10/04/2009

.::Ceritera Hati..Bukan Cereka Drama::.

Bismillah walhamdulillah..

Lama tak menulis sesuatu disini. Baru-baru ini penulisan hikayatku tergendala. Jiwa ini seakan hilang punca. Otak seakan merajuk. Semangat bagai terpadam. Sepanjang Hamzah bertandang di sini, dia sempat menulis begitu banyak 'entry'. Malu dengan Hamzah.

Suatu peristiwa telah berlaku hingga meruntuhkan istana perasaan aku yang ingin dijadikan mahar hantaran. Cinta itu api yang sentiasa menghangatkan perasaan. Bagai unggun api di malam hari, indah, menenangkan dan menyelesakan. Namun tika saat cinta itu dirajut Allah, aku menjadi lesu. Jantungku tiada ghairah dalam berdenyut dan darah pun terasa malas mengalir.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Aku menyimpan suatu rasa, menjadi rahsia dalam kalangan ahli rahsia.
Aku menangis dalam tahajjudku, merindu dikurniakan cinta kembali. Tangis esakku tiada berhenti. Rintik-rintik hujan di hati juga belum berhenti. Aku hanya mampu menanti seseorang di bangsal buruk merebut tanganku bersama berlari didalam hujan dan menanti pelangi indah bersama.
Dalam sujud aku berdoa supaya hanya mencintai Kau sahaja. Biarlah api cintaku dinyalakan dengan hanya cinta kepadaMu. Aku korbankan perasaan kasih dan cintaku pada si dia hanya untuk si dia. Moga korban cinta ini menyalakan pula api cinta yang lebih marak.

Saya tak mampu menulis lagi. Badan dan otakku terasa lemah. Mungkin sahaja akibat tragedi itu. Saya sering diejek sebagai budak lembik. Tapi aku tak mahu digelar mujahid lemah. Perjuangan di lapangan ilmu masih luas.Ya! Ilmu buat aku bertahan. Terima kasih Allah...

8 ulasan:

Azan Subuh berkata...

"sesungguhnya hati itu milik Allah, diciptakan oleh Allah, untuk mencintaiNya..." -ungkapan kata seorang ustaz sewaktu akak di DQ

Dzuu Haniin berkata...

moga cinta pada Allah terus mekar tidak diracuni cinta lain..

Hamzah Marwan berkata...

bila hati da berbicara...

fieqa berkata...

moge cintaNya melebihi segala..

p/s- seolah ade sesuatu y berlaku..ujian itu tarbiyah drNya..
bersyukurlah..:)

Dzuu Haniin berkata...

Amiin..moga kekuatan sentiasa diberi Allah..doakan..

Syuhada berkata...

cobaan Allah mujahid..
bersyukur kerana Allah masih ingin menguji kita!

um. masyitah berkata...

Assalamualaikum akhi fiddin
subhanallah,berat terasa mata ini membaca sedikit curahan rhasia hatimu,berat lagi bahu memikul...
Sesungguhnya Allah maha mengetahui yang terbaik untuk kita,insyaAllah bila kita jaga haq Allah,Allah akan jaga haq kita
salam Aidil Adha

Dzuu Haniin berkata...

Moga Allah terus berlemah lembut pada kita...Selamat Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba..