11/09/2011

Lolimon

Bismillah wal hamdulillah

"Nak Lolimon!", jerit Hammad dalam bilik air.

Dalam hati gua, 'apa benda alah lolimon ni..'

"Apa Hammad?Kat mana?", gua layankan..

"Nak Lolimon!!", ulang Hammad sambil keluar dari bilik air dalam keadaan bogel. Ishh.. Budak kecil ni..

"Meh sini..Tunjuk mana Lolimon.."

Hammad pun menuju kearah gua. "Kat sini.." Sambil menunjuk pada bekas mainan dalam setinggi 30cm, selebar 40cm.

"Mana?", tanya gua..

Susah amat untuk difahami bahasa kanak-kanak. Tak tahu apa kehendaknya. Kepala gua kebingungan. Cuba mencerna patah bahasanya. Lemon? Lolipop? Arghhh... Ini bukan laras bahasa keintelekan gua.

Gua ambil bekas mainan tersebut, gua taburkan atas lantai..Haaa.. Carilah!

"Haaa.. Jumpa Lolimon!!", jerit Hammad.

Laaaa.. Rupanya DORAEMON!

Gua mengutip satu persatu barang permainan yang berterabur. Sambil termenung jauh. Bahasa Tuhan. Ya, begitu juga bahasa Tuhan. Kadang-kadang ia buka sesuatu yang selaras dengan ke'intelek'an kita. Bukan dalam kefahaman. Jadi limpahkan sahaja seluruh tenaga mengikut jalan Tuhan!

Wallahu'alam..

Dzuu Haniin
Pengasuh kanak-kanak yang banyak songeh.