9/22/2009

.::Menganyam Ketupat Hati::.







"Assalamualaikum.."
Pintu bilik ku dikuak. Muncul seorang lelaki berkaca mata berbaju kuning.
"Anas, jom sahur.."


"Ok, sekejap ye ustaz."
Aku terus bangkit, membetulkan kain pelekatku yang berwarna ungu putih. Aku mengarahkan kaki ku dengan menggunakan sistem di pusat fikiran. Maklumat yang dicipta dihantar dalam pelbagai bentuk seperti elektrik dan kimia. 'Synaptic cleft' pula dipenuhi dengan 'synaptic vessicle' bagi menghasilkan satu 'action potential' yang sempurna. Semuanya bersatu dalam menghasilkan satu pergerakan. Mungkin inilah dinamakan 'Satu Fikrah Satu Amal'. Bagaimana?


Seusai mengambil wudhu' aku bergegas ke bilik Ustaz Duan. Waktu imsak semakin menghimpit. Kalau lewat terlepas pula sahur.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikum salam. Aa, Anas cepat makan lewat doh ni.."

Beginilah hidupku di pagi hari. Jika tidak beriktikaf di Masjid Asyraf, maka destinasi sahur ku adalah di bilik Ustaz Duan. Jazakallah ustaz.


Di Masjid Asyraf suasananya berbeza. Aku dijamukan dengan makanan Arab seperti 'ish, ful, keju nan berlemak dan zabadi(yogurt) yang diubah tambah dengan jem farawlah(strawberi). Alhamdulillah aku mampu menghadam semua itu. Kadang-kadang, semangat makan aku tak terkalah dengan pakcik Arab.hehe.. Mungkin sahaja darah Arab ada dalam diri. Jika tidak mana mungkin hidungku berbonggol begini.


Aku merenung pinggan plastik oren dihadapanku. Ditimbuni pula dengan nasi diatasnya. Setiap butir nasi itu aku perhatikan. Termenung bagai tenggelam dalam nasi itu sendiri.


"Nah, makan apa yang ada eh.."
Aku lihat dalam mangkuk plastik. Bila sebut tentang mangkuk, tiba aku teringat satu mangkuk yang perlu aku hayun jauh dari bumi Mesir. Dasar mangkuk plastik menghuru-hara dunia yang sedia mangkuk. Mangkuk bergigi. Gigi besi. Gigi emas. Entah segala jenis gigi. Tersengih membusuk. Aku hayun jauh wajah tu. Menganggu permai suhur ini.


Oh, kibdah tumis. Mat Saleh panggil Hati. Si jawa tinggal di Pahang panggil Liver. Rupanya lauk berbuka tadi tak habis. Baki dibawa kehadapan. Layan...Hati lembu pun sedap, meski hari-hari aku makan hati. Tak masuk lagi makan daging busuk. Semua aku kaut bukan?


Hari ini 29 ramadhan. Khabarnya esok raya. Oh, Allah janganlah raya esok. Bagilah 30 hari penuh padaku. Aku tak ubah bagai seorang pekerja mintak 'over time' yang tak dapat-dapat. Alahai...


Tiba-tiba teringat pula kampung halaman ku di Johor. Jiku aku di Malaysia waktu ini, mesti tanganku dah berbalut dengan daun kelapa muda. Aku satu-satunya lelaki dalam adik beradik yang pandai menganyam ketupat. Ayah dan abang tahunya melantak sahaja(mohon ampun yer..hehe).Walaupun tidak semahir nenek ku dan ummi, tapi anyaman ketupatku masih menjadi. Aha! tiada ke gadis-gadis yang takjub dengan kemahiran aku?hehe..

Maknanya tahun ini pertama kali aku tak makan ketupat nenek yang harum. Tiada rendang ummi yang pedas-pedas. Tiada lodeh makcik-makcik aku yang kekuningan indah berserta tempe dan segala macam. Tiada juga sambal kacang nan merah. Aku pasti hilang punca di pagi raya kerna tak dapat menghidu bau ayam masak kicap ummi. Adeii...


1 Syawal 1430H


Aku habiskan sisa malam raya dengan solat sunat tasbih 4 rakaat. Tasbihku pula disulam sesal pada menyia-nyiakan ramadhan yang berlalu. Hati membara dendam pada sang nafsu yang sering melekakan dan menguji. Aku mengayam tekad. Menyimpul janji. Simpul yang mati! Aku menutup kepalaku dengan burnus. Terus mengukir janji yang dan memahat doa pada batu pengabdian...

"Alamak! nak naik ape ni gi Muqotam?", ujarku bernada sedih.

Aku berangan untuk beraya bersama Syeikh Yusri. Tiada ummi ayah, dapat beraya dan cium tangan syeikh pun dah cukup. Mulanya, pada malam tadi rancangnya ingin pergi bersama dengan Ustaz Soleh. Tapi di pagi raya tu, Ustaz Soleh terpaksa menjadi penunggu di kaunter zakat menunaikan amanah sebagai Bendahari KPT dengan menjadi amil zakat. Akhirnya, Ustaz Ismail dan Ustaz Fahmi sudi menjadikan aku pembonceng kedua. Menjadikan 3 orang berada di atas satu motor. Lantak! yang penting dapat pergi. Apa-apa pun jazakallah semua...
"Bukan kalam yang disampaikan itu memberi kesan kepada hatimu, akan tetapi Allah Taala yang akan memenuhkan cahayaNya ke dalam hati sesiapa yang dikehendakiNya."

Itu antara kalam Syeikh Yusri al-Hassani yang dinukilkan oleh Tuan Guru Syukri dalam blog beliau. Aku hadam nasihat itu. Telan dan serap keseluruh tubuh dan pemikiran aku. Aku memberi tumpuan yang setumpu mampu pada setiap butir kalimah Syeikh Yusri ketika khutbah Hari Raya. Walaupun otak berasa lesu akibat tidak tidur sepanjang malam di bulan Ramadhan. Aku berasa tak sanggup untuk meninggalkan malam-malam ramadhan dengan tidur. Moga setiap yang dikorbankan dibalas Allah dengan balasan yang terbaik dari sisiNya.


Selesai semuanya, kami pun bergambar. Aho! Seronok bergambar. Nanti boleh tayang pada orang Malaysia. Aku yang berpakaian khomis putih dan rida' hitam seputar bahu tak lepas bergaya. Bergambar dengan Syeikh Yusri dan sahabat-sahabat. Terus, kami pulang ke Hayyu Asyir setelah semua selesai. Sesudah sampai di rumah, operasi bergambar diteruskan hingga semua dah mula loya bergambar.hehe..


Aku mula termenung di atas katil. Turun tingkat 1, pergi ke bilik Ustaz Ahmad Salikin. Sembang, baring, sembang, baring. Arghh...boleh mati kebosanan kayak gini. Aku naik ke bilik semula, 'Tidur pun sedap ni.'. Aku pun merebahkan diri dan memasang sayap untuk bersedia naik ke langit. Inilah pertama kali tidur di pagi raya selepas solat sunat!


Ermm..disebabkan malas untuk membuat penutup untuk kisah ini, saya Che Mohammad Nur Anas Che Kadir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Moga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan dan menjadikan kita dikalangan orang yang bertaqwa.

Ummi dan Ayah

Anas memohon maaf atas semua salah silap. Tersilap kata, terburuk tingkah, terkasar bahasa, tersumbang laku dan segalannya. Mohon halal makan dan minum. Doakan keberkatan dilimpahkan pada anakanda yang dikejauhan ini. Moga anakanda mampu mencapai cita-cita dan impian menghimpunkan diri sebagai ulama' dan at-tibba'.


Kak Long, Abang Din, Abang Jie, Kak Hura, Kak Uda, Atin dan Abid

Terlontar jauh tulisan ini mengharapkan pada ampun dan maaf dari adik beradik tercinta. Doakan adinda terus diberi kekuatan dalam perjuangan.


Pakcik, Makcik, sepupu, dua pupu, sedara mara dan kaum kerabat

Tahun ini kita tidak dapat bersama. Duit raya juga tak dapat ku kutip dari setiap seorang. Maka akan ku tuntut tunggakan duit raya itu tahun hadapan. Namun Anas tak mahu menanggung tunggakan dosa dari kesilapan yang dulu. Mohon dimaafkan kalau dulu terlebih makan, tertumpah air sirap masa raya tahun dulu, terhabiskan serba makanan di rumah dan apa dosa yang ter-, ter- itu.

Sahabat-sahabat dan kenalan

Sesiapa yang bersama aku dulu sejak Pasti al-Irfan Pasir Gudang, Pasti ar-Raudhah Manjung, Sekolah Kebangsaan Seri Manjung, Sekolah Kebangsaan Marang, Sekolah Menengah Agama Marang, Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu(KOSPINT), MRSM Gerik, MRSM Terendak, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Ain Shams dan penuntut ilmu di Mesir. Sesiapa yang berkaitan, terkait mahupun dikait aku pohon seINFINITI kemaafan. Aku tahu salah aku yang banyak meng'pau' rakan-rakan tercinta. Minta halal makan pakai yer...


8 ulasan:

Aimi berkata...

salam anas,
sungguh besh baca and rasa sdei pulakkan anas tak balik raya
;) tak pe...
hihi. anyway, yang kelakar tu bab menganyam ketupat, saya pun kalah tau

selamt hari raya anas
sepanjang bkwan ni kalau ada gurau senda yang tak termasuk akal, terkutuk ter tu ter ni, mohon dimaafkan banyak2...

smoga bjaya jd dr.
p/s: woho. jubah is a new style!

fieqa berkata...

salam..
nice entry..
flow je baca post nie..
keep it up..
besh jugak mmbca..byk menegur diri ini y lalai.iskh3..
teruskan menulis..menarik2...:)
menarik cara post ini diceritakan..

btw, slmat ari raye juge..
minta maap atas salah silap..
teruskn pengembaraan ilmu di bumi mesir..insyaALLAH..x semua dpt peluang..jgn lupe kongsi di blog ye..:)

semua yang baik itu dtgnya dr ALLAH, n y kurang itu dtgny juga dr ALLAH dn disandarkan pd kite..

Dzuu Haniin berkata...

aimi,
Alhamdulillah dah makin biasa. cuma smpai hari ni tak telefon rumah lagi.huhu..

fieqa,
Saya berminat dalam mnghasilkan karya kreatif.cuma bakat tu kurang.mohon komen yang banyak dan lebih kritikal.hehe..

terima kasih...Selamat Hari Raya fieqa dan aimi.Maaf Lahir dan Batin.

k.long comel berkata...

alah... akk pon x dpt mkn ketupat... sedey gak... akk da maafkn lama da... rugila anas thn ni... x dpt duit raya dr akk hoho... nnt akk kirim pd abg jie eh!

HAJAR berkata...

Ni junior abg anas. Skrg kat TGB. X sngka abg Anas dh pegi jauh. Thn ni sy nak SPM. Doakn sy ye.Klu ingt lg, abg Anas prnh merayu mintak kunci bilik gamelan dgn sy. Tp lps 2, abg anas kena mrh dgn kak yong

Dzuu Haniin berkata...

-hajar
oo..ramai di TGB sekarang?
cerita pasal tu kan masa zaman budak-budak.hehe...

محمد حذوان بن حميدان berkata...

tahniah anas..semoga terus thabat dlm perjuangan..amin (^_^)

nur berkata...

salam anas..
wlupn sy x brp kenal ..tp org dlm gmbr kat atas tu sy kenal.. my brother, ust syukrinazar~