6/30/2011

Transformer

Bismillah wal hamdulillah

Cik Formspring soal gua.

"Kalau lu Transformer, lu mahu bertukar jadi apa?"

Dalam otak gua ingat 1 benda.

STEP UP TRANSFORMER!

Sekian!

Nota kaki :
1. Jadilah mereka yang kuat dan menguatkan. Jangan jadi step down transformer ye.

2. Saya pelajar cemerlang Fizik!

3. Saya nerd!

4. Bumble Bee boleh masuk panggung tak?HAHAHA

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Sebenarnya dalam otak gua ingat bumble bee.

6/29/2011

Respiratory Burst!

Bismillah wal hamdulillah

Macrophage ni ada dua cara bagi beliau nak menghapus mati segala anasir-anasir jahat yang cuba merasuk badan. Bunuh bagi BERSIH!

Gua suka Oxygen Dependant. (suka hati jer nak suka tak suka ek)

Oxygen Dependant ni menggunakan reactive oxygen intermediate macam hydrogen peroxide atau reactive nitrogen intermediate seperti nitric acid. Dua benda alah ni memang toxic kepada makhluk-makhluk halus.

Kalaulah hati nurani gua ada macrophage macam ni.....

Ok. Sambung studi Immunology! Bye~

Nota kaki :
1. Gua peminat tegar kain pelikat! Tak kira..

2. Butuh itu perlu. Bisa itu boleh. Gampang itu mudah. Sungguh itu sungguh.
GAMPANG SUNGGUH!

3. Mahu seperti Adaptive Immunity. Makin diserang makin kuat!

4. Jangan biarkan diri anda dijangkiti Akut Lemah Iman.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Sabar..

6/28/2011

Kontaminasi Bukan Makan Nasi

Bismillah wal hamdulillah

Jam menunjuk 6.20 pagi. Sambil dengar lagu Hoot-SNSD mata aku dah layu. Menahan kantuk. Mahu menghabiskan pembacaan tentang virus pagi ni juga.

Ok. Jom sambung studi. Bye~

Nota kaki:
1. Betulah..Kalau selalu ushar awek, susah nak fokus ketika membaca.
Gua 'teramal' ghodul bashar(menjaga pandangan) sebab sibuk sangat studi. Tiada masa nak ushar awek-awek.

2. Otak ni dah dikontaminasi dengan virus dan bakteria. Tak apa, nanti kita tambah dengan berfoya-foya di City Star. Ushar awek-awek Arab. Wakakaka

3. Sila bertaubat. Astaghfirullah...Enta tak thiqah syeikh..

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
HSV-1,2, Varicella-Zoster, Cytomegallovirus, Epstein-Barr, HHV-6,7&8

6/26/2011

Malas

Bismillah wal hamdulillah

Malas juga satu nikmat. Neraka itu satu nikmat. Dosa satu nikmat. Murka Tuhan pun satu nikmat.

Rajin boleh jadi bala. Pahala menjadi dosa. Syurga menjadi kufur. Redha tetap redha.

Jadi gua mensyukuri kemalasan gua. Gua dah penat melayan tuhan-tuhan itu. Gua mahu memberi kesempatan pada diri melayan nafsu. Memuaskan kehendak diri sendiri. Persetankan yang lain. Kalau gua rajin, nanti gua layan la.

Jom layan SNSD-Merry Go Round. Peduli la orang kata ketinggalan pun.HAHAHA

Bye!

Dzuu Haniin
SeoHyun comel. Lalala

6/25/2011

Empayar Malaysia

Bismillah wal hamdulillah

Gua baca satu blog tadi. Ini http://ohaduhai.com/elaun-yang-dipertuan-agong-sultan-dan-kerabat-diraja-malaysia/

Raja-raja sebelum jadi raja mereka ni apa?

Ok. Gua dah berangan satu benda yang menarik. Boleh masuk dalam senarai angan-angan.

Nota kaki:
1. Ketika gua berumur 4 tahun, gua berangan untuk menjadi diktator. Gua nak jajah dunia.
2. Sesiapa nak sertai guling mengguling ni? Boleh mula hantar resume ye.
3. Apa-apa pun buku Microbiology kena habiskan dulu bro!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Moga Allah kabulkan angan-angan ini!
*nampak tak aura kejahatan?HAHAHA

6/24/2011

Fuh! 2

Bismillah wal hamdulillah

Kali ni benar-benar FUH!

Benda yang aku tak boleh tahan bila ada orang perempuan menangis. Ya Allah!

Tangan aku dah macam orang kena hyperthyroidism. Ala-ala Parkisonism.

Aku nak masuk campur, bukan urusan aku. Nanti dikata masuk campur pula.

Wei!! Aku nak study la... Tolonglah berfikiran waras sedikit.

Kau buat aku trauma tau! Dengar bunyi benda jatuh pun jatung aku dah berdebar sekarang. Tolonglah jangan dera mental aku.

Wahai Cik Otak yang cantik, sila bertahan. Bertahan!

FUH!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Kanak-kanak didera mentalnya

Real Dengki

Bismillah wal hamdulillah

Gua tengok blog ni http://darwishndarwisya.blogspot.com/.

Dengki. Cemburu. Tapi bukan dengan niat menghilangkan kebaikan itu pada orang tersebut tidak mengapa.

Jadi gua perlu lebih tekun lagi! Lagu CNBLUE korea tu boleh hafal, inikan pula Quran. Cis!

Nota kaki:
1. Apa-apa pun study Microb wei!!
2. Nak balik! Nak balik! Nak balik! Tahun ni mahu beraya di Malaysia!!!
3. Rindu.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Samurai Heart!

6/22/2011

Api Cemburu

Bismillah wal hamdulillah

Seperti suatu yang membakar hati. Perit dan panas. Cemburu. Aku lekas ke dapur meneguk air. Menenang hati.

Oh! Tiba-tiba aku kesal. Hidup ini memang gambaran dari Dia. Gambaran Tuhan kepada mereka yang bertuhan. Kita semua membawa sifat dan perbuatan Tuhan.

Andai aku punya sayang. Maka Dia lebih menyayangi. Andai aku punya cemburu. Maka Dia lebih cemburu. Tunduk aku pada rahmatMu. Lemah aku bagi melihat gagahMu. Lalai aku bagi melihat caknaMu. Sekali lagu kesal dengan ghaflah. Kecewa. Duka.

"InnaAllaha yuhibbu al-mudhtar.", pesan Syeikh Hamza Yusuf

Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang terdesak. Tersepit. Ya, aku tersepit dengan nafsu. Selamatkan aku Tuhan!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Terjelepek lemah pada Qudrah Tuhan

6/21/2011

Kelekatu

[bismillah wal hamdulillah]

Hidup ini adalah satu pencarian. Mencari sesuatu yang memuaskan. Memuaskan hati, akal mahupun jasad.

Ada yang mencari harta. Tak terlepas makanan, pasangan, pangkat atau apa sahaja untuk memenuhi kehendak. Bukan keperluan. Amat sedikit yang mencari Tuhan. Itu asasi.

Aku kelekatu. Pencari cahaya. Hidup aku singkat. Tapi hanya mencari cahaya yang tak memberi apa-apa. Tidak memberi keuntungan fizikal. Kepuasan yang melangkau satu tuntutan biologi.

Tapi itu adalah naluri aku sebagai seekor kelekatu. Mencari cahaya. Aku tidak dapat lari dari cahaya itu walaupun sedaya upaya aku cuba lari. Aku tetap kembali kepada cahaya. Aku yang lemah!

Cahaya ini amat pelik. Sekalipun aku cuba memejamkan mata, tetap masih kelihatan. Ia seperti merasuk mata aku. Ingin sahaja aku butakan mata ini. Tapi aku tahu Cahaya tak mungkin hilang.

Aku punya seorang rakan. Dia membutakan matanya dengan anggapan dapat melarikan diri dari cahaya. Tapi sebaliknya yang berlaku. Dia menjadi pengabdi cahaya yang tegar.

Kata beliau, "Cahaya tak mungkin membakar mataku, tapi ia telah lama membakar hangus hati aku. Sehingga aku tak punya hati untuk dipalingkan selain dari cahaya."


Mungkin sahaja ada yang beranggapan kami seperti Balqis. Tapi, bukanlah cahaya yang zahir itu disembah. Tapi disebalik cahaya itu ada cahaya yang lebih terang. Cahaya yang menghasilkan cahaya. Cahaya yang menurunkan cahaya. Dari Zat ke Sifat. Sifat menurun ke Perbuatan. Perbuatan yang mencipta. Dari Jabarut ke Malakut. Melimpah pula ke Muluk. Pantulan demi pantulan. Dari yang Tunggal kepada Jamak. Pada cahaya itu kami tundukkan kehendak nafsu. Kerana aku juga cahaya yang memantulkan kepada yang melihat.

Akhinya, aku gugur di lantai alam. Sayap aku putus. Nyawa disakarat. Aku redha. Sudah jalan takdir aku seringkas ini. Sudah tiba masanya untuk aku terbang dengan sayap makrifat bertemu Zat. Cahaya.

Sang Pencari Cahaya.

Wallau'alam

Dzuu Haniin
5.43 a.m.
Jangan tertipu antara api, neon dan lampu kalimantang.

6/19/2011

Post-Patho & Papi

Bismillah wal hamdulillah

Kali ni gua nak himpun dua tulisan dalam 1 entri. Sebab esok ada ujian oral pula. Bersedia untuk disoal siasat oleh doktor.

Komen untuk kertas Pathologi, "KAMBEN!"

MCQ gua jawab guna firasat wali-wali. Jawapan yang muncul pertama sekali dalam otak, itulah yang gua tanda. Amacam? Ada yang berani nak cuba?

Bagi kertas subjektif. Memandang dadu tidak boleh digunakan, maka agak payah untuk menjawabnya.
Waktu inilah kemampuan intelektual diuji. Gua dah janji pada diri sendiri tak mahu menggunakan sharingan dengan melihat orang hadapan. Mahupun menggunakan bicara sufi dengan orang sebelah. Jadi, inilah cabaran yang sebenar.

Keluar dewan badan dah longlai. Ibarat setitis air pada kain mahu diperah bagi memenuhi satu mangkuk. Memang mangkuk!

Ok. Selesai bab imtihan.

Syeikh Muhammad al-Yaqoubi
Syeikh Usamah dan Syeikh Muhammad al-Yaqoubi
Serius gua ingat Syeikh Muhammad al-Yaqoubi ni orang mat saleh. Macam Syeikh Hamzah Yusuf. Sebab gua dengar kuliah beliau di Youtube, beliau bercakap dalam bahasa Inggeris.

Rupanya, syeikh berasal dari Syria. Tadi Syeikh Usamah cerita latar belakang Syeikh Muhammad. Gua faham la sepatah dua. Syeikh Muhammad ni datang dari keluarga ulama'. Dalam kalangan mereka yang menghafal banyak hadis. Lepas tu gua tak berapa faham. Masuk ke laut. Tapi seronok tengok orang soleh. Seronoknya kalah tengok SNSD. Ok..Itu teruk! Mahu kenal lebih dalam, boleh baca di sini.

Seterusnya. Papi!

Esok Hari Bapa. Gua tak tahu ayah ada di laut atau di darat. Nak telefon, kredit low rate voip tinggal beberapa sen je. Tak munasarawak nak call.

Lama juga termenung memikirkan kenangan-kenangan dengan ayah. Tapi tak banyak yang menarik untuk dibabatkan.

Tapi saya rindu perut ayah yang besar itu. Hahaha

Saya rindu dengkuran ayah..Bom nuklear belum sebut lagi. Wakaka..

Saya rindu ayah saya yang cool. Bila ummi membebel pada anak-anak, ayah rilek jer tidur.

Tangan ayah dan saya sama saiz. Tapi, tangan ayah kekar. Penuh dengan otot. Lengan ayah juga dua kali ganda dari gua punya.

Harapnya tahun ni kita dapat beraya bersama. Waaa..Nak balik raya!!



Cucu dengan atuk sama je muka
Peh! Macho.

Nota kaki :
1. Selamat ayah tak reti dengan dunia teknologi ni. Nak guna telefon bimbit pun terkial-kial. Hehe..

2. Kita selalu sebut lemah semangat. Maka ubatnya, suhbah(bersama) dengan orang soleh. Orang soleh ni punca rahmat Allah turun. Jadi, kerapkan bersama dengan mereka. Sekurang-kurangnya tonton video pengajian mereka. InsyaAllah..

3. Nak tidur. Bye~

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Lelah..

6/17/2011

Pain

Bisnillah wal hamdulillah

Sakit semalam yang akan menjaga kita daripada dilukai esok.

Tapi jika sentiasa sakit, tiada lagi rasa itu. Habituation.

Sakit yang menjaga kita. Jadi jangan takut untuk berasa sakit.





Nota kaki :
1. Esok peperiksaan bagi subjek Pathologi. Entah la.. Banyak main.
2. Tapi selagi punya peluang, akan terus berusaha!
3. Jika ada masa untuk mengeluh, lebih baik gunakannya untuk berusaha.
4. Hilang sudah thiqah dibuang ke laut. Hahaha..[Thiqah adalah sejenis makanan orang 'baik' dan baik.]
5. Menjadi gagah bukanlah satu pilihan tapi satu kemestian. Pecahkan dinding lemah!!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Kanak-kanak banyak dosa.

6/16/2011

Fuh!

Bismillah wal hamdulillah

Wahai Encik Blog, gua nak membebel pada lu sekejap sebelum masuk tidur.

Entah sekalian masa aku terbazir. Walaupun sebelum ni memang aku banyak membazir masa.

Terkurung di luar rumah. Tertekan. Lebih tertekan bila jadual studi lari buang ke laut.

Pantang gua, kalau plan gua orang kacau, tapi kalau sendiri kacau tak mengapa. Hahaha..

Selamat gua asyik ingat ke Baginda Nabi dari tadi. Baginda dengan tenang duduk di luar rumah bila isterinya tidak sedar untuk buka pintu.

Gua ambil nafas. Hembus. Tarik dalam-dalam. Hembus. Gigi dah sakit akibat menahan geram. Fuh! Kalau ikut nafsu, pintu binasa.

Kesimpulannya:
Sebab itu gua tak boleh bernikah lagi. Gua belum cukup cool macam Nabi Muhammad sollaAllahu 'alaihi wa salllam.

Sekian.

Wallahualam

Dzuu Haniin
Kanak-kanak sedang belajar. Fuh!

6/14/2011

Lelah

[Bismillah wal hamdulillah]

Aku berhenti melepaskan lelah. Boleh tahan payah. Ambil nafas sedalamnya, mulakan langkahan baru. Senyum.

Baca tentang UMNO meracau di blog Saiful Islam. Diakhir artikel tertulis gedabak besar.

DON'T GROW OLD, GROW UP!

Aku menyungging senyum. Terus ambil earphone dan pasang lagu ini.



Bye!

Dzuu Haniin
Kalau dalam garisan takdir, pasti akan bertemu semula.

6/13/2011

Pada Senyummu

[Bismillah wal hamdulillah]


Apa diingatkan pada masa yang lalu
Cuba kau lihat, tenungi mataku
Terungkap beribu lagu hanyalah untukmu
Tiada yang lain lagi

Rangkap Utama :
Pada senyum mu, pada tawamu kasih,
Ada kebahagiaanku, warna hidup ini
Andai wajahmu, tak ku sua kembali
Khabarkan oh angin, Hidupku tiada bererti

Bridge :

Berikan resahmu, kan ku bawa nun jauh,....
Dapat kau lihat, pemandangan itu,....
Tersimpan seribu satu rahsia tiada lagi....
Berputar-putar berguling riang ketawa bernyanyi merdu sungguh......
Pada senyum mu…


Sekian. Bye~

Nota kaki :
1. Hari ini tiada sebarang gambar. Sebab tak menarik.
2. Ambillah sekalian masa untukmu.
3. Zaman sekarang. Berbuat ibadah dikeji. Berbuat maksiat dipuji.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Dalam mood Kaseh

Dia 12 : Terbenam

Bismillah wal hamdulillah

Matahari terbenam.

Suatu yang bermula, pasti akan berakhir. Walaupun permulaan penting bagi memastikan perjalanan taruhan hidup kita berjalan lancar. Tapi yang lebih utama adalah keputusan.

Teringat dalam cerita Code Blue. Kisah sekumpulan doktor. Semua doktor adalah sama. Berbezanya pada keputusan rawatan. Semua berusaha merawat pesakit, tapi hanya keputusan yang baik dipandang.

Andai buruk?

Jadi, segala yang kita lakukan adalah untuk mencipta akhir yang baik. Kerana semua ingin mencari loka.




Nota Kaki :
1. Berbaki 5 hari lagi. Aduh! Ya Allah terangilah hati hambaMu sebagaimana kau terangi bumi dengan matahari. Lapangkanlah hatiku seperti mana Kau lapangkan langit. Amiin..

2. Walaupun mentari dah terbenam, tapi kita masih ada hari esok. Sebab esok Isnin, bukan Jumaat. Sama-sama mulakan hari yang lebih baik. Hubungan yang lebih murni.

3. Kata seorang teman,"You miss the person or you miss the routine?"

4. Esok puasa yuk!

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Kanak-kanak yang perlu berfikir.

6/11/2011

Dia 11 : Blues

Bismillah wal hamdulillah

Suatu yang biru adalah tema hari ini.

Biru selalu dikaitkan dengan perasaan.

Pada waktu iqbal mahupun idbar (pasang atau surut), membaca kata-kata sang Kekasih adalah ubat yang paling mujarab. Setiap kali membeleknya, seakan ia berkata-kata pada diri.


Quran ni sudah menemani hidup selama 4 tahun. Moga ia menjadi hujah untuk aku bukan keatas aku. Itulah ayat-ayat cinta Tuhan untuk hambaNya. Kala rindu ditenung, diulang baca, dicium. Moga terubat rindu untuk bertemu Tuhan.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Sudah ada yang menerima.

P untuk Peria

Bismillah wal hamdulillah

Ok. Tak kecewa pun. Beginilah hidup. Boleh tahan payahnya. Andai ada yang menerima, aku serahkan sahaja atma ini.

Orang bujang perlu layan Keroncong Hybrid Untuk Bidadari sebab tiada yang mahu kita.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Hanya mampu menyungging sebuah senyuman

6/10/2011

Dia 10 : Kenangan Kanak - kanak

Bismillah wal hamdulillah

Tema Hari Ini : Childhood Memories
Tiada idea gambar apa yang mahu diletakkan. Masa kecil dulu suka gaduh dengan adik-adik. Lepas tu kena marah dengan Ummi. Masuk bilik. Tidur.

Tidur adalah ubat. Bila otak serabut. Kita tidur. Lepas itu baru muhasabah semula.

Sebelum tidur marah Ummi Ayah, bangun tidur pergi ke tingkap. Tengok awan, burung bangau, kerbau dan babi yang sibuk makan keladi belakang rumah. Hodoh

Jadi, saya sedang serabut. Baca buku pun tak boleh fokus.


Pergi ke tingkap tengok benda-benda hijau. Cuba tenang seketika, cuba pejam mata biar resah hilang saja. Kata Hujan.

Bye~
Nota Kaki:
1. Demi Ummi Ayah, saya tangguhkan dahulu hasrat hati. Bagi mereka tenang, supaya kita pun tenang.
2. Ni saya dapat dari Twitter,
Life gives answer in 3 ways: "YES & gives what you want. NO & gives you something better. WAIT & gives you the best."

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Kebahagiaan itu pada penerimaan takdir 

Bagai Orang Kena Haemorrhoid

[Bismilllah wal hamdulillah][Cerpen]

Musim panas ni pagi-pagi lagi dah terasa panasnya. Ini pun asyik menghadap kipas sahaja. Sabar.

Perut dah bernyanyi lagu Keroncong Hybrid Untuk Bidadari. Tanda mahu makanan. Nak masak malas. Tak masak lapar. Jadi kita pergi beli.

Selepas siap barang mandi sejirus dua air buat sejuk badan. Nak mandi pun malas. Teruk. Sarung baju T ungu Giordano dengan seluar trak hitam Adidas. Tangan kiri menyambar Ipod Nano berwarna hitam.

Bismillah! Keluar mesti dengan kaki kanan. Benda-benda kecil macam ini kalau kita ikhlas buat kerana Allah, itulah yang akan menyelamatkan kita.

Contoh; ada seorang ulama' yang menyumbang segala tenaga untuk ummat bila wafat, amalan yang diterima untuk memasukkan dia ke dalam syurga hanyalah ketika dia memberi lalat minum!

Mengecilkan satu ibadah boleh jad sebesar dosa!

Aku pun menghayunkan kaki dengan lemah gemalai sambil telinga menadah suara Lah Ahmad dalam lagu Kau Tercipta. Amboi, jiwang betul rasanya.

Beginilah perasaan bila tak terluah. Bila terluah takut berdosa. Mahu ajak bernikah, lampu hijau belum dapat. Lagipun masing-masing ada tanggungjawab. Kenalah memahami. Eceh!

Setibanya aku di kedai makan. Nama kedai ini Mat'am Husuna. Bini tauke nama Husna kut.

"'Aiz genih ful wa tokmiyah."

Aku minta ful (sejenis makhluk berbentuk seperti kuah kacang) dan tokmiyah (seakan jemput-jemput yang dibuat daripada kekacang dan diletak sedikit jintan.).

Sesudah selesai sesi pembelian aku melangkah ke kedai 'isy. Beli segenih juga. Dapat lima. Dah habis beli aku pun melangkah pulang. Jarak rumah dengan kedai separuh batang rokok punya perjalanan.

Sepanjang perjalanan, jalan yang sunyi. Hati aku pun mula sunyi. Aduh.. Masuk mood jiwang tak menarik betul. Langkah perjalanan dipercepatkan.

Mulut aku pun mula berzikir tokmiyah, ful, tokmiyah, ful, tokmiyah. Aduhai, selawat lagi bagus.

Hari Jumaat ni sepatutnya kita gandakan amalan. Ini asyik meraban je. Dah! Malaslah nak tulis.

Bye~

Dzuu Haniin
Meraban

Keroncong Hybrid Untuk Bidadari

Bismillah wal hamdulillah

Keroncong Hybrid untuk Bidadari

Lembut caramu, membikin aku
Ternampak keindahan pelangi,
Membawaku jauh lagi,
Bidadari…


Ayu lentik matamu, Pabila kau tersenyum
Hilang segala rasa hibaku,
Walaupun kau jauh, ku tetap di sini,
Menanti….
Hadirmu dalam mimpi


Setelah hujan berhenti,
Angin malam menyanyikan lagu, kaseh,
Ketika itu, bintang-bintang menari-nari di langit
Nantikan aku dewi-dewi,
Doakan aku bidadari,
Selamanya bersamamu,
Tiada akhir nanti……

Lagu khas untuk mereka yang tiada pakwe dan makwe. Boleh dengar lagu ini di sisi sebelah blog ini atau di page ROSIN sendiri.

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Jazz best!

6/09/2011

Hidup

Bismillah wal hamdulillah

Hidup ini kena banyak-banyak bawa bertendang. Nama pun manusia. Kalau tak banyak ragam bukan manusia namanya. Kata Sidi Ahmad Salikin

Bye~

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Nasi dan Kicap Sedap.

Dia 9 : Yang Aku Cinta

Bismillah wal hamdulillah


Puas aku fikir. Diminta untuk meletak gambar orang yang aku cintai. Nak ambil gambar ummi ayah jauh kat Malaysia. Lagipun itu memang dah wajib dicintai. Benda yang makruf. Umum tahu.

Takkan nak letak gambar awek. Nanti kena tangkap dengan HISBAH. Hohoho..

Nak letak gambar Park Shin Hye atau Kim Tae Hee, takkan setakat nak ambil dekat Google je. Baik aku tak payah masuk benda alah ini.

Jadi aku letak gambar budak ini. Siapa kenal? Angkat tangan!!

Aku sayang jiwa yang lama. Wahai Tuhan kembalikanlah jiwa aku yang lama. Sekarang ni penuh daki. Kotor. Hitam. Tak best. Dulu suci murni. Haishh..

Ok la. Malas tulis panjang.

Bye~

Nota Kaki :
1. Syaikh Abu Bakar al-Karji rahimahullah bernasyid mendendangkan syair,

بيّض صحيفتك السوداء في رجب, بصالح العمل المنجي من اللهب
"Putihkan buku catatan hitammu pada bulan Rajab, dengan amalan baik yg menyelamatkan daripada api neraka yg marak menjulang.."

Lathaiful Ma'arif karya Imam Ibnu Rejab al-Hanbali (dari status Sidi Ahmad Fahmi Che Nordin)

2. Imam Abdul Qadir al-Jilani sebut dalam The Secret of Secrets
"The purpose of the creation of this universe is to discover, to see that hidden treasure. I willed to be known. I created the creation so that I wolud be known......(akhir perenggan disebut) There, the vision of Allah will be direct, as He wills, and it will be the eye of the child of the heart that sees Him.

Aku merindui hati yang lama...

Wallahu'alam

Dzuu Haniin
Angan-angan~






Oh! Kalaulah..

Bismillah wal hamdulillah

Semalam sangat rajin. Tekun. Hari ini sangat malas. Rasa lembab je badan. Aduhai..

Saya sangat berharap ada yang membebel pada saya. Saya rindu pada satu bebelan. Haishh..

Nota Kaki :
1. Mengumpul segala semangat langit dan bumi.
2. Kalau watak dalam manga, memori imbas kembali akan bermain dalam otak.
3. Super Saiya! Getsuga Tenshou! Kame Hame Ha! Gomo Gomo no Bazooka! Santoryu!
4. Macam mana nak buat image dibawah ini jadi profile picture twitter?



Wallahualam

Dzuu Haniin
Pengaruh komik pada kehidupan kanak-kanak

6/08/2011

Dia 8 : Makan-Makan

Bismillah wal hamdulillah

Kepada bakal isteri saya. Saya kuat makan. Harap maklum!


Roti, Ful, Tokmiyah, Cip Kentang dan Kentang Goreng celup tepung. Semua ini makanan tak berkhasiat. Esok kena berlari atas threadmill bakar balik lemak-lemak.

Bye~

Dzuu Haniin
Il Divo sangat best!

6/07/2011

Dia 7 : Buah

Bismillah wal hamdulillah

Baru balik dari gym yang tak berapa gym. Tangan terketar-ketar. Jadi inilah hasilnya..


Inilah teman gua selepas work out. Pisang + Susu + Whey.

Pisang adalah buah di dalam syurga. Sebab itu Imam Malik r.a berahi makan pisang.

"Dan pohon pisang yang bersusun-susun(buahnya)"
Al-Waqiah : 29

Nak mandi. Sambung ulang kaji. Nanti buah hati marah, saya sedih. :)
Bye~

Wallahualam

Dzuu Haniin
Kanak-kanak tough!

Angau

Bismillah wal hamdulillah

Ok! lepas ni saya tak online Facebook lagi. Sehingga habis peperiksaan.

Bye~

Dzuu Haniin
Min 'alamati muhib, muti'. Daripada tanda orang bercinta itu taat!

6/06/2011

Dia 6 : Bawah

Bismillah wal hamdulillah

Apa pandangan kita dari bawah.


Percayalah..Gua duduk Mesir sudah hampir 3 tahun, tapi belum menjejakkan kaki ke Piramid tu. Itu namanya RARE! Haha..Sebenarnya malas je.

Lagipun tempat orang yang Allah murka. Boleh ditangguhkan perginya. Tak begitu?

Ok. Sekali lagi malas.

Bye! Wallahualam

Dzuu Haniin
it's complicated bukan status di Facebook

6/05/2011

Dia 5 : Atas

Bismillah wal hamdulillah.

Bila kamu di atas, pasti kamu jauh dengan bawah.

Ada masa yang jauh perlu kekal di kedudukan jauh. Supaya dia boleh melihat. Andai dekat akan menjadi bokeh seperti gambar di bawah.

Dunia hanya ada dua. Rahmah dan Hikmah.

Mendapat rahmah. Atau menjadi hikmah.

Hikmah kepada orang beriman.
Jadi pilihlah di bumi mana kita mahu tinggal. Mendapat rahmah dengan beribadah. Atau menjadi hikmah atas maksiat kita sebagai muhasabah kepada orang beriman.

Sila faham!


Wallahualam..

Dzuu Haniin
Perut bermain lagu keroncong~

6/04/2011

Dia 4 : Ijo

Bismillah wal hamdulillah

Hari ini 4 Jun, maka berbaki 14 hari sebelum exam Pathologi. Belum membaca lagi. Hohoho.

Tipu la tak baca. Ada selak-selak sedikit.

Disebabkan mahu mengulangkaji pelajaran, jadi malas nak keluar rumah. Untuk hari ini adalah warna hijau. Something green.

Jadi gua letak gambar ni...

Kitab Tafsir Jilani karya Imam Abdul Qadir al-Jilani
Kitab ini hilang beberapa ratus tahun. Kemudian Syeikh Fadhil cicit (gua tak ingat yang ke berapa) dari keturunan Imam Abdul Qadir al-Jilani mengumpulnya semula dengan mencari makhthutat/manuskrip di serata tempat.

Walaupun terdapat beberapa kemusykilan yang ditimbulkan ulama tentang kitab ini, tapi cukuplah bagi gua mempelajarinya. Gua bukan ulama untuk mempertikainya.

Seronok belajar tasauf ni. Tidak seperti belajar benda lain. Perkara lain kita belajar untuk tahu. Tapi tasauf kita belajar untuk rasa. Tak faham?

Jom belajar bersama Syeikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bentani setiap Ahad malam Isnin. Amacam?hehe..

Nota kaki :
1. Gua rasa masanya semakin hampir.
2. Cinta adalah rasa. Bila sudah tiada rasa, tiada cinta.

Wallahulam..

Dzuu Haniin
Rajin itu comel~

6/03/2011

Dia 3: Gersang

Bismillah wal hamdulillah

Bumi Mesir yang gersang. Nama pun padang pasir. Tiada seketul pun awan. Tapi gua letak la juga gambar. Kegersangan bumi Mesir!




Sepatutnya kena ambil gambar awan. Cuba bagitahu nak ambil mana awan..

"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12, sebagaimana dalam ketetapan Allah pada waktu dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya ada empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
Surah at-Taubah: 36

Sudah masuk bulan Rejab. Pahala berganda. Jangan lupa, dosa juga berganda!
Nota kaki:
1. Lemahnya badan. Macam mana zaman nabi sahabat-sahabat boleh berperang bulan puasa.
2. Maaf. Bila perasaan mula memudar.
3. Susahnya nak mula ulang kaji. Tapi bila kick off...

Dzuu Haniin
Saya jahat. Harap maklum~

6/02/2011

Dia 2

Bismillah wal hamdulillah..

Kalau belajar sejarah mesti tahu Islam di Malaysia datang melalui pedagang. Ulama-ulama dari Hadramaut, Yaman datang berdagang di Tanah Melayu dan menjalankan dakwah. Ini salah satu buktinya..

ini namanya kain pelikat atau sarung.
Haa..Kalau kita lihat persamaan antara Hadramaut dan Tanah Melayu adalah kain pelikat. Gua pernah tengok 1 video. Serius gua ingat video dirakam di Malaysia. Tapi sebenarnya video tentang suasana Hadramaut. Macam ala-ala orang kampung di Pantai Timur. Semua lelaki berkain pelikat.

Asimilisasi budaya. Melayu dan Yaman.

Gua memang suka pakai kain pelikat. Teringin nak pergi kuliah pakai sarung. Hahaha..

Tapi bila duduk di Mesir, aku perasan satu perkara. Orang Afrika (tak tahu negara apa) pun pakai kain seumpama kain pelikat. Nak tanya malu..huhu

Nota kaki :
1. Keturunan para ulama atau habaib Yaman di Malaysia adalah Syed, Sharifah atau di Terengganu, Engku.
2. Gua hari-hari pakai kain pelikat. Pakai seluar leceh.

Wallahualam..

Dzuu Haniin
Kanak-kanak memang kurang tinggi!

Dia 1 + Berfoya-foya

Bismillah wal hamdulillah

Aduhai.. Bak kata Abul, kenapa banyak sangat self-potrait. Payah kut untuk ambil gambar sendiri. Malu..wakaka

tengok tu..senyuman aku pun jadi pelik..adeii


Tadi baru habis bahagian pertama dari sekalian azab peperiksaan tahun 3. Terima kasih doktor yang tolong bab PubMed tadi. Hehehe..

Konon lepas periksa nak pergi layan makanan Korea. Sebab 4 beradik ni hantu Korea belaka. Hahaha..

Tapi, yang disangka Korea rupanya Jepun.Huhu..Layan je la.


dah la..penat.bye~

Nota kaki:
1. Sebulan L.E 300. Aduhai..insyaAllah.
2. Memang comel pun.
3. Bersiap siaga untuk tahriri dan syafawi pula. Yeah!

Wallahualam

Dzuu Haniin
Masih di Bumi.

6/01/2011

Ini Benda Serius! 3

Bismillah wal hamdulillah..

Gua terbaca entri kat satu blog. Iaitu ini

Memandangkan 550D gua terperuk dalam almari, baik guna.

Lagipun ini adalah langkah kedua selepas gua melancarkan Projek 360(bina badan) untuk mengalih pemikiran yang sudah sampai ke Pluto! Musim exam ni perlu bijak mengurus stress.

Ok. Kejap lagi peperiksaan praktikal terakhir iaitu Pharmacology. Exam ni main meng'google' dan pergi PUBmed.


Bye.
Wallahualam

Dzuu Haniin
Tidur adalah defibrillator untuk otak. Sekian~