3/18/2010

Tiada Bagiku, Hanya Mereka..

Bismillah wal hamdulillah..
Berterusan menjalani kehidupan, hingga tidak menyedari kehidupan itu sendiri. Sibuk dengan urusan dunia hingga terlupa dunia itu sendiri. Rupanya saya tidak ingat hari ini 18 Mac 2010. Blog ini mula dibuka pada 3 Mac 2008. Maknanya dah lebih 2 tahun saya berblog. Buat saya termenung mengimbau segala yang berlaku. Hingga membawa saya ke satu penghujung. 
'Tiada Bagiku, Hanya Mereka..'
Perlu kita sedar, pembentukan peribadi dan perkembangan kita bukanlah hasil usaha kita. Hal ini kerana, setiap otak mempunyai cara bekerja yang sama. Tapi yang membezakan kita adalah persepsi terhadap dunia. Persepsi pula dibina daripada hasil tindak balas kita terhadap persekitaran kita.
"What you see is what you get." petikan dari buku Bercinta Sampai ke Syurga Ustaz Hasrizal..
Segala yang otak kita terima samada dalam sedar atau dibawah sedar itulah yang membina siapa kita. Setiap reaksi yang terjadi adalah kesan daripada ransangan luar. Reaksi yang kita pamerkan pula adalah kesan daripada pengalaman silam. Tapi, siapakah yang mencipta pengalaman?
Tidak lain tidak bukan, persekitaran dan mereka yang selalu bersama kita.

Segala perbincangan berakhir dan disimpulkan pada satu kalam Makhluq Paling Mulia di bumi ini. Kalam Tuhan yang dialirkan pada lidah yang Mulia Rasulullah Sollaallahu 'alaihi wa sallam..
جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله: متى الساعة؟
قال : وماذا أعددت لها
قال: لاشيء إلا أني أحب الله ورسوله
فقال: « أنت مع من أحببت » رواه البخاري
Datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad S.A.W. "Bilakah akan tibanya hari kiamat?"
maka Rasulullah menjawab; " Adakah kamu menghitungnya?(apakah kamu menunggu hari kiamat untuk berbuat amal?)
maka sang lelaki itu membalas; "Tiada apa bagiku selain cintaku kepada Allah dan RasulNya."
Lantas Rasulullah bersabda pada lidahnya yang suci lagi mulia; "Kamu akan bersama siapa yang kamu cintai.."

Artikel kali ini saya khususkan kepada mereka yang berada disekeliling saya. Mereka yang 'mencipta' perbadi saya. Terima kasih yang tiada hujung kepada Allah, Tuhan langit dan bumi yang menyusun semua ini untuk saya. Terima kasih atas tarbiyah khusus dariMu. Terima kasih atas 20 tahun yang penuh warna.

Terima kasih kepada Ummi dan Ayah.

Terima kasih atas corakan diatas lembaran putih yang dipanggil anak. Segala garis panduan telah menjadi penunjuk sepanjang perjalanan. Moga Allah yang membalas segalanya.

Terima kasih Kak Long, Abang Din dan Sunan (tambah baby dalam perut..)
Setinggi kasih atas sokongan dan bantuan. Tak sabar nak cubit pipi sunan..

Terima kasih keluargaku..
tau la anas takde masa raya..jangan sedih sangat..hehe
Terima kasih Abang Guruku
 
Jazakallahu khairan jaza'..Tidak sabar menanti semula pertemuan yang mendatang. Merindui curahan ilmu dan tarbiyahmu.

Terima kasih sahabat-sahabatku..
Rindu kalian semua..Andai masih punya waktu untuk kita semua. Sama-sama berkongsi cawan ukhuwah dan ilmu..

Terima kasih my brothers..

nilah masalah kanak-kanak tak cukup umur..hehe

sorang lagi kanak-kanak ribena..hehe.
pomo yang comel..

zuket, the best doctor..hoho

 Abang Malek, manusia paling macho..(susah betul cari gambar malek secara solo..)

Kamu semua adalah masa terbaik saya. Saat kita bersama suatu yang warna yang begitu menonjol dalam hidupku..Terima kasih nakama..
 
Terima kasih sahabat-sahabat seperjuangan juga keluargaku..

 Terima kasih kepada rakan se'mafia' ku kerana memahami..haha

Makhluq yang sentiasa menganggu gugat keamananku di Mesir..haha..(terima kasih Ustaz Manan yang comel..)

 Moga kita bersama pula di syurga...

 We Are Siblings, We Are Family...

Terima kasih kawan-kawan.. 
 
Together till the end..

Diakhir penulisan ini, TERIMA KASIH, SYUKRAN, ARIGATO, TEŞEKKÜRLER dan GRACIAS!!!
Tiada perkataan lain mampu untuk saya lafazkan. Jazakallahu khairan kathira..


Wallahualam...
Sisi penyumbang
1. Terima kasih zuket atas perkongsian gambar.
2.Maaf jika sesiapa terasa dia tiada dalam senarai. Tak mampu untuk saya tulis semuanya. Artikel ini mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan..huhu..

3/15/2010

Bila Lidah Pun Berasa Rindu..

dah 2 tahun duduk mesir, entah berapa kali saya memasak..
Bismillah wal hamdulillah..
Atas tu gambar ayam masak merah paling 'power' dalam sejarah memasak hidupku..(sebab ini adalah kali kedua saya memasak sejak keberadaan di Mesir.)

Bukan saya tak reti memasak..(huhu..) tapi tahap kemalasan untuk memegang sudip dan periuk teramatlah tinggi. Hari ini saya memasak pun setelah dipujuk selama tiga bulan...(haha..)

Hakikat yang pasti disebalik masakan ini, adalah satu kerinduan. Apabila saya menyuapkan nasi ke dalam mulut, satu rasa khas terbit. 'Taste bud' saya diransang. Menjalar dalam setiap saraf hingga mengaktifkan 'frontal lobe' otak saya. "Masih ada secebis rasa Ummi dalam masakan aku.." itulah terbitan pertama dari hati..

Bukan saya mengatakan masakan saya sedap. Tapi sekadar menzahirkan rasa kerinduan pada keluarga. Duduk di sini asyik makan makanan yang berperisa Terengganu. Disebabkan saya malas memasak, terima saja seadanya. Maafkan sahabat, lidah ini tak mampu mencintai makanan Terengganu. Singgang, gulai, nasi kerabu dan lain-lain. Itu sebabnya saya tak mahu bernikah dengan akhowat Terengganu..(huhu..Ummi kena carikan bakal yang pandai masak ala-ala johor ye..)

Bila masuk bab nikah, malas nak cakap panjang. Wallahualam...
 

3/12/2010

Orang Buta


Bismillah wal hamdulillah..
http://newzar.files.wordpress.com/2009/07/blind-man.jpg
sumber: di sini

Setelah sekian lama tidak menjadi musyrif, tiba-tiba semalam terpampang di skrin telefon bimbit saya "EG EXCO KEBAJIKAN AKHOWAT CALLING..". Alamak..perkara yang maha malas sekali untuk dilakukan. Musyrif oh musyrif..

Belum pun sempat Ijtima' Usbu'i(IU), saya melangkah kaki keluar dari surau. Jadi mintak kepada sesiapa yang tidak melihat kelibat saya semalam. Sebab sebelum itu saya ada janji di rumah Pahang untuk Ifthor Jamie dengan sahabat-sahabat Ain Shams (Class Rep. Tuan Ijlal mohon beri tazkirah, tak mampu untuk menolaknya). Sementelahan terus saya balik rumah untuk menyempatkan juga menghadiri IU. Baru tengah seronok layan video, terpaksa keluar jadi musyrif..huhu..

Sewaktu menjadi musyrif berlaku satu adegan pusing Hayyu Sabie..(ketawa seorang diri..haha). Kesilapannya adalah saya tidak memakai cermin mata. Kesian ustazah-ustazah tu terpaksa berjalan kaki pula. Satu demi satu lorong dimasuki. Hanya mencari Asrama Negeri Sembilan..huhu.. Apa-apa pun mohon selangit kemaafan kepada 2 ustazah itu. Siapa suruh orang buta jadi musyrif. Kan dah meraba-raba di tengah malam...

Itu baru gelap dan rabun dunia. Entah bagaimana kalau di akhirat. Tanpa lilin hidyahMu. Oh Allah..Cukuplah dunia ini menjadi cerminan aku di sana nanti. Jika di dunia aku berpaling daripadaMu, bagaimana pula semasa Hari itu.Menghadapi mahsyar, menghadapi titian sirat. Ya Allah hambaMu ini enak sekali melontar kata, menyumbang bicara. Hakikat diri ini semuanya padaMu. Permudahkanlah urusan kembali aku ke sisiMu.
2:17







Their example is that of one who kindled a fire, but when it illuminated what was around him, Allah took away their light and left them in darkness [so] they could not see. [2:17]


Wallahualam..tak sanggup untuk menulis tentang buruk diri sendiri lagi..

3/09/2010

~Rutin..

Bismillah wal hamdulillah..

Subuh-Bangun pagi, gosok gigi, pakai baju, solat subuh.
6.30 pagi - pakai kasut + iPod, jogging, bersiap ke kuliah.
7.00 pagi - Mula melangkah keluar ke Jamiah.
8.00 @ 11.00 pagi - kuliah
2.00 @ 5.00 petang - habis kuliah, melongo tunggu tremco.
Maghrib - solat Maghrib lah...
Isya' - solat Isya' pulak.., buka buku sambil guling-guling atas katil, mengantuk (niat konon nak bangun malam; study dan qiam..tapi hampeh jer..)

Mudahkan rutin seharian? Entah apa seharian yang kita buat? Entah dimana sumbangan kepada Islam? Study tidak. Kerja Islam tidak. Menyusahkan orang banyak.
Apa yang membuat hari ini berbeza dengan hari semalam adalah pada daya ANALISA kita terhadap kehidupan sekeliling kita. Bagaimana cara kita menterjemahkan suatu perkara agar ia kembali kepada Allah. Hidup dan Dunia adalah hasil kerja 'tangan' Allah, sebuah istana milik sang Raja, dihimpun rakyat jelata supaya mengagumi kehebatan sang Pencipta Istana Dunia.

Wallahualam..
sisi berbasi:
1. Semalam adalah satu hari yang perlu dipelajari. Sabar itu pada awalnya. Meski sudah bosan hidup di dunia. Jemu dengan pujuk rayu nafsu dan serabut dengan ragam manusia...Mohon maaf kepada sesiapa yang terkena biasan nafsu amarah saya..ma'alish.
2. Setiap kali buka Risalah Nur ada sahaja ilmu baru menghinggap akal. Moga ia bertamu di hati..

hehe..saje letak...

Ummi..anak ummi sorang ni dah makin kuat makan..sekarang separuh, 5 tahun lagi entah berapa..hoho..

3/03/2010

Saya Gila



Bismillah wal hamdulillah..

Selepas pulang dari kuliah, saya terus ke laptop dan tulis status di Yahoo Messenger dan Facebook;

saya lebih gila dari org gila..adkah bermakna saya gila?ataupun org gila itu tiada gilanya?mungkin tiada ada GILA itu?Gila-gila,Ujang,Apo?Gempak...merapu...
 Selepas itu, mula orang bertanya. Ada masalah ke?Kenapa gila-gila ni? Dan pelbagai reaksi lagi. Malas nak jawab byk kali di 'YM'. Jadi saya tulis di sini.

Kisahnya apabila saya menaiki Eltremco (prebet sapu) dalam perjalanan pulang ke rumah ada seorang makcik dalam lingkungan 70an duduk di hadapan saya. Ketika itu dia memegang satu plastik (plastik letak saratoga) dan saya perasan di dalamnya ada seekor kucing. Dia pun mencium-cium kucing tu banyak kali. Terdetik dalam hati saya; "Makcik tak berapa 'sihat' kot.."
Penumpang dalam Tremco pun memandang makcik tu dengan satu pandangan yang berbeza. Jadi bukan saya seorang yang su'u zhon ke makcik tu ye...
Mula-mula saya buat tidak endah. Tapi monolog dalam hati terus berlaku. Pelbagai alasan dalam hati untuk tidak mengatakan makcik itu gila..(huhu..). Hinggalah hati saya berkata "Engkau lagi banyak GILA dari makcik tu!!"

Saya sendiri terkesima dengan hati saya sendiri..Allahu Allah..Mengapa hati saya berkata sedemikian ye? Saya tenung hati dalam-dalam. Baru saya sedar, saya ni lebih banyak gila dari orang gila..
Orang gila, gilanya pada akal. Maknanya dia hanya ada SATU GILA. Tapi saya, ada gila Makan, Tidur, Nafsu, Perempuan, Nama, Kedudukan, Dunia dan lain-lain. Entah berapa banyak GILA saya ni...Jadi siapa yang lebih gila?Saya atau orang gila?Allahu Allah...

Tak mahu tulis banyak-banyak..Layan lagu Opick-Rapuh dulu...
Wallahu 'alam...

Sisi tambahan
-Di Mesir Termco banyak mentarbiyah hati..Terima kasih Allah kerana mencipta tremco..
http://4.bp.blogspot.com/_eK8iiniExJw/Sot8aAUSO6I/AAAAAAAAAMw/MUGSkgsab7g/s400/DSC00631.jpg
Tula Tremco:Sumber 
Entah blog sape saya amik gambar ni..susah benor nak mencari..



http://3.bp.blogspot.com/_Xzo_3P0SXio/SeirKS6_CSI/AAAAAAAAB_Y/HElLWS4Gnz0/s400/1.JPG