan saya berikan ini adalah petikan daripada jawapan al-Imam Isnawi al-Syafie al-Misri rahimahullah ( wafat 772 H ) : Bekas yang dimaksudkan ialah bekas yang diperbuat daripada kulit Manusia..Ini kerana manusia itu adalah makhluk paling mulia di sisi Allah taala, jadi disebabkan kemuliaan tersebut, maka bekas tersebut menjadi haram utk digunakan secara mutlaq walau utk apa sahaja tujuan penggunaannya..[Dari komen Fesbuk Sidi Tuan Guru Ustaz Nazrul Nasir]

(Ok la kan?Isteri pun manusia juga..Memang sudah takdir sebagai genius. Haishh..)

2. Esok ujian oral pula. Gua tak mahu kelihatan bangang tahap panda dihadapan doktor seperti ujian oral Pathology baru-baru ini.

3. Bahaya! Budaya kuning sudah mula merebak pada pelajar Mesir. Gua balik rumah, kelihatan ustazah-ustazah (merujuk pada pelajar pengajian Islam) sudah mula letak kain kuning pada tudung mereka. Bidaah! Kah kah kah!

4. Tabiat berdebat gua dah kembali. Habis sesiapa yang bantah kuning-kuning gua bantai..Adeiii..

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Gua memang otak kuning

7/02/2011

Pesta

Bismillah wal hamdulillah

Benar. Belajar adalah satu cuti. Percutian adalah hari bekerja.

Bercuti dari perkara yang lagha(kurang la sedikit laghanya.hahaha). Bertambah ibadah. Makin hampir dengan Tuhan.

Tapi bila bercuti, kau sibuk. Sibuk melayan nafsu. Nak makan. Makan. Makan. Makan.

Ok. Sebentar lagi akan berlaku pesta. Pesta Mikrobiologi. Yeah!(tangan di dada, pandang ke atas)

Sambung semula membaca dan buat nota. Bye~

Nota kaki :
1. Gua pergi ke universiti nanti bukan dengan niat jawab peperiksaan. Tapi matlamat lepas peperiksaan itu lebih BESAR! Nak pergi makan restoran cina. Makan banyak-banyak!

2. Mikrob ni comel tau. Macam Park Shin Hye je gua tengok. Kiut!

3. Mada-mada dane!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Baju One Piece..Baju One Piece..Baju One Piece!

6/30/2011

Transformer

Bismillah wal hamdulillah

Cik Formspring soal gua.

"Kalau lu Transformer, lu mahu bertukar jadi apa?"

Dalam otak gua ingat 1 benda.

STEP UP TRANSFORMER!

Sekian!

Nota kaki :
1. Jadilah mereka yang kuat dan menguatkan. Jangan jadi step down transformer ye.

2. Saya pelajar cemerlang Fizik!

3. Saya nerd!

4. Bumble Bee boleh masuk panggung tak?HAHAHA

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Sebenarnya dalam otak gua ingat bumble bee.

6/29/2011

Respiratory Burst!

Bismillah wal hamdulillah

Macrophage ni ada dua cara bagi beliau nak menghapus mati segala anasir-anasir jahat yang cuba merasuk badan. Bunuh bagi BERSIH!

Gua suka Oxygen Dependant. (suka hati jer nak suka tak suka ek)

Oxygen Dependant ni menggunakan reactive oxygen intermediate macam hydrogen peroxide atau reactive nitrogen intermediate seperti nitric acid. Dua benda alah ni memang toxic kepada makhluk-makhluk halus.

Kalaulah hati nurani gua ada macrophage macam ni.....

Ok. Sambung studi Immunology! Bye~

Nota kaki :
1. Gua peminat tegar kain pelikat! Tak kira..

2. Butuh itu perlu. Bisa itu boleh. Gampang itu mudah. Sungguh itu sungguh.
GAMPANG SUNGGUH!

3. Mahu seperti Adaptive Immunity. Makin diserang makin kuat!

4. Jangan biarkan diri anda dijangkiti Akut Lemah Iman.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Sabar..

6/28/2011

Kontaminasi Bukan Makan Nasi

Bismillah wal hamdulillah

Jam menunjuk 6.20 pagi. Sambil dengar lagu Hoot-SNSD mata aku dah layu. Menahan kantuk. Mahu menghabiskan pembacaan tentang virus pagi ni juga.

Ok. Jom sambung studi. Bye~

Nota kaki:
1. Betulah..Kalau selalu ushar awek, susah nak fokus ketika membaca.
Gua 'teramal' ghodul bashar(menjaga pandangan) sebab sibuk sangat studi. Tiada masa nak ushar awek-awek.

2. Otak ni dah dikontaminasi dengan virus dan bakteria. Tak apa, nanti kita tambah dengan berfoya-foya di City Star. Ushar awek-awek Arab. Wakakaka

3. Sila bertaubat. Astaghfirullah...Enta tak thiqah syeikh..

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
HSV-1,2, Varicella-Zoster, Cytomegallovirus, Epstein-Barr, HHV-6,7&8

6/26/2011

Malas

Bismillah wal hamdulillah

Malas juga satu nikmat. Neraka itu satu nikmat. Dosa satu nikmat. Murka Tuhan pun satu nikmat.

Rajin boleh jadi bala. Pahala menjadi dosa. Syurga menjadi kufur. Redha tetap redha.

Jadi gua mensyukuri kemalasan gua. Gua dah penat melayan tuhan-tuhan itu. Gua mahu memberi kesempatan pada diri melayan nafsu. Memuaskan kehendak diri sendiri. Persetankan yang lain. Kalau gua rajin, nanti gua layan la.

Jom layan SNSD-Merry Go Round. Peduli la orang kata ketinggalan pun.HAHAHA

Bye!

Dzuu Haniin
SeoHyun comel. Lalala

6/25/2011

Empayar Malaysia

Bismillah wal hamdulillah

Gua baca satu blog tadi. Ini http://ohaduhai.com/elaun-yang-dipertuan-agong-sultan-dan-kerabat-diraja-malaysia/

Raja-raja sebelum jadi raja mereka ni apa?

Ok. Gua dah berangan satu benda yang menarik. Boleh masuk dalam senarai angan-angan.

Nota kaki:
1. Ketika gua berumur 4 tahun, gua berangan untuk menjadi diktator. Gua nak jajah dunia.
2. Sesiapa nak sertai guling mengguling ni? Boleh mula hantar resume ye.
3. Apa-apa pun buku Microbiology kena habiskan dulu bro!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Moga Allah kabulkan angan-angan ini!
*nampak tak aura kejahatan?HAHAHA

6/24/2011

Fuh! 2

Bismillah wal hamdulillah

Kali ni benar-benar FUH!

Benda yang aku tak boleh tahan bila ada orang perempuan menangis. Ya Allah!

Tangan aku dah macam orang kena hyperthyroidism. Ala-ala Parkisonism.

Aku nak masuk campur, bukan urusan aku. Nanti dikata masuk campur pula.

Wei!! Aku nak study la... Tolonglah berfikiran waras sedikit.

Kau buat aku trauma tau! Dengar bunyi benda jatuh pun jatung aku dah berdebar sekarang. Tolonglah jangan dera mental aku.

Wahai Cik Otak yang cantik, sila bertahan. Bertahan!

FUH!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Kanak-kanak didera mentalnya

Real Dengki

Bismillah wal hamdulillah

Gua tengok blog ni http://darwishndarwisya.blogspot.com/.

Dengki. Cemburu. Tapi bukan dengan niat menghilangkan kebaikan itu pada orang tersebut tidak mengapa.

Jadi gua perlu lebih tekun lagi! Lagu CNBLUE korea tu boleh hafal, inikan pula Quran. Cis!

Nota kaki:
1. Apa-apa pun study Microb wei!!
2. Nak balik! Nak balik! Nak balik! Tahun ni mahu beraya di Malaysia!!!
3. Rindu.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Samurai Heart!

6/22/2011

Api Cemburu

Bismillah wal hamdulillah

Seperti suatu yang membakar hati. Perit dan panas. Cemburu. Aku lekas ke dapur meneguk air. Menenang hati.

Oh! Tiba-tiba aku kesal. Hidup ini memang gambaran dari Dia. Gambaran Tuhan kepada mereka yang bertuhan. Kita semua membawa sifat dan perbuatan Tuhan.

Andai aku punya sayang. Maka Dia lebih menyayangi. Andai aku punya cemburu. Maka Dia lebih cemburu. Tunduk aku pada rahmatMu. Lemah aku bagi melihat gagahMu. Lalai aku bagi melihat caknaMu. Sekali lagu kesal dengan ghaflah. Kecewa. Duka.

"InnaAllaha yuhibbu al-mudhtar.", pesan Syeikh Hamza Yusuf

Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang terdesak. Tersepit. Ya, aku tersepit dengan nafsu. Selamatkan aku Tuhan!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Terjelepek lemah pada Qudrah Tuhan

6/21/2011

Kelekatu

[bismillah wal hamdulillah]

Hidup ini adalah satu pencarian. Mencari sesuatu yang memuaskan. Memuaskan hati, akal mahupun jasad.

Ada yang mencari harta. Tak terlepas makanan, pasangan, pangkat atau apa sahaja untuk memenuhi kehendak. Bukan keperluan. Amat sedikit yang mencari Tuhan. Itu asasi.

Aku kelekatu. Pencari cahaya. Hidup aku singkat. Tapi hanya mencari cahaya yang tak memberi apa-apa. Tidak memberi keuntungan fizikal. Kepuasan yang melangkau satu tuntutan biologi.

Tapi itu adalah naluri aku sebagai seekor kelekatu. Mencari cahaya. Aku tidak dapat lari dari cahaya itu walaupun sedaya upaya aku cuba lari. Aku tetap kembali kepada cahaya. Aku yang lemah!

Cahaya ini amat pelik. Sekalipun aku cuba memejamkan mata, tetap masih kelihatan. Ia seperti merasuk mata aku. Ingin sahaja aku butakan mata ini. Tapi aku tahu Cahaya tak mungkin hilang.

Aku punya seorang rakan. Dia membutakan matanya dengan anggapan dapat melarikan diri dari cahaya. Tapi sebaliknya yang berlaku. Dia menjadi pengabdi cahaya yang tegar.

Kata beliau, "Cahaya tak mungkin membakar mataku, tapi ia telah lama membakar hangus hati aku. Sehingga aku tak punya hati untuk dipalingkan selain dari cahaya."


Mungkin sahaja ada yang beranggapan kami seperti Balqis. Tapi, bukanlah cahaya yang zahir itu disembah. Tapi disebalik cahaya itu ada cahaya yang lebih terang. Cahaya yang menghasilkan cahaya. Cahaya yang menurunkan cahaya. Dari Zat ke Sifat. Sifat menurun ke Perbuatan. Perbuatan yang mencipta. Dari Jabarut ke Malakut. Melimpah pula ke Muluk. Pantulan demi pantulan. Dari yang Tunggal kepada Jamak. Pada cahaya itu kami tundukkan kehendak nafsu. Kerana aku juga cahaya yang memantulkan kepada yang melihat.

Akhinya, aku gugur di lantai alam. Sayap aku putus. Nyawa disakarat. Aku redha. Sudah jalan takdir aku seringkas ini. Sudah tiba masanya untuk aku terbang dengan sayap makrifat bertemu Zat. Cahaya.

Sang Pencari Cahaya.

Wallau'alam

Dzuu Haniin
5.43 a.m.
Jangan tertipu antara api, neon dan lampu kalimantang.

6/19/2011

Post-Patho & Papi

Bismillah wal hamdulillah

Kali ni gua nak himpun dua tulisan dalam 1 entri. Sebab esok ada ujian oral pula. Bersedia untuk disoal siasat oleh doktor.

Komen untuk kertas Pathologi, "KAMBEN!"

MCQ gua jawab guna firasat wali-wali. Jawapan yang muncul pertama sekali dalam otak, itulah yang gua tanda. Amacam? Ada yang berani nak cuba?

Bagi kertas subjektif. Memandang dadu tidak boleh digunakan, maka agak payah untuk menjawabnya.
Waktu inilah kemampuan intelektual diuji. Gua dah janji pada diri sendiri tak mahu menggunakan sharingan dengan melihat orang hadapan. Mahupun menggunakan bicara sufi dengan orang sebelah. Jadi, inilah cabaran yang sebenar.

Keluar dewan badan dah longlai. Ibarat setitis air pada kain mahu diperah bagi memenuhi satu mangkuk. Memang mangkuk!

Ok. Selesai bab imtihan.

Syeikh Muhammad al-Yaqoubi
Syeikh Usamah dan Syeikh Muhammad al-Yaqoubi
Serius gua ingat Syeikh Muhammad al-Yaqoubi ni orang mat saleh. Macam Syeikh Hamzah Yusuf. Sebab gua dengar kuliah beliau di Youtube, beliau bercakap dalam bahasa Inggeris.

Rupanya, syeikh berasal dari Syria. Tadi Syeikh Usamah cerita latar belakang Syeikh Muhammad. Gua faham la sepatah dua. Syeikh Muhammad ni datang dari keluarga ulama'. Dalam kalangan mereka yang menghafal banyak hadis. Lepas tu gua tak berapa faham. Masuk ke laut. Tapi seronok tengok orang soleh. Seronoknya kalah tengok SNSD. Ok..Itu teruk! Mahu kenal lebih dalam, boleh baca di sini.

Seterusnya. Papi!

Esok Hari Bapa. Gua tak tahu ayah ada di laut atau di darat. Nak telefon, kredit low rate voip tinggal beberapa sen je. Tak munasarawak nak call.

Lama juga termenung memikirkan kenangan-kenangan dengan ayah. Tapi tak banyak yang menarik untuk dibabatkan.

Tapi saya rindu perut ayah yang besar itu. Hahaha

Saya rindu dengkuran ayah..Bom nuklear belum sebut lagi. Wakaka..

Saya rindu ayah saya yang cool. Bila ummi membebel pada anak-anak, ayah rilek jer tidur.

Tangan ayah dan saya sama saiz. Tapi, tangan ayah kekar. Penuh dengan otot. Lengan ayah juga dua kali ganda dari gua punya.

Harapnya tahun ni kita dapat beraya bersama. Waaa..Nak balik raya!!



Cucu dengan atuk sama je muka
Peh! Macho.

Nota kaki :
1. Selamat ayah tak reti dengan dunia teknologi ni. Nak guna telefon bimbit pun terkial-kial. Hehe..

2. Kita selalu sebut lemah semangat. Maka ubatnya, suhbah(bersama) dengan orang soleh. Orang soleh ni punca rahmat Allah turun. Jadi, kerapkan bersama dengan mereka. Sekurang-kurangnya tonton video pengajian mereka. InsyaAllah..

3. Nak tidur. Bye~

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Lelah..

6/17/2011

Pain

Bisnillah wal hamdulillah

Sakit semalam yang akan menjaga kita daripada dilukai esok.

Tapi jika sentiasa sakit, tiada lagi rasa itu. Habituation.

Sakit yang menjaga kita. Jadi jangan takut untuk berasa sakit.





Nota kaki :
1. Esok peperiksaan bagi subjek Pathologi. Entah la.. Banyak main.
2. Tapi selagi punya peluang, akan terus berusaha!
3. Jika ada masa untuk mengeluh, lebih baik gunakannya untuk berusaha.
4. Hilang sudah thiqah dibuang ke laut. Hahaha..[Thiqah adalah sejenis makanan orang 'baik' dan baik.]
5. Menjadi gagah bukanlah satu pilihan tapi satu kemestian. Pecahkan dinding lemah!!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Kanak-kanak banyak dosa.

6/16/2011

Fuh!

Bismillah wal hamdulillah

Wahai Encik Blog, gua nak membebel pada lu sekejap sebelum masuk tidur.

Entah sekalian masa aku terbazir. Walaupun sebelum ni memang aku banyak membazir masa.

Terkurung di luar rumah. Tertekan. Lebih tertekan bila jadual studi lari buang ke laut.

Pantang gua, kalau plan gua orang kacau, tapi kalau sendiri kacau tak mengapa. Hahaha..

Selamat gua asyik ingat ke Baginda Nabi dari tadi. Baginda dengan tenang duduk di luar rumah bila isterinya tidak sedar untuk buka pintu.

Gua ambil nafas. Hembus. Tarik dalam-dalam. Hembus. Gigi dah sakit akibat menahan geram. Fuh! Kalau ikut nafsu, pintu binasa.

Kesimpulannya:
Sebab itu gua tak boleh bernikah lagi. Gua belum cukup cool macam Nabi Muhammad sollaAllahu 'alaihi wa salllam.

Sekian.

Wallahualam

Dzuu Haniin
Kanak-kanak sedang belajar. Fuh!

6/14/2011

Lelah

[Bismillah wal hamdulillah]

Aku berhenti melepaskan lelah. Boleh tahan payah. Ambil nafas sedalamnya, mulakan langkahan baru. Senyum.

Baca tentang UMNO meracau di blog Saiful Islam. Diakhir artikel tertulis gedabak besar.

DON'T GROW OLD, GROW UP!

Aku menyungging senyum. Terus ambil earphone dan pasang lagu ini.



Bye!

Dzuu Haniin
Kalau dalam garisan takdir, pasti akan bertemu semula.

6/13/2011

Pada Senyummu

[Bismillah wal hamdulillah]


Apa diingatkan pada masa yang lalu
Cuba kau lihat, tenungi mataku
Terungkap beribu lagu hanyalah untukmu
Tiada yang lain lagi

Rangkap Utama :
Pada senyum mu, pada tawamu kasih,
Ada kebahagiaanku, warna hidup ini
Andai wajahmu, tak ku sua kembali
Khabarkan oh angin, Hidupku tiada bererti

Bridge :

Berikan resahmu, kan ku bawa nun jauh,....
Dapat kau lihat, pemandangan itu,....
Tersimpan seribu satu rahsia tiada lagi....
Berputar-putar berguling riang ketawa bernyanyi merdu sungguh......
Pada senyum mu…


Sekian. Bye~

Nota kaki :
1. Hari ini tiada sebarang gambar. Sebab tak menarik.
2. Ambillah sekalian masa untukmu.
3. Zaman sekarang. Berbuat ibadah dikeji. Berbuat maksiat dipuji.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Dalam mood Kaseh

Dia 12 : Terbenam

Bismillah wal hamdulillah

Matahari terbenam.

Suatu yang bermula, pasti akan berakhir. Walaupun permulaan penting bagi memastikan perjalanan taruhan hidup kita berjalan lancar. Tapi yang lebih utama adalah keputusan.

Teringat dalam cerita Code Blue. Kisah sekumpulan doktor. Semua doktor adalah sama. Berbezanya pada keputusan rawatan. Semua berusaha merawat pesakit, tapi hanya keputusan yang baik dipandang.

Andai buruk?

Jadi, segala yang kita lakukan adalah untuk mencipta akhir yang baik. Kerana semua ingin mencari loka.




Nota Kaki :
1. Berbaki 5 hari lagi. Aduh! Ya Allah terangilah hati hambaMu sebagaimana kau terangi bumi dengan matahari. Lapangkanlah hatiku seperti mana Kau lapangkan langit. Amiin..

2. Walaupun mentari dah terbenam, tapi kita masih ada hari esok. Sebab esok Isnin, bukan Jumaat. Sama-sama mulakan hari yang lebih baik. Hubungan yang lebih murni.

3. Kata seorang teman,"You miss the person or you miss the routine?"

4. Esok puasa yuk!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Kanak-kanak yang perlu berfikir.

6/11/2011

Dia 11 : Blues

Bismillah wal hamdulillah

Suatu yang biru adalah tema hari ini.

Biru selalu dikaitkan dengan perasaan.

Pada waktu iqbal mahupun idbar (pasang atau surut), membaca kata-kata sang Kekasih adalah ubat yang paling mujarab. Setiap kali membeleknya, seakan ia berkata-kata pada diri.


Quran ni sudah menemani hidup selama 4 tahun. Moga ia menjadi hujah untuk aku bukan keatas aku. Itulah ayat-ayat cinta Tuhan untuk hambaNya. Kala rindu ditenung, diulang baca, dicium. Moga terubat rindu untuk bertemu Tuhan.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Sudah ada yang menerima.

P untuk Peria

Bismillah wal hamdulillah

Ok. Tak kecewa pun. Beginilah hidup. Boleh tahan payahnya. Andai ada yang menerima, aku serahkan sahaja atma ini.

Orang bujang perlu layan Keroncong Hybrid Untuk Bidadari sebab tiada yang mahu kita.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Hanya mampu menyungging sebuah senyuman

6/10/2011

Dia 10 : Kenangan Kanak - kanak

Bismillah wal hamdulillah

Tema Hari Ini : Childhood Memories
Tiada idea gambar apa yang mahu diletakkan. Masa kecil dulu suka gaduh dengan adik-adik. Lepas tu kena marah dengan Ummi. Masuk bilik. Tidur.

Tidur adalah ubat. Bila otak serabut. Kita tidur. Lepas itu baru muhasabah semula.

Sebelum tidur marah Ummi Ayah, bangun tidur pergi ke tingkap. Tengok awan, burung bangau, kerbau dan babi yang sibuk makan keladi belakang rumah. Hodoh

Jadi, saya sedang serabut. Baca buku pun tak boleh fokus.


Pergi ke tingkap tengok benda-benda hijau. Cuba tenang seketika, cuba pejam mata biar resah hilang saja. Kata Hujan.

Bye~
Nota Kaki:
1. Demi Ummi Ayah, saya tangguhkan dahulu hasrat hati. Bagi mereka tenang, supaya kita pun tenang.
2. Ni saya dapat dari Twitter,
Life gives answer in 3 ways: "YES & gives what you want. NO & gives you something better. WAIT & gives you the best."

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Kebahagiaan itu pada penerimaan takdir 

Bagai Orang Kena Haemorrhoid

[Bismilllah wal hamdulillah][Cerpen]

Musim panas ni pagi-pagi lagi dah terasa panasnya. Ini pun asyik menghadap kipas sahaja. Sabar.

Perut dah bernyanyi lagu Keroncong Hybrid Untuk Bidadari. Tanda mahu makanan. Nak masak malas. Tak masak lapar. Jadi kita pergi beli.

Selepas siap barang mandi sejirus dua air buat sejuk badan. Nak mandi pun malas. Teruk. Sarung baju T ungu Giordano dengan seluar trak hitam Adidas. Tangan kiri menyambar Ipod Nano berwarna hitam.

Bismillah! Keluar mesti dengan kaki kanan. Benda-benda kecil macam ini kalau kita ikhlas buat kerana Allah, itulah yang akan menyelamatkan kita.

Contoh; ada seorang ulama' yang menyumbang segala tenaga untuk ummat bila wafat, amalan yang diterima untuk memasukkan dia ke dalam syurga hanyalah ketika dia memberi lalat minum!

Mengecilkan satu ibadah boleh jad sebesar dosa!

Aku pun menghayunkan kaki dengan lemah gemalai sambil telinga menadah suara Lah Ahmad dalam lagu Kau Tercipta. Amboi, jiwang betul rasanya.

Beginilah perasaan bila tak terluah. Bila terluah takut berdosa. Mahu ajak bernikah, lampu hijau belum dapat. Lagipun masing-masing ada tanggungjawab. Kenalah memahami. Eceh!

Setibanya aku di kedai makan. Nama kedai ini Mat'am Husuna. Bini tauke nama Husna kut.

"'Aiz genih ful wa tokmiyah."

Aku minta ful (sejenis makhluk berbentuk seperti kuah kacang) dan tokmiyah (seakan jemput-jemput yang dibuat daripada kekacang dan diletak sedikit jintan.).

Sesudah selesai sesi pembelian aku melangkah ke kedai 'isy. Beli segenih juga. Dapat lima. Dah habis beli aku pun melangkah pulang. Jarak rumah dengan kedai separuh batang rokok punya perjalanan.

Sepanjang perjalanan, jalan yang sunyi. Hati aku pun mula sunyi. Aduh.. Masuk mood jiwang tak menarik betul. Langkah perjalanan dipercepatkan.

Mulut aku pun mula berzikir tokmiyah, ful, tokmiyah, ful, tokmiyah. Aduhai, selawat lagi bagus.

Hari Jumaat ni sepatutnya kita gandakan amalan. Ini asyik meraban je. Dah! Malaslah nak tulis.

Bye~

Dzuu Haniin
Meraban

Keroncong Hybrid Untuk Bidadari

Bismillah wal hamdulillah

Keroncong Hybrid untuk Bidadari

Lembut caramu, membikin aku
Ternampak keindahan pelangi,
Membawaku jauh lagi,
Bidadari…


Ayu lentik matamu, Pabila kau tersenyum
Hilang segala rasa hibaku,
Walaupun kau jauh, ku tetap di sini,
Menanti….
Hadirmu dalam mimpi


Setelah hujan berhenti,
Angin malam menyanyikan lagu, kaseh,
Ketika itu, bintang-bintang menari-nari di langit
Nantikan aku dewi-dewi,
Doakan aku bidadari,
Selamanya bersamamu,
Tiada akhir nanti……

Lagu khas untuk mereka yang tiada pakwe dan makwe. Boleh dengar lagu ini di sisi sebelah blog ini atau di page ROSIN sendiri.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Jazz best!

6/09/2011

Hidup

Bismillah wal hamdulillah

Hidup ini kena banyak-banyak bawa bertendang. Nama pun manusia. Kalau tak banyak ragam bukan manusia namanya. Kata Sidi Ahmad Salikin

Bye~

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Nasi dan Kicap Sedap.

Dia 9 : Yang Aku Cinta

Bismillah wal hamdulillah


Puas aku fikir. Diminta untuk meletak gambar orang yang aku cintai. Nak ambil gambar ummi ayah jauh kat Malaysia. Lagipun itu memang dah wajib dicintai. Benda yang makruf. Umum tahu.

Takkan nak letak gambar awek. Nanti kena tangkap dengan HISBAH. Hohoho..

Nak letak gambar Park Shin Hye atau Kim Tae Hee, takkan setakat nak ambil dekat Google je. Baik aku tak payah masuk benda alah ini.

Jadi aku letak gambar budak ini. Siapa kenal? Angkat tangan!!

Aku sayang jiwa yang lama. Wahai Tuhan kembalikanlah jiwa aku yang lama. Sekarang ni penuh daki. Kotor. Hitam. Tak best. Dulu suci murni. Haishh..

Ok la. Malas tulis panjang.

Bye~

Nota Kaki :
1. Syaikh Abu Bakar al-Karji rahimahullah bernasyid mendendangkan syair,

بيّض صحيفتك السوداء في رجب, بصالح العمل المنجي من اللهب
"Putihkan buku catatan hitammu pada bulan Rajab, dengan amalan baik yg menyelamatkan daripada api neraka yg marak menjulang.."

Lathaiful Ma'arif karya Imam Ibnu Rejab al-Hanbali (dari status Sidi Ahmad Fahmi Che Nordin)

2. Imam Abdul Qadir al-Jilani sebut dalam The Secret of Secrets
"The purpose of the creation of this universe is to discover, to see that hidden treasure. I willed to be known. I created the creation so that I wolud be known......(akhir perenggan disebut) There, the vision of Allah will be direct, as He wills, and it will be the eye of the child of the heart that sees Him.

Aku merindui hati yang lama...

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Angan-angan~






Oh! Kalaulah..

Bismillah wal hamdulillah

Semalam sangat rajin. Tekun. Hari ini sangat malas. Rasa lembab je badan. Aduhai..

Saya sangat berharap ada yang membebel pada saya. Saya rindu pada satu bebelan. Haishh..

Nota Kaki :
1. Mengumpul segala semangat langit dan bumi.
2. Kalau watak dalam manga, memori imbas kembali akan bermain dalam otak.
3. Super Saiya! Getsuga Tenshou! Kame Hame Ha! Gomo Gomo no Bazooka! Santoryu!
4. Macam mana nak buat image dibawah ini jadi profile picture twitter?



Wallahualam

Dzuu Haniin
Pengaruh komik pada kehidupan kanak-kanak

6/08/2011

Dia 8 : Makan-Makan

Bismillah wal hamdulillah

Kepada bakal isteri saya. Saya kuat makan. Harap maklum!


Roti, Ful, Tokmiyah, Cip Kentang dan Kentang Goreng celup tepung. Semua ini makanan tak berkhasiat. Esok kena berlari atas threadmill bakar balik lemak-lemak.

Bye~

Dzuu Haniin
Il Divo sangat best!

6/07/2011

Dia 7 : Buah

Bismillah wal hamdulillah

Baru balik dari gym yang tak berapa gym. Tangan terketar-ketar. Jadi inilah hasilnya..


Inilah teman gua selepas work out. Pisang + Susu + Whey.

Pisang adalah buah di dalam syurga. Sebab itu Imam Malik r.a berahi makan pisang.

"Dan pohon pisang yang bersusun-susun(buahnya)"
Al-Waqiah : 29

Nak mandi. Sambung ulang kaji. Nanti buah hati marah, saya sedih. :)
Bye~

Wallahualam

Dzuu Haniin
Kanak-kanak tough!

Angau

Bismillah wal hamdulillah

Ok! lepas ni saya tak online Facebook lagi. Sehingga habis peperiksaan.

Bye~

Dzuu Haniin
Min 'alamati muhib, muti'. Daripada tanda orang bercinta itu taat!

6/06/2011

Dia 6 : Bawah

Bismillah wal hamdulillah

Apa pandangan kita dari bawah.


Percayalah..Gua duduk Mesir sudah hampir 3 tahun, tapi belum menjejakkan kaki ke Piramid tu. Itu namanya RARE! Haha..Sebenarnya malas je.

Lagipun tempat orang yang Allah murka. Boleh ditangguhkan perginya. Tak begitu?

Ok. Sekali lagi malas.

Bye! Wallahualam

Dzuu Haniin
it's complicated bukan status di Facebook

6/05/2011

Dia 5 : Atas

Bismillah wal hamdulillah.

Bila kamu di atas, pasti kamu jauh dengan bawah.

Ada masa yang jauh perlu kekal di kedudukan jauh. Supaya dia boleh melihat. Andai dekat akan menjadi bokeh seperti gambar di bawah.

Dunia hanya ada dua. Rahmah dan Hikmah.

Mendapat rahmah. Atau menjadi hikmah.

Hikmah kepada orang beriman.
Jadi pilihlah di bumi mana kita mahu tinggal. Mendapat rahmah dengan beribadah. Atau menjadi hikmah atas maksiat kita sebagai muhasabah kepada orang beriman.

Sila faham!


Wallahualam..

Dzuu Haniin
Perut bermain lagu keroncong~

6/04/2011

Dia 4 : Ijo

Bismillah wal hamdulillah

Hari ini 4 Jun, maka berbaki 14 hari sebelum exam Pathologi. Belum membaca lagi. Hohoho.

Tipu la tak baca. Ada selak-selak sedikit.

Disebabkan mahu mengulangkaji pelajaran, jadi malas nak keluar rumah. Untuk hari ini adalah warna hijau. Something green.

Jadi gua letak gambar ni...

Kitab Tafsir Jilani karya Imam Abdul Qadir al-Jilani
Kitab ini hilang beberapa ratus tahun. Kemudian Syeikh Fadhil cicit (gua tak ingat yang ke berapa) dari keturunan Imam Abdul Qadir al-Jilani mengumpulnya semula dengan mencari makhthutat/manuskrip di serata tempat.

Walaupun terdapat beberapa kemusykilan yang ditimbulkan ulama tentang kitab ini, tapi cukuplah bagi gua mempelajarinya. Gua bukan ulama untuk mempertikainya.

Seronok belajar tasauf ni. Tidak seperti belajar benda lain. Perkara lain kita belajar untuk tahu. Tapi tasauf kita belajar untuk rasa. Tak faham?

Jom belajar bersama Syeikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bentani setiap Ahad malam Isnin. Amacam?hehe..

Nota kaki :
1. Gua rasa masanya semakin hampir.
2. Cinta adalah rasa. Bila sudah tiada rasa, tiada cinta.

Wallahulam..

Dzuu Haniin
Rajin itu comel~

6/03/2011

Dia 3: Gersang

Bismillah wal hamdulillah

Bumi Mesir yang gersang. Nama pun padang pasir. Tiada seketul pun awan. Tapi gua letak la juga gambar. Kegersangan bumi Mesir!




Sepatutnya kena ambil gambar awan. Cuba bagitahu nak ambil mana awan..

"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12, sebagaimana dalam ketetapan Allah pada waktu dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya ada empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
Surah at-Taubah: 36

Sudah masuk bulan Rejab. Pahala berganda. Jangan lupa, dosa juga berganda!
Nota kaki:
1. Lemahnya badan. Macam mana zaman nabi sahabat-sahabat boleh berperang bulan puasa.
2. Maaf. Bila perasaan mula memudar.
3. Susahnya nak mula ulang kaji. Tapi bila kick off...

Dzuu Haniin
Saya jahat. Harap maklum~

6/02/2011

Dia 2

Bismillah wal hamdulillah..

Kalau belajar sejarah mesti tahu Islam di Malaysia datang melalui pedagang. Ulama-ulama dari Hadramaut, Yaman datang berdagang di Tanah Melayu dan menjalankan dakwah. Ini salah satu buktinya..

ini namanya kain pelikat atau sarung.
Haa..Kalau kita lihat persamaan antara Hadramaut dan Tanah Melayu adalah kain pelikat. Gua pernah tengok 1 video. Serius gua ingat video dirakam di Malaysia. Tapi sebenarnya video tentang suasana Hadramaut. Macam ala-ala orang kampung di Pantai Timur. Semua lelaki berkain pelikat.

Asimilisasi budaya. Melayu dan Yaman.

Gua memang suka pakai kain pelikat. Teringin nak pergi kuliah pakai sarung. Hahaha..

Tapi bila duduk di Mesir, aku perasan satu perkara. Orang Afrika (tak tahu negara apa) pun pakai kain seumpama kain pelikat. Nak tanya malu..huhu

Nota kaki :
1. Keturunan para ulama atau habaib Yaman di Malaysia adalah Syed, Sharifah atau di Terengganu, Engku.
2. Gua hari-hari pakai kain pelikat. Pakai seluar leceh.

Wallahualam..

Dzuu Haniin
Kanak-kanak memang kurang tinggi!

Dia 1 + Berfoya-foya

Bismillah wal hamdulillah

Aduhai.. Bak kata Abul, kenapa banyak sangat self-potrait. Payah kut untuk ambil gambar sendiri. Malu..wakaka

tengok tu..senyuman aku pun jadi pelik..adeii


Tadi baru habis bahagian pertama dari sekalian azab peperiksaan tahun 3. Terima kasih doktor yang tolong bab PubMed tadi. Hehehe..

Konon lepas periksa nak pergi layan makanan Korea. Sebab 4 beradik ni hantu Korea belaka. Hahaha..

Tapi, yang disangka Korea rupanya Jepun.Huhu..Layan je la.


dah la..penat.bye~

Nota kaki:
1. Sebulan L.E 300. Aduhai..insyaAllah.
2. Memang comel pun.
3. Bersiap siaga untuk tahriri dan syafawi pula. Yeah!

Wallahualam

Dzuu Haniin
Masih di Bumi.

6/01/2011

Ini Benda Serius! 3

Bismillah wal hamdulillah..

Gua terbaca entri kat satu blog. Iaitu ini

Memandangkan 550D gua terperuk dalam almari, baik guna.

Lagipun ini adalah langkah kedua selepas gua melancarkan Projek 360(bina badan) untuk mengalih pemikiran yang sudah sampai ke Pluto! Musim exam ni perlu bijak mengurus stress.

Ok. Kejap lagi peperiksaan praktikal terakhir iaitu Pharmacology. Exam ni main meng'google' dan pergi PUBmed.


Bye.
Wallahualam

Dzuu Haniin
Tidur adalah defibrillator untuk otak. Sekian~

5/31/2011

Bina Badan

Bismillah wal hamdulillah

Berkata Rehan Jalali, seorang ahli nutrisi dan pakar bina badan,
"Fitness for the soul,then body."

Ok..Bye.

Nota kaki :
1. Update style status facebook.
2. Rasa nak beli whey protein la.hehe. Apa hukumnya ek?Kenapa macam pernah terbaca whey ni haram. Tapi kan left over dari cheese. Cheese pula dari susu lembu. Ada sesiapa boleh beri pencerahan?

Wallahulam
Dzuu Haniin

5/26/2011

Oh Awak

Bismillah wal hamdulillah

Saya ingin meluahkan perasaan. Sekian lama saya menatap wajah awak. Kita saling memandang. Saya cuba memahami dan mengenali awak. Setiap perkara cuba diteliti. Semata-mata untuk mengenali lebih mendalam.

Semuanya kerana sayang,cinta dan keikhlasan. Ketahuilah saya amat mencintai awak.

Saya tidak mampu meminta kita untuk bersama selamanya. Andai izin Allah bersama kita.

Tapi saya sentiasa berdoa agar kita dapat bersama dalam susah dan senang. Pasang dan surut. Siang atau malam. Jauh atau dekat.

Yang benar,
Si Fakir

Khas untukmu,
1. Cik Pathology
2. Cik Pharmacology
3. Cik Microbiology
4. Cik Parasitology

Nota kaki :
1. Pagi nanti ada peperiksaan praktikal Pathology.
2. Moga Tuhan Yang Maha Lemah Lembut lagi Halus berlemah lembut terhadap daku.
3. Berharap kalau dia mengirim sebuah senyuman. :)

5/24/2011

Evolusi Kemalasan

Bismillah wal hamdulillah

Semakin tua, semakin susah. Makin lama belajar, makin payah. Jika dulu 10 malas, sekarang 5 malas. Ok la tu kan?

Beruntunglah orang yang dulu tahap kemalasannya pada taraf dewa, sekarang turun kepada tahap hamster. Walaupun masih malas, perlahan-lahan kayuh ye tak? Haha..

Ini semua alasan untuk membenarkan kemalasan. Kerana hakikat sebuah kemalasan itu tetap sebuah nikmat. Cuma atas kita mahu menunaikan nikmat malas itu pada masa terdekat atau kita tangguhkannya dikemudian hari.

Ok. Bye. Malas nak menulis panjang-panjang.

Nota kaki:
1. Young Black Jack dah sempurna muat turunnya. Amacam?
2. Menuntut ilmu sahaja yang mampu mengalih tumpuan gua daripada dia. Peh!

Wallahualam..
Dzuu Haniin
Rajin itu comel. Malas itu kacak!

sumber

5/22/2011

Sekolah

Bismillah wal hamdulillah

Bila masuk musim peperiksaan, teringat zaman sekolah yang kurang menarik. Gua yang sengal ini ditakdirkan masuk kelas pertama. Amatlah tidak menarik dikumpulkan dengan manusia bijak pandai. Antara perkara yang gua benci dulu:

1. Lepas peperiksaan kumpulan manusia pandai akan berbincang jawapan. Celaka apa! Bukan boleh ubah pun.Cis!

2. Ada manusia yang akan mengumpul markah untuk perbandingan. Tahulah gua ni sengal. Cis!

3. Terdapat sekelompok manusia yang akan mengira markah. Tunggu je la unit peperiksaan keluarkan markah. Adeii..

4. Bila semua siap kerja sekolah! Arghhh..

5. Ketika waktu Add Math gua termenung tengok tingkap. Cis!

Malas la pula mahu menyenaraikan semua. Jom tidur!

Nota kaki :
1. Paling gembira ketika keluar result semester gua seorang dapat straight A's dalam tingkatan 5. HAHAHA..Padan muka. Tapi SPM kantoi juga la. Tu la riak awal sangat.

2. Sekarang gua berlumba untuk keluar dewan peperiksaan lebih awal dari KS!hahaha..

Wallahualam
Dzuu Haniin
Separuh gila. Separuh waras.

Berangan

Bismillah wal hamdulillah.
Serius tengah bosan. Takkan mahu mengunya jer. Bahaya!

Kalaulah boleh buat macam ni..




Ini semua benda-benda sengal.hahaha

Bye..
Dzuu Haniin

5/20/2011

Hati

Bismillah wal hamdulillah

Sebuah pedang bukanlah diguna untuk membunuh musuh. Juga bukan menutup kelemahan. Bukan juga bagi menjaga tubuh kamu.

Tapi menjaga hati kamu!
~Guru kepada Gintoki Sakata



Saya hanya perlu jadi lebih kuat!

Dzuu Haniin

5/18/2011

Jalan

Bismillah wal hamdulillah

Mungkin bukan lurus. Tapi ini jalan aku. Meski tidak tertulis 'Jalan Anas'.

Jalan ini bukan seperti yang lain. Cerah. Gelap. Jalan ini kelabu.

Aku rabun. Tak nampak jalan. Tapi aku perlu terus berjalan.

Mungkin ada yang kata aku perlu dipimpin.

Tapi ini jalan aku!

Jalan aku sama seperti Gintoki Sakata dan Hijikata Toushiro. Haha..

Perlu melindungi. Untuk menjaga. Menjaga itu tanda gagah berbanding memusnah. Kata Kagura chan.

Beban ini perlu ditanggung sendiri. Najis ini perlu digendong kediri!

Jalan itu takdir. Berapa kali aku ingatkan takdir itu rahsia. Rahsia itu harapan.

Kerana setiap jalan pasti akan berakhir pada satu titik.

Walau hitam memekat.

Walau putih mencerah.

Walau biru bersama.

Walau merah berasa.

Walau kuning meninggi.

Wallahualam.
Dzuu Haniin.
1. Ini tak tahu tulis dalam bentuk apa. Tapi yang pasti meluah. Kata Helmy Samad, tidak diluah nanti gila.

5/17/2011

Ekspresi Tempur 3

Bismillah wal hamdulillah

There is one organ more important than my heart. You can't see it but it's there.Because of it I can stand tall.Even if i am all worn-down, I can still walk. It's my very own soul..
Gintoki Sakata

Bersiap sedia bertempur dengan makhluk halus.

Dzuu Haniin
1. Cis!Cis!Cis! Mega Monster Battle Ultra Galaxy tak habis muat turun. Esok sebelum pergi periksa mesti habiskan! Ambil semangat Ultraman Zero, supaya tak dapat zero ketika praktikal Parasitology esok.

2. Sedang hafal lirik Banmal Song. Esok mahu menyanyi bersama Marami!hehe

3. Biar tubuh kita tua berumur seratus, tapi jangan jiwa yang mampus!



Ultraman Zero, anak Seven sumber
Download Banmal Song disini

Bye..

5/15/2011

Ekspresi Tempur 2

Bismillah wal hamdulillah

Saat kita berasa lelah melawan nafsu, pada saat yang sama juga nafsu lelah menggoda kita. Keep fighting!

Teringat masa menonton Legend Of The Guardians : The Owls of Ga'Hoole

"Boron: When you've flown as far as you can, you're halfway there!
Gylfie:What did he say?
Digger: We're halfway there! "

Ok! Bye..
Dzuu Haniin
1. Exam pharma.
2. Lagu Istikharah Cinta-Sigma best.wakaka

Yo! Sumber

5/14/2011

Bidayah & Nihayah

Bismillah wal hamdulillah

Alhamdulillah. Gua masih belum sihat. Rasa nak belai-belai kepala pada dinding dengan momentum yang tinggi. Perasaan rindu pada tandas masih menebal. Terpendam-pendam. Memendam rasa bukanlah suatu yang sihat untuk kanak-kanak. Fahamilah..

Malam tadi gua bermimpikan sesuatu. Walaupun bukanlah mimpi awek-awek yang comel, tapi buat gua terfikir. Gua bermimpikan kawan-kawan sekolah.

Secara jujur gua tidak mempunyai banyak kenangan di sekolah. Tapi mestilah ada kawan-kawan yang rapat. Juga teman bergaduh.

Gembira

Gua gembira bila nampak kawan-kawan dulu yang seperti 'musuh', tapi sekarang mula bertanya pada gua bermacam perkara. Dulu suka buat khianat. Program BADAR jarang la datang. Bila gua bagi nasihat pasti dibalas hadiah yang menarik.

Tapi sekarang mula bertanya tentang halal haram. Mula bertanya tentang ibadah. Itu suatu kegembiraan. Gua tersenyum sendiri

Sedih

Teman selalu bersama. Gua tiada teman yang benar-benar rapat. Tapi sentiasa bekerja dalam persatuan. Selalu lepak bersama di bilik dan surau. Adik-adik yang gua nampak ada potensi. Baik dan comel (hahaha).

Tapi sekarang gua nampak mula berseluar pendek. Rambut berwarna. Walaupun gua yakin tiada pun yang mak ayah orang UK. Celah jari mula kelihatan rokok. Sedih! Gua rasa bersalah.

Paling Sedih

Gua rasa makin hanyut. Gua dah tak kenal diri sendiri.

 Dzuu Haniin
1. Gua terbaca blog pelajar UK. Bersyukur dapat belajar di Mesir. Terus bersyukur atas syukur!
2. Termasuk simpang yang lain, bukan di jalan yang dilihatnya lurus bukan bermakna kita tersesat. Cuma memberi pengalaman yang berbeza. Life is an accumulation of experiences!
3. Esok ada exam, doakan ye!
4. Sabar dengan Bala. Sabar dengan Maksiat. Sabar dalam berbuat Amal~Risalah Jamiah

Hajat

Bismillah wal hamdulillah

1. Blogger memang bikin panas.

2. Tadi gua cuba menyampai hajat kepada ummi dan ayah dalam keadaan berlapik. Hasil?Rasanya seperti dijangka. Sampai mati gua takkan bagi cukup duit. Kan Kak Uda?Firm! Nanti kita berfoya-foya ye..(Hajat nak meminang Park Shin Hye.hahaha)

3. Hati aku dah pecah berderai. Tak payah cakap la.

4. Saat aku lari dari Tuhan, pada saat itu juga Tuhan menarik aku. Dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat, sebuah kereta berhenti di sisi aku.Mengajak aku untuk naik. Sudah menjadi sifat aku untuk susah menolak ajakan seseorang. Apatah lagi nafsu dan syaitan (wakakaka).

Serius aku ingat dia mahu solat di Masjid Muhammadi(masjid sebelah rumah), sebab itu aku masuk dalam kereta itu. Tapi jangkaan aku meleset. Entah ke mana dia bawa aku. Namun disebabkan jiwa hero yang menebal, semangat Gintoki Sakata lekat dalam otak aku. Aku tenang di dalam kereta. Dasar kanak-kanak mudah terpengaruh.

Ammu itu bernama Abdul Muniem عبد المنعم, mungkin kalau di Malaysia kita panggil orang Tabligh. Beliau baru keluar 3 hari. Keluar fi sabilillah katanya. Beliau mengajak aku untuk mendengar khutbah dari Syeikh Umar Hasyam (kalau tak silap aku dengar. sebab kepala aku tengah pening)

Khutbah tentang USRAH. Keluarga, bait muslim bukan sahaja berkisar tentang lelaki dan perempuan. Ibu, ayah dan anak. Tapi pada konsep yang lebih luas iaitu masyarakat dan negara. Banyak la syeikh sebut. Kepala gua dah hanyut ke Marikh. Tapi yang gua dapat tangkap tentang LELAKI. الرجال قومنا على النسا

Qawama disitu bermaksud mas'ul. Orang yang bertanggungjawab. Orang yang akan dipersoalkan tentang apa yang dipimpin. Payah juga jadi lelaki ni. Hailaaa..Syeikh pesan supaya jaga keluarga,isteri dan anak perempuan.

Lepas tu ada la sebut pasal negara. Otak memang dah hanyut. Habis segala bagai aku tunggu ammu Abdul Muni'e tu. Berkali-kali beliau ajak untuk pergi haflah dakwah di Masjid Madinah Al-Munawarah. Ajak keluar fi sabilillah. Aku balas insyaAllah. Terus dia balas dengan smash yang padu.

Kalau sudah niat Allah akan mudahkan. Adeii. Ada kesempatan aku pergi cari masjid tu.OTL

5. Sejak kebelakangan ini aku rasa dalam perut aku ada raksasa.

6. Mahu tidur. Kalau baca buku pasti tak masuk. Sebab otak dah masuk air. Nak makan aiskrim!

Wallahualam.
Dzuu Haniin
Kanak-kanak yang comel.

sumber