4/20/2008

4/15/2008

KENYATAAN MEDIA Oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor 8 APRIL 2008

Projek Ternakan Babi Moden di Selangor

Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Modern Pig Farming di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu. Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pada 30 Januari 2008 yang lalu.

Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.

Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming. Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.

Kenyataan ini diambil dari http://teresakok.com/2008/04/08/kenyataan-akhbar-menteri-besar-selangor-atas-isu-penternakan-babi-isu-tanah/

FAKTA

1. Didalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor pada 30 Januari 2008 (Kertas EXCO-MTES No : 9/2/2008), telah meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.
2. Mesyauarat juga memutuskan bahawa Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Langat diminta menyegerakan urusan pengambilan balik tanah tersebut. Segal pembiayaan balik tanah tersebut akan dibiayai oleh syarikat swasta dan disalurkan kepada UPEN Selangor.
3. Selain penternakan babi, kawasan Ladang Tumbuk ini juga terdapat penternakan lembu dan ayam secara besar-besaran. Dari segi pengudaraan ladang ini(semua ladang-ladang) juga berbau terutamanya selepas hujan dan waktu malam.
4. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2 April telah bersetuju untuk meneruskan projek penternakan babi secara berpusat dan moden dengan belanja RM100 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh pelabur dan penternak.

petikan ini diambil dari akhbar SIASAH 13-19 APRIL 2008/6-12 RABIULAKHIR 1429

4/14/2008

Kisah Guan Eng

Cerita menarik yang saya perolehi dari
sahabat2 di Kedah dan Penang ...



Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri
Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam
ucapannya, dia kata dia nak jadi macam
khalifah Umar Abdul Aziz.



Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut
hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni
dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz.
Dia bukan tau siapa dia Umar
sebenarnya. Dia pakai sebut saja
agaknya..."



Tak semena2, Guan Eng meneruskan
ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia
hanya bercerita kisah kehebatan Umar
Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat.
Umar pulang balik peruntukan kerajaan
kepada dia. Umar padam lampu kerajaan
kerana anak dia datang nak tanya urusan
peribadi dan berbagai2 lagi.



Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama,
Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia
berazam nak jadi pemimpin macam Umar.
"Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan
saya berazam akan mengotakan janji saya
untuk menjadi Umar Abd Aziz."



Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk
rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak
ada rumah sendiri. Dia menumpang di
rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya
Kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia
kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di
renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00.
Saya tak rela duit rakyat dibazirkan
untuk kediaman seorang ketua menteri....



Balik semula kepada kisah tadi... Dalam
sessi soal jawab, ada seorang hadirin
tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd
Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak
tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa
saya di penjara, antara orang yang
kerap mengunjungi saya ialah Dato'
Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS).
Dan dialah yang membekalkan kepada saya
buku2 berkaitan Islam, termasuk satu
buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula
dari situ saya kenal tokoh yang hebat
ini.....



Bagaimana kita orang Islam?....





Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu
kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd
Aziz, tapi awak ada satu kekurangan.
Umar beragama Islam. awak masih belum
Islam."



Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya
meninggal dunia dulu...."



Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita
ramai-ramai doakan supaya makbul niat &
hajatnya. Ini akan memberi satu
tamparan yang hebat pada Karpal Singh

4/13/2008

Tasauf Moden nukilan Prof Dr HAMKA


Mungkin agak ketinggalan zaman untuk ana memperkatakan tentang buku ni.Tapi bg remaja sezaman ana dan kebawah ana rasa x rmi yg membacanya.Tetapi yg pasti ia satu kerugian apabila tidak membacanya.Bg yang masih mencari hala tuju dalam kehidupan buku ini pasti banyak membantu.Hal ini kerana ia meransang pemikiran supaya terus dijanakan dan mengajak kita untuk mencari kebahagian yg hakiki.Ia juga turut menjamu akal kita bkn hny pandangan dr ulama Islam tetapi tokoh2 Barat.Jadi memang sungguh Buyai HAMKA mmg tokoh terunggul di nusantara.Namun bg generasi spt ana kebnyakannya mungkin agak sukar memahami isi kandungan buku ini lebih mendalam kerana mungkin bahasanya agak tinggi dan penuh dengan keindahan..

Maaf untuk kali ini hny boleh meletakkan 1 buku sahaja.kerana ana dah semakin kurang masa untuk membaca dan mengkaji buku.

Teori Kepimpinan berdasarkan hukum Fizik Resonans

Assalamualaikum...
ana doakan kesejahteraan yg seoptimum mungkin kepada mereka yg membaca blog ana yg baru direnovate....

sbnrnye bkn nak ckp psl tajuk tu pu..bkn pandai sgt...nnt klu dah cukup ilmu ana akan sampaikan....

sbnrnye hujung minggu lepas ana ikut abang ipar ana untuk wat kursus kepimpinan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam.jd pembantu jer....xde la kene bg ceramah @ ape2 yg hebat...jd tukang rakam video bdk2 tu...best gak....kat situ form 6 pun ade...jd ana yg sbg bdk x cukup umur kene la berlakon jd org dah beso...padahal muka cam bdk2 jer..yela..br habis SPM kn.

jd 1st day tu xde ape2 sgt..sume abg din yg ckp.sbnrnye sepanjang program dia je la yg wat..penat ana tgk dia..kesian..ana kejenye melangut je la.

2nd day lak mula bnd2 haram zadah,diorg wat senamrobik mcm ntah ape2...yg ana x minat bdk2 pmpuan tu ade gak yg pki baju yg kene seksa....x pernah lak ana kt maktab tgk camtu..jd terkezut gak la..'teruk2 bdk terendak rupanya kat luar lagi teruk..' ni ayat yg selalu terlintas di dalam benak fikiran setiap kali pegi sekolah harian ataupun selain sekolah ana except sekolah agama la....ari tu byk la program pnt gak la..sbb jd camera man..panjat tembok,duk tgh panas,berlari.dll.masa 2nd day gak la berlaku konflik...diorg ni ade satu badan dipanggil MKP yg kumpulkan semua pemimpin setiap badan mcm pengawas,pengawas pustaka,asrama,koopers.dll.

jd diorg ni ade certain bdk x ske...rmi gak la yg x ske (mgkin bdk2 ske nyakat diorg je kot). diorg pun join(MKP tu la...).diorg wat program angkat belon gune kerusi...kene lalu mcm jalan la...turun tangga dan naik tangga...bla..bla..habis la jugak .dah hbs tu..abg din tny peserta nak bg MKP tu join @ x program seterusnya.MKP xnak sbb diorg bg alasan byk keje perlu dibuat.tp ade sorg ni bgn nak bg pandangan...dia pun ckp la apa yg patut..bdk2 dah start kecoh..tetiba ade sorg jerit "DIAMLAH!!!!".sume senyap kejap...pastu bla..bla..bla..dah x ingt sbb byk yg mengarut jer..nama jer form 6 tp mengalahkan ana yg masih bdk...mungkin sbb ana dah hbs sekolah jd fikiran dah boleh kuar dr kotak la....chewahhhh....tp yg paling ingat ana mengaitkan konsep resonans dlm kepimpinan.ana pun start la ckp sbb ana tgk yg ketua pengawas dia x dpt diterima oleh org bawah dia...jd berlaku penolakan gelombang disitu kerana x berlaku getaran jiwa yg sama...jadi ana pun terangkan la serba ringkas teori ana...hehehe

mlm tu ana ngan abg din pegi la ke asrama bdk2 ni(lelaki tau..) abg din ade buka tender mengurut(ni sbb main dlm program pny pasal la...).mase tgh melepak dlm bilik diorg,bdk2 ni tujuk kat ana dan abg din satu rakaman ttg kejadian pergaduhan petang td...nak tergelak pulak..ada jugak adegan yg menjerit "DIAMLAH!!!" tp mcm pondan jer...hehehe camtu la hdp bdk2 dlm asrama.penuh dgn keseronokan.

3rd day...habis pun program tu...diorg pun balaja ttg minda dan ade majlis penutup....dan ptg tu gak pegi Manjung tempat ana main2 masa kecik2...pergh..byk betul dah berubah..ana pun bermain minda....mmbandingkan masa dulu dan sekarang...ade tempat pasar malam dulu dah xde...semak2 dan pokok pisang kat tepi parit taman ana dulu pun dah xde..terang dah sume...tp sekolah ana mcm x byk berubah jer...dah jd tempat tunas bola sepak...mmg dari dulu sekolah tu power dgn bola sepak....

petang tu balik ke Tg. Malim...tamat la pengembaraan kali ini..sekian...