12/21/2009

Tolong Sekat Saya!!

Bismillah wal hamdulillah..
Ustaz Abdul Mannan bin Jusoh..
Sengaja tulis sebab beliau teringin namanya tertulis di blog ini....

Saya pelajar tahun 2 perubatan maka untuk semester pertama ni saya belajar tentang KEPALA dan LEHER. Macam-macam keajaiban Allah di tunjukkan. Moga keimanan dalam hati makin bertambah dan buat saya makin mengenal Allah.

Setiap perkara yang penting secara fitrahnya kita akan menjaga ia dengan baik. Jikalau kita sayang keluarga, maka kita akan pertahankannya bersungguh-sungguh. Begitu juga Allah s.w.t yang teramat sayang pada kita, maka Dia pun menjaga dan melindungi kita sebaik mungkin.

Semua diperlihatkan dalam ciptaanNya. Lihat sahaja otak kita. Sehingga ia dilindungi oleh 3 benda.
1.Skull
2.Meningeas
3.Cerebrospinal fluid
Sebegitu juga kita secara keseluruhan. Hidup kita sebagai hamba dikurniakan peraturan, undang-undang, batasan, had dan lain-lain. Semuanya bukan untuk mengongkong hamba tersebut, bahkan disisi Allah lansung tiada nilai sembah sujud kita itu.  Syariat yang disediakan tak lain tak bukan adalah untuk melindungi hambaNya. Anda mahu lihat mereka yang Allah tidak sediakan batasan bagi mereka??




 Ingin berfikir di luar kotak?Inginkan kebebasan?


Ini dipanggil Anencephaly. Janin yang lahir tanpa tengkorak. Selamatkah hidup kita tanpa batasan? Fikirkanlah..
Wallahualam...

Ya Allah tunjukkanlah kami jalan kembali kepadaMu dan mudahkan jalan kami...

12/03/2009

Aku yang Bekorban, Bagaimana di Chechen?

Bismillah wal hamdulillah...
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!..(banyak sangat pula kalau mahu tulis 9 kali..anda boleh darabkan dengan 3)


Apabila tiba Hari Raya Korban bermakna sudah lebih setahun saya menetap di bumi Mesir yang 'powerr'.  Jikalau anda merujuk catatan saya yang lepas di sini maka bermakna saya telah merayakan Aidiladha kali kedua. Tahun ini pasti sedikit berbeza kerna saya melakukan ibadah korban. Alhamdulillah Allah kurniakan serba banyak rezeki. Takkan hendak beri secebis dari rezeki Tuhan pun kedekut.

Sekembalinya kepulangan dari Mansurah, saya bergegas melihat 'inbox' e-mail. Kemungkinan ada kiriman dari tunangan di Malaysia (hehe..). Tapi semua itu meleset, 'inbox' hanya dipenuhi notifikasi dari Facebook. Terkadang rasa berserabut juga. Lantak pi la...

Namun secara tak lansung apabila buka e-mail, saya terpandang berita luar negara yang disediakan oleh En. Yahoo. Mata saya hanya tertarik pada perkataan 'Islamist rebels'. " Haish...apa pulak ni??" Lantas saya terus membuka pautan tersebut. Di sini.

Baru-baru ini saya bersembang secara maya dengan seorang sahabat seangkatan di Russia. Menceritakan kisah serba kekurangan di sana. Mereka sentiasa dihimpit dalam usaha untuk mengamalkan Islam secara terbaik. Dengan persepsi negatif masyarakat bukan Islam dan dalam suasana mahasiswa Malaysia sendiri tidak mampu menonjolkan apa yang terbaik dari Islam. Hakikatnya ia membawa saya kepada satu kesyukuran berada di Mesir. Meski punya compang dan campingnya, namun bumi inilah bumi tarbiyah. Bumi ini bumi perjuangan!

Teringatkan Russia tidak mungkin kita akan terlepas daripada saudara kita di Chechnya. Saya turut terlarut kepada tokoh Islam di sana. Imam Syamil..Seorang Mujahid Sufi.

Biarlah musim sejuk ini panas dengan bara perjuangan. Imbas kembali perjuangan silam. Berapa banyakkah nyawa yang terkorban hanya untuk mempertahankan Islam yang kita anuti. Sedang kita belum diterjunkan dalam medan perjuangan sudah banyak yang tergadai. 
Saya sering berkata pada hati, "Engkau perlu segera menumpaskan musuhmu iaitu nafsumu. Engkau takkan ke mana-mana tanpa menewaskan dirimu sendiri. Ayuh! saudara-saudara kita menanti bangkitmu!"

Kekuatan itu pada hati. Kuat hati,kuatlah kakimu melangkah. Kata Bung HAMKA padaku, "Mahu jadi hebat pada iradat!"
Moga rahmat dan taufik Allah sentiasa melimpahi kita..
Wallahualam..

catatan-saya berbaki satu madah lagi untuk peperiksaan separuh penggal. Doakan saya..

10/11/2009

Permulaan Satu Perjuangan


Kuliah sudah bermula. Seminggu sudah berlalu. Pengajian talaqqi di Masjid Azhar pun kembali menggegarkan langit Ilahi. Perjuangan dalam kepimpinan juga sudah membunyikan wisel permulaan. Perebutan masa pasti berlaku. Jadi nak tulis blog akan menjadi teramat jarang...Kalau ada perkongsian insyaAllah saya kan letakkan di blog ini. Doakan perjuangan ini sentiasa bersama Allah..Selamat Berjuang!!

p/s-Jadual tidur pula masih tunggang langgang. Sampai terlewat berbuka puasa. Mohon doa sahabat-sahabat agar saya diberi sihat.

10/04/2009

.::Ceritera Hati..Bukan Cereka Drama::.

Bismillah walhamdulillah..

Lama tak menulis sesuatu disini. Baru-baru ini penulisan hikayatku tergendala. Jiwa ini seakan hilang punca. Otak seakan merajuk. Semangat bagai terpadam. Sepanjang Hamzah bertandang di sini, dia sempat menulis begitu banyak 'entry'. Malu dengan Hamzah.

Suatu peristiwa telah berlaku hingga meruntuhkan istana perasaan aku yang ingin dijadikan mahar hantaran. Cinta itu api yang sentiasa menghangatkan perasaan. Bagai unggun api di malam hari, indah, menenangkan dan menyelesakan. Namun tika saat cinta itu dirajut Allah, aku menjadi lesu. Jantungku tiada ghairah dalam berdenyut dan darah pun terasa malas mengalir.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Aku menyimpan suatu rasa, menjadi rahsia dalam kalangan ahli rahsia.
Aku menangis dalam tahajjudku, merindu dikurniakan cinta kembali. Tangis esakku tiada berhenti. Rintik-rintik hujan di hati juga belum berhenti. Aku hanya mampu menanti seseorang di bangsal buruk merebut tanganku bersama berlari didalam hujan dan menanti pelangi indah bersama.
Dalam sujud aku berdoa supaya hanya mencintai Kau sahaja. Biarlah api cintaku dinyalakan dengan hanya cinta kepadaMu. Aku korbankan perasaan kasih dan cintaku pada si dia hanya untuk si dia. Moga korban cinta ini menyalakan pula api cinta yang lebih marak.

Saya tak mampu menulis lagi. Badan dan otakku terasa lemah. Mungkin sahaja akibat tragedi itu. Saya sering diejek sebagai budak lembik. Tapi aku tak mahu digelar mujahid lemah. Perjuangan di lapangan ilmu masih luas.Ya! Ilmu buat aku bertahan. Terima kasih Allah...

9/22/2009

.::Menganyam Ketupat Hati::.







"Assalamualaikum.."
Pintu bilik ku dikuak. Muncul seorang lelaki berkaca mata berbaju kuning.
"Anas, jom sahur.."


"Ok, sekejap ye ustaz."
Aku terus bangkit, membetulkan kain pelekatku yang berwarna ungu putih. Aku mengarahkan kaki ku dengan menggunakan sistem di pusat fikiran. Maklumat yang dicipta dihantar dalam pelbagai bentuk seperti elektrik dan kimia. 'Synaptic cleft' pula dipenuhi dengan 'synaptic vessicle' bagi menghasilkan satu 'action potential' yang sempurna. Semuanya bersatu dalam menghasilkan satu pergerakan. Mungkin inilah dinamakan 'Satu Fikrah Satu Amal'. Bagaimana?


Seusai mengambil wudhu' aku bergegas ke bilik Ustaz Duan. Waktu imsak semakin menghimpit. Kalau lewat terlepas pula sahur.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikum salam. Aa, Anas cepat makan lewat doh ni.."

Beginilah hidupku di pagi hari. Jika tidak beriktikaf di Masjid Asyraf, maka destinasi sahur ku adalah di bilik Ustaz Duan. Jazakallah ustaz.


Di Masjid Asyraf suasananya berbeza. Aku dijamukan dengan makanan Arab seperti 'ish, ful, keju nan berlemak dan zabadi(yogurt) yang diubah tambah dengan jem farawlah(strawberi). Alhamdulillah aku mampu menghadam semua itu. Kadang-kadang, semangat makan aku tak terkalah dengan pakcik Arab.hehe.. Mungkin sahaja darah Arab ada dalam diri. Jika tidak mana mungkin hidungku berbonggol begini.


Aku merenung pinggan plastik oren dihadapanku. Ditimbuni pula dengan nasi diatasnya. Setiap butir nasi itu aku perhatikan. Termenung bagai tenggelam dalam nasi itu sendiri.


"Nah, makan apa yang ada eh.."
Aku lihat dalam mangkuk plastik. Bila sebut tentang mangkuk, tiba aku teringat satu mangkuk yang perlu aku hayun jauh dari bumi Mesir. Dasar mangkuk plastik menghuru-hara dunia yang sedia mangkuk. Mangkuk bergigi. Gigi besi. Gigi emas. Entah segala jenis gigi. Tersengih membusuk. Aku hayun jauh wajah tu. Menganggu permai suhur ini.


Oh, kibdah tumis. Mat Saleh panggil Hati. Si jawa tinggal di Pahang panggil Liver. Rupanya lauk berbuka tadi tak habis. Baki dibawa kehadapan. Layan...Hati lembu pun sedap, meski hari-hari aku makan hati. Tak masuk lagi makan daging busuk. Semua aku kaut bukan?


Hari ini 29 ramadhan. Khabarnya esok raya. Oh, Allah janganlah raya esok. Bagilah 30 hari penuh padaku. Aku tak ubah bagai seorang pekerja mintak 'over time' yang tak dapat-dapat. Alahai...


Tiba-tiba teringat pula kampung halaman ku di Johor. Jiku aku di Malaysia waktu ini, mesti tanganku dah berbalut dengan daun kelapa muda. Aku satu-satunya lelaki dalam adik beradik yang pandai menganyam ketupat. Ayah dan abang tahunya melantak sahaja(mohon ampun yer..hehe).Walaupun tidak semahir nenek ku dan ummi, tapi anyaman ketupatku masih menjadi. Aha! tiada ke gadis-gadis yang takjub dengan kemahiran aku?hehe..

Maknanya tahun ini pertama kali aku tak makan ketupat nenek yang harum. Tiada rendang ummi yang pedas-pedas. Tiada lodeh makcik-makcik aku yang kekuningan indah berserta tempe dan segala macam. Tiada juga sambal kacang nan merah. Aku pasti hilang punca di pagi raya kerna tak dapat menghidu bau ayam masak kicap ummi. Adeii...


1 Syawal 1430H


Aku habiskan sisa malam raya dengan solat sunat tasbih 4 rakaat. Tasbihku pula disulam sesal pada menyia-nyiakan ramadhan yang berlalu. Hati membara dendam pada sang nafsu yang sering melekakan dan menguji. Aku mengayam tekad. Menyimpul janji. Simpul yang mati! Aku menutup kepalaku dengan burnus. Terus mengukir janji yang dan memahat doa pada batu pengabdian...

"Alamak! nak naik ape ni gi Muqotam?", ujarku bernada sedih.

Aku berangan untuk beraya bersama Syeikh Yusri. Tiada ummi ayah, dapat beraya dan cium tangan syeikh pun dah cukup. Mulanya, pada malam tadi rancangnya ingin pergi bersama dengan Ustaz Soleh. Tapi di pagi raya tu, Ustaz Soleh terpaksa menjadi penunggu di kaunter zakat menunaikan amanah sebagai Bendahari KPT dengan menjadi amil zakat. Akhirnya, Ustaz Ismail dan Ustaz Fahmi sudi menjadikan aku pembonceng kedua. Menjadikan 3 orang berada di atas satu motor. Lantak! yang penting dapat pergi. Apa-apa pun jazakallah semua...
"Bukan kalam yang disampaikan itu memberi kesan kepada hatimu, akan tetapi Allah Taala yang akan memenuhkan cahayaNya ke dalam hati sesiapa yang dikehendakiNya."

Itu antara kalam Syeikh Yusri al-Hassani yang dinukilkan oleh Tuan Guru Syukri dalam blog beliau. Aku hadam nasihat itu. Telan dan serap keseluruh tubuh dan pemikiran aku. Aku memberi tumpuan yang setumpu mampu pada setiap butir kalimah Syeikh Yusri ketika khutbah Hari Raya. Walaupun otak berasa lesu akibat tidak tidur sepanjang malam di bulan Ramadhan. Aku berasa tak sanggup untuk meninggalkan malam-malam ramadhan dengan tidur. Moga setiap yang dikorbankan dibalas Allah dengan balasan yang terbaik dari sisiNya.


Selesai semuanya, kami pun bergambar. Aho! Seronok bergambar. Nanti boleh tayang pada orang Malaysia. Aku yang berpakaian khomis putih dan rida' hitam seputar bahu tak lepas bergaya. Bergambar dengan Syeikh Yusri dan sahabat-sahabat. Terus, kami pulang ke Hayyu Asyir setelah semua selesai. Sesudah sampai di rumah, operasi bergambar diteruskan hingga semua dah mula loya bergambar.hehe..


Aku mula termenung di atas katil. Turun tingkat 1, pergi ke bilik Ustaz Ahmad Salikin. Sembang, baring, sembang, baring. Arghh...boleh mati kebosanan kayak gini. Aku naik ke bilik semula, 'Tidur pun sedap ni.'. Aku pun merebahkan diri dan memasang sayap untuk bersedia naik ke langit. Inilah pertama kali tidur di pagi raya selepas solat sunat!


Ermm..disebabkan malas untuk membuat penutup untuk kisah ini, saya Che Mohammad Nur Anas Che Kadir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Moga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan dan menjadikan kita dikalangan orang yang bertaqwa.

Ummi dan Ayah

Anas memohon maaf atas semua salah silap. Tersilap kata, terburuk tingkah, terkasar bahasa, tersumbang laku dan segalannya. Mohon halal makan dan minum. Doakan keberkatan dilimpahkan pada anakanda yang dikejauhan ini. Moga anakanda mampu mencapai cita-cita dan impian menghimpunkan diri sebagai ulama' dan at-tibba'.


Kak Long, Abang Din, Abang Jie, Kak Hura, Kak Uda, Atin dan Abid

Terlontar jauh tulisan ini mengharapkan pada ampun dan maaf dari adik beradik tercinta. Doakan adinda terus diberi kekuatan dalam perjuangan.


Pakcik, Makcik, sepupu, dua pupu, sedara mara dan kaum kerabat

Tahun ini kita tidak dapat bersama. Duit raya juga tak dapat ku kutip dari setiap seorang. Maka akan ku tuntut tunggakan duit raya itu tahun hadapan. Namun Anas tak mahu menanggung tunggakan dosa dari kesilapan yang dulu. Mohon dimaafkan kalau dulu terlebih makan, tertumpah air sirap masa raya tahun dulu, terhabiskan serba makanan di rumah dan apa dosa yang ter-, ter- itu.

Sahabat-sahabat dan kenalan

Sesiapa yang bersama aku dulu sejak Pasti al-Irfan Pasir Gudang, Pasti ar-Raudhah Manjung, Sekolah Kebangsaan Seri Manjung, Sekolah Kebangsaan Marang, Sekolah Menengah Agama Marang, Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu(KOSPINT), MRSM Gerik, MRSM Terendak, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Ain Shams dan penuntut ilmu di Mesir. Sesiapa yang berkaitan, terkait mahupun dikait aku pohon seINFINITI kemaafan. Aku tahu salah aku yang banyak meng'pau' rakan-rakan tercinta. Minta halal makan pakai yer...


9/19/2009

Ramadhan Terakhir..

Tulisan ini mungkin sahaja menjadi bingkisan ramadhan terakhir. Masih terkenang-kenang waktu kenangan silam. Ramadahan kali ini pada saya menghimpunkan yang terbaik dan terburuk. Biarlah ia menjadi rahsia disisi lipatan cerita hidup. Pasti! Syawal bakal menunjukkan hasil latihan kita. Adakah kita mampu hidup dalam atmosfera yang tercemar setelah hilangnya atmosfera ramadhan...Di bawah adalah gambar terakhir ketika pulang dari Masjid Asyraf setelah qiam bersama Syeikh Yusri.

Dengan berbekalkan telefon bimbit Siny Ericsson K610i serta kamera 2 mega pixels. Ini sahaja kualiti yang mampu dicapai.



Syeikh Ahmad Fahmi bersama Ustaz Ismail

2 Tuan Guru. Syeikh Nazrul dan Syeikh Syukri


Syeikh Faisal dan Ustaz Sodiq (malu-malu pula..)

Dah sampai....Syawal pula bertamu.

9/15/2009

Aku Nak Jadi USTAZ!

Aku mencapai beg sandang yang berwarna coklat kehijaun bersama kain rida' hitam berjalur putih, kaki ini terus melangkah keluar dari bilik 301 Darul Iman Students Hostel. Hari ini aku tekad, mesti pergi Jabal Muqatam. Meskipun badan kata tidak mahu. Ah, peduli sama kau badan.

Aku terus menyelempangkan beg kesayanganku ke bahu kanan dan rida' di bahu kiri. Bismillah! Kaki menyarung selipar putih yang mengaibkan.Mengaibkan? Itu ada kisahnya yang tersendiri. Kakiku ini banyak menyimpan kisah lucu.
Abaikan semua itu.Usah berlengah-lengah pemuda Islam harus pantas. Kaki ku terus melangkah menuruni tangga asrama, sejurus menyusuri Suq Sayarah. Pasar kereta. Bila tiba hari Jumaat dan Ahad pasti dataran ini dipenuhi manusia dan kereta. Mahu yang murah, mahal, cantik atau buruk, pilih saja. Asal punya wang. Oh, lupa aku bawa duit tak? Tangan meraba belakang beg dan terus membuka zip. Jika tak bawa aku terpaksa berpatah balik dan mendaki tangga asrama.Pasti memenatkan...Alhamdulillah masih punya wang.

Terpandang di kiri aku seorang makcik bersama tisunya. Memohon sedikit belas dari aku. Anaknya pula sibuk mengekori aku. Alahai...Moga Allah terus beri kemudahan dan membantu ummah. Terus ku beri 1 genih. Dapat tisu sebungkus.
Aku meneruskan perjalanan aku.Oh, Masjid Syarbini belum habis lagi terawih. Dulu selalu juga aku datang solat di sini. Cuma sekarang aku semakin malas. Teruk betul aku ni....Khidir, kau tak perlu nak bernostalgia di sini. Nanti lewat pula sampai di Muqotam..

Peace!
Itulah gaya yang perlu aku tunjuk pada pemandu tremco. Sebenarnya yang dimaksudkan dengan simbol tangan berbentuk 'V' itu adalah nombor 7 dalam bahasa Arab.
"Sabi'e?"
"Aiwah!"
Aku ni bukan reti sangat cakap bahasa Arab. Kalau seputar kenderaan atau yang berkaitan aku masih mampu berkomunikasi. Kalau keluar dari kebiasaan, memang aku akan terkontang-kanting.
Teruk bukan? Sudah setahun di Mesir tapi masih lemah berkomunikasi. Aku sedar dan teramat sedar bahawa aku memang teruk dan tak reti berbahasa Arab. Walhal itulah medium komunikasi dan ilmu yang paling utama di sini. Apa pun hidup perlu diteruskan! Alahai...
Sampai di Sabi'e aku bergegas ke Mahattah Muqotam. Stesen khusus untuk ke Muqotam. Mudah sahaja hendak ke sana. Banyak van yang menanti pelanggan. Sesama pemilik van mereka membuat giliran untuk membawa penumpang. Kalau tidak, pasti huru-hara seantero Sabi'e. Aku terus masuk ke dalam salah sebuah van setelah memastikan ia ke Muqotam. Kalau dalam 'amiyah bunyi huruf Qaf diganti dengan bunyi Alif. Jadi Muqotam disebut sebagai Muatam.
Aku punya satu tabiat ketika menaiki kenderaan. Iaitu berasa mengantuk sejurus kenderaan bergerak.Ya Allah, mengantuknya. Aku ambil kesempatan untuk tidur dulu. Nanti boleh dapat tahajud di Masjid Asyraf. Tidak tidur tidak boleh tahajud tapi masih dikira mendirikan malam (qiamulail). Di sana takkan punya masa untuk tidur. Syeikh hanya beri masa yang singkat untuk istirehat.

Dalam tidur ayam, aku termenung dan berfikir. Untuk apa aku bersusah, berpenat dan berkejar untuk ke Masjid Asyraf. Kau pergi dengar Syeikh Dr. Yusri mengajar pun bukan faham. Lagipun kau pelajar perubatan. Seusai kau habis belajar di sini, kau dah perlu menghadap pesakit-pesakit. Kau nak buat kuliah macam Dr. Yusri? Jangan terlebih perasan. Kau tahu siapa diri kau bukan? Kau tahu kemampuan kau bukan? Untuk apa semua ini?
Aku terdiam sebentar...
Apa matlamat aku selama di sini? Mengapa sedari dulu aku berangan mahu ke Mesir?
Neuron-neuron aku melakukan sinaps. Mencari jawapan untuk diri. Sehinggalah ia membentuk suatu jaringan maklumat.
Aku tersenyum seorang diri. Bagai seorang pesakit schizophrenia. Semua itu helah nafsu dalam mengugah aku supaya jauh dari cahaya Rasulullah. Ulama adalah pantulan dari cahaya Rasulullah. Mereka merupakan pewaris harta Kekasih Allah. Bersama mereka adalah Nur yang mampu menerangi mereka dan orang yang bersama mereka.
Tentang segala persoalan itu, semua jawapan ada pada kelebihan ilmu. Bukankah Kekasih Agung telah menyebut dalam kalam kebenaran.
Daripada Abu Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w;
"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan padanya, maka sudah tentu Allah menjadikannya seorang yang mengerti dengan hal-hal agama."[hadis riwayat ibnu Majah]
Maka mahu menjadi pilihan Allah perlu berusaha menjadi yang terpilih. Bagaimana? Hadiri majlis ilmu. Aku tak mengharap untuk menjadi tuan guru. Mahupun orang hebat lagi terkenal. Aku hanya inginkan kebaikan pada agama supaya ia menyelamatkan aku dari murka Allah.

Terkadang pujukan nafsu itu lebih halus. Hingga sesekali aku hampir tertipu dalam suluk. Pada waktu aku kesedihan dan tercabut tenang dari hati, nafsu mengajak aku untuk mengabdikan diri berseorangan di bilik bak seorang 'abid.
"Wahai Khidir! Biarlah kau bersendirian larut dalam solat dan tasbih memohon keampunan."
Aku sedikit termakan dengan umpanan beracun tersebut. Aku tertipu, bukan semakin dekat, bahkan hati makin gelap diselimut dosa. Hingga menyebabkan jiwa aku sedikit lumpuh. Maka menitislah air mata penyesalan memohon ampun dalam sujud dan khudu'. Bergema dalam kotak fikiran aku suara Guruku yang Mulia, Ustaz Zul sewaktu di Baitul Qura'.
"Kalau hati rasa tidak aman, tidak tenteram, pergilah bertemu ulama' dan syeikh. Kerana mereka ini orang yang rabbani. Perkataan mereka menyembuhkan hati kita kotor disebabkan dosa dan kelalaian.  Walaupun hanya sekadar ziarah dan minum air teh segelas."

Sejenak mengingati pesan tersebut itulah, aku terus bersiap untuk ke Masjid Asyraf bertemu Syeikh Dr. Yusri. Tiada lagi rasa teragak-agak mencemar hati.

Bergema pula di benak aku pesan seorang guruku yang amat ku cintai, Ustaz Azharuddin;
"Enta bila sampai di Mesir, banyakkan taqarrub, banyakkan taqarrub, banyakkan taqarrub."
Sebak di hatiku bila mengenangkan setiap pesan beliau. Ya Allah, kau rahmati dan sayangilah guru-guruku seperti mana mereka mengasihani aku. Tiba-tiba timbul pula rasa rindu dalam hati pada Malaysia....

Kaki berhenti di hadapan sebuah imarah (apartment) tertera tulisan MASJID AL-ASYRAF. Bismillah! Kaki kanan melangkah masuk ke dalam masjid. Kedengaran suara imam mengalunkan ayat suci al-Quran. Aku kenal suara ini, tiada berlagu tapi nada suaranya bersatu dalam kalam suci itu. Apabila sampai ayat rahmat, doa diajukan pada Allah. Tatkala tiba pula ayat murka, suara sayu merintih memohon keampunan. Dari kejauhan aku melihat Murabbiku, Tuan Guruku. Terasa begitu jauh dan kerdil kedudukanku di sisi Allah berbanding beliau.Ya Allah...

Aku menghampiri jemaah dan menyusun di dalam saf. Akal dan hati mula menyatu.
ALLAHUAKBAR.... Berderai hati aku merindui sang Khaliq. Ya Allah cintailah aku, pandangilah dengan pandangan belas dan kasihMu. Jangan sesekali Kau memurkai aku..Ya Latif..Ulthuf bina...

ALLAHUAKBAR...Aku tunduk dan abadikan diriku hanya untukMu. Meski mungkin pengabdian aku tidak sempurna, terimalah aku sebagai hambaMu...

ALLAHUAKBAR...Hati seperti terkena siraman air yang sejuk. Inilah 'shobbabah' atau simbahan air yang disebut oleh Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi. Ya Allah, jadikanlah aku hamba pilihanMu, terpilih memahami ilmuMu. Meski tak mampu menjadi Ulama',
............................................................................................................................................................
Usai solat terawih, syeikh memberi rehat sebentar sebelum memulakan tahajud pula. Maka aku mengambil suatu sudut di dalam masjid untuk bersandar. Aku mengambil satu buku catatan dari dalam beg. Sambil berehat aku melorek dan melakar sesuatu pada muka buku tersebut.
Ah, imam sudah memanggil untuk solat tahajud. Buku itu aku atur bersama beg, rida' dan cermin mata. Nanti sambung semula contengan aku itu. Huh, hidup ini memang banyak 'unfinished business'. Tapi kita yang perlu menilai mana yang perlu diutamakan....


Kosa kata
1. Sinaps- Tempat pertemuan antara dua saraf atau suatu saraf dengan suatu tisu.[sumber-laman DBP]
2. Schizophrenia -1. type of mental disorder, (penyakit) skizofrenia; 2. (colloq) inconsistency, perangai yg berubah-ubah.[sumber-laman DBP]


Info
Kisah diatas bukanlah kisah penulis. Semua hanya suatu manipulasi maklumat dan sumber. Sebarang yang berkaitan, maka ia memang berkait. Andai tidak terkait, pergi belajar mengait baju,kopiah atau yang sewaktu dengannya. Ini adalah karya pertama penulis, maka sebarang kritikan yang rasional mahupun tidak akan diterima. Wallahualam..


Di tempat pengajian, Masjid Asyraf. Bersama Syeikh Dr. Yusri.

9/06/2009

..Aku,Rempit dan Talaqqi..

..:Aku:..
Che Mohammad Nur Anas bin Che Kadir.
Pelajar Kuliyah Perubatan Universiti Ain Shams Kaherah.
Sekarang asyik melepak didalam bilik sempena menghabiskan sisa waktu cuti musim panas.
Perasaan yang dialami sekarang adalah bosan tahap 4 daripada 5. Hampir menggilakan diri, namun iman masih ada . Mampu untuk bertahan hingga hari ini.....

..:Rempit:..
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rempit-membawa maksud menyebat dengan rotan dan lain-lain atau menyesah.
Asalnya dari perkataan negeri Perak.
Jadi dari mana datangya perkataan rempit tu tidak saya ketahui. Mungkin dari bahasa Inggeris Remp-It.
Yang membawa kepada mengkehendaki ganjaran.
Saya tak suka me'rempit'. Sebab naik motor pun saya tak suka. Kecuali secara santai menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Jikalau memecut laju, memang agak mengecut perut saya. Itulah hakikat tentang diri saya. Hingga diketawakan oleh Kak Zu kerana tabiat ini.

..:Talaqi:..
Saya sendiri tak tahu maksud sebenarnya. Tapi saya yakin cara pengajian memberi suatu kesan berbeza dari cara pengajian melalui buku sahaja. Kita mendapat pemahaman sebenar tentang suatu perkara yang jika dengan kemampuan berfikir kita tak mungkin dapat memahami sesuatu hakikat.

..::HAKIKAT::..
Disebalik kerapuan yg ditulis saya. Inilah kisah sebenar. Hikayat pelajar Perubatan yang penakut. Dalam seminggu ni saya cuba mengikuti pengajian di Jabal Mukotam(ejaan ini diambil dari Pejabat Pos cawangan Mukotam). Pengajian Bahjatu Nufus(betul ke ni?nanti kene 'fire' lak..) oleh Syeikhuna al-Murabbi Guru yang Mulia, Syeikh Dr Yusri Abdul Jabbar al-Hasani.

Kami pergi dengan menaiki motor. Setiap kali naik saya berdoa berkali-kali moga selamat sampai dan selamat pulang. Kenapa saya takut naik motor?(ni soalan Kak Zu)

Setiap kali saya naik motor pada kelajuan tinggi, saya membayangkan diri saya tergolek-golek di jalan raya. Setiap kali naik saya berusaha atasi ketakutan saya. Mungkin saya jarang naik motor. Tambahan saya memang dari kecil sudah terbiasa dengan pemanduan motor secara santai. Ayah tak pernah memecut laju. Slow and steady.....

Terkenang sewaktu bersama Pakcik Jamal. Hari tu saya nak pulang ke Melaka. Pakcik Jamal dengan baik hati menghantar ke Stesen Bas Larkin. Itulah pertama kali saya naik motor yang sangat laju sambil mencelah diantara lori dan kereta. Hati saya tak putus berzikir dan berdoa. Saya ingatkan saya dapat 'control macho', rupanya ketakutan saya dikesan oleh Pakcik Jamal. Huh! memalukan.

Namun apabila setiap hari ke Jabal Mukotam, saya dapat membiasakan sedikit. Alhamdulillah...

Perihal pengajian, sebenarnya sepatah halal(kenapa perlu haram?) pun saya tak faham. Ada sepatah dua yang saya tahu. Seperti baru ni syeikh menyebut tentang ketulan darah(blood clot). Nama dalam bahasa arab adalah dam khasir. Semalam pula pasal, nutfah, 'alaqah dan mudghah. Penciptaan makhluq terbaik. Dapat juga saya faham sedikit. Moga yang sedikit itu datangnya berkah...amiin.

~Info Tambahan~
1. Syeikh Dr. Yusri dikatakan mempunyai 5 sijil. 3 daripada pengajian perubatan beliau. Iaitu dari ijazah pertama hingga ke P.h.d. 2 lagi daripada pengajian Islam iaitu dari ijazah pertama hingga Master di Al-Azhar. Banyak lagi kehebatan beliau yang belum saya ketahui(nanti nak tanya Tuan Guru Ustaz Nazrul). Di Malaysia belum ada lagi seorang yang mampu melakukan kombinasi seperti ini. Diharapkan saya mampu menjadi sehebat beliau.amiin...
2. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sanggup membawa saya ke tempat pengajian. Jazakallahu khair..
Dedikasi Khas untuk semua..
Ustaz Fahmi(yang rajin menjawab soalan..hehe)
Ustaz Abdul Mannan, Ustaz Soleh, Ust Mat Salik dan Dr Akmal(yang sanggup membawa saya.)
Ustaz Syukri (yang meransang saya untuk pergi..)
Ustaz Nazrul (menjadi inspirasi hati..)
Syeikh Dr Yusri sendiri (yang menyiram hati gersang ini..)
dan kepada semua yang terlibat membantu diri ini menjadi ini...

9/05/2009

..Hanyut..


Semenjak dua ni emosi jadi kurang stabil. Terumbang ambing dipukul ombak nafsu.
Stress tak tentu hala. Duduk memerap di bilik. Moga Allah melapangkan hati aku..

p/s-macam orang perempuan datang bula pula...huhu

8/31/2009

Urticaria..Ingatkan Ultraman..




Kelmarin mula rasa miang dan gatal-gatal. Puas memikir.Aku tak mandi ke?Tak lama kemudian mula kelihatan simptom penyakit yang lama tak dihidapi datang semula.

Dalam hati berharap tak jadi teruk. Kalau dulu biasa jer. Tapi makin dibiar makin menjadi. Degil betul!













Kesannya..



Sehingga ke Asar, keadaan makin parah. Habis satu badan kemerah-merahan. Saya meraih pandangan Dr. Zul(Zuket) yang merupakan antara pelajar perubatan yang paling hebat di Universiti Ain Shams hehehe. Beliau menganjurkan untuk mengambil Zyrtec(Cetirizine Hydrochloride). Merupakan anti-histamine yang membantu dalam mengubati Urticaria. Alhamdulillah sekarang semakin pulih. Doakan terus sihat...Info

1.Urticaria
Urticaria merupakan suatu kesan dari tindak balas alergi(allergy) dan ada juga hasil dari tindak balas bukan alergi (ubatan,hormon dan fizikal). Ia mengakibatkan radang (inflammation) pada kulit,bengkak(wheal) dari bersaiz kecil hingga diameternya mampu mencecah beberapa inci. Mekanisma urticaria ini adalah melibatkan histamine. Menyebabkan cecair merembes (fluid leakage) dari saluran darah permukaan(superficial blood vessel). Kita boleh menguji dengan melakukan dematographism
Dermatographism adalah dengan mengores permukaan kulit kita. Jika kita dibawah pengaruh alergi, maka kesan goresan itu akan menimbul dan menjadi kemerahan.

Types...
1.Acute urticaria
-alergi terhadap makanan.kesan berlaku pantas.
2.Chronic urticaria
-sama dengan 'acute'.Cuma kadangkala urticaria berterusan hingga beberapa tahun.
3.Drug-induced urticaria
-disebabkan tindak balas dengan ubat-ubatan.
4.Physical urticaria


2. Zyrtec(Centirizine hydrochloride)
merupakan ubat anti-histamine.
-Kesan sampingan
1.Mengantuk
2.Kering mulut
3.Penat

bagi kanak-kanak
1.Sakit luar biasa
2.Cirit birit
3.Batuk
4.Sakit kepala
5.Mengantuk
6.Sakit tekak

Rujukan:
1.Dr. Zuket
2.Wikipedia di sini
3.Di sini

8/30/2009

..Mencari Diri, Nihayahnya Ilahi..



Sidang Fakir Empunya Kata

Bismil-L âhir-rachmânir-rachîm,
Sidang fakir empunya kata,
Tuhanmu1 zhâhir terlalu nyata,
Jika sungguh engkau bermata,
Lihatlah dirimu rata-rata.

Kenal dirimu hai anak jamu,
Jangan kau lupa akan diri kamu,
Ilmu hakikat yogya kau ramu,
Supaya terkenal akan dirimu.

Jika kau kenal dirimu bapai,
Elokmu itu tiada berbagai,
Hamba dan Tuhan dâ‘im berdamai,
Memandang dirimu jangan kau lalai.

Kenal dirimu hai anak dagang,
Menafikan dirimu jangan kau sayang,
Suluh itsbât yogya kau pasang,
Maka sampai engkau anak hulu balang.

Kenal dirimu hai anak ratu,
Ombak dan air asalnya satu,
Seperti manikam much îth dan batu,
Inilah tamtsil engkau dan ratu.

Jika kau dengar dalam firman,
Pada kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Furqân,
Wa Huwa ma‘akum fayak ûnu pada ayat Qur‘an,
Wa huwa bi kulli syai‘in muchîth terlalu12 ‘iyân.

Syariat Muhammad ambil akan suluh,
Ilmu hakikat yogya kau pertubuh,
Nafsumu itu yogya kau bunuh,
Maka dapat dua sama luruh.

Mencari dunia berkawan-kawan,
Oleh nafsu khabî ts badan tertawan,
Nafsumu itu yogya kau lawan,
Maka sampai engkau bangsawan.

Machbûbmu itu tiada berch â‘il,
Pada ainamâ tuwallû jangan kau ghâfil,
Fa tsamma wajhul-L âhisempurna wâ shil,
Inilah jalan orang yang kâmil.

Kekasihmu zhâhir terlalu terang,
Pada kedua alam nyata terbentang,
Pada ahlul-ma‘rifah terlalu menang,
Wâ shil nya dâ‘im tiada berselang.

Hapuskan akal dan rasamu,
Lenyapkan badan dan nyawamu,
Pejamkan hendak kedua matamu,
di sana kau lihat permai rupamu.

Rupamu itu yogya kau serang,
Supaya sampai ke negeri yang henang,
Seperti Ali tatkala berperang,
Melepaskan Duldul tiada berkekang.

Hamzah miskin orang ‘uryâ ni,
Seperti Ismail menjadi qurbâni,
Bukannya ‘Ajam lagi ‘Arab î,
Senantiasa wâshil dengan Yang Bâ qî.


Hamzah Fansuri
Rujukuan di sini

Berpisahnya dengan hari-hari Ramadhan, belum kita(saya) nikmati pengabdian kepada Sang Pencipta. Hati yang belum sirna dengan tempelan dosa, mata yang masih dihijab maksiat buat kita hilang nikmat seorang hamba. Maka kita perhabiskan waktu yang ada dengan meneliti kalam-kalam hikmah daripada Hamzah Fansuri.

“Hamzah Fansuri di dalam Mekkah,
mencari Tuhan di Bait Al-Ka’bah.
Dari Barus ke Qudus terlalu payah,
akhirnya dijumpa di dalam Rumah”.
Tuntas,kita cuba mencari dan merenung diri menghayati hakikat penciptaan hamba..Harapnya kita sentiasa didoakan oleh sekalian guru, keluarga dan sahabat. Moga baik khatimahnya. Wallahualam.

7/31/2009

Saya Rindu Ummi..

Bismillah wa alhamdulillah

Menatap Tasawuf Moden berseorangan di bilik membuat aku terlontar jauh melepasi batasan dimensi. Menembusi langit kosong Kaherah hingga membawaku jauh ke tanah dirindui. Selama hidupku belum pernah aku merindui Ummi seperti waktu ini. Ummi..Lon galak keu droneh..



















Sewaktu anak-anak..


Aku anak yang kuat memberontak. Anak yang kuat bergaduh dengan adik beradik yang lain(nakal sangat aku..haha). Tak reti bahasa. Hati kerasku membuat aku tak berasa nak bermanja seperti anak lain. Sehingga tamat UPSR, mula masuk ke alam asrama. Aku diterima masuk KOSPINT, pada mulanya aku nak sangat masuk Sheikh Abdul Malek sebab sahabat karib ku, Razani di sana. Tapi takdir Allah di atas segalanya..

Hari pertama di KOSPINT, ayah tak bersama. Ummi yang mengurus semuanya. Waktu itu aku tak mengetahui apakah perasaan ummi. Dalam benak otak aku hanya ada sekolah baru. Tiada bagiku semasa di asrama istilah 'homesick'. Tambahan aku 'budak baik' di sekolah, disayangi 'seniors' dan kawan-kawan (hehe..).

Hingga aku menjejaki tingkatan 5 baru aku berasa rindu pada ikan keli masak pecal ummi. Aku berasa rindu untuk melihat wajah ummi dan ayah. Berasa rindu untuk mencium tangan ummi. Begitu juga semasa di KMM. Kadang-kadang menghantar 'sms' cinta pada ummi.

Semasa SPM, natijah yang aku perolehi tak seperti yang dijangka. Sedih bertaut dihati. Selama ini aku selalu mendapat A yang penuh,kali ini tak seperti selalu. Angan-anganku seperti tidak mendapat taufiq Allah. Mimpiku seakan tak menjadi kenyataan. Aku tahu ummi dan ayah tak mampu untuk menghantarku ke Mesir. Apatah lagi dalam bidang Perubatan. Hakikatnya memang sedih. Pada tika malam kita berkumpul, ayah beritahu keluarga tak mampu untuk menghantarku ke Mesir memang membuatku teramat sedih. Rasional mengatasinya..

Tapi KMM mengubat luka. Aku punya sahabat dan suasana yang aku kehendaki. Suasana yang menghidupkan jiwaku. Suatu petang di KMM,aku mendapat panggilan dari Kementerian Pengajian Tinggi mengatakan aku diterima untuk belajar Perubatan di Universiti Ain Shams, Mesir bagi sesi 2008/2009. Maka tanpa ragu aku pun menolak tawaran tersebut. Kerana telah yakin aku tak akan pergi ke sana.
"Maaf encik,saya terpaksa tolak tawaran ni. InsyaAllah tahun depan pula saya minta ye.."

"Assalamualaikum.Ummi, tadi KPT call. Anas dapat tawaran ke Ain Shams. Tapi Anas dah bagitau tak leh gi.."



Setelah itu,aku mendengar ummi menjawab dengan nada yang kecewa.

Tak lama selepas itu, ummi menelefon aku semula. Setelah ummi bincang dengan kak Long. Kak Long kata nak tolong juga. Alang-alang dah dapat peluang ni.
"Anas nak tak gi Mesir?'

Soalan tu terlalu susah untukku jawab. Lagi susah dari soalan Add Math (yang aku tak suka). Apa aku nak jawab? Aku tahu situasi sekarang. Aku hanya tak mahu menyusah dan membebani ummi dan ayah.

"Ikut ummi ayah la..Anas tak kisah." Itulah jawapanku bila terdesak ke hujung.

Banyak kesusahan dan kesukaran nak menyampaikan aku ke Mesir. Aku sedar tak mudah untuk meneruskan semua ini. Meski berat mana pun beban, ummi dan ayah tetap terus mencuba yang terbaik untuk anaknya. Ummi berkata;
"Sebelum ni, Anas mudah jer. Nak masuk universiti pula susah. Tak pelah.."

Baru-baru ni, natijah(result) keluar, Alhamdulillah keputusanku memberansangkan. Tiada sebarang rasa bangga untuk diri sendiri. Semuanya aku beri pada ummi. Dalam hati aku waktu itu hanya Allah dan ummi sahaja. Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku untuk berbakti pada ummi sekali lagi.

Bila dikenang-kenang, aku tak mahu menyusahkan ummi dan ayah lagi. Cukuplah sekali perit ni sekali. Aku berharap selepas ini semuanya manis..Wahai Allah makbulkan harapan hamba ini.

-Terima kasih pada Opick kerana menyumbangkan suara anda yang lunak menemani saya menulis kali ini.

7/18/2009

Jaulah Matruh dan Siwa,"Mencari Diri,Menghadap Ilahi.'

Bismillah wa Alhamdulillah..(Segala amal tanpa basmallah dan alhamdulillah,sia-sia)
Oleh kerana kemalasan yang mencapai maqam dewa maka, biarlah gambar yang berbicara.

p/s-Semalam baru balik dari ziarah ulama' dan auliya'. Pada malamnya ada diskusi ibadah pesakit dengan Tuan Guru Ust Salman Maskuri. Memang nyenyak tidur ketika majlis ilmu. Hingga Tuan Akmal dan Tengku kejut berkali-kali. Akhirnya bangun pada waktu komentar. Tiba-tiba jadi segar dan sempat menanyakan beberapa soalan. Jazakallah tuan guru atas penyampaian ilmu. Banyak dapat ilmu baru.




ini sekadar sampingan menghibur hati..hehe

6/29/2009

Keremajaan Yang Kian Pudar

Fatrah Imtihan[musim peperiksaan] masih belum tamat. Dalam masa yang sama Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) melakukan program.Bazaar Ria Seri Iman.Boleh rujuk sini. Saya tak memberi apa-apa sumbangan pun dalam program kali ini. Antara yang menjadi sebabnya adalah peperiksaan Anatomy serentak dengan hari program. Jadi utamakan yang utama.

Sebenarnya imtihan bukan faktor yang 'dominan' saya kurang terlibat dalam program ni. Tapi sejak kebelakangan ini, seakan-akan badan saya terlalu lemah,malas,sakit kepala,sakit badan dan pelbagai rasa yang menyinggah pada badan. Hinggalah saya terjumpa gambar ini...(terima kasih nadia homeroomate..)


















Tiba-tiba terkenang waktu remaja yang penuh bertenaga. Idea mencurah-curah. Bekerja seakan-akan tiada 'limit'.Seronok! Itu yang mampu terungkap dalam pemikiran ketika menulis. Saya puas memikir apa yang membuat saya menjadi begitu lemah seperti sekarang. Jika dulu, saya mampu bergerak dengan pantas. Berkejar-kejar ke sana sini. Angkut-mengangkut. Mesyuarat rasmi dan tak rasminya. Malam-malam meronda mencegah maksiat. Waktu muda yang penuh dengan semangat. Mungkin sekarang saya lemas dalam 'Psychological Fatigue'. Sebenarnya saya kekurangan 'will power' atau kuasa kehendak...

Teringat pesan Tuan Guru Hairul Nizam ketika program motivasi, "Apabila matlamat kita jelas,apa-apa masalah kita akan dapat atasi."

Hadaf atau matlamat saya mungkin masih kabur-kabur. Kesungguhan masih lemah. Masih berharap akan kembalinya semangat yang kian pudar...

6/19/2009

Syukur Pada Ilmu Allah

Semalam, madah Histology tamat bersama dengan ujian shafawinya. Maka kami masih berbaki 2 madah lagi. Iaitu yang terdekat Anatomy selepas itu Biochemistry.Mohon doa sahabat-sahabat untuk kejayaan kami. Naqib kami,Sheikhuna Tuan Guru Ust. Ahmad Fahmi sudah berjaya menamatkan peperiksaan beliau semalam, dan saya yakin bahawa beliau melakukannya dengan baik.

Selama menerawang di alam siber,hingga menemukan saya dengan penemuan terbaru para saintis dengan hasil eksplorasi mereka. Di sini
























Benarlah kata Allah dalam warkah cinta kepada hambaNya.

الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقاً مَّا تَرَى فِي خَلْقِ الرَّحْمَنِ مِن تَفَاوُتٍ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِن فُطُورٍ

ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِأً وَهُوَ حَسِيرٌ

Maksudnya : 3. Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali- kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?

4. Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.



Seperti mana hebatnya langit maka,se-gah itu jugalah bumi. Selama bertahun-tahun manusia hidup di muka bumi Allah ini, belum pernah bumi berhenti membuat kejutan kepada mereka yang menghuninya. Saban tahun ada saja penemuan-penemuan terbaru yang dijumpai dari alam rahsia yang tersimpan di muka dan perutnya. Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya.
SYUKUR

Setelah kita melihat segala keagungan dan kehebatan Allah maka sewajibnya kita bersyukur. Teringin saya memetik dari kitab Penawar Bagi Hati yang dinukilkan oleh Sheikh Abdul Qadir al-Mandili berkenaan syukur.

Syukur itu memalingkan oleh hamba akan segala barang yang memberi nikmat Allah taala dengan dia atasnya daripada pendengar,penglihat,kaki ,tangan dan lainnya kepada barang yang dijadikan kerananya.

Bermaksud, syukur itu kita menggunakan anggota yang dijadikan Allah pada jalannya atau pada matlamat kejadiannya.

Pada hakikatnya, kedudukan peringkat syukur ini lebih tinggi dari peringkat sabar,zuhud dan khauf(takut). Sesungguhnya sifat-sifat tersebut hanya kita amalkan di dunia sahaja. Berbeza dengan sifat syukur. Syukur tidak putus setelah putusnya dunia. Sifat syukur berterusan diamalkan hingga ke dalam syurga. Firman Allah s.w.t dalam surah Yunus ayat 10 :

وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya : Dan kesudahan doa bagi ahli syurga itu," Segala puji tertentu bagi Allah yang menjadikan sekalian alam
.

Dan syukur itu setinggi-tinggi peringkat,tidak ramai yang sampai ke peringkat ini.

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

Maksudnya : Sedikit dari sekalian hambaku yang bersyukur.



Amat indah apabila pada setiap berakhirnya amalan kita,tidak jemu untuk bersyukur atas nikmat dikurniakan rasa syukur..Wallahualam

Specially brought by Dzuu Haniin

5/14/2009

Sajak Sang Bidadara(To Be..Ameen)

Lama tak memaparkan apa tulisan di blog ini. Teringat pesan kekanda Azizi ketika saya menyatakan hasrat untuk menerbitkan blog.

'Kene Rajin Update.'

Memang sepatutnya tak boleh menjadikan exam sebagai satu alasan. Kerana masa saya sebenarnya banyak yang terbazir dengan benda tak berfaedah. Jadi untuk posting kali ini saya menerbitkan satu sajak yang dicipta bersama Hamzah ketika di KMM. Sebenarnya tengah buat satu artikel lain. Tapi 'nafsu' untuk meneruskannya hilang. Entah bila pula nak sambung.

Khas untuk diri sendiri yang terlalu lemah melangkah didalam arena yang di panggil MUJAHADAH. Juga untuk mereka yang masih tegar berjuang memburu cinta.

Hatiku hanyut memikirkan Hurun 'Ain,
Terbang bagaikan burung pendahaga cinta pelengkap jiwa.

Syahid sudah hatiku dek panahan Ainul Mardhiah,
Pedih dihati membuatku mati.

Jika kelingking kerdil itu menusuk sanubari,
Teranglah duniaku.
Inikan pula wajahnya bertamu dihati,
Sudah tentu hancur luluh hatiku.

Hangus dibakar kehangatan cinta dan kasih membara.
Justeru,
Mana mungkin bidadari dunia mampu merampas hatiku.
Mana mungkin perawab al-Ardh mampu mencuri hatiku lagi.
Tiada jualah gadis yang mampu meragutnya lagi.

nukilan Anas dan Hamzah
Surau Perdana, Kolej Matrikulasi Melaka.
p/s-sebenarnya saya tak tahu adakah ini dipanggil sajak,syair atau apa yang sewaktu dengannya. Maaf jahil sastera..hehe.kalau sesiapa boleh komen alhamdulillah.

4/17/2009

Aku Doktor!

Setiap kali hujung minggu pasti terasa suatu kelegaan yang terasa dari dalam..setelah melalui setiap hari yang agak tertekan. Tertekan dengan pelajaran sebenarnya takde lah sangat. Cuma hal-hal sampingan yang menyerabutkan. Ditambah dengan kemalasan aku untuk mengulang kaji, menyebabkan banyak pelajaran yang diajar sebelum ini terlupa-lupa bagai orang nyanyuk. Maka bergandalah tekanan atas diriku.













Aku Yang Kuat Berangan


Sering kali aku berangan,segera lah tamat 6 tahun ni. Untuk cepat-cepat aku pulang ke Malaysia.Cemburu juga pada Abg. Saufi yang telah menamatkan ijazah kedoktorannya baru-baru ini(Tahniah pada Abg Saufi,iaitu tuan guruku moga kita sama-sama menjadi doktor yang terbaik.Anas takkan kalah!).

Our Stand

Hari-hari yang berlalu pula terasa begitu menyesakkan dada. Menyendatkan warasku. Mujahadah yang tak mungkin putus. Masa yang semakin suntuk dalam menghadapi peperiksaan yang tak pernah berhenti mempermainkan aku.

Pada waktu ini,aku berasa aku seakan tak mampu berbuat apa-apa. Selamat aku masih ada dia dan DIA. Sentiasa sahaja setiap langkahku dimudahkan DIA. Ini sahaja saki baki kekuatan dan kepercayaan yang aku ada ketika berlari didalam medan untuk menjadi seorang bergelar DOKTOR! Semua 'isme' ,doktrin dan kepercayaan atas diriku sendiri yang aku sengaja bina untuk menipu diri sendiri gugur. Gugur sama sekali!!Aku tak mungkin mampu 'survive' dengan semua tu. Aku tak perlukan semua itu. Setelah berapa ramai doktor yang gugur dalam dunia sendiri. Kalah pada dunia rekaan sendiri. (ada statistik yang doktor ramai sakit jiwa.tapi maaf puas cari. Tapi tak jumpa.)


Setiap dari kita sentiasa meningkat. semakin tinggi. Secara selari cabaran turut sama meningkat. Selaras dengan itu juga kita perlu pada pegangan dan tempat berpaut yang lebih kukuh. Maka mulalah manusia mereka-reka falsafah hidup untuk mereka bersandar melepas lelah penat setelah berperang dengan alam masing-masing. Tapi mereka tak pernah sedar sekadar lama manakah sandaran itu mampu bertahan??Mampukah sandaran tersebut menjadi benteng bagi kita menghadapi hemapasan ujian yang menggila.

Pada fitrah memang kita sentiasa berharap pada tempat bergantung. Mana ada manusia atau makhluq yang mampu bergerak sendiri.sentiasa bergantung satu sama lain. Bantu-membantu sesama kita.


وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. [al-Maidah:2]

Namun selama manakah manusia mampu bersama kita. Pasti sampai pada kita satu masa yang kita akan bersendirian. Sampainya waktu tersebut pada siapakah kita mahu memohon pertolongan?

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah [6], dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. [al-Fatihah:5]

Akhirnya...

Cabaran pada masa akan datang pasti lebih hebat. Cabaran pada fizikal dan jiwa. Bakal doktor perlu persiapkan diri bukan dengan ilmu perubatan sahaja bagi menghadapi pesakit. Malah yang lebih penting adalah ilmu perubatan jiwa.

Ar-Razi (sarjana perubatan Islam silam)pernah berkata, "Satu kebanggan pada aku adalah mengubati pesakit tanpa menggunakan ubat tapi hanya waham(kata-kata)."

Dengan situasi dunia sekarang, Islam sangat diperlukan. Adalah satu kerugian yang teramat besar pada dunia setelah Islam tak tertegak dimuka bumi. Islam itu sendiri adalah Rahmat dari Allah. Tiada apa yang mampu kita lakukan untuk mengubat dunia kecuali dengan Islam

4/11/2009

Fight For Our Whole Life

hujung minggu ni banyak dipenuhi dgn 3 benda.
1. Tilam
2. Saratoga@ selimut
3. Tandas

Perut yang meragam, kepala pula berpusing-pusing,tekak sentiasa rasa loya,pahit..turun ke koperasi jap cari benda-benda masam. beli air Nenas Juhayna menghilangkan pahit di tekak. Terbaring atas katil,otak melayang sambil baca manga favourite 'Eyeshield 21'. Cuba mencari bahan menguat semangat. Akhirnya terjumpa pada akhir babak selepas touch down dilakukan. Kalau para pembaca dapat baca pada petak yg terakhir. Dialog Hiruma kepada Agon.

"We don't have time to waste for things we don't have. We can only look for the best way to fight with the things we have FOR OUR WHOLE LIFE!"

kadang-kadang kita membaca bukan sekadar untuk menghiburkan hati sahaja,tapi apa yang lebih utama adalah mencari sebahagian makna hidup dalam diri penulis/pelukis.
Ilham adalah sesuatu yang dilontarkan Allah dalam hati manusia. tak kira dia kafir atau Muslim,yang lebih penting adalah sesuatu yang berharga itu adalah barang ciciran orang mukmin. Bukan saya mempromosi pembacaan manga,tapi saya cuma sekadar berkongsi,apa yang terbaik dari saya. Nak tulis panjang-panjang pun tak larat mana. Sahabat saya Malek,pada hari khamis (sebaik sampai ruma balik dari kuliah)dia dah menasihati saya untuk study.
Tapi hujung minggu ni pulak badan tak sihat. InsyaAllah,moga Allah beri sedikit kekuatan untuk study dan terus berjuang..

trimas kpd sume ahl baitku 503(abg lukpi,abg ainuddin,abg faris dll) yg memahami dan byk mnyusahkan mereka dan juga pada ahl bait angkat 301(malek,hasyim,zuket,fahmi dan najmi)

3/27/2009

Kekasihku, Tunanganku, Bagiku

Pandang langit biru,
setenang air laut,
wajah beningmu itu,
mengubat hatiku yang haru.


Ulas senyumanmu,
menggetarkan hatiku,
terpahat dalam hati,
tak sirna disimbah dunia.


kasihku abadi sepanjang zaman,
tak kurang dengan alasan,
moga terus mampan,
bersatu dalam iman.




Kebelakangan ni, saya seakan hanyut dengan cinta. Terbuai dengan nafsu. Terleka dengan setiap ulit cinta dan rindu.
Bahkan sendiri jarang amat merindui keluarga. Zaujah pula tiada. Tapi cintaku pada kekasih muliaku membuat aku jauh dari mungkar. Jauh dari bara panas maksiat. Cinta amat hebat. Dengan cinta aku tundukkan pandanganku dari yang kabur. Dengan cinta aku tegar bermujahadah. Dengan cinta aku terus berjuang dari lena dalam kuliah..hehe..Inilah rahmat Tuhan kerana mencintaimu.Terima kasih Allah kerana menghadiahkan aku CINTA.

Aku terus berharap Allah akan terus mengizinkan aku mencintai dia. Merindui dia. Mengasihi dia.
Moga CINTA aku terus mekar tak pernah layu dengan siraman rahmatMu..


posting ini khas untuk kekasih muliaku...
Guruku, kekasihku..



al-Habib Ali Zainal Abidin ibn Abdul Rahman ibn Ali ibn Muhammad ibn Alawi ibn Ali ibn Alawi ibn Ali ibn Ahmad ibn Alawi ibn Abdul Rahman Mawlah al-Arsha ibn Muhammad ibn Abdullah al-Tarisi ibn Alawi al-Khawas ibn Abu Bakr al-Jifri ibn Muhammad ibn Ali ibn Muhammad ibn Ahmad ibn al-Faqih al-Muqaddam Muhammad ibn Ali ibn Muhammad Sahab Murbat ibn Ali Khali' Qassam ibn Alawi ibn Muhammad ibn Alawi ibn Ubaidillah ibn Ahmad al-Muhajir ila Allah ibn Isa ibn Muhammad al-Naqib ibn Ali al-Uraidhi ibn Imam Jaafar as-Sodiq ibn Imam Muhammad al-Baqir ibn Imam Ali Zainal Abidin ibn Hussein r.a ibn Ali r.a ibn Abu Thalib Suaminya Fatimah al-Zahra r.n.h anak perempuan kesayangan Junjungan Mulia RASULALLAH MUHAMMAD S.A.W.




3/23/2009

Aku, tanah airku dan PPSMI...

Alhamdulillah, akhirnya Allah memberi juga TaufiqNya untuk saya menulis dalam blog ini. Untuk pertama kalinya. Dan menjadi ahli usrah yang pertama menulis di laman ini. Sebelum ini, guru-guru kami telah beraksi. Dan saya berasa teramat segan untuk menulis. Takut jika dibandingkan tulisan saya dengan tulisan para Guru, memanglah saya ini tidak layak. Tambahan pula, pembaca-pembaca blog ini bukan dari kalangan kebiasaan orang. ini membuatkan saya terlebih segan. Jadi pada awalnya, saya memohon maaf kalau tulisan ini tak memuaskan hati pembaca.

5 Tahun Bersama PPSMI:

Suatu hari saya dapat mesej dari naqib kami, Ustaz Fahmi. Beliau meminta untuk menulis berkenaan PPSMI. Puas saya berfikir, nak tulis apa ye... Fikir saya, kalau saya membantah PPSMI sekalipun tiada orang pun nak dengar. Kalau Sasterawan Negara membantah mereka tak dengar, inikan pula saya.

Jadi, saya rasa lebih baik saya membawa kepada anda pengalaman saya bersama PPSMI. Sebab saya merupakan generasi pertama PPSMI. InsyaAllah ada serba sedikit pengalaman hidup untuk dikongsi.

Saya mendapat pendidikan peringkat rendah di Sek. Keb. Marang. Walaupun Marang dipanggil Bandar Marang tapi hakikatnya ia tak ubah seperti sebuah pekan. Maka di sekeliling saya bukan dari kalangan golongan elit. Hanya orang kebiasaan. Kerja sebagai nelayan, petani, pegawai rendah dll.

Sewaktu di bangku sekolah, ketika saya darjah 6,di kalangan rakan-rakan saya masih ada yang tak tahu membaca. Bukan mereka tak tahu membaca buku bahasa Inggeris, tapi mereka tak tahu membaca Bahasa Melayu. Kadang-kadang saya punya kesempatan secara tak langsung melihat pembelajaran mereka (waktu nak ke kelas muzik memang sempat melihat mereka, sebab kelas muzik sebelah kelas pemulihan). Seperti suasana di tadika. Pembelajaran yang dipenuhi dengan alat bantu mengajar(ABM). Sesekali timbul rasa sedih juga.

Jadi macam mana bila masuk tingkatan 1 (tahun 2003 akan bermula PPSMI) mereka nak belajar? Sedangkan Bahasa Melayu pun mereka membaca dengan merangkak. Inikan pula Bahasa Inggeris. Mereka yang kurang berminat dalam pembelajaran akan menjadi semakin kurang minat. Maka banyaklah masa-masa kosong terhasil. Jadi tak hairan semakin berleluasa masalah sosial.

Peringkat Menengah:

Setelah mendapat keputusan yang baik sewaktu UPSR, maka saya pun beralih ke suatu peringkat yang lebih tinggi dan berada di kalangan mereka yang lebih baik(dari sudut akademik). Apabila berada dalam kalangan mereka yang lebih hebat, kita akan berasa terawang-awangan. Hingga lupa mereka yang di bawah. Duduk di sebuah sekolah berasrama penuh, mana mungkin melihat mereka yang buta huruf, tapi kita yang menjadi BUTA. Kita lupa sahabat-sahabat yang berada diluar yang jauh ketinggalan. Kita sibuk bersaing sesama kita. Terkadang timbul perasaan buruk, memandang rendah sahabat-sahabat lain. Kadang-kadang timbul dalam hati kita seakan memperlekeh mereka. Kami dikalangan pelajar-pelajar MRSM memang tak timbul masalah untuk belajar menggunakan bahasa Inggeris, hanya ada segelintir sahaja.

Namun dikalangan kami sebenarnya ada yang begitu tak gemar dan lemah dengan penggunaan Bahasa Inggeris, di antaranya homeroomate saya, antara kenyataannya adalah,

“Aku bukan tak tahu jawab tapi aku tak tahu nak tulis camne. Kalau bahasa Melayu boleh la..”

Sehingga pada satu masa, ada beberapa sahabat saya yang tak tahan, akhirnya mereka menulis jawapan dalam bahasa Melayu. Tapi bagi saya satu kerosakan yang lebih besar berlaku. Mereka tak mengguna bahasa Inggeris sepenuhnya dan tak juga menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Apabila menulis mengguna bahasa Melayu tapi mengguna istilah-istilah bahasa Inggeris. Tidakkah menjadi carca merba? Jadi apa guna belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tapi hakikatnya mereka seakan-akan mengguna bahasa Melayu. Bahkan bahasa ‘rojak’ pula berlaku (saya pun menulis dalam keadaan rojak hehe..).

Ada sahaja dalam MRSM sendiri di mana guru-guru mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Alasan mereka, “YANG PENTING FAHAM.”(sumber dari saudara Malek, ketua usrah kami)

Tambahan, jikalau di kalangan pelajar-pelajar MRSM sendiri yang kononnya dikatakan pelajar yang mempunyai ‘darjat’ tersendiri, berasa susah menggunakan bahasa Inggeris, inikan pula pelajar luar Bandar. Saya sendiri mengakui, pada mulanya agak sukar untuk ‘menangkap’ pembelajaran di kelas. Lebih-lebih lagi pada waktu kelas fizik yang diajar oleh Puan Wan Ainizah. Beliau mengajar menggunakan Bahasa Inggeris dari awal hingga akhir dalam slanga US pulak. Tapi lama kelamaan menjadi lebih baik.

Sewaktu nadwah kami pernah di bawa ke sekolah luar Bandar. Ditugaskan untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Sekali lagi saya dihadapkan dengan suasana semasa sekolah rendah. Masih ramai pelajar yang buta huruf. Sekali lagi juga saya terfikir bagaimanakah nasib mereka?

Peringkat Tinggi:

Sekalipun saya sudah berpindah ke dunia yang lebih jauh tapi masih ada di kalangan kami yang masih mempunyai kesukaran dalam pembelajaran dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, Allah beri kemudahan teknologi pada saya, jadi kamus sentiasa ada di tangan (telefon bimbit..).

Pernah suatu ketika saya membaca satu muka surat sahaja tapi dibaca beberapa kali bagi memahaminya. Sedangkan saya dan rakan-rakan merupakan generasi pertama PPSMI. Selama 5 tahun kami belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi di mana silapnya?

Memang dari satu sudut penggunaan Bahasa Inggeris ini lebih mudah. Bahasanya mudah dan ringkas. Namun fikir saya, sepanjang pengalaman belajar, penggunaan buku ‘international’ lebih mudah dari buku tempatan. Saya bukan pakar bahasa. Tapi ini adalah dari pengalaman. Sewaktu di Matrikulasi, saya lebih selesa menggunakan buku ‘luar’ berbanding buku tempatan. Kerana bahasanya lebih mudah dan ringkas. Begitu juga semasa di Mesir. Tapi Alhamdulillah , Allah tetap beri kemudahan pada kami.

Akhirnya, terkadang kita berasa kesal dengan apa yang berlaku. Sebagai pelajar dan penuntut ilmu, saya berharap sahabat-sahabat saya yang lain mampu bersama untuk menggali ilmu. Saya pernah berasa kesal sewaktu Ma'arad Kutub. Kerana tak mampu membaca buku bahasa Arab. Jadi mungkinkah ini yang dirasa oleh sahabat-sahabat yang lain apabila berasa terlalu sukar untuk membaca buku bahasa Inggeris... Wallahualam.

3/08/2009

TAG..Ntah Apo2 Ntah..

Hari ni baru jer habis kelas,saya pun buka lah blog jap..ingat nak publish post tentang Tuan Guru,selepas mendapat keizinan dari ust Safuan..tetiba terpampang TAG kat shoutbox..dari kak Uda..hmm..camne eh? tak wat leh tak??

takpelah..demi kakanda tercinta rela adinda tunaikan..


















Gambar yg terbit adalah kenangan semasa di Dumyat. Waktu Ust Syafizi tgh bagi taklimat..yang belah kanan tu adalah ahli usrah saya..

Orang yg menjadi mangsa selepas ni adalah :
1. Tuan Guru Fahmi
2 Tuan Guru Safuan
3. Mat Nor
4. Ust. Tony
5. Put
6. Fieqa

Instructions:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

2/28/2009

Keajaiban Solat

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

sumber gambar

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )