8/25/2010

Musafir Akhir

Bismillah wal hamdulillah..

Sekarang saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha. Langit Qatar sudah menampakkan cahaya pagi. Solat subuh masih belum tertunai. Sepanjang berada di kapal terbang, saya mengalami sakit kepala yang agak berat.

Jazakallah kepada semua yang menghantar saya pulang. Sanggup menunggu lama di KLIA. Ummi jangan sedih-sedih. Ayah selamat bayar saman..(hehe..).Kak Long dan Abang Din sekeluarga moga terus sukses. Kak Uda selamat kerja. Abid selamat cuti. Cik Mai dan Pakcik Jamal terima kasih kerana beri tempat rehat.Kepada Ustaz Syafiq yang sanggup datang hingga lewat malam, tolong uruskan barang-barang saya. Terima kasih berjuta lemon..Kepada Encik Hazim dan Encik ATA, walaupun esok ada kelas, mereka sanggup menghantar dompet saya..Terima kasih banyak-banyak.

Moga jodoh kita panjang di dunia dan di akhirat. Bersama di dunia dan di akhirat..

Nota kaki:
1. Kepada orang Marikh, terima kasih ye!
2. Sakit kepala juga perlu puasa..

4 ulasan:

SYAFIQ ZULAKIFLI berkata...

Anas, siapakah orang Marikh itu?

Ehem ehem

Dzuu Haniin berkata...

Cinta antara dua planet..hehe.seorang di Bumi, seorang lagi di Marikh

Ahmad Tajuddin Abdullah berkata...

ana x bertitlekan encik lagi ye...

Dzuu Haniin berkata...

ATA, nak bagi Puan ke?