5/31/2011

Bina Badan

Bismillah wal hamdulillah

Berkata Rehan Jalali, seorang ahli nutrisi dan pakar bina badan,
"Fitness for the soul,then body."

Ok..Bye.

Nota kaki :
1. Update style status facebook.
2. Rasa nak beli whey protein la.hehe. Apa hukumnya ek?Kenapa macam pernah terbaca whey ni haram. Tapi kan left over dari cheese. Cheese pula dari susu lembu. Ada sesiapa boleh beri pencerahan?

Wallahulam
Dzuu Haniin

5/26/2011

Oh Awak

Bismillah wal hamdulillah

Saya ingin meluahkan perasaan. Sekian lama saya menatap wajah awak. Kita saling memandang. Saya cuba memahami dan mengenali awak. Setiap perkara cuba diteliti. Semata-mata untuk mengenali lebih mendalam.

Semuanya kerana sayang,cinta dan keikhlasan. Ketahuilah saya amat mencintai awak.

Saya tidak mampu meminta kita untuk bersama selamanya. Andai izin Allah bersama kita.

Tapi saya sentiasa berdoa agar kita dapat bersama dalam susah dan senang. Pasang dan surut. Siang atau malam. Jauh atau dekat.

Yang benar,
Si Fakir

Khas untukmu,
1. Cik Pathology
2. Cik Pharmacology
3. Cik Microbiology
4. Cik Parasitology

Nota kaki :
1. Pagi nanti ada peperiksaan praktikal Pathology.
2. Moga Tuhan Yang Maha Lemah Lembut lagi Halus berlemah lembut terhadap daku.
3. Berharap kalau dia mengirim sebuah senyuman. :)

5/24/2011

Evolusi Kemalasan

Bismillah wal hamdulillah

Semakin tua, semakin susah. Makin lama belajar, makin payah. Jika dulu 10 malas, sekarang 5 malas. Ok la tu kan?

Beruntunglah orang yang dulu tahap kemalasannya pada taraf dewa, sekarang turun kepada tahap hamster. Walaupun masih malas, perlahan-lahan kayuh ye tak? Haha..

Ini semua alasan untuk membenarkan kemalasan. Kerana hakikat sebuah kemalasan itu tetap sebuah nikmat. Cuma atas kita mahu menunaikan nikmat malas itu pada masa terdekat atau kita tangguhkannya dikemudian hari.

Ok. Bye. Malas nak menulis panjang-panjang.

Nota kaki:
1. Young Black Jack dah sempurna muat turunnya. Amacam?
2. Menuntut ilmu sahaja yang mampu mengalih tumpuan gua daripada dia. Peh!

Wallahualam..
Dzuu Haniin
Rajin itu comel. Malas itu kacak!

sumber

5/22/2011

Sekolah

Bismillah wal hamdulillah

Bila masuk musim peperiksaan, teringat zaman sekolah yang kurang menarik. Gua yang sengal ini ditakdirkan masuk kelas pertama. Amatlah tidak menarik dikumpulkan dengan manusia bijak pandai. Antara perkara yang gua benci dulu:

1. Lepas peperiksaan kumpulan manusia pandai akan berbincang jawapan. Celaka apa! Bukan boleh ubah pun.Cis!

2. Ada manusia yang akan mengumpul markah untuk perbandingan. Tahulah gua ni sengal. Cis!

3. Terdapat sekelompok manusia yang akan mengira markah. Tunggu je la unit peperiksaan keluarkan markah. Adeii..

4. Bila semua siap kerja sekolah! Arghhh..

5. Ketika waktu Add Math gua termenung tengok tingkap. Cis!

Malas la pula mahu menyenaraikan semua. Jom tidur!

Nota kaki :
1. Paling gembira ketika keluar result semester gua seorang dapat straight A's dalam tingkatan 5. HAHAHA..Padan muka. Tapi SPM kantoi juga la. Tu la riak awal sangat.

2. Sekarang gua berlumba untuk keluar dewan peperiksaan lebih awal dari KS!hahaha..

Wallahualam
Dzuu Haniin
Separuh gila. Separuh waras.

Berangan

Bismillah wal hamdulillah.
Serius tengah bosan. Takkan mahu mengunya jer. Bahaya!

Kalaulah boleh buat macam ni..




Ini semua benda-benda sengal.hahaha

Bye..
Dzuu Haniin

5/20/2011

Hati

Bismillah wal hamdulillah

Sebuah pedang bukanlah diguna untuk membunuh musuh. Juga bukan menutup kelemahan. Bukan juga bagi menjaga tubuh kamu.

Tapi menjaga hati kamu!
~Guru kepada Gintoki Sakata



Saya hanya perlu jadi lebih kuat!

Dzuu Haniin

5/18/2011

Jalan

Bismillah wal hamdulillah

Mungkin bukan lurus. Tapi ini jalan aku. Meski tidak tertulis 'Jalan Anas'.

Jalan ini bukan seperti yang lain. Cerah. Gelap. Jalan ini kelabu.

Aku rabun. Tak nampak jalan. Tapi aku perlu terus berjalan.

Mungkin ada yang kata aku perlu dipimpin.

Tapi ini jalan aku!

Jalan aku sama seperti Gintoki Sakata dan Hijikata Toushiro. Haha..

Perlu melindungi. Untuk menjaga. Menjaga itu tanda gagah berbanding memusnah. Kata Kagura chan.

Beban ini perlu ditanggung sendiri. Najis ini perlu digendong kediri!

Jalan itu takdir. Berapa kali aku ingatkan takdir itu rahsia. Rahsia itu harapan.

Kerana setiap jalan pasti akan berakhir pada satu titik.

Walau hitam memekat.

Walau putih mencerah.

Walau biru bersama.

Walau merah berasa.

Walau kuning meninggi.

Wallahualam.
Dzuu Haniin.
1. Ini tak tahu tulis dalam bentuk apa. Tapi yang pasti meluah. Kata Helmy Samad, tidak diluah nanti gila.

5/17/2011

Ekspresi Tempur 3

Bismillah wal hamdulillah

There is one organ more important than my heart. You can't see it but it's there.Because of it I can stand tall.Even if i am all worn-down, I can still walk. It's my very own soul..
Gintoki Sakata

Bersiap sedia bertempur dengan makhluk halus.

Dzuu Haniin
1. Cis!Cis!Cis! Mega Monster Battle Ultra Galaxy tak habis muat turun. Esok sebelum pergi periksa mesti habiskan! Ambil semangat Ultraman Zero, supaya tak dapat zero ketika praktikal Parasitology esok.

2. Sedang hafal lirik Banmal Song. Esok mahu menyanyi bersama Marami!hehe

3. Biar tubuh kita tua berumur seratus, tapi jangan jiwa yang mampus!



Ultraman Zero, anak Seven sumber
Download Banmal Song disini

Bye..

5/15/2011

Ekspresi Tempur 2

Bismillah wal hamdulillah

Saat kita berasa lelah melawan nafsu, pada saat yang sama juga nafsu lelah menggoda kita. Keep fighting!

Teringat masa menonton Legend Of The Guardians : The Owls of Ga'Hoole

"Boron: When you've flown as far as you can, you're halfway there!
Gylfie:What did he say?
Digger: We're halfway there! "

Ok! Bye..
Dzuu Haniin
1. Exam pharma.
2. Lagu Istikharah Cinta-Sigma best.wakaka

Yo! Sumber

5/14/2011

Bidayah & Nihayah

Bismillah wal hamdulillah

Alhamdulillah. Gua masih belum sihat. Rasa nak belai-belai kepala pada dinding dengan momentum yang tinggi. Perasaan rindu pada tandas masih menebal. Terpendam-pendam. Memendam rasa bukanlah suatu yang sihat untuk kanak-kanak. Fahamilah..

Malam tadi gua bermimpikan sesuatu. Walaupun bukanlah mimpi awek-awek yang comel, tapi buat gua terfikir. Gua bermimpikan kawan-kawan sekolah.

Secara jujur gua tidak mempunyai banyak kenangan di sekolah. Tapi mestilah ada kawan-kawan yang rapat. Juga teman bergaduh.

Gembira

Gua gembira bila nampak kawan-kawan dulu yang seperti 'musuh', tapi sekarang mula bertanya pada gua bermacam perkara. Dulu suka buat khianat. Program BADAR jarang la datang. Bila gua bagi nasihat pasti dibalas hadiah yang menarik.

Tapi sekarang mula bertanya tentang halal haram. Mula bertanya tentang ibadah. Itu suatu kegembiraan. Gua tersenyum sendiri

Sedih

Teman selalu bersama. Gua tiada teman yang benar-benar rapat. Tapi sentiasa bekerja dalam persatuan. Selalu lepak bersama di bilik dan surau. Adik-adik yang gua nampak ada potensi. Baik dan comel (hahaha).

Tapi sekarang gua nampak mula berseluar pendek. Rambut berwarna. Walaupun gua yakin tiada pun yang mak ayah orang UK. Celah jari mula kelihatan rokok. Sedih! Gua rasa bersalah.

Paling Sedih

Gua rasa makin hanyut. Gua dah tak kenal diri sendiri.

 Dzuu Haniin
1. Gua terbaca blog pelajar UK. Bersyukur dapat belajar di Mesir. Terus bersyukur atas syukur!
2. Termasuk simpang yang lain, bukan di jalan yang dilihatnya lurus bukan bermakna kita tersesat. Cuma memberi pengalaman yang berbeza. Life is an accumulation of experiences!
3. Esok ada exam, doakan ye!
4. Sabar dengan Bala. Sabar dengan Maksiat. Sabar dalam berbuat Amal~Risalah Jamiah

Hajat

Bismillah wal hamdulillah

1. Blogger memang bikin panas.

2. Tadi gua cuba menyampai hajat kepada ummi dan ayah dalam keadaan berlapik. Hasil?Rasanya seperti dijangka. Sampai mati gua takkan bagi cukup duit. Kan Kak Uda?Firm! Nanti kita berfoya-foya ye..(Hajat nak meminang Park Shin Hye.hahaha)

3. Hati aku dah pecah berderai. Tak payah cakap la.

4. Saat aku lari dari Tuhan, pada saat itu juga Tuhan menarik aku. Dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat, sebuah kereta berhenti di sisi aku.Mengajak aku untuk naik. Sudah menjadi sifat aku untuk susah menolak ajakan seseorang. Apatah lagi nafsu dan syaitan (wakakaka).

Serius aku ingat dia mahu solat di Masjid Muhammadi(masjid sebelah rumah), sebab itu aku masuk dalam kereta itu. Tapi jangkaan aku meleset. Entah ke mana dia bawa aku. Namun disebabkan jiwa hero yang menebal, semangat Gintoki Sakata lekat dalam otak aku. Aku tenang di dalam kereta. Dasar kanak-kanak mudah terpengaruh.

Ammu itu bernama Abdul Muniem عبد المنعم, mungkin kalau di Malaysia kita panggil orang Tabligh. Beliau baru keluar 3 hari. Keluar fi sabilillah katanya. Beliau mengajak aku untuk mendengar khutbah dari Syeikh Umar Hasyam (kalau tak silap aku dengar. sebab kepala aku tengah pening)

Khutbah tentang USRAH. Keluarga, bait muslim bukan sahaja berkisar tentang lelaki dan perempuan. Ibu, ayah dan anak. Tapi pada konsep yang lebih luas iaitu masyarakat dan negara. Banyak la syeikh sebut. Kepala gua dah hanyut ke Marikh. Tapi yang gua dapat tangkap tentang LELAKI. الرجال قومنا على النسا

Qawama disitu bermaksud mas'ul. Orang yang bertanggungjawab. Orang yang akan dipersoalkan tentang apa yang dipimpin. Payah juga jadi lelaki ni. Hailaaa..Syeikh pesan supaya jaga keluarga,isteri dan anak perempuan.

Lepas tu ada la sebut pasal negara. Otak memang dah hanyut. Habis segala bagai aku tunggu ammu Abdul Muni'e tu. Berkali-kali beliau ajak untuk pergi haflah dakwah di Masjid Madinah Al-Munawarah. Ajak keluar fi sabilillah. Aku balas insyaAllah. Terus dia balas dengan smash yang padu.

Kalau sudah niat Allah akan mudahkan. Adeii. Ada kesempatan aku pergi cari masjid tu.OTL

5. Sejak kebelakangan ini aku rasa dalam perut aku ada raksasa.

6. Mahu tidur. Kalau baca buku pasti tak masuk. Sebab otak dah masuk air. Nak makan aiskrim!

Wallahualam.
Dzuu Haniin
Kanak-kanak yang comel.

sumber

5/12/2011

DAHLIA

Bismillah wal hamdulillah

DAHLIA=Delusion,Hallucination,Incoherent speech & Abnormal behavior~Prof Khalil

Do I need to take Haloperidol? Makin hari makin gila. Parah!

Bye..
Dzuu Haniin
1. Ahad ada test Pharma yang paling saya..
2. Oh Gintoki Sakata & Roronoa Zoro
3. Saya lebih suka Melur dari Dahlia.wakaka..

5/11/2011

Tabib

Bismillah wal hamdulillah

Gua tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini gua rajin menulis blog. Mungkin selaras dengan Anas First Law, bila tertekan perlu menekan. Jadi penulisan blog bergerak selari dengan stress. Mungkin.

Gua terbaca tentang limpahan doktor yang mungkin berlaku. Pelbagai jangkaan dicipta. Kesemua jangkaan tersebut memenuhi selera gua.

Maka dengan ini tiada apa yang perlu gua runsingkan. 10-20 tahun akan datang duduk depan rumah jual burger. Heaven!

Wallahualam
Dzuu Haniin
1. Malam ini kita ulang kaji pharma dengan niat kerana Allah taala.
2. Gua rindu Tuan Guru Ahmad Fahmi Che Nordin. Lekas mai Mesir!
3. Hobi baru membaca Gintama dan web Mens Health.(Balik tahun depan bawa balik 6 paket.)

wakakaka.. sumber

5/10/2011

Ekspresi Tempur

[Bismillah wal hamdulillah..Menggunakan 1st Anas Law, menyatakan bila tertekan perlu menekan.]

Saya sudah tekan bumi.

Saya sudah tekan cursor!

Saya sudah tekan keyboard sampai tinggal bekas.

Saya sudah tekan nasi hingga penyek.

Biar dahi tekan ke sejadah.

Dzuu Haniin
1. Ada di depan tapi senyap tanpa bahasa.
2. Pedih hulu hati tapi bukanlah heart burning akibat gastric acid.

5/09/2011

Saya

Bismillah wal hamdulillah

Saya hanyalah seorang kanak-kanak yang riang.

Saya cuma seorang pelajar Perubatan yang malas.

Saya bukanlah pelajar Pengajian Islam.

Saya gemar membaca manga dan dengar lagu CNBLUE.

Tapi ,

saya juga tetap akan menjadi dewasa.

saya bakal menjadi pengamal Perubatan.(walaupun bakal lari.keh keh keh)

saya cuba mempelajari ilmu Islam sebaik mungkin.

saya tetap akan terus membaca manga dan dengar lagu CNBLUE.haha...

Saya cuba...

Wallahualam..

Dzuu Haniin
1. Asyik ada peperiksaan je...haila...tak menarik!
2. Walaupun saya memandang dari jauh, saya bukanlah LOSER.
Inni akhafullah. Sadu zaraiek
(arghh..tension aku nak eja dalam rumi. Cis! Laptop tak install bahasa Arab)

tapi saya lebih mahu tidur dengan lebih aman ketika cuti musim panas nanti!

5/08/2011

Dreamer

Bismillah wal hamdulillah

Ketahuilah, ingin sahaja aku meluahkan perasaan yang terpendam didalam jiwa seperti memancutnya air berkarbonat yang dikocak.

Atau seperti eksperimen sekolah rendah letak sodium bikarbonat dan cuka.

Atau seperti kajian sains belakang rumah dengan menyimpan segala bahan makanan yang boleh basi didalam tin supaya bakteria menghasilkan karbon dioksida dan menghasilkan kesan seperti meriam bila dibakar. Hasilnya menembak rumah sendiri.

Atau seperti memanaskan tiub uji kaji, kemudian dengan bodohnya membasuh sejurus selepas itu. Hasilnya tiub uji kaji pecah dan kena tulis rekod salah laku pecah barang dalam buku makmal sekolah menengah.

Namun. ketahuilah aku sangat menghormati kamu. Maka aku simpan sahaja. Jika esok aku tiada, mungkin dapat merasai syahid kecil.

Mungkin malam ini aku dapat bermimpikan kamu. Ketahuilah..

ini camera strap yang paling disukai.sebab saya suka tidur!
Wallahualam

Dzuu Haniin
1. Luahan rasa kanak-kanak lepasan sekolah
2. Saya mahu tidur dengan lena malam ini. Mimpi indah!

5/07/2011

Normal Probability

Bismillah wal hamdulillah

Perlukah saya marah?Kecewa?Itu lebih tepat.

Saya hanya mahu hidup yang biasa-biasa. Memang sudah jodoh saya untuk hidup biasa-biasa.

Tahukan graf loceng masa belajar Matematik Tambahan?

Normal probabilty, standard deviation ke entah apa entah.

Graf itu menunjukkan kenormalan suatu perkara. Dalam hidup memang hanya sedikit sahaja orang yang genius, begitu juga sedikit sahaja orang yang bengap tahap dewa.

Tapi orang normal berada di tengah-tengah.

At the top of the normal.

adik-adik ini namanya Bell Curve Graph. sumber
Wallahualam

Dzuu Haniin
1. Pada saat manusia semua berebut untuk menjadi hebat, biarlah saya yang menjadi normal. Tak ramai orang normal sekarang. hohoho
2. Sebentar lagi akan exam. Dah habis baca? cliche..wakakaka

5/06/2011

Lemas

Bismillah wal hamdulillah

Jujur. Saya tak reti berenang. Entah berapa banyak air yang tertelan untuk belajar berenang, tapi belum pandai lagi. Mungkin disebabkan saya mewarisi Will of D dari Monkey D. Luffy, maka saya tak reti berenang(wakakaka.alasan).

Dalam satu program, saya pernah dipaksa untuk terjun di kolam renang. Saya lupa berapa ketinggiannya. Tapi yang pasti, dalam sekalian platform, saya melompat di platform yang paling atas.

Entah semangat apa yang masuk dalam badan saya. Saya terjun tanpa ragu-ragu. Walaupun saya tahu, saya tak reti berenang.

Ketika penerjunan saya tidak sempat untuk kira berapa impulsive force yang terhasil. Tapi memang sakit bila kena pada air, sebab saya mengembangkan tangan. Refleks.

Ketika dalam air, dalam fikiran saya hanya ada mati. Allah..Allah..

Maka kerana itu Imam Muhyiddin ibnu Arabi berkata zikir "ALLAH" lebih afdhal daripada "La ilaha illa Allah."

Sewaktu kita lemas, masihkah punya masa untuk menyebut sepanjang itu? Orang dalam sakarat mampukah menyebut sepanjang itu?

Sama juga dengan kita yang lemas dengan dunia. Hanyut bersama dunia. Serulah nama Tuhanmu untuk memohon pertolongan. Mintalah dihulurkan 'tangan' bantuan untuk menarik dari kemelut dosa. Allah..Allah..Allah..

Wallahualam

Dzuu Haniin
1. Man From Nowhere.
2. Esok exam tapi belum habis baca. Sebab malas. Harap maklum.

5/05/2011

First Step!

Bismillah wal hamdulillah

Perjalanan yang berjuta-juta lemon batu bermula dengan langkah pertama.

Selagi mana kita tidak keluar dari zon selesa. Tidak mencabar diri untuk melakukan suatu yang baru. Tidak bersedia menerima bebanan, maka akan terus kekal dalam kePANDIRan.

Tanggungjawab kita bukanlah hanya sekadar memenuhkan perut sahaja. Puas dengan apa yang ada. Hidup selesa serba lengkap.

Tapi hidup kita ini adalah untuk memberi manfaat kepada ummat. Ummat Muhammad sollaAllahu 'alaihi wa alihi wa sahbihi wa sallam. Namun hakikatnya manfaat itu kembali kepada diri sendiri. Iaitu redha Allah.

Ermm..tiba-tiba tiada idea. Bye..
ini namanya President.

Wallahualam

Dzuu Haniin
1. Exam oh exam.
2. Terima kasih kepada pendengar bebelan saya yang setia.

5/03/2011

Patience & Courage

Bismillah wal hamdulillah..

Umat Islam perlu kuat. Jiwa kena kental! Moga Allah bersama kita..

Dzuu Haniin
1. Ketahuilah..
Sejauh mana hamster berlari, tetap akan kembali kepada kuaci.
Sejauh mana manusia berlari,tetap akan kembali pada Tuhan!

2. Hati saya goyah. Kenapa kembali? Huhuhu..

Wallahualam..

Kegilaan.

Bismillah wal hamdulillah

Sejak lepas solat Asar sehingga Isya' (diselangi solat Maghrib dan makan ye.) saya meneliti 2 artikel di PubMed dan beberapa artikel sejarah. Memahami sesuatu.

Dari Utara ke Kelantan. Berpecah. Satu di Jawa. Satu bersama Cik Siti Wan Kembang.

gambar diambil dari sini
Tanah Serendah Sekebun Bunga. Mala. Melur.

Wallahualam...

Dzuu Haniin
1. Alangkah bagus kalau ada kegilaan terhada buku itu.huhu
2. Tekad!
3. Saya akan.....
4. Idea untuk R.A.R.E

5/01/2011

I'm Yours


Sedang praktis lagu ini.
Untuk apa?
Suka-suka. Menyanyi dalam tandas.
Ok.

Dzuu Haniin
Hilang Punca. Tiada kena mengena dengan Pipi