6/21/2011

Kelekatu

[bismillah wal hamdulillah]

Hidup ini adalah satu pencarian. Mencari sesuatu yang memuaskan. Memuaskan hati, akal mahupun jasad.

Ada yang mencari harta. Tak terlepas makanan, pasangan, pangkat atau apa sahaja untuk memenuhi kehendak. Bukan keperluan. Amat sedikit yang mencari Tuhan. Itu asasi.

Aku kelekatu. Pencari cahaya. Hidup aku singkat. Tapi hanya mencari cahaya yang tak memberi apa-apa. Tidak memberi keuntungan fizikal. Kepuasan yang melangkau satu tuntutan biologi.

Tapi itu adalah naluri aku sebagai seekor kelekatu. Mencari cahaya. Aku tidak dapat lari dari cahaya itu walaupun sedaya upaya aku cuba lari. Aku tetap kembali kepada cahaya. Aku yang lemah!

Cahaya ini amat pelik. Sekalipun aku cuba memejamkan mata, tetap masih kelihatan. Ia seperti merasuk mata aku. Ingin sahaja aku butakan mata ini. Tapi aku tahu Cahaya tak mungkin hilang.

Aku punya seorang rakan. Dia membutakan matanya dengan anggapan dapat melarikan diri dari cahaya. Tapi sebaliknya yang berlaku. Dia menjadi pengabdi cahaya yang tegar.

Kata beliau, "Cahaya tak mungkin membakar mataku, tapi ia telah lama membakar hangus hati aku. Sehingga aku tak punya hati untuk dipalingkan selain dari cahaya."


Mungkin sahaja ada yang beranggapan kami seperti Balqis. Tapi, bukanlah cahaya yang zahir itu disembah. Tapi disebalik cahaya itu ada cahaya yang lebih terang. Cahaya yang menghasilkan cahaya. Cahaya yang menurunkan cahaya. Dari Zat ke Sifat. Sifat menurun ke Perbuatan. Perbuatan yang mencipta. Dari Jabarut ke Malakut. Melimpah pula ke Muluk. Pantulan demi pantulan. Dari yang Tunggal kepada Jamak. Pada cahaya itu kami tundukkan kehendak nafsu. Kerana aku juga cahaya yang memantulkan kepada yang melihat.

Akhinya, aku gugur di lantai alam. Sayap aku putus. Nyawa disakarat. Aku redha. Sudah jalan takdir aku seringkas ini. Sudah tiba masanya untuk aku terbang dengan sayap makrifat bertemu Zat. Cahaya.

Sang Pencari Cahaya.

Wallau'alam

Dzuu Haniin
5.43 a.m.
Jangan tertipu antara api, neon dan lampu kalimantang.

6 ulasan:

beruanglegend berkata...

ha ada geng bersajak aku gamaknya
kahkahkah

Unknown berkata...

kelakatu sgt cute bile berkelip. Mencari cahaya ke jalannya, tp masih bertatih.

Dzuu Haniin berkata...

Abul-Ni bersajak ke?haha

Kak Ezan-Kelekatu tak berkelip la.tu kunang-kunang yang berkelip.hehe

Tanpa Nama berkata...

bro,kalam lu cukup tinggi ma'rifahnye.ni hakikat yg hanya ahlinya "rasa".gua nak share dalam fb la..doakan daku juga wusul kepada cahaya ni..

yang hina dan faqir,Sunan al-Bangi

REMIX-7 berkata...

Artikel Yang Sangat mendidik dan memberikan ilmu pengetahuan di bidang agama, seruan kepada kebaikan,.. Ya Rabb Tunjuki Aku jalan yank Kau Ridhoi, Amin !!!

rahmah_razali berkata...

subhanallah..semoga kita mnjadi kelkatu yg mencari cahaya..