7/31/2009

Saya Rindu Ummi..

Bismillah wa alhamdulillah

Menatap Tasawuf Moden berseorangan di bilik membuat aku terlontar jauh melepasi batasan dimensi. Menembusi langit kosong Kaherah hingga membawaku jauh ke tanah dirindui. Selama hidupku belum pernah aku merindui Ummi seperti waktu ini. Ummi..Lon galak keu droneh..



















Sewaktu anak-anak..


Aku anak yang kuat memberontak. Anak yang kuat bergaduh dengan adik beradik yang lain(nakal sangat aku..haha). Tak reti bahasa. Hati kerasku membuat aku tak berasa nak bermanja seperti anak lain. Sehingga tamat UPSR, mula masuk ke alam asrama. Aku diterima masuk KOSPINT, pada mulanya aku nak sangat masuk Sheikh Abdul Malek sebab sahabat karib ku, Razani di sana. Tapi takdir Allah di atas segalanya..

Hari pertama di KOSPINT, ayah tak bersama. Ummi yang mengurus semuanya. Waktu itu aku tak mengetahui apakah perasaan ummi. Dalam benak otak aku hanya ada sekolah baru. Tiada bagiku semasa di asrama istilah 'homesick'. Tambahan aku 'budak baik' di sekolah, disayangi 'seniors' dan kawan-kawan (hehe..).

Hingga aku menjejaki tingkatan 5 baru aku berasa rindu pada ikan keli masak pecal ummi. Aku berasa rindu untuk melihat wajah ummi dan ayah. Berasa rindu untuk mencium tangan ummi. Begitu juga semasa di KMM. Kadang-kadang menghantar 'sms' cinta pada ummi.

Semasa SPM, natijah yang aku perolehi tak seperti yang dijangka. Sedih bertaut dihati. Selama ini aku selalu mendapat A yang penuh,kali ini tak seperti selalu. Angan-anganku seperti tidak mendapat taufiq Allah. Mimpiku seakan tak menjadi kenyataan. Aku tahu ummi dan ayah tak mampu untuk menghantarku ke Mesir. Apatah lagi dalam bidang Perubatan. Hakikatnya memang sedih. Pada tika malam kita berkumpul, ayah beritahu keluarga tak mampu untuk menghantarku ke Mesir memang membuatku teramat sedih. Rasional mengatasinya..

Tapi KMM mengubat luka. Aku punya sahabat dan suasana yang aku kehendaki. Suasana yang menghidupkan jiwaku. Suatu petang di KMM,aku mendapat panggilan dari Kementerian Pengajian Tinggi mengatakan aku diterima untuk belajar Perubatan di Universiti Ain Shams, Mesir bagi sesi 2008/2009. Maka tanpa ragu aku pun menolak tawaran tersebut. Kerana telah yakin aku tak akan pergi ke sana.
"Maaf encik,saya terpaksa tolak tawaran ni. InsyaAllah tahun depan pula saya minta ye.."

"Assalamualaikum.Ummi, tadi KPT call. Anas dapat tawaran ke Ain Shams. Tapi Anas dah bagitau tak leh gi.."



Setelah itu,aku mendengar ummi menjawab dengan nada yang kecewa.

Tak lama selepas itu, ummi menelefon aku semula. Setelah ummi bincang dengan kak Long. Kak Long kata nak tolong juga. Alang-alang dah dapat peluang ni.
"Anas nak tak gi Mesir?'

Soalan tu terlalu susah untukku jawab. Lagi susah dari soalan Add Math (yang aku tak suka). Apa aku nak jawab? Aku tahu situasi sekarang. Aku hanya tak mahu menyusah dan membebani ummi dan ayah.

"Ikut ummi ayah la..Anas tak kisah." Itulah jawapanku bila terdesak ke hujung.

Banyak kesusahan dan kesukaran nak menyampaikan aku ke Mesir. Aku sedar tak mudah untuk meneruskan semua ini. Meski berat mana pun beban, ummi dan ayah tetap terus mencuba yang terbaik untuk anaknya. Ummi berkata;
"Sebelum ni, Anas mudah jer. Nak masuk universiti pula susah. Tak pelah.."

Baru-baru ni, natijah(result) keluar, Alhamdulillah keputusanku memberansangkan. Tiada sebarang rasa bangga untuk diri sendiri. Semuanya aku beri pada ummi. Dalam hati aku waktu itu hanya Allah dan ummi sahaja. Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku untuk berbakti pada ummi sekali lagi.

Bila dikenang-kenang, aku tak mahu menyusahkan ummi dan ayah lagi. Cukuplah sekali perit ni sekali. Aku berharap selepas ini semuanya manis..Wahai Allah makbulkan harapan hamba ini.

-Terima kasih pada Opick kerana menyumbangkan suara anda yang lunak menemani saya menulis kali ini.

13 ulasan:

aimi amush berkata...

salam anas, aduh sedih pulak membaca kisah nie
taniah untuk result yang gempak.
hoho, tapi ni homesick ke?
saya rasa x. sebab saya dah ras homesick tu
and teruk benar rupanya.
XD

all the best, jadi dokter yang best!

Dzuu Haniin berkata...

bagi saya,semakin kita dewasa,kita akan lebih mnhargai apa yg ada disekeliling kita.kita akan merindui leteran ibu yg dulunya kita tak suka.dulu slalu kene marah..skrg kita dah tak mahu buat ibu kita marah apatah lagi secebis sedih..

al-aman berkata...

Lepas ni, anas rakam leteran ibu. Mainkan rakaman itu bila rasa rindukan ibu. Amacam? Membantu x? Huhu.

Ke anas rasa keseorangan di mesir ni? Cari la sorang :)

nabila berkata...

besar btul pengorbanan ummi anas.so, gunakan peluang ni sebaik mungkin.

rindu pulak dkt mak sy.

Dzuu Haniin berkata...

to al-aman(tuan guru Fahmi)
alhamdulillah dgn kurniaan Allah saya mmpunyai otak jenis visual.brkebolehan memutar kembali ingatan ke masa silam dlm bentuk yg nyata...hehe

to nabila
setiap ibu berkorban untuk anaknya.sedari kita lahir hingga ke akhirnya...sayangi dan rindui ibu anda...sama2 kita sebarkan,"Saya Sayang Ibu Saya."
bila skrg rmi orang tak mnghargai ibu..

dynnur berkata...

anasss..moge anas jd anak yg semakin kuat..sekuat ayah n ummi anas utk jadikan anas yg 'TERBAIK'..kami di sini doakan anas sejahtere selalu yerr..amin..

aimi amush berkata...

ehe... tersengih kejap baca komen al-aman kat atas nun.
betol larh.. saya pun rindu nak dengar leteran ibu saya
dulu nak spm kalau saya malas start lah ibu saya akan berleter, tapi sebenarnya itu lah sumber kekuatan kita untuk keep on fighting

dah sekarang dah jauh
kene leter dalam talifon pun xbest and takde feel sgt....

Dzuu Haniin berkata...

to Cik Mai..
-terima kasih krn sntiasa mnyokong.

to aimi
-kalau ada peluang,selalukan balik.walaupun jauh..oversea gak.walaupun laut cina selatan..

sherrina berkata...

Jangan disia-siakan harapan dan pengorbanan yg dibuat hingga Anas dapat jejak kaki ke Mesir :)

tony saidi berkata...

ust doa anas sehat selalu..
nanti boleh kongsi pengalaman di Mesir dgn adek2 di Tdk..

arrajirahmatarabbih berkata...

Semoga berjaya dunia akhirat....
sedih juga baca tulisan ni..
bila membandingkan result imtihan baru ni dgn harapan mok ayah di Malaysia...

ummu Masyitah berkata...

salam anis,baca entry nih buatkan akak pun jadi sedih gaks...tapi sebenarnya,kadang kala akak tetap homesick walau dah jadi bini org.hu hu.apapun,semoga berjaya dunia akhiirat

aimi amush berkata...

anas raya pun kat perantauan gak la nie.. heheh