10/28/2012

Hiten Mitsurugi Ryu

Bismillah wal hamdulillah

Lama tak buka blog, dan cuba untuk baca beberapa blog yang kerap dikunjungi. Rupanya sudah di 'block'.

Biarlah..

Sambung baca Rurouni Kenshin. Bye!

9/22/2012

Kamben!

Bismillah wal hamdulillah

Sudah berapa hari gua balik dari musafir ek? Entah. Malas nak kira. Macam sehari dua. Tapi tengah rindu pada makwe gua ni. Raihanah. Rindu yang keras! Hahaha

Kerja pengarangan gua masih tertangguh. Mohon bos gua rilek-rilek. Kah kah kah.

Agak seronok juga la musafir hari tu. Angkut beg dan berjalan. Dapat berjumpa mereka yang dirindui. Para tuan guru, cikgu, ibu, ayah angkat, dan makwe-makwe sekolah menengah. (kena back hand. hahaha)

Hakikat yang aku kena sedar, aku memang kurang gemar dengan pelajar sekolah menengah. Serabut. Jadi, bila Ustaz Tony minta aku bagi tazkirah di hadapan, bersama mentaliti SERABUT dalam kepala otak, memang tak sampai apa yang aku nak salur dalam otak-otak kanak-kanak tersebut. Memang kacau bilau la. Tak pasal-pasal budak-budak tu kena sound.

Sebab penat berjalan kaki, penat otak serabut dalam surau. Balik bilik warden, terus lelap dan pengsan. Kemudian terjaga, tengok jam tangan menunjuk arah pada 6:30. Mak aih.. Tak solat subuh berjemaah ni. Punya lompat katil, masuk tandas, ambil wudhu', solat, baca Qunut.

Sebelum solat, aku tengok Ustaz Zaid steady jer kilas kain pelikat, landing atas katil. Tidur dulu kut sebelum ke kelas.

Selesai solat, aku keluar dari bilik warden, ronda-ronda keliling maktab melihat ragam kanak-kanak riang. Tapi, kenapa tak cerah-cerah lagi ni? Matahari lambat naik kut kat Melaka.

Dengan steady, aku berjalan ke surau. Buka sliding door, gelap. Tengok jam di surau. Cilake. Tahulah aku, solat subuh aku tadi sia-sia. Kamben.

Pertama kali dalam hidup tertipu dengan jam sendiri. Pemalas sangat nak tukar waktu Malaysia.

Mengantuk aku dah terbang bersama kelawar i sebalik pekat malam. Aku pula meneruskan kehidupan kelawar berkunjung ke asrama. Bau asrama tetap menjadi bau asrama. Takkan berubah menjadi bau Kenny Rogers, McD mahupun KFC.

Masuk asrama dengan pakai selipar dengan gaya abang senior. Kelihatan beberapa budak dengan boxer yang menggelikan, rasa nak sepak peha tu.

Malas aku nak cerita panjang-panjang. Ada la aku cerita kisah yang tak berapa nak legend kepada budak-budak ni.

Daripada aku karang cerita meraban ni, baik aku siapkan kerja. Rasa nak sepak diri sendiri.

Bye.

Add caption


9/13/2012

Hujan

|Bismillah wal hamdulillah|

Jalur titisan hujan terbentuk daripada alur atap genting. Titis demi titis membasahi lantai bumi. Hingga mengesan beberapa lekuk. Tangan menadah air daripada jaluran itu. Sejuk. Seperti hari itu. Saat aku menadah ke langit di hadapan Sang Kekasih, titis-titis air menghias telapak tangan.

Telinga terus bergendang dengan Aku Scandal.

Aku terus yakin bahawa doa itu akan dikabulkan. Saufa. Berterusan berharap. Walaupun hari-hari hujan terus menyiram tanah ini. 

Gendang bertukar rentak. Kau Harus Ada mula mengetuk.

Rugi jika sendiri,
Hanyut jika ku sendiri.

Kau sentiasa ada. 

8/28/2012

Sayang

Bismillah wal hamdulillah

Serius lama aku tak mengarang apa-apa dalam ni. Dari semalam asyik dengar lagu Samurai Heart (Some Like It Hot). Pagi ni lepas baca Quran layan pula lagu AdaMu-Najwa Latif. How to levitate(ha?) my mood. Adakah mood dan perasaan itu dipengaruhi oleh graviti?

Hidung pula asyik menyungai mukus diawal pagi. Mata gatal-gatal. Tahulah aku ni gatal, memang sengaja la pekena aku.

Jiwa ni jadi huru hara selepas ternampak pelanduk dua serupa. Semalam, ketika beraya di Chicken Rice Shop (haaa??kira raya ke?) aku ternampak seseorang. Muka seakan kawan lama. Banyak kali aku ushar. Tapi rasanya lain.

Tapi perasaan itu tak hilang di situ sahaja. Ia terus menghantui jiwa. Hailaaa..Sampai balik rumah, duduk dalam BMW Zuket pun aku tak keruan. Boleh feel tak aku punya kacau dalam jiwa ni?

Sampai tengah malam, aku berguling-guling atas katil. Akhirnya aku menghadap El Rojo, cari semula. Eh, unfriend rupanya. Lagi la aku rasa bersalah.

Mesej sepatah.

Ermm.. Dalam banyak perkara, kita terpaksa memilih dan melepaskan. Walaupun sayang. Kita takkan dapat untuk menjaga semua perkara. Maka aku menyerahkan ia pada jagaan Tuhan.

Bismillah!

N/B:

Sayang:
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk,berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa,kecewa, terkilan,
(adjektif:)


-Disalin dan tampal dari sini

7/06/2012

Adventura [CERPEN]

Bismillah wal hamdulillah

Aku duduk di tebing benteng. Benteng pemecah ombak. Ombak menderu. Air laut asin menyentuh wajah aku. Bauan garam melakari suasana. Dihadapan aku terbentang Laut China Selatan biru kehijaun. Pandangan aku terlontar entah terpalit pada sisi dunia yang tidak aku ketahui.

Suara camar mula mengambil bahagian dalam kotak fikiran aku. Kocak akal cuba aku tenangkan. Tidak aku mahu ia menghambur keluar. Lebih besar bencana yang berlaku.

Aku berpaling memandang pelabuhan. Kelihatan Melur terolang aling mengikut alun ombak yang kecil.

Keyakinan pada cabaran itu pasti. Kegusaran pada kejayaan juga pasti. Tapi,

Tapi...

Untuk apa kita berlelah pada suatu bukan daripada usaha kita. Aku hanya perlu menarik sauh. Tahu mana tujuan aku. Yakin pada gerak atur Tuan Melur.

'Dia bukan sahaja beri kita beban, Dia juga beri kita bahu' kata Tokki We.

Senyum. Tak perlu kata apa-apa.

Bye!

7/05/2012

Hola!

Bismillah wal hamdulillah..

Ye, aku itu masih ada. Belum wujud kita.

Aku masih anak. Kita masih perlu masa. Masa menilai diri.

Tapi, aku selamanya akan menjadi anak. Rebel. Perlu ruang dan suatu yang dinamakan bebas.

Apa aku merepek ni. Bilalah cerpen nak siap ni.
Exam dah habis.

Bye!

nota kaki:
1. Saya masih seorang remaja lelaki yang sedang membesar.
2. Fb aku tak lama lagi akan berhantu.

7/02/2012

Pajak Gadai

Bismillah wal hamdulillah

Saat ini, gua sedang terbaring di atas sebuah tilam tanpa katil sambil menghadap Galaxy Tab untuk mengarang entri kali ini.

Sambil menunggu azan berkemundang,LeeSsang terlebih awal mendendangkan lagu Pursuing the Happiness. Nak tahu, boleh search sendiri. Malas aku nak lekatkan di blog ni. Aku dah cuba hentak-hentak muka tab ni. Tapi tak mahu keluar.

Lagu selalu dikaitkan dengan perasaan. Lagu membangkitkan rasa. Mengubah bentuk muka bumi sesuatu hati.

Aku tersentuh bila dengar lagu LeeSsang ni. Ada perasaan yang cuba Gary salurkan. Dan aku menyambutnya. Eceh..

Sejauh mana aku dah berusaha untuk berjaya? Apa yang telah aku korbankan untuk berjaya? Adakah apabila saat aku menutup mata nanti akan terbuka pintu kejayaan yang paling ultimate?

Bila Gary sebut perihal ibunya, teringat pada ummi dan ayah.

Bersalah sebab tak dapat menjadi kebanggaan mereka.

Satu hari berbaki untuk Pharmacology. Kita taruh, apa yang boleh ditaruh. Gadai apa yang ada.

Bye!

6/12/2012

Ha Ji Won yang Lawa

Bismillah wal hamdulillah

Entah berapa hari gua sudah di Malaysia. Menggemukkan badan. sambil ulang baca buku Pharma.

Sejak Atin kawin, subjek pertanyaan perihal perkahwinan mula diserang pada gua. Gua dengan steady menyambut segala tembakan menyerahkan pula pada Ummi dan Ayah.

Target gua, biar setel bab Kak Uda dulu. Siapa ada calon lelaki yang power-power boleh rekemen pada gua.

Tadi, selepas solat Isya'. Masuk sahaja rumah, gua pecat segala yang ada. Panas. Kemudian mula sembang-sembang. Ummi bagi petua, turunkan segala ilmu pengurusan rumah tangga pada Atin. Gua tadah.

Selepas itu, entah macam mana gua pula dijadikan sasaran. Cerita pasal dua pupu yang jadi doktor. Berat kerja doktor. Masuk bab psychotic. Gua angguk-angguk. Mata tengok cerita Secret Garden yang dah khatam di Mesir. Comel Ha Ji Won ni.

"Haa.. Nanti ***** dah kerja macam mana. Mengandung lagi. Dua-dua doktor. Nak berhenti, rugi belajar bertahun-tahun. Harapan ibu ayah tu."

Gua termenung. Ermmm..

Grad, jual burger depan rumah, potong rumput, amacam? Power tak?

Bye. Jom habiskan baca CVS.

Laaaa.. Pemotong rumput yang alim. Perghhh

5/08/2012

SePINK Hatimu.

[CERKON-Cerita Kontot]

Alamak. Parah. Deru angin sejuk memasuki tingkap bilik. Nikmat sungguh dapat berasa sejuk kala musim panas.Tapi tetap tak dapat menyejukkan hati aku yang dibakar gelisah. Badan dibalik-balikkan. Sekejap menghadap kanan. Pusing ke kiri pula. Menghadap siling bila bahu serasa lenguh. Melepas keluh dalam hati. Suka sungguh mengeluh. Sifat yang aku sendiri tak suka.

Kerana mulut badan binasa. Mulut itu bukan sekadar percakapan. Juga termasuk tulisan. Bagaimana mahu mengurus masalah ini. Apa yang kita rasa, tidak dirasa dia. Apa yang dia faham, tidak pula aku faham. Sukar mengurus perbezaan. Semua mahu yang terbaik dari sudut pandang masing-masing. Menung aku semakin berpanjangan.

Aku sumbat telinga dengan earphone. Putar-putar dada Ipod. CNBLUE-Where You Are.

Sifat cepat bosan aku mula bertamu. Perlu ke berhenti? Berputus asa.

Minhyuk dah mula meng'goreng' drum, masuk bridge selepas chorus.

Aku masih termenung. Apa yang perlu aku buat?

............................................................................................................

'Heaven Heaven Heaven Way..' suara Jonghyun pula masuk. Lagu Get Away memenuhi otak.

Satu misi perlu dilaksanakan. Misi menyelamatkan CINTA. Wakakaka..

Bye.

5/06/2012

Apa yang mahu dikarang?

Bismillah wal hamdulillah

Buntu..

Mengarang dalam blog bebas. Suka hati. Syok sendiri.

Tapi ini mengarang untuk persatuan. Untuk diterbitkan. Hailaa.

Kami akan terbitkan sebuah antalogi cerpen tentang Revolusi Mesir. Revolusi 25 Januari.

Ada beberapa isi yang gua mahu masukkan. Tapi hala tuju dan gaya penulisan masih gua buntu. Aaaaaaaa...

Apa ilmu hampir 4 tahun yang gua mahu curahkan dalam satu bab ini?

Apa pun, kita sambung main game Sid Meier's Pirate. Hahahaha..

King of The Pirates matlamat kita wahai nakama sekalian!

Bye.

4/29/2012

PANAS

Bismillah wal hamdulillah

Sejak semalam, 28 haribulan, badan gua jadi panas semacam. Tengok Twitter panas. Tengok Fesbuk panas. Akhirnya aku membebel kat twitter. Membebel dengan ahli beit(housemate).

Aku tak tahu nak kata apa.

Tak terluah marah aku. Kecewa. Rasa nak baling meja.

Kita bukan ikut Ambiga. Kita ikut ulama'!

Wallahu'alam..

Moga Allah selamatkan kita ketika hidup dalam zaman fitnah ini. Hidup bersama ulama' itu lebih selamat daripada akal sendiri.

4/20/2012

Bergenang

Bismillah wal hamdulillah

Lagu 4 Minute bertajuk Volume Up bergema dalam bilik(tak thiqah enta...). Aku menghadap blog dia. Tiba-tiba mata rasa panas dan seakan ada air mahu keluar.

Letih bersua laptop selalu mungkin. Keh keh keh

Aku dah tambah seorang lagi makwe. Makwe nombor 3.

Cik Punch Bag

Target gua bagi melengkapkan gym di rumah, nak dapatkan shoulder press ke..Wakakaka.

Jangan nak mengharap badan aku jadi macam Kim Jongkook. Aku sendiri gerun.

Dah..Jom baca buku.

Esok aku jadi moderator untuk forum MeM, mana-mana awek yang nak autograf boleh la datang ARMA.keh keh keh

Tazkirah hari ini:

Iman itu ibarat cahaya. Ia berlapis-lapis. Daripada seterang-terang cahaya kepada semalap cahaya seperti kelip-kelip. Ada yang seperti matahari, Allah jadikan dia sebagai punca orang lain bertambah cahaya. Ada pula yang sekadar mewarisi cahaya seperti bulan. Tahap manakah iman kita?

Bye!

Wallahualam.

4/09/2012

Peh

Bismillah wal hamdulillah

Semalam baru lepas Seminar Fiqh Perubatan. Seminar ditutup dengan forum bersama Syaikh Dr. Yusri. Seorang muhaddis (ulama' hadis. Tapi hakikatnya, beliau bukan reti hadis sahaja. 'Alim Mazhab Syafie, 'alim qiraat bacaan Quran juga seorang syaikh tasauf beraliran Siddiqiyah). Seorang 'polymath'.

Polymath adalah seorang yang pakar dalam pelbagai bidang.

Aku terpukul dengan kalam syaikh semalam.

Sebelum ini aku kurang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Cukuplah habis diperingkat ijazah. Ijazah ni pun kepala aku dah berserabut.

Tapi syaikh sebut, dengan mengulang kata-kata Imam Syafie.

"Jika kamu meninggalkan seorang guru ketika belum sampai masanya, maka Allah akan haramkan kebaikan padamu. Menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang dan kecerdikan (zakiyy)"
[catatan yang diambil dari sini]

Tanda ikhlas itu juga dilihat pada panjangnya masa(belajar) dan itqan (tekun).

Aku terfikir,

Sudah berapa lama aku lalai, dan istilah tekun itu amat RARE dalam kehidupan ini.

Sudah masanya untuk berpatah semula.

Tanda menjadi wali (orang yang dilindungi Allah), "Duduk dengan ketentuan Allah."

Allah tentukan aku untuk mendalami bidang Perubatan, maka menjadi tanggungjawab aku untuk tekun,bersungguh-sungguh.

Niat untuk berkhidmat pada ummat Saiyiduna Muhammad SollaAllahu 'alaihi wa alihi wa sallam.

Wallahu 'alam


4/05/2012

Bagai Makan Mandolin Tak Habis 2[Ending]

[Bismillah wal hamdulillah]

Tiba-tiba bahuku disentuh, "Jom kawin?"

Gua secara reflek terus melakukan 540 hook kick tepat pada leher makhluk itu.

Aku mula mengecam mangsa tersebut. Rupanya kawan aku. Aizat.

Boleh pula main gurau malam-malam ni.

"Oi. Jom pergi Mozarati."

"Restoran yang padat tahap dewa tu ke?"

"Ha ah"

"Malas la. Nak balik tidur." Aku perlahan meninggalkan Aizat.

"Kejap!" kedengaran suara Aizat memanggil di belakang.

"Ni cincin yang kau tempah hari tu."

Aku menyambut cincin itu. Cincin dibelek. Terukir Muhammad Rasul Allah (dalam bahasa Arab) pada muka cincin.

Aku memandang muka Aizat. "Terima kasih." Aku memberi senyuman.

Berjalan perlahan.

Cincin aku sarung pada jari kelingking.

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim.

Biarlah aku serahkan urusan hati ini pada Allah dan RasulNya. Serabut kepala aku.

Bye.

Nota kaki:
1. Sebelum bermula, pasti aku memberi 'Mandolin'. Jadi aku berharap mandolin itu dihadam.

Aku memang begini. Entahlah.

2. Kita cuba. Jangan kita diresahkan tentang saat dihadapan hingga melupakan saat sekarang. Usah lelah dengan urusan yang tiada pasti.

3. Hati, sila steady.

4. Jom tidur.

Wallahualam.


3/27/2012

Hei Awak!


Sebagaimana kisah Layla & Majnun yang ditulis oleh ahli sufi untuk menggambar cinta dan rindu mereka kepada Allah. Maka.....

Kembalilah rasa cinta. Hei awak.. Jangan lari.

Hahahaha.. Meraban.

Lagu Run pun menarik. Sebab gua suka berlari.

Bye!

3/19/2012

Pasca BERSIH. Masih perlu DBKL?

Bismillah wal hamdulillah

Sempena menyambut hari kelahiran gua pada hari ini, gua dah bosan menulis tentang diri sendiri. Setiap kali hari lahir, tulis tentang diri sendiri. Tak ada nilai diri lu kalau tak bernilai untuk orang lain.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/terengganu-batal-pinjaman-6-pelajar-sertai-bersih-1.33321

Ini berita semalam. Antara 6 orang itu, dan yang disebut sebagai pelajar tahun 3 itu adalah kawan serumah gua. Meh gua nak tayang sikit muka dia.

Hasyim(kiri berjubah hijau)
Muhammad Hasyim bin Che Ngah, beliau seorang pelajar Perubatan Tahun 3 yang biasa. Bukan DAP macam gua. Bukan beraliran pembangkang tegar. Lu boleh ushar Fesbuk beliau. Guna Fesbuk pun malas.

Tapi, saat ini beliau telah diancam dengan ditarik pinjaman oleh kerajaan BN Terengganu.

Beberapa benda yang berpusing dalam otak gua sekarang.

1. Masa perhimpunan BERSIH semua sibuk cakap, perhimpunan itu Real 1 Malaysia. Tapi, waktu ini, mana 1 Malaysia lu orang? Kepala bana hang!

Sibuk pung pang cerita Cina, India & Melayu bersatu. Tak ada sifat perkauman. Ini budak Melayu apa lu orang buat?

2. Mana Ambiga & lain-lain JK pelaksana BERSIH?Mana NGO celaka sibuk promosi BERSIH?Budak ni siapa nak tanggung?Takkan lu orang sekadar reti anjur, komplikasi selepas itu bagaimana?

3. Selain Mesir, yang berhimpun kebanyakannya Cina. Tapi tiada sebarang tindakan diambil. Mentang-mentang yang berhimpun di Mesir ni sepenuhnya Melayu, kau boleh buat suka hati?Celaka!

Kata perjuangkan nasib orang Melayu, tapi orang Melayu juga yang kau bantai dulu.KAMBEN!

Malas aku nak membebel panjang. Lu orang bukan reti buat apa pun. Buang ATP gua menaip semua ni


Bye!

3/12/2012

KAMBEN

Bismillah wal hamdulillah

Hari ini ponteng lagi. Aiyaaa.. Sakit perut dan jiwa ini tak berapa tenang. Keserabutan melanda. Peperiksaan akhir tahun pula makin dekat. =______________________="

Tapi.....

Bila fikir semula. Dah tak ada masa nak layan jiwa-jiwa ni. Kerja banyak. Masa kurang. Kau nak kena ulang peperiksaan lagi ke? Meh bagi penampar.

Ok. Jom buka buku. Sibuk mengarang dalam blog pula.


Nota kaki:
1. Macam mana orang boleh mengarang panjang-panjang? Gua tulis satu ayat pun dah kabur nak tulis ayat seterusnya. Kamben!
2. Perbanyakkan selawat moga dipermudahkan hidup ini. Seperti pesan Syeikh Ali Jumuah Mufti Mesir; Dua perkara yang dapat membantu ummat akhir zaman ini.
-Baca sirah Nabi sollaAllahu 'alaihi wa alihi wa sallam
-Banyakkan berselawat

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallam.

BYE!

3/10/2012

Buku

Bismillah wal hamdulillah

Sekarang gua bekerja dengan sebuah jabatan yang baru. Suasana kerja yang baru. Cara bekerja yang baru. Pola berfikir yang baru. Harapnya menjadi.

Gua diberi kerja untuk membuat buku.

Agak ilmiah juga gamaknya. Sumber rujukan disini kebanyakan dalam bahasa Arab. Agak mengundang kecelakaan juga.

Tapi....

Kita mesti cuba. Tak cuba tak tahu betapa dalam andai jatuh. Gua nak tahu juga seberapa dalam jatuhan itu. Apa pun kita cuba!

Terima kasih Dr. Harmy Yusoff atas idea-idea yang power.

Tahap perbincangan dan idea seorang beliau berada di takat yang berbeza.

Wallahualam

3/09/2012

Novel

Bismillah wal hamdulillah

Gua sebenarnya dah lama berangan nak mengarang novel. Tapi banyak halangan nafsu dan membuang masa.

Tapi..

Gua terbaca di blog helmysamad (sila klik). Macam menarik. (hehehehe)

Tapi.....

Gua tak ada satu karya pun. Pada tahap gua sekarang,dengan bahasa tunggang langgang. KAMBEN!

Jom kita baca buku Pharma lagi molek.

Tapi...........

Boleh cuba juga kan?Hahahaha.

Berangan.

Mahu mengarang satu muka pun dah senak.

Bye!


2/28/2012

Susu Skim Cepat Kaya

Bismillah wal hamdulillah

Selesai bereksesais gua pun cari telur untuk direbus. Emping jagung ditabur dalam mangkuk. Peti sejuk dibuka. Sekotak susu gua capai. Tertulis disitu Skimmed Milk. Gua pun menyatukan emping dan susu itu dengan sebati. Sambil duk menghadap laptop, tangan menyuap sarapan.

CEH!

Lepas ni gua dah tak beli skimmed milk ni. Gua rasa segala jenis skim ni memang nak perkenakan orang. Skim Cepat Kaya. Skim Simpanan Pekerja. Skim apa lagi? Semua menipu...

Bye.

Makna

Bismillah wal hamdulillah

Betapa besar pahala Syeikh Hamza Yusuf, melalui dia, Allah menggerakkan hati-hati manusia lain. Semoga Allah memberi sebaik-baik balasan kepada beliau.

Gua mula memulakan hidup dengan menghargai setiap perkara. Setiap nafas. Setiap suapan. Setiap gerak. Setiap pandangan. Mencari makna Tuhan. Seluruh alam adalah instrumen Tuhan bagi makhluknya mencari makrifat atau mengenali Pencipta.

Dulu ada orang bagi link pasal jenis-jenis darah. Gua darah O (ikut ummi bagitahu). Membawa sifat predator. Salah satu sifat darah O ni kena jaga kecergasan. Kena sentiasa bersukan.

Stress perlu berbalas stress baru sihat kut.

Dah malas aku tulis. Najmi duk tengok aku menaip. KAMBEN

Bye.

2/27/2012

Kaca Mata Malcom X

Bismillah wal hamdulillah

Nak kata sibuk sangat tak cukup tanah tu tak la. Tapi tiada mood. Disamping kerja-kerja persatuan yang memerlukan komitmen.

Gua juga tengah seronok dan teruja menonton video-video Syeikh Hamza Yusuf.

Sebab-sebab gua minat Syeikh Hamza ni:
1. Serius beliau sangat hensem.keh keh keh
2. Apabila beliau membincangkan suatu topik pasti limpahan ilmu masuk dalam otak.
3. Kalau dah minat, tak perlu sebab kan?hehehe

Ini video paling menyentuh hati http://vimeo.com/34401389

WAJIB tengok.

Nota kaki:
-Gua nak cari spek macam Syeikh. Esok pi ushar kat CS. JOM.

2/10/2012

Feeling

Bismillah wal hamdulillah

Sollatu wa salam 'ala Saiyidina Rasulillah wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallam

Lama tak ada internet,buat gua lupa CNBLUE bawa keluar mini album baru [kyaaaa.. #fangirl]

Baru selesai muat turun. Semua best. Walaupun tak faham. Wakakaka. Sebab tak jumpa lirik lagi.

Wahai 'dia'..

Jangan gusar. Tenang sahaja. Kalau mahu diikut atau dipuaskan kehendak nafsu yang tidak terdidik, pastinya tidak akan puas. Mahu sahaja cari yang paling lawa, paling indah, tapi pasti sahaja akan ada yang lebih cantik dan lebih menawan.

Maka, bukankah yang lebih penting itu adalah untuk menerima. Menerima seadanya.

Ermm.. Macam tu kut. Hahahaha. Tak reti nak tulis panjang-panjang. Perut lapar. Jom selongkar dapur cari makanan. Tata..

Wallahu'alam


Nota kaki:
-Jangan takut tak cukup comel. Cukup dah tu. hehehe.




1/26/2012

Anak dan Nasab

Bismillah wal hamdulillah

Wa sollatu wa salamu 'ala rasulillah

Gua tertarik hati bila baca blog http://helmysamad.blogspot.com/ [Luluhkan Hatiku]

Walaupun gua bujang, real bujang. Tapi dapat berasa perasaan punya anak. Larut perasaan ini.

Perasaan yang terlahir dari ikatan nurani. Hati itu yang terikat. Nasab itu yang mengikat. Menghasilkan rasa sayang dan rindu.

"Mulia orang yang bernasab darah dengan Rasulullah. Tapi lebih mulia orang yang bernasab rohani dengan baginda. Terlebih mulia pula orang yang punya kedua-dua nasab."

Itu pesan guru gua ketika gua berbincang mengenai sejarah ahlul bait di Nusantara. Seakan memujuk gua. Tidak mengapa tidak punya darah Rasulullah. Sayang dan cinta pada Rasulullah itu lebih utama.

Maka di bulan Rabiul Anwar. Bulan kelahiran Rasulullah. Bulan paling mulia. Seandai tiada Rasulullah, adakah punya puasa di bulan Ramadhan? Haji ketika Zulhijjah?

Baginda berdarah, kita menerima hidayah. Perbanyakkan selawat dan mengingati Rasulullah.

Wallahualam.

1/25/2012

Tanpa Aib

Bismillah wal hamdulillah

Wa sollatu wa salamu 'ala rasulillah wa 'ala alihi wa sohbihi.

Ketika dalam perjalanan pulang dari Sayeda Zainab ke Haiyu 'Asyir, gua perlu berhenti di Abbasiah. Hantar gerombolan awek. Sudah selesai tugas meng'escort' gua pun bertukar menjadi tiang lampu. Memacak di tepi jalan menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah. Mulut sedang berzikir lagu Good Day yang dipopularkan oleh IU yang comel.

Entah kurun ke berapa barulah tremco(prebet sapu) ke Hayyu Sabie menjelmakan diri dari langit hujung sana. Dalam kepala berpusing-pusing apa yang diajar oleh Syeikh Rohimuddin. Melimpah-limpah pencerahan tahap spot light dalam dada. Allahu..

Sepanjang perjalanan, penumpang turun dan naik. Antara lawak yang selalu terngiang-ngiang apabila berada dalam kenderaan awam ialah,

"Enta nazil?"
"La'. Ana Hafiz."

Nazil disitu bermaksud turun. Lu nak turun kat sini ke? Tapi budak Melayu yang noob dan jahil bahasa Arab faham benda lain. Menjawab nama gua Hafiz.

Sehinggalah gua tiba di Sabie, bertukar van untuk ke Hayyu 'Asyir. Seorang pakcik dalam lingkungan 50an duduk di sebelah gua. Suaranya keras. Keras bermaksud kuat. Bingit. Aduh. Teringat kata Syeikhuna Yusuf.

"Kamu orang Asia (Malaysia, Indonesia, Singapura) mempunyai suara yang perlahan itu satu rahmah."

Tapi, bila tiba saat mengumpul duit tambang, pakcik itu mengutip duit itu dan keluar dari mulutnya selawat ke atas baginda nabi dan para sahabat. Gua senyum.

Terus hilang perasaan gua. Hilang rasa tak suka. Diganti rasa sayang. Kerana apa? Hanya sebab dia mencintai Saiyiduna Nabi Muhammad sollaAllahu 'alaihi wa sallam.

Ok la. Lenguh la pula tangan. Lama tak menaip. Wakakaka. Bye.