12/29/2010

Bukan Taenia solium Sahaja Membesar!

Bismillah wal hamdulillah

Rupanya gua sudah besar. Semakin dewasa.

Aik? Takkan sudah cecah 20 tahun baru sedar diri dah besar?

Semua orang sedar dia membesar. Tapi berapa orang yang sedar yang dia benar-benar sedar bahawa dia membesar!?

Ramai orang tahu dia akan mati, tapi berapa ramai yang merasai dia akan mati?

Mudahnya begini..
Semua orang tahu saya kacak, tapi berapa ramai yang pernah lihat kekacakan saya secara live?
(contoh yang terbaik!...)

Gua baru berhubung kembali dengan seorang sahabat lama. Kawan tika masih comel..
Itu yang buat kita penasaran. Sedar. Seperti bangun tidur. Rupanya sudah 20 tahun aku hidup.

Dengan memandang masa lalu, kita akan melihat masa hadapan......

Wallahualam...

Nota kaki saiz 11:
1. Ini gambar tumbesaran Cik Taenia solium yang comel..
2. Manusia bukan membesarkan perut sahaja..Fahamilah!

12/28/2010

Jangan Jadi Kambing!

Bismillah wal hamdulillah..

Tadi aku bersembang dengan Cik Comot. Sembangnya amat jauh. Family Planning.(kah kah kah) Timbul satu persoalan. Wajibkah seorang pelajar perubatan untuk menjadi seorang doktor?

Bagi saya, menjadi seorang pelajar perubatan sangat menarik. Penuh dengan keseronokan mengetahui perkara baru. Memuaskan 'nafsu' ingin tahu. Excitement!

Tapi menjadi doktor pula memuaskan 'nafsu' manusia. Redha sahajalah dengan sakit itu!(kah kah kah...doktor yang haprak!)

Kalau tak jadi doktor, aku nak jadi apa?

Nampaknya aku baru masuk fasa remaja yang lost! Remaja yang baru mula berfikir tentang kehidupan.

Ya! Erti hidup.

Ermmmmmmmmm........

[nampaknya entry kali ini habis dengan huruf m.. M for MALAS!]

Wallahualam..

Nota kaki saiz 11:
1. Pengubat ada kerja..Pembina ada kerja..Pemalas? Kalaulah.....
2. Khas untuk Ummi, Ayah dan Kak Long.
-Anas bukan tak minat belajar. Anak ummi sangat rajin..hehehe. Cuma mahu mencari excitement!
3. Planet Marikh dilanda musibah demam,batuk dan selesema.

14'19'
Planet Marikh..

12/23/2010

Evolusi Pemimpin

Bismillah wal hamdulillah..

[IKLAN : Memandangkan apa yang saya tulis ini untuk kempen pilihanraya, maka penggunaan GUA dan LU dihentikan seketika..Harap maklum!]

Pertama saya bukanlah penyokong dan pendokong Darwinism untuk membicarakan tentang evolusi. Saya penyokong dan pendokong (insyaAllah..Amiin..) PERUBATAN Mesir.

Perkara yang berlaku seputar Mesir dalam kalangan warga marga pelajar sains kesihatan adalah tentang Pilihanraya PERUBATAN.

Dari apa yang saya perhatikan, setiap pemimpin itu ada evolusinya yang tersendiri dan MESTI melalui satu evolusi!

Evolusi yang dimaksudkan disini adalah tingkat-tingkat yang perlu dilalui sebelum menduduki 'takhta' kepimpinan.

Langkah pertama yang wajib semua pemimpin lalui adalah,

USRAH!
Ya! Langkah pertama untuk menjadi pemimpin adalah melalui tarbiyah supaya mereka mampu mentarbiyah pula.[USRAH= SC(smart circle) & MB(Muzakarah Berkelompok)]

Oleh kerana PERUBATAN merupakan satu JEMAAH. Maka dalam Perubatan juga ada marhalah Ta'rif(Pengenalan), Takwin(Pembinaan) dan Tanfiz(Perlaksanaan).

Pemimpin perlu melalui setiap tingkatan atau marhalah bagi menjadikan mereka seorang pemimpin yang bersedia dan mempunyai citra Perubatan!

Wallahualam..

[TAMAT: Habis versi soleh ke langit. Rasa tak menarik la pulak entry gua ni..]

Nota kaki saiz 11:
1. Calon-calon idaman akan dipaparkan selepas pulang dari kuliah.
2. Gua menulis sambil berus gigi!

12/10/2010

R.A.R.E: Bab 2

[Bismillah wal hamdulillah]

"Bro..ana nak keluar sekejap.Pergi kedai 'asir." Pesan aku kepada rakan serumah, Malek.
"Seorang jer?" tanya Malek prihatin.
"Layan blues kena la sorang-sorang..keh keh keh.."balas aku dengan gelak.

2 minggu lagi winter break bermula. Perancangan ke Turki perlu disusun. Semalam aku sudah bincang dengan seorang ustaz yang terlibat dengan agensi perlancongan tentang bajet dan urusan yang berkaitan. Harapnya semua urusan lancar!

"Wahid koktail, wahid mango.."
"Hadir!.."balas ammu yang mengambil pesanan duduk di kaunter hadapan kedai 'asir atau jus buah-buahan.

Memang satu kesukaan aku untuk bersenang-senang di kedai 'asir.Kadang-kadang habis hingga 4 gelas jus sekali hadap. Kelihatan malam ini kurang pelanggan datang berkunjung. Terbaik! Mood yang baik untuk mengosongkan otak yang kusut.

"Aiwah syeikh..wahid koktail wa mango.."
"Syukran!"

Sekiranya suatu hari nanti aku pulang ke tanah air, satu benda yang akan aku rindui adalah 'asir!

"Assalamua'alaikum.."
"Wa'alaikum salam..", aku menjawab. Segera aku berpaling mencari suara itu.

"Oh..Amir. Dari mana ni?", tanya aku.
"Baru balik SC(smart circle.macam usrah la..).."

Tidak semena-mena kelihatan koktail aku terangkat ke suatu arah yang lain. Mamat yang bernama Amir itu dengan selamba menghirup koktail aku. Aku hanya memandang dengan penuh kasih sayang!

"Abang memang terbaik lah!"
"Kenapa?", tanya ku dengan penuh kemusykilan.
"Betul lah orang kata abang ni ada 6th sense."
"Haa??..", respon aku dengan penuh tanda tanya. Sejak bila aku jadi kanak-kanak terpilih Digimon ni?!
"Abang tahu-tahu saja saya tension balik dari SC. Pastu siap sediakan koktail untuk saya ni..", ulas Amir.

Kah kah kah..gelak aku dalam hati sekuatnya.

"Ok! Ni kenapa tension-tension balik SC?"
"Arghhh!! Memang celaka!.."
"Aik?sampai maki-maki ni...Parah!"

"Takde seorang pun yang datang....".Luah Amir pada aku.
Memang masalah kerap terjadi. Ahli-ahli usrah kadang-kadang kurang memberi komitmen. Itu perkara biasa.

"Amir ada makwe tak?", tanya aku.
"Ishh..mana boleh..Ikhtilat tak syarie tu!"
"Hehehe...bagus-bagus. Tapi anggap la mengorat itu dibenarkan. Macam mana Amir nak mengorat?"
"Ermmm..entah!"
"Haaa...Itu yang perlu difikirkan. Bagaimana mahu mengorat adik-adik SC?"
"Haishh..Payah tu bang."
"Memang la bercinta itu payah. Taktik kena cukup. Ayat kena manis!"

Kelihatan Amir termenung panjang sambil mencucuk potongan buah pisang. Terus masuk ke mulut. Aku memandang dengan penuh kasih sayang sekali lagi!

"Baiklah..Balik ni saya fikirkan."
"OK! Fikir sampai hangus...Bercinta ini bukan faham, tapi RASA!"
"Hehehe..Baik!. Terima kasih ye bang untuk nasihat dan koktail ni.."
"Ye..."

Cinta.Cinta..Teringat 2 tahun lepas.

"Awak..Sekarang ni sedang musim sejuk. Sejuk giler la..", luah aku di telefon.
"Iye? Alahai..Cukup tebal tak baju tu?", tanya Faridah.

Musim sejuk 2 tahun lepas. Terasa hangat walaupun badan beku!Cinta itu hangat.
Tahun ini sedikit berbeza. Suhu hanya seperti sejuk waktu subuh. Tapi hati ini sudah beku!

It's raining in winter........
Diambil dari sini

Dzuu Haniin 
Masih di Bumi
H10, Mars.

11/28/2010

KAMBEN!

Bismillah wal hamdulillah..

Rasanya, gua dah jual aiskrim 'C-Q-ah' pada Ah Seng di Hock Kee Seng.

11/26/2010

R.A.R.E: Bab 1

[Bismillah wal hamdulillah]
BAB 1
Abbasiah, Mesir.Hospital Damardash.
Ima kara omae ni nani hanasou ka na
Douyatte kono kanji tsutae you ka na
Sukoshi nagaku kakaru kamo na
Demo ne ganbatte miru yo
Kamisama mo kitto bikkuri 
Hito tte omae mitai ni dekite nai
Konseiki saidai no totsuzen heni tte
Kurai ni omae wa utsukushii”
‘Erkk..Tak mungkin Tuhan terkejut. Tapi awak tetap the greatest mutation of the century. Keh keh keh.. ‘
            Aku meneruskan langkah dengan rentak lagu Futarigoto oleh Radwimps. Suara Yojiro Noda terus menghentak gegendang telinga aku bersama ritma pukulan drum oleh Satoshi Yamaguchi. Cochlea aku pula bergetar pada berbeza tempat. Mengikut pada tinggi dan rendah petikan gitar Akira Kuwahara pada gitar lead dan Yusuke Takeda pemain bass. Semuanya saling bersulam dan menyimpul satu sama lain hingga menghasilkan satu corak yang indah. Harmoni!
“Kimi to kaite “Koi” to yonde
Boku to kaite “Ai” to yomou
Sousurya hanare sou mo nai deshou?
Itsuka sonna uta tsukuru yo
Kimi to boku ga deaeta koto wo hito wa
Kiseki to yonde mitai dake
Kiseki ga unda kono hoshi de okoru subete
Kiseki igai arie nai darou”
            Takdir Allah lebih besar dari itu. Cinta Allah lebih besar dari LO dan VE. Kerana LOVE itu mutlak milikNya. Air panas mengalir deras di pipi aku terus menjadi sejuk dengan tiupan angin shita’. Aku segera menyeka air mata supaya tidak kelihatan orang ramai.
            Ah! Cinta semalam akan tetap terus kekal di dalam hati. Kerana ia tatu yang terukir pada dinding hati. Buang? Maka sebahagian hati aku perlu dibuang. Biarlah ia menjadi kenangan dan ingatan yang merupakan teman sejati. Kala keseorangan, ingatan sahaja mampu menghiburkan hati. Ingatan pada ilmu, pengalaman, cinta, benci, kisah semalam.
‘Salam.Esk hr pernikahan sy.moga kisah smlm kita simpn dalam lipatan kenangan. Faridah.’
Itu SMS yang aku terima sebentar tadi ketika baru sahaja selesai round untuk jabatan ENT(ear, nose and throat). Tiada apa yang dapat aku balas. Ketenangan dan kekuatan perlu dicari. Aku melangkah perlahan pulang ke rumah.

Aku mengacu kunci rumah pada lubang dan memulasnya. Pintu kayu berwarna coklat itu terbuka. Rumah aku sunyi. Semua ahli rumah aku sibuk dengan urusan masing-masing. Hasyim ke Sayeda Zainab dengan urusan persatuan. Aktivis persatuan kut! Malek ke Awal Abbas untuk memperbaharui visa sejak pagi tadi. Najmi pula mungkin ada game basketball memandangkan kasutnya tiada. Aku segera masuk ke bilik.

Kelihatan meja belajar aku masih berterabur akibat pembacaan malam tadi. Pagi tadi aku agak tergopoh-gapah ke hospital akibat tidur selepas subuh. Aku menyusun kembali buku-buku yang berselerak. Tafsir Jilani, Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas dan The Secret of Secret by Syeikh Abdul Qadir Jilani aku letak semula di rak buku pada sisi kiri meja. Timbunan kertas A4 aku susun dan masukkannya ke dalam fail hijau. Kelihatan pada muka hadapan fail itu tertulis 8*18*5. Aku letakkannya di almari sebelah katil.Haa..kan lapang sedikit meja ni.

Aku melabuhkan punggung di kerusi menghadap meja belajar yang bertentang dengan tingkap. Kelihatan pokok-pokok menghijau menghiasi pemandangan. Pada aku, memandang pohon hijau adalah suatu nikmat sepanjang keberadaan di bumi Mesir. Seakan melepaskan suatu kerinduan!

Aku membuka komputer riba jenis Fujitsu Lifebook P3010 dan menaip kata laluan di ruang password. Yahoo! Messenger segera dionlinekan. Kemaskini e-mail dengan pantas dapat diketahui. Mata aku terpandang pada satu e-mail yang menarik. Jari jemari ini pantas berputar pada petak sentuhan bagi menggerakkan kursor.

Dalam deretan e-mail, aku segera menekan pada nama 'Dr. Ugur Ergun'. Aku menuruti setiap patah dan baris ayat didalam kiriman email itu. Mata aku membulat, kemudian tersenyum seorang diri. 

Turki..Nantikan kehadiran aku!

Nota Kaki saiz 11:
1. Sebenarnya sudah lama dikarang bab 1 ini. Cuma malas untuk diletakkan di blog.
2. Sebarang komen amatlah diharapkan. Harap maklum!

Wallahualam.
Dzuu Haniin
Masih di Bumi!

11/06/2010

Prolog:R.A.R.E

[Bismillah wal hamdulillah]

Alhamdulillah..Selawat dan salam kepada junjungan Rasulullah, ahli keluarga baginda dan para sahabat. Aku bingkas bangun dari katil. Melihat di sisiku tiada gerangan makwe tersayang. Aku berjalan ke sisi kanan terus menyelak langsir dan memandang ke luar. Langit yang cerah. Awan yang putih. Baik!Alhamdulillah..

Setelah selesai membasuh muka dan segala bagai, aku menuruti tangga ke tingkat bawah. Kedengaran seperti ada orang di dapur. Aku mengarah ke dapur. Kelihatan seorang perempuan sedang berada di sinki. Perlahan-lahan aku menghampiri susuk tubuh itu terus memeluk dari belakang.

"Awak..Terkejut saya."ucap manja makweku.
"Eceh. Padahal hari-hari kut saya buat macam ni."

Dia terus pusing ke belakang dan menjelir lidah. Aku cubit hidung dia.

"Masak apa?"tanyaku sambil mencapai mug di para-para sebelah kiri.
"Ermm.. Makan telur rebus jer eh?"
"Ye.. Tapi lebih baik awak buat air rebus jer.", balas aku sambil bangun melihat bahan-bahan yang sedang disediakan. Ini seperti mahu masak pecal ikan keli. Sedap.

"Dah hilang penat?"
"Alhamdulillah..sudah."
Semalam, klinik aku penuh dengan pesakit. Hingga lansung tidak sempat untuk rehat. Pulang ke rumah, jam sudah menunjuk ke 3 pagi. Si dia tetap setia menunggu. Menghulur segelas susu suam, mengambil segala bagai barang di tangan. Terima kasih ucapan pertama aku beri. Berehat sebentar sementara menunggu subuh, solat berjemaah. Kemudian aku menyambung tidur akibat terlalu penat.

Hari ini cuti. Doktor juga perlu cuti. Supaya kerja lebih efektif dalam merawat pesakit. Kalau doktor sendiri sakit bagaimana mahu merawat pesakit bukan? Namun pintu rumah ini tidak pernah tutup jika ada yang memerlukan bantuan.

"Saya mahu keluar ambil angin sekejap ye. Lepak kedai Abul."
"Pergilah. Tapi makwe Turki takde tau di Kedah."sambil dia terkekeh-kekeh.
"Hampes!Ok.."
Turki. Tempat itu merupakan antara penyebab kami bertemu. Akibat obses terhadap perempuan Turki ketika muda menyebabkan satu pertemuan yang tidak disangka. Aku ketawa kecil bila mengingatkan kisah tersebut.

Aku mengambil Ipod nano di tepi televisyen dan menyumbat earphone ke dalam telinga. Sambil memutar-mutar tubuh Ipod mencari lagu yang menarik, kaki aku deras melangkah keluar rumah mengarah ke sebuah kedai runcit bertentangan rumah.

"Assalamualaikum bro!"
"Waalaikum salam.."balas Abul.
"Lu sihat?Kedai amacam?"soal aku.
"Beres jer bos. Gua macam biasa jer."
Aku masuk ke dalam kedai dan membuka peti sejuk tempat letak ais krim. Macam-macam ada. Cornetto, Paddle Pop, Magnum dan entah pelbagai jenis. Aku memilih Magnum coklat. Terus aku tutup kembali peti sejuk.

"Nah! 2 hinggit setengah kan?"
"Eh! bro..tak yah la. Kedai ni pun modal banyak dari lu. Setakat aiskrim tu tak payah la bayar.."
"Ha! Ini yang buat gua hangin. Itulah orang Melayu. Lu kena bijak membezakan membalas budi dengan membuat rugi."

Aku terus letak duit atas meja kaunter pembayaran. Malas aku mahu bersyarah tentang Neoclassical economic dan segala bab tentang ekonomi dan perniagaan. Hari cuti perlu bersenang-senang!
Kelihatan di tepi kaunter ada satu bangku kayu panjang. Punggung aku terus melabuh di atasnya. Makan aiskrim sambil pandang langit di hari cuti memang amat menyenangkan. Kedengaran pula Abul membebel tentang mat rempit yang cuba mencuri di kedai dia atau dengan istilah remaja 'pau'. Kemudian melompat ke tajuk anak dara Makcik Sarah tukang jahit yang bernama Fatimah. Dah pelbagai taktik tak mendapat juga makwe sorang itu. Aku layankan sahaja.

"Bro..Lu  dengar tak ni?"
"Ye..Gua dengar la."
"Ini pasal Operasi Selat."
"Ha..Kenapa?Ada masalah ke?"
"Rasanya Geng Cahaya seperti dapat hidu projek R.A.R.E lu."
Aku segera bangun. Sambil lihat kiri dan kanan.

"Aik?Lu dengar cerita dari mana?"
"Informer dalaman kita bagitahu."
"Celaka!"
Sambil tangan aku mengambil coklat Cadbury Black Forest. Aku terus melangkah keluar dari kedai Abul.

"Abul, ni masuk buku tiga 5!" Melayu tetap Melayu. Keh keh keh keh...

Masalah tetap masalah. Pandangan aku kosong memandang teratak tercinta.

11/01/2010

Jom! Genting, Magnum dan TOTO..

Bismillah wal hamdulillah..

Sekarang duit gua tak berapa lancar. Mahu berniaga, gua tak berapa into mana bahagian ini. Jadi gua rancang mahu melabur saham dalam 3 syarikat ni. GENTING, MAGNUM dan TOTO. Memandangkan kerajaan mahu membuat hub hiburan malam besar-besaran, gua kena rebut peluang ini. Fastibuqul khairat!

Nota pakau :
1. Lu rasa berapa banyak saham gua kat neraka nanti?
2.Faham?Bab faham gua letak tepi. Sebab Fahami ada di Abbasiyah.
3.Terimalah kasih gua kepada pereka Header blog gua yang SEMAT..
Wallahualam..

Dzuu Haniin
Mars H10!
Masih di Bumi..

10/23/2010

S.Haematobium. Gua Parasit!

[Bismillah wal hamdulillah]

S. Haematobium. Bukan S. Jibeng. Juga bukan Siti Hasliza. Gua Schistosoma Haematobium al-misri. Seekor parasit (gua dah pusing belakang tadi, memang ada ekor..)Kalau dalam surat beranak tiada pun al-misri tu. Gua saja mahu letak biar orang tahu gua ni dari Mesir. Nanti tidak fasal ada parasitologist yang membidaahkan gua kerana salah faham kecil ni.

Kalau mahu dibabadkan sejarah nenek moyang gua, sejak zaman Nabi Allah Musa dan Firaun laknatullah sudah terukir kisahnya. Tak percaya? Kalau lu ada Quran, cuba buka Surah al-'Araf ayat 133. Nah! Lu baca sendiri.

Maksudnya : Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

Memang la tiada tulis nama gua dalam tu. Kalau ada tulis, tak payah gua keluar duit banyak-banyak beli buku Parasite!

Kalau nak baca lebih tentang ayat ini, boleh buka laman Harun Yahya. OK? Gua ni seekor parasit sahaja. Bukan ulama besar yang mengaji di Al-Azhar.

Baik. Gua mahu berhikayat juga barang sepatah dua pasal kehidupan gua. Bukan mudah gua dapat peluang tulis dalam blog. Selamat tuan blog ni kacak, comel dan ganteng! (bodek-bodek boleh dapat peluang tulis lagi kan?)
Selepas gua terangkan perihal kehidupan seekor parasit bernama S. Haematobium, baru lu akan faham ayat Quran di atas. Jadi baca sampai habis!

Kaum kerabat gua kebanyakannya tinggal di sekitar benua Afrika, Timur Tengah dan Sungai Nil. Kemudian bila gua sudah menjangkau dewasa dan cukup matang, gua akan menetap dalam tubuh manusia sebagai hos. Sudah nama pun parasit. Mesti la menumpang pada hos. Itu lu kena faham!

Suatu masa dahulu, lelaki Mesir pernah terkenal dengan kemampuan mereka untuk haid! Silap faham semua ini disebabkan kaum kerabat gua punya angkara. Seperti yang gua sebut di atas, apabila kami sudah sampai tahap yang tertentu kami akan menghuni tubuh badan manusia. Kemudian mula proses pensenyawaan antara parasit jantan dan betina hingga berjaya mengandungkannya.

Sudah menjadi cara kami apabila si betina bertelur, dia akan pergi berseekoran. Bukan kerana kami si jantan hidung belang(gua tiada hidung ye!). Semua kerana laluan untuk ke destinasi mengeluarkan telur itu hanya mampu dilalui oleh si betina. Mahu bertelur bukan mudah bro..
S. Haematobium betina terpaksa melawan arus darah manusia semata-mata untuk bertelur di pundi kencing. Jangan tanya gua kenapa perlu di pundi kencing. Tuhan gua, juga Tuhan lu yang menentukan semua ini. Tapi, yang pasti ianya ada kaitan dengan rahsia dalam ayat Quran di atas.

hai!! itu mungkin bukan gua..hehehe..gua ambil di sini.


Seusai bertelur, si ibu S. Haematobium mengucapkan selamat tinggal kepada telur-telurnya. Bukan kehendak hatinya, tapi ini semua fitrah dan aturan yang Allah swt tetapkan untuk kami. REDHA! Bukan seperti manusia durjana. Membuang anak mereka di tong sampah, tandas, entah segala bagai tempat pakat letak. Separasit kaum kerabat gua, tiadanya kami sanggup untuk berbuat demikian. Ya Salam....

Pada fasa telur inilah anda akan faham kaitan kami dengan ayat surah al-'Araf 133. Berdasarkan penerangan pensyarah, ketika si ibu bertelur, telur itu melekat pada dinding salur darah berhampiran pundi kencing. Apabila sang manusia mahu membuang air kecil akan terhasil tekanan pada pundi kencing. Ini supaya kencing itu lawas. Bersama tekanan yang kuat, telur di dinding salur darah berhampiran pundi kencing akan ikut sama keluar bersama air kencing dengan menembusi dinding salur darah. Maka ini akan menghasilkan pendarahan ketika proses mengencing.

Ada yang sudah faham penerangan gua? Kaitan dengan Quran di atas sudah difahami? Kalau tidak faham memang ibarat mengencing ke daun keladilah segala usaha gua...

Baik, untuk pembaca yang lambat. Ini apa yang gua faham dari apa yang pensyarah gua terangkan. Kalau salah, harap betulkan. (risau beb! mahu terangkan ayat Quran..)

Perkataan DARAH dalam surah al-'Araf 133 itu merujuk kepada simptom haematuria. Hal ini kerana lelaki Mesir mempunyai sejarah kencing berdarah yang disalah faham sebagai HAID!..

Wallahualam..Selamat Malam.

nota berdarah :
1. Gua menulis dengan jari masih berdarah..
2. Biar separasit mana pun anda, pastikan anda bukan PATHOGENIC(berpenyakit)!
3. Tapi gua tetap parasit yang pathogenic..kah kah kah..Maaf. Bukan mudah brader nak berubah ni.

Dzuu Haniin
Even Earth got Mars! How greedy human.ceh!
Masih di Bumi..

10/18/2010

Mars

Bismillah wal hamdulillah

1. Planet Baru. So we start our colonization!
Alhamdulillah..Sekarang sudah tinggal di Marikh. Setelah sekian lama bersusah payah mengurus dan menyelesaikan semua perkara, akhirnya dapat tinggal juga di rumah sewa.

Tema yang digunakan untuk rumah ini adalah gaya 'Bujang Rajin'. Oleh kerana hanya ada 2 bilik. Maka satu bilik tidur dan satu lagi bilik membaca. Haaa..nampak seperti gaya seorang yang rajin bukan?Siap ada bilik khas untuk membaca.

Isu rumah sewa selesai. Walaupun pening-pening nak menjawab pertanyaan Mama yang menjaga bangunan ni.(bahasa Arab gua tunggang langgang!)

2. Belajar. Start Your Engine!
Kelas sudah berlansung lebih kurang 3 minggu. Perjalanan study masih merangkak-rangkak. 'We need to move on babe!' Itu yang saya katakan kepada dia. Program sembang maya kita tawaquf dulu.

Gua ada banyak benda nak kejar. Kejar medic, kejar hafalan Quran, kejar tanggungjawab, kejar si dia dan lain-lain. Kalau ikut macam tak cukup tanah nak berlari bukan?Tapi macam mana gua boleh lepak-lepak. Ok! Saya bertaubat. Kata mahu jadi rajin bukan? Orang rajin sangat comel..hehehe. I hope you'll understand. Please...

3. RARE! Something wrong?
Gua tak berapa pasti lagi apa masalah pada penggunaan perkataan RARE. Lepas ini boleh bawa ber'tendang' ye.hehehe..Mungkin ada masalah dari sudut kefahaman epistemologi Rareisme. That's my fault.

Wallahualam

Dzuu Haniin
Now, even Earth got Mars!
Masih di Bumi.

10/14/2010

Gua Syiah

Bismillah wal hamdulillah

Disebabkan gua dah blur tahap petala kelapan, gua malas untuk fikir tajuk. 2 biji B complex gua telan. Rasa barai sangat badan ini. Sibuk dengan kuliah dan proses perpindahan ke planet baru memang buat gua agak longlai. Bagaimana untuk masuk ke medan sebenar jika badan lemah macam ini bukan? adeii...

Rasanya dalam minggu ini, topik paling menarik adalah sarcasm. Dalam bahasa Melayu apa ye? Kiasan? Mungkin..

Sarcasm ini memberi ruang yang luas kepada pembaca untuk membuat andaian sendiri. Pelbagai tafsiran boleh dibuat. Kita juga dapat melihat sejauh mana pembaca dapat memahami rahsia yang main sorok-sorok di celahan kamben-kamben. Gua nak hurai lebih-lebih dan secara mendalam, rasanya tak perlu. Bro. Pidomat dah hurai dengan daqiq di sini.

Rasanya manusia sekarang semakin hilang deria kiasan ini. (Gua pun kadang-kadang blur. kah kah kah..) Gua rasa mungkin berlaku lesion pada frontal lobe kebanyakan umat manusia akibat gelombang mikro yang dipancar oleh Yahudi. Semua ini hasil konspirasi Freemason!

Ok! Selamat Malam.

Dzuu Haniin
Masih di Bumi..

10/06/2010

Larian yang RARE!

Bismillah wal hamdulilah

Suatu pagi di awal musim sejuk, pagi yang damai. Tiada sebarang kekecohan berlaku. Tiada perlanggaran antara himar mahupun kuda penarik sampah di Mesir. Tiada juga perbalahan antara anjing dan kucing dalam merebut sumber makanan dalam mengekalkan populasi kaum masing-masing bagi biodiversiti.

Gua yang kacak segera menyarung baju Malcom X dan seluar sukan bersiap sedia untuk berlari barang satu atau dua pusingan Suq Sayarat. Gua menuruni tangga rumah dengan tenang dan menyumbat earphone ke dalam telinga. 'Adinda- Lah Ahmad'. Layan blues sekali sekala..
Itulah baju Malcom X yang selalu gua sebut..

"Assalamua'alaikum.." sepatah salam diucap pada jin yang menembusi gua.

Selesai melakukan regangan dan pemanasan badan, gua terus berlari. Dalam otak gua pantas berfikir. Takkan selama hidup 20 tahun dan mungkin sudah 18 tahun gua berlari, sampai mati gua berlari dengan cara yang sama. Tak RARE! Gua pun mengubah cara larian. Gua rasa lari dengan cara terbalik agak menarik. Boleh juga ushar makwe-makwe di belakang. Peluang!

Tetiba ada seorang brader tegur gua.

"Bro.. mana boleh kita ubah cara larian ni. Kita mesti kekalkan apa yang ada. Lonjakkan prestasi larian kita!"

Gua pandang jer. Pejam celik pejam celik. Sunggu berjiwa atlit! Brader tersebut berlari dengan gaya skema skeptikal congenital gagantica. Biarlah.. Gua nak rilek-rilek.

Tiba-tiba sekali lagi. Berdesup gua terasa di belakang. Rupanya brader tadi dah memintas gua. Peh! hebat. Gua kagum.

Sekali lagi beliau menyeru kepada gua. "Lonjak bro!"

Kemudian datang pula seorang brader kulit hitam mungkin dari Nigeria. Beliau menggunakan tangan untuk berlari. Memang pantas dan cekap. Gua terpegun seketika. RARE! Gua mengukir senyuman manis. Belum hilang lagi rasa ghibtah gua pada dia. Gua perlu berlari dengan lebih pantas!

Fuh! Alhamdulillah. Dapat juga keluar peluh dan menguatkan badan. Pejuang beb! Pengalaman hari ini juga menarik dan RARE!  Sedang gua rilek-rilek ambil nafas dan menyejukkan badan, gua terdengar suara sumbang di belakang gua. Sudah puas gua dengar macam-macam. Gua pantas memberi pukulan 64 pelangkung yang diajar ketika gua masih dialam kanak-kanak.

Cerita lain? The rest is history..


Pesan Pakcik Mahatma Gandhi, "Anger and intolerance are the enemies of correct understanding."
Wallahualam..

Dzuu Haniin
Masih di Bumi..

10/03/2010

Kempen Pilihanraya Yang Dipertua KPT [versi soleh]

Bismillah wal hamdulillah

Tanggal 5 haribulan ini semua rakyat Terengganu di Mesir yang berdaftar (dan bayar yuran!) dibawah Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir akan membuang undi bagi Yang Dipertua. Jadi calon yang ana minati lebih mendalam adalah Ustaz Abdul Mannan bin Jusoh.

gambar raya tahun ini..
Pengenalan

Ana dah kenal beliau ni sejak dari Malaysia. Beliau rakan main guli abang ana. Jadi beliau pernah bertandang ke rumah dan keluarga ana pun pernah ke rumah beliau. Dapat jagaung alhamdulillah...(gua tak berapa reti untuk tulis jagung dalam lahjah Kuala Berang).

Beliau menerima pendidikan seperti mana abang ana. Jadi kalau nak tahu dia belajar mana, tanya abang ana. Che Azizi. Beliau berasal dari Kuala Berang, tapi anda tak perlu risau. Beliau boleh bercakap bahasa standard dengan baik.

Ummi kata beliau baik, kiranya macam anak angkatlah. Tapi ana tak berapa pasti. Anda boleh buat uji kaji sendiri. Mahasiswa mana boleh kena suap!

Sifat dan Peribadi

RARE! Itu yang mampu ana gambarkan, beliau memang RARE! tahap petala kelapan. Beliau tidak skematik berplan.

Selalunya seorang pemimpinan tertinggi bertaraf YDP, Presiden dan setaraf dengannya, mereka lebih kepada skematik congenitalia. Tapi beliau tidak sebegitu. Dengan sikap selamba dan kreatif, ana rasa beliau boleh pergi jauh. Tak perlu kepada Shell mahupun Petronas.

Peribadi beliau yang ramah dan mesra dengan semua orang memang sesuai untuk memegang jawatan YDP. Kalau mahu berkata tentang networking beliau, ana tak layak untuk cakap lebih. Anda boleh tanya tauke-tauke jam antik, sunglass Ray Ban antik, syiling antik, SLR dan segala barang antik. Anda sebut sahaja nama Abdul Mannan, insyaAllah kenal. (kalau tak kenal bukan salah ana..)

Ana yakin dengan peribadi beliau, tidak akan ada masalah perbezaan atau gap antara YDP dengan ahli. Kalau jenis ahli minat talaqqi, beliau memang jenis kerap talaqqi ke Masjid Azhar dan Masjid Asyraf. Muamalat beliau dengan ulama' ana boleh beri jaminan. Kalau lu jenis orang aktif berpersatuan, dengan jiwa pejuang, ana rasa beliau juga telah menunjukkan sifat itu. Kalau beliau berjaya memegang jawatan YDP, bermakna ini adalah penggal ketiga beliau bersama kepimpinan KPT. Ana nak cakap apa lagi?
Kalau anda jenis orang kebiasaan macam ana, minat Ray Ban, kamera-kamera dan jam antik, beliau memang orang yang sesuai untuk lu orang rapat dan bersama.

Mana nak dapat YDP versatile dan serba boleh macam ini? Meh cuba beritahu ana. Ini adalah peluang keemasan untuk KPT mengorak langkah lebih jauh dan bergerak dalam corak yang berbeza. Berani untuk berubah ikhwah..

Ana tak ready apa-apa tema melonjak, melompat, melangkah berjalan seiring. Ana bukan geng termasuk 2 makhluk itu. Ana dah tak tahu tulis apa lagi. Selamat Mengundi. Selamat Bayar Yuran Juga! Chow~!

Wallahualam..

Dzuu Haniin
Masih di Bumi..

Kempen Pilihanraya Yang Dipertua KPT [versi indie]

Bismillah wal hamdulillah

Tanggal 5 haribulan ini semua rakyat Terengganu di Mesir yang berdaftar (dan bayar yuran!) dibawah Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir akan membuang undi bagi Yang Dipertua. Jadi calon yang gua minati dan into lebih sikit adalah Ustaz Abdul Mannan bin Jusoh.

gambar raya tahun ini..
Pengenalan

Gua dah kenal beliau ni sejak dari Malaysia. Beliau rakan main guli abang gua. Jadi beliau pernah bertandang ke rumah dan keluarga gua pun pernah ke rumah beliau merembat barang sebutir dua jagaung.(gua tak berapa reti untuk tulis jagung dalam lahjah Kuala Berang).

Beliau menerima pendidikan seperti mana abang gua. Jadi kalau nak tahu dia belajar mana, tanya abang gua. Che Azizi. Beliau berasal dari Kuala Berang, tapi lu tak perlu risau. Beliau boleh bercakap bahasa standard dengan baik.

Ummi gua kata beliau baik, kiranya macam anak angkatlah. Tapi gua tak berapa pasti. Lu boleh buat uji kaji sendiri. Mahasiswa mana boleh kena suap!

Sifat dan Peribadi

RARE! Gua cakap sama lu orang, beliau memang RARE! tahap petala kelapan. Beliau tidak skematik berplan.

Selalunya seorang pemimpinan tertinggi bertaraf YDP, Presiden dan setaraf dengannya, mereka lebih kepada skematik congenitalia. Tapi beliau tidak sebegitu. Dengan sikap selamba dan kreatif, gua rasa beliau boleh pergi jauh. Tak perlu kepada Shell mahupun Petronas.

Peribadi beliau yang ramah dan mesra dengan semua orang memang sesuai untuk memegang jawatan YDP. Kalau mahu berkata tentang networking beliau, gua tak layak untuk cakap lebih. Lu boleh tanya tauke-tauke jam antik, sunglass Ray Ban antik, syiling antik, SLR dan segala barang antik. Lu sebut sahaja nama Abdul Mannan, insyaAllah kenal. (kalau tak kenal bukan salah gua..)

Gua yakin dengan peribadi beliau, tidak akan ada masalah perbezaan atau gap antara YDP dengan ahli. Kalau jenis ahli minat talaqqi, beliau memang jenis kerap talaqqi ke Masjid Azhar dan Masjid Asyraf. Muamalat beliau dengan ulama' gua boleh beri jaminan. Kalau lu jenis orang aktif berpersatuan, dengan jiwa pejuang, gua rasa beliau juga telah menunjukkan sifat itu. Kalau beliau berjaya memegang jawatan YDP, bermakna ini adalah penggal ketiga beliau bersama kepimpinan KPT. Gua nak cakap apa lagi?
Kalau lu jenis orang kebiasaan macam gua, minat Ray Ban, kamera-kamera dan jam antik, beliau memang orang yang sesuai untuk lu orang rapat dan bersama.

Mana nak dapat YDP versatile dan serba boleh macam ini? Meh cuba beritahu gua. Ini adalah peluang keemasan untuk KPT mengorak langkah lebih jauh dan bergerak dalam corak yang berbeza. Berani untuk berubah bro..

Gua tak ready apa-apa tema melonjak, melompat, melangkah berjalan seiring. Gua bukan geng termasuk 2 makhluk itu. Gua dah tak tahu mahu tulis apa lagi. Selamat Mengundi. Selamat Bayar Yuran Juga! Chow~!

Wallahualam..

Dzuu Haniin
Masih di Bumi..

10/01/2010

Jawapan Tuhan!

Bismillah wal hamdulillah..

Hobi gua suka bersembang dengan orang yang punya sama corak pemikiran. Walaupun luaran skematik congenital, tapi jiwa gua ini lebih kepada RARE!, mengarut tahap petala kelapan (ayat Hlovate). Alhamdulillah, baru ini gua dapat seorang kaunselor yang boleh tahan RARE!. Walaupun tak bertauliah, tapi masih boleh diharap. Tapi kalau dia mula mengarut sangat, gua baling jauh-jauh (ke gua yang terlebih karut?)

Semasa sesi kaunseling, banyak perkara yang gua fikir. Memang selama 2 tahun gua di Mesir, hakikatnya gua lost. Hilang Punca! (gua bukan promote blog Firdaus Abdillah). Jadi bahasa Tuhan cuba gua hadam. Ini masa untuk gua kembali ke landasan sebenar. Mengecapi hidup yang TRUE. Ini Benda Serius!

Kalau perjalanan tidak sangkut-sangkut, 4 tahun lagi gua habis. Bermakna gua hanya ada 4 tahun untuk digunakan sepenuhnya. 4 tahun tak lama. Pejam celik, pejam celik habis... Balik Malaysia terasa haprak, kosong. Angan-angan mahu jadi Asada Ryutaro jangan harap lah!

Jadi gua menggariskan beberapa azam :

1. Gua mahu jadi nerd sejati. Sampai bila mahu main-main. Sudah sampai masa untuk gua serius. Dari tadika sehingga hari ini, gua tak pernah mengambil sesuatu dengan serius. Now is the turning point. (gua tiada masa untuk buat kiraan maksimum, turning point macam dalam add math!)

2. Gua tak mahu jadi ustaz mee segera. Main celup-celup. Ikut sesedap rasa macam Mee Sedap. Gua dah daftar kelas Quran di Azhar. Bi iznillah, 2 tahun boleh jadi huffaz. Kalau gua malas, bagi sahaja penampar 1000 petala langit macam dalam komik Cina.

3. Sebelum 18/3/2011 RARE! perlu disiapkan. Jadi orang sekeliling gua harap buatlah perilaku yang RARE! supaya gua dapat idea-idea menarik.

Bagi menjayakan azam ini, gua dengan rela hati menghulur muka yang suci tulus dan mulus ini untuk diperlakukan dengan kejam sekalipun. Ini benda serius!

Wallahualam..

Dzuu Haniin
Masih di Bumi..(gua belum pindah Marikh lagi..)

9/23/2010

Ini Benda Serius! 2

Bismillah wal hamdulillah

Suatu ketika aku berjalan-jalan di suatu alam. Aku melihat 2 jambu batu Mesir sedang berbual. Aku cuba curi dengar oleh kerana amat jarang dapat mendengar perbualan antara jambu batu berlainan jantina.

Jambu Batu betina : Assalamu'alaikum.. Anta belajar di mana?

Begitulah tanya si jambu batu betina kepada si jambu batu jantan dalam bunyi ala-ala Mesir.

Jambu Batu jantan : Wa'alaikum salam. Tapi ini siapa ya? Kenal saya kah?

Jambu Batu betina : Oh. Ana pun tidak kenal anta. Cuma kelihatan muka tampak baik soleh gitu..Tak rock..

Ujar sang betina..

Jambu Batu jantan : Eh? Saya ni rock lah...

Jambu Batu betina : Saya tengok licin jer kulit anta tu..Suci,tulus, mulus lemak lagi berkrim. Ala-ala pelakon korea kelihatannya...

Jambu Batu jantan : Lho! Lu tak pecaya gua rock? Nah! Sila tengok isi gua ni..

Sambil si jantan mengambil sebilah pisau dan membelah isi badannya. Kelihatanlah isi dalamnya seakan-akan batu. Sebab beliau adalah jambu batu!

Jambu Batu betina : Masya Allah! bahasa apa anta guna? Rock sungguh anta..

Terkedu si betina..Terus menyepi tiada soalan...

Aku ternganga. Menganalisis hal ehwal kehidupan jambu batu suatu yang menguji hati..Aku berlalu pergi. Aku perlu segera mencatatnya. Ini benda serius! Aku telah membongkar satu teori konspirasi!!

Wallahualam

Dzuu Haniin
Masih di Bumi

9/22/2010

Tunggu Teduh Dulu

[Bismillah wal hamdulillah..]


Single terbaru Outlandish khas untuk mangsa banjir di Pakistan..

"Fall seven, Stand eight.."

Biarpun sejuta kali kita jatuh, tapi jangan pernah untuk menyerah. Biar sedalam mana lembah kita terhumban, kita perlu tetap 'cool'. Jangan gelabah, sebab gelabah hanya satu bentuk pembaziran ATP.

Nota Kaki Saya:

1. ATP adalah adenosine triphosphate. Merupakan satu molekul yang diperlukan badan sebagai tenaga dalam meneruskan proses metabolisma.

Wallahualam..

Dzuu Haniin 
Masih di Bumi!

9/15/2010

Benci Benda Percuma!

Bismillah wal hamdulillah..

"Balaj kalam warak..(wahai orang di belakang, PERCUMAkan diri anda dari sebarang percakapan)"

Aku dah loya dengan perkataan PERCUMA hari ni. Trauma! Ini adalah Operant Conditioning seperti dalam tajuk Learning..

Malam ini bersedia untuk peperiksaan praktikal dan siap untuk disoal siasat oleh Profesor..

Wallahualam

Dzuu Haniin
Masih di Bumi...

9/12/2010

Ujian Kelayakan Rakyat Marikh

Bismillah..

15 dan 16 haribulan saya ada exam. Diri ni dah tak berapa 'cool'. Jadi jangan mencurahkan minyak ke api. Saya cuba juga mempertahankan jiwa hero ni..bye..

Pindah Planet Marikh

Bismillah wal hamdulillah..

Gua nak kena pindah. Gua rancang nak pindah Marikh. Tapi bini gua tak hantar lagi kapal terbang..Apa-apa pun 15 dan 16 ni ada peperiksaan madah Physiology. Doakan ye..Sambung ulang kaji!

9/09/2010

Raya Paling 'Rare'!

[Bismillah wal hamdulillah]

Aku membelai badan el-Rojo dengan niat untuk bermain Pesbuk. Satu demi satu bahagian sensitif aku sentuh hingga menghasilkan kalimah demi kalimah. Ah! Kepala bana apa aku main Pesbuk malam Raya ni!

Aku bingkas bangun untuk melihat suhu hari ini. Ah! 5.22°C. Nama pun Kutub Utara. Bukan Kutub Neraka atau Kutub Sahara atau Beruang Kutub. Jadi bila sejuk bukanlah suatu yang pelik. Badanku segera aku sarungkan dengan jaket biasa. Aku mahu mencari sesuatu yang menarik untuk raya esok. Buat rendang beruang rasanya menarik.

Pintu rumah aku buka dan keluar dengan gaya seperti artis lelaki Korea yang bermuka jambu dengan berlatarkan lagu "Always Paradise..." seperti dalam...Ah! Ingatan aku putus. Aku malas nak buat defibrillation pada otak ni. Biarlah..

"Bro. Nak duit raya?" suara kecil meminta aku dari bawah.

Aku segera menunduk. Kegusaran dalam hati perlu dijawab. Suara siapakah yang meminta duit raya itu.

"Oh! Adik Pingu..Nak duit raya? Mai sini.."

Aku peluk dia dan masukkan dalam guni(kepada adik-adik jangan beraya di rumah orang tidak dikenali). Selesai satu urusan bahagian daging. Tak perlu aku nak berurusan dengan  Bro. Bear yang kedekut. Setiap kali aku nak daging banyak betul alasan. Padahal sudah cukup gemuk dia tu.

Chop! Bila masa penguin mula berhabitat di Kutub Utara? Jadi mengapa adik Pingu boleh ada di sini? Serees!? (minta kepada Encik Pomo untuk menyebutnya).Adakah beliau datang sini semata-mata untuk meminta duit raya dari aku?Ah! Tak mungkin..

Aku terus berjalan untuk mencari kerisik segera di pasar. Namun kaki ini terasa begitu berat untuk melangkah. Serasa hati, kalau tahap paling malas aku sampai dipuncaknya, tidaklah kaki menjadi seberat ini. Ini tidak boleh jadi. Rehat sebentar bersama KitKat (kantoi aku tak puasa).

Eh? Benda alah apa yang memaut pada kaki aku ni? Argghhhh...Terus aku berlari pulang ke rumah. Rendang? Ah! Tahun depan ada lagi. Lagipun raya sebulan. Esok masih raya. Tapi nyawa ini perlu dipertahankan.

Kepada makwe-makwe Greenland, kalau nak datang raya esok boleh bawa tunda ke akan datang.

makhluq inilah yang memaut kaki saya..source
Ucapan Raya :


1.  Kepada Ummi, Ayah dan keluarga tahun ini sekali lagi tak dapat cium tangan dipagi raya. Tak apa, banyak lagi raya. Raya Cina, Deepavali, Hari Gawai, 1 Malaysia kan?


2. Kepada bakal Mama dan Papa mertua 10 tahun lagi kita raya bersama ye.


3. Orang Marikh, sila belajar anyam ketupat. Saya tak minat ketupat sintetik.


4. Tuan-tuan guru di seluruh dunia, ana ucapkan taqabalallahu minna wa minkum. Semoga amalan kita diterima Allah. Maafkan anak murid yang agak malun ini.


4. Untuk brader-brader dan makwe-makwe, saya minta maaf jikalau ada salah silap. Terlebih meraban, terlebih serius dan memenuhkan peti mail dengan notifikasi dari Cik Pesbuk.


5. Selamat Hari Raya kepada semua. Jadikan raya kali ini suatu yang 'RARE'. Merdeka fizikal dan rohani. Puan Rohani memang sudah merdeka ketika 31 Ogos 1957.


lensa oleh: Anas. diedit oleh: Cik Dijah
Wallahualam..


Dzuu Haniin!
Masih di Bumi..

9/05/2010

Menulis

Bismillah wal hamdulillah..

Bila saya terlibat dengan bidang menulis ini?

Zaman sekolah rendah 1 (Perak, Manjung)..

Masa itu di sekolah sedang hangat dengan Program Nilam. Saya pun ambil bahagian dengan semangat yang jitu serta Wawasan 2020 yang tersemat dalam dada. Masa inilah pertama kali dalam hidup belajar 'Matlamat Menghalalkan Cara'. Saya mula belajar buat sinopsis dengan menyalin dari belakang buku. Waktu ini memang rasa kerja paling jahat pernah dibuat. Tak buat kerja rumah pun lagi baik (hahaha..). Punyalah semangat menyalin untuk dapat hadiah, nanti masa perhimpunan cikgu panggil naik pentas. Seronok!

Akhirnya, hanya dapat saguhati. Ok lah.. (maknanya budak lain jiwa diorang lagi kejam dari aku!). Mug saguhati itu masih ada di dapur rumah. Apa hukum minum air guna mug itu?

Lepas itu saya lansung tak sertai acara 'tak bermanfaat' tersebut. Main kejar-kejar sambil berlakon jadi Power Ranger Biru dan tangkap belalang di padang sekolah rasanya lebih bermanfaat.

Setakat itu dulu..

Nota tambahan : (Suka menambah ni..Tadi masa berbuka dapat ayam tambah!)
1. Esok saya mula tinggal secara sementara di Abbasiah. Supaya mudah untuk mengambil peperiksaan. 30 saat sebelum masuk dewan periksa pun masih sempat melakukan pecutan ala Usain Bolt. 

2. Lepas peperiksaan hajat mahu beriktikaf di Masjid Asyraf. Sehari sebelum raya baru pulang ke rumah (Tak balik pun tidak mengapa. Beraya dengan himar di tepi jalan pun menarik).

3. Saja mahu tambah bilangan nota tambahan..Sebab nama pun tambahan. Boleh main tambah-tambah suka hati kan? Ini bukan nota tolakan, daraban mahupun bahagian. Harap maklum! 

sumber
Saya bukan mahu pergi membunuh Cik Biochem..
Wallahualam

Dzuu Haniin
Masih di Bumi..


9/04/2010

Jalan Saya, Aku, Ana dan Gua.

[Bismillah wal hamdulillah]

Muzik latar : Beyond Words by Outlandish featuring Burhan G

Malam ini hasrat untuk tidur lebih awal terputus. Ingatan terhadap perbincangan bersama Tuan Guru Ustaz Firdaus Ahmad petang tadi masih terbayang-bayang dalam kotak pemikiran. Semua tentang penulisan. Isi-isi nasihat seperti ditatu pada dinding hati. Memang termenung panjang dibuatnya.

"Jadi diri sendiri."

"Kenal diri sendiri."

"Cari kawan yang 'real'."

Puas saya berfikir, termenung, minum air, garu kepala, cucuk lubang telinga (dengan earphone), tengok gambar Zuket kat cermin bilik, main fesbuk dan twitter...Lebih 1 jam berlalu. Jom tidur! Dapat jawapan dalam mimpi kot. Luffy ke, Zoro ke bagi jawapan.


Nota Seru :
1. Asalnya entri ini sangat panjang. Saya senyum seorang diri dengan ada bayang kegelapan di belakang. Butang Delete dengan rakus saya tekan
!
2. Rasanya tajuk entri ini sudah menjawab tiga persoalan itu!
3. Mulai saat ini saya tekad tak tulis artikel 'ilmiah' lagi!

Wallahualam..

Dzuu Haniin
Masih di Bumi..

9/03/2010

Ini Benda Serius!

[Bismillah wal hamdulillah]

Dah lama saya simpan benda ini. Makin pendam, makin tak 'best'. Jadi saya kena luahkan juga. Sebelum sambung buka buku Biochemistry kena tulis juga!

"Akhi Anas apa khabar?"

"Akhi Anas main guli ker?"

"Salam..nak tanya Akhi Anas ni..pasal 1 + 1 berapa?"

Peh!Saya bukan kisah sangat orang nak beramah mesra dengan saya. Saya berlapang dada sahaja. Saya kan hero. Kena bertenang bila orang nak autograf dan bertegur sapa. Tapi bila ada 'akhi' di hadapan tu buat jiwa ini...Ah! Serius tak boleh diungkap.

 [monolog hati sahaja kalau dengar, buat-buat tak dengar : Gua bukan geng-geng akhi-akhi ni..panggil lah Bro ker..Encik ker..bukan kah lebih menarik?Mungkin nama saya dah ada Che..haaa..panggil saya Anas-sama pun ok!]
Ini hero masa waktu  'rebel' saya masih kuat. Sekarang anak soleh. Gambar dari sini

Wallahualam..

Nota kaki saya (bukan kaki Encik KafJim atau RaJim):
1. Tulisan ini khas merujuk orang yang kurang dikenali. Bukan bro-sis usrah yer( nanti tak pasal-pasal kena libasan tali pinggang ghaib).
2. Maaf kepada pembaca sekalian. Agak beremosi sedikit tulisan kali ini.
3. Kepada ustaz-ustazah di luar, saya minta maaf kalau anda ter'follow' blog saya.
4. Perkataan Gua itu adalah merujuk kepada Gua Hira'.

Dzuu Haniin
masih di Bumi..

9/02/2010

2060

[Bismillah wal hamdulillah]

Pedalaman Sarawak: 12.30 malam

Aku bingkas bangun dari perbaringan. Aku memandang wanita di sebelah ku dengan penuh kasih sayang. Sudah 40 tahun kami bersama. Perlahan-lahan aku meninggalkan katil. Maafkan abang, selama ini segalanya kita kongsi bersama. Tapi kali ini biar abang seorang yang menanggung semuanya. Aku harus segera tiba di Tokyo sebelum subuh. Misi penting yang harus dilaksanakan. Semua hanya untukmu!

############################################################

Masa yang diambil jika mengambil penerbangan biasa adalah lebih kurang 7 jam. Tapi dengan berkat rezeki kurniaan Allah, aku punya pesawat penerbangan peribadi. Ia lebih menjimatkan masa. Tuntutan sebagai pakar Neurosurgeri dan Mudir Pusat Pengajian al-Aman memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang tinggi. Segala kemudahan ini bukanlah untuk menunjukkan kemewahan dan kekayaan aku. Tidak lain tidak bukan semuanya untuk kebajikan ummah.

Pernah suatu ketika, Makcik Jenab jiran kami jatuh sakit. Beliau seorang yang cukup zuhud walaupun harta beliau cukup untuk makan 7 keturunan. Beliau masih mengguna Proton Perdana keluaran 2010!
Pada ketika ini kawasan Kapit, Sarawak sudah sibuk seperti Kuala Lumpur zaman tuan-tuan. Sesaknya bukan main congkak. Jadi dengan bantuan pesawat peribadi aku, segera menghantar beliau untuk dirawat di German.

Mahu dicerita segala kebaikan diri ini, amatlah tidak enak. Bukan seperti makan budu, busuk-busuk tetap masuk ke mulut.[rasanya ada kaitan kah?]

Harajuku, Jepun: 8.30 pagi

Di hadapan sebuah kedai. Terpampang tulisan Jepun 'アニメの世界'. Aku segera mengetuk pintu kedai tersebut. Muncul seorang lelaki dalam lingkungan 50-an. Kami saling memberi tunduk hormat, tersenyum dan terus memeluk satu sama lain.

"Uruhara-san, bagaimana barang yang saya pesan?"

"Tenang Anas-sama..Semuanya ditanggung beres!" tekan Encik Uruhara.

Beliau merupakan kenalan lama ketika bekerja di Jepun. Ikatan ini terbina selepas aku menyelamatkan isteri beliau yang cedera pada bahagian otak akibat dipukul oleh musuhnya, satu kumpulan yakuza. Selepas insiden itu, Uruhara-san terus meninggalkan arena gelap itu. Aku menjemput beliau untuk mencari perlindungan di Malaysia. Maka bermulalah titik persaudaraan dan semakin erat selepas beliau mengucap kalimah suci dan tinggi di hadapan saya.

Uruhara segera ke bahagian belakang kedai, sambil isteri beliau Yoruichi menghidang teh kepada ku.

"Jemput minum Anas-sama.."

"Arigato gozaimasu.."

Urahara Kisuke terus menghadap aku dan menyerahkan satu bungkusan berwarna hitam. Aku tersenyum puas.

'Segalanya akan selesai dengan ini!' monolog hatiku..

Setelah berbual dan bertanya khabar. Aku segera memohon untuk pulang. Tugas-tugas di Malaysia masih banyak yang perlu di selesaikan..

Sarawak : 12.30 malam

Nampaknya bulan dan bintang tampak ceria malam ini. Tapi malam ini mungkin malam terakhir. Saat ajal itu menjelma tiada siapa yang tahu. Diakhir usia, sambil menikmati segala nikmat Allah. Bersyukur atas kesyukuran.

Kedengaran derap kaki dari arah belakang. Aku segera menjeling. Subhanallah wal hamdulillah. Aku tersenyum.Terima kasih Allah atas kurniaan ini.

"Abang buat apa duduk di luar ni..nanti demam siapa yang susah? Kena beli vitagen pula nanti.."sambil dia menyelimuti aku dengan selimut dari bulu biri-biri buatan tangan Kashmir. Bumi Islam yang sudah merdeka. Bebas fizikal dan rohaninya.

"Abang tak kisah pun demam..Awak kan ada?"

Aku menariknya ke ribaan ku. Aku menilik mukanya dan merenung dalam ke matanya. Dari dulu hingga sekarang tiada yang berubah. Alhamdulilllah..Terima kasih Allah.

"Nah..khas untuk awak." aku memberi barang yang bersampul hitam itu kepada isteriku. Itulah hasrat terakhir aku...

"Apa ni? Jangan kata vitagen pula.." Perlahan-lahan dia membuka sampul itu.

Berubah riak wajahnya. Kerut di dahi yang sedia ada semakin bertambah. Matanya membulat seperti burung hantu. Aku hanya gelak kecil melihat reaksinya.

"Wah! Biar betul ni bang?Abang pasti ke ni?" tanya isteri tercintaku.

"Ye..Ambil lah."

"Wahhh!! Figura Kurosaki Ichigo!! Terima kasih abang..Sayang abang!!" dia memeluk erat aku. Saat ini aku tak tahu dia ikhlas ke tidak menyayangi aku...hahaha..

Adakah ini satu trankuiliti? malam 2 September 2060..Selamat malam semua!

8/30/2010

Mesyuarat Para Wali

[Bismillah wal hamdulillah..]

Pada suatu petang, setelah membelek buku Biochemistry dan menghafal langkah-langkah dalam fatty acid synthesis, TAG synthesis dan mobilization of TAG, saya bercadang untuk berehat sementara menunggu masuk waktu Asar. Ketika berada di antara alam sedar dan separa sedar, frekuensi gelombang otak mulai menurun. Daripada beta mula menurun ke delta dan theta. Akhirnya terus hanyut bersama gelombang, ombak Laut China Selatan turut serta mengkhayalkan...

"Kriiingg..Kriinnggg..Kriiinngggg!!"

Aik?bunyi telefon siapa?Kalau tidak silap bunyi ringtone telefon bimbit aku berlagukan 'Always Be Here' oleh Mahir Zait penyanyi Islami berambut dreadlock yang sekarang sudah mencanak naik populariti beliau. Tangan ini  meraba-raba mencari sumber bunyi tersebut.

"Alooo..Anas dah pergi Marikh la. Siapa di sana?"
"Syeikh, anda dijemput ke Mesyuarat Para Wali di Mekah. Sebentar lagi anda akan di bawa ke sana. Harap maklum! Tuuuuttt...."

Argghh..sejak bila saya jadi wali?Nikah pun belum lagi. Apakah semua karutan ini?

Saya pun perlahan-lahan bergerak ke arah  el-Rojo(nama notebook saya..cool tak?). Hasrat dihati mahu meng'google' segala kecelaruan saya. Namun tidak semena-mena, kelihatan cahaya putih menembusi siling bilik dan memancarkan ke arah saya. Erkk..Apakah?

Ghaib!!...................................................................

Gedebush!![jatuh terbaring dengan gaya Mr. Bean]
Pening-pening naga dibuatnya. Berlaku ketidak seimbangan dalam telinga ini. Bila berlakunya pemecutan, Otilith Membrane dalam telinga akan bergerak, hingga kadang-kadang berlakunya false sensation (jangan percaya fakta-fakta yang dikeluarkan oleh budak yang kena reseat exam).

Kelihatan beberapa makhluk sedang melihat aku. Yang pastinya mereka bukan makhluk planet Marikh. Mereka masih makhluk Bumi! Aku pasti!

"Assalamualaikum..", aku menyapa mereka. Hero perlu beri salam terlebih dahulu.
"Waalaikumsalam..."jawab mereka.

Kalau dilihat dari pakaian, semuanya memang tampak alim allamah lah! Saat ini aku hanya memakai baju bergambar Malcom X dan seluar bercorak batik berwarna biru. Perghh..memang kelihatan tampan!

Seorang lelaki dalam lingkungan umur 50an datang menghampiri dengan senyuman manis hingga ketampakan gigi putih berseri...(sambil saya ambil kaca mata gelap Ji Ban saya..)

"Ahlan wa sahlan Anas. Mari kita bergerak sekarang."
"Bergerak? Ke mana?Acara apakah yang sedang berlansung sekarang? Saya masih keliru ni..", soal saya tidak tampak gabra walau sedikit pun.

"Tuan, selepas ini kita solat Asar. Kemudian lansung tuan akan mempengerusikan Mesyuarat Para Wali sempena Ramadhan 1431H."

"Haaa!!"

inilah Bro. Malcom X gambar disonglap dari sini entah web apa saya tak tahu.


Bersambung...
[Penulis perlu menyambung membaca buku. Kalau rajin, beliau akan menyambung hikayat ini]

8/27/2010

Muka Pandai

Bismillah wal hamdulillah

"Abang ana tak percaya enta kena repeat..Muka nampak pandai.."

Itu ulas seorang rakan. Tak mampu saya untuk memberi sebarang komen. Menulis panjang seperti karangan SPM dengan 300 patah perkataan bukanlah hasrat di hati. Saya nak memandaikan otak saya juga, tak mahulah muka sahaja yang pandai...

Nota kaki:
1. Kepada orang Marikh, Ustaz Syafiq iaitu Abang Guru saya kirim salam.
2. Seorang sahabiah menghidapi Nephrogenic Diabetis Insipidus (NDI). Cadangan saya kepada beliau bukan berdasarkan ilmu perubatan, "Pi tukar kidney tu..".

8/25/2010

Musafir Akhir

Bismillah wal hamdulillah..

Sekarang saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha. Langit Qatar sudah menampakkan cahaya pagi. Solat subuh masih belum tertunai. Sepanjang berada di kapal terbang, saya mengalami sakit kepala yang agak berat.

Jazakallah kepada semua yang menghantar saya pulang. Sanggup menunggu lama di KLIA. Ummi jangan sedih-sedih. Ayah selamat bayar saman..(hehe..).Kak Long dan Abang Din sekeluarga moga terus sukses. Kak Uda selamat kerja. Abid selamat cuti. Cik Mai dan Pakcik Jamal terima kasih kerana beri tempat rehat.Kepada Ustaz Syafiq yang sanggup datang hingga lewat malam, tolong uruskan barang-barang saya. Terima kasih berjuta lemon..Kepada Encik Hazim dan Encik ATA, walaupun esok ada kelas, mereka sanggup menghantar dompet saya..Terima kasih banyak-banyak.

Moga jodoh kita panjang di dunia dan di akhirat. Bersama di dunia dan di akhirat..

Nota kaki:
1. Kepada orang Marikh, terima kasih ye!
2. Sakit kepala juga perlu puasa..

8/23/2010

Perjalanan Budak Hingusan..



Bismillah wal hamdulillah..(sambil batuk-batuk)

Alhamdulillah selamat sampai di rumah dalam lingkungan jam 5.30 petang. Perjalanan dari Melaka ke Pasir Gudang yang kebiasaannya mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih bertukar menjadi 2 jam dengan pemanduan ber'hemah' Encik X. Seumur hidup itulah kenderaan paling laju yang saya naiki di daratan (di udara ada lebih laju). Malam sudah larut dengan keheningan bilik dan tiupan angin kapas mengalunkan ritma cinta dari syurga dunia..Maka...

[Semua gambar adalah tanpa suntingan]

Meja Tuan Guru yang padat dengan buku..

 Bahagian dalam Masjid Pusat Islam UKM

 Bokeh:Di pohon Ara Beringin tepi Masjid Pusat Islam.

Paku-pakis menumpang pada tubuh pokok. Menumpang..

Buah Pinang..
Pohon Ara Beringin. Hasrat dihati mahu mengintai Bawang Putih, tapi tidak kelihatan.

Be Strong!
Pandai-pandai membaca nama pokok di belakang itu..



Juadah berbuka puasa..Sekadar, Tapi ayam penuh setalam!

Sedang mencari jalan mahu berjalan. Sia-sia ada Blackberry..hihi

Tuan rumah yang dibuli..hehe

Orang sibuk..Call dalam mimpi..
Roti John nan sebutir..

Pemandu kereta lumba Formula Satu!!

Refleksi! : Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi.

Halaqah tepi kolam..
Moreh pertama di Malaysia..huhu
Kita masih berada di Malaysia!
Ermmm.. 
Di situlah tempat kejadiannya:MRSM Terendak.
Bergaya tidak menahan..
Disebabkan saya mengantuk, maka gambar Encik ATA diletakkan sebagai gambar terakhir.

Wallahualam..[Penat masih tidak hilang..]
Jam : 2.12 pagi
Taman Kota Putri,
Masai, Johor Bahru,
Johor Darul Takzim..