[Bismillah wal hamdulillah]
Alhamdulillah..Selawat dan salam kepada junjungan Rasulullah, ahli keluarga baginda dan para sahabat. Aku bingkas bangun dari katil. Melihat di sisiku tiada gerangan makwe tersayang. Aku berjalan ke sisi kanan terus menyelak langsir dan memandang ke luar. Langit yang cerah. Awan yang putih. Baik!Alhamdulillah..
Setelah selesai membasuh muka dan segala bagai, aku menuruti tangga ke tingkat bawah. Kedengaran seperti ada orang di dapur. Aku mengarah ke dapur. Kelihatan seorang perempuan sedang berada di sinki. Perlahan-lahan aku menghampiri susuk tubuh itu terus memeluk dari belakang.
"Awak..Terkejut saya."ucap manja makweku.
"Eceh. Padahal hari-hari kut saya buat macam ni."
Dia terus pusing ke belakang dan menjelir lidah. Aku cubit hidung dia.
"Masak apa?"tanyaku sambil mencapai mug di para-para sebelah kiri.
"Ermm.. Makan telur rebus jer eh?"
"Ye.. Tapi lebih baik awak buat air rebus jer.", balas aku sambil bangun melihat bahan-bahan yang sedang disediakan. Ini seperti mahu masak pecal ikan keli. Sedap.
"Dah hilang penat?"
"Alhamdulillah..sudah."
Semalam, klinik aku penuh dengan pesakit. Hingga lansung tidak sempat untuk rehat. Pulang ke rumah, jam sudah menunjuk ke 3 pagi. Si dia tetap setia menunggu. Menghulur segelas susu suam, mengambil segala bagai barang di tangan. Terima kasih ucapan pertama aku beri. Berehat sebentar sementara menunggu subuh, solat berjemaah. Kemudian aku menyambung tidur akibat terlalu penat.
Hari ini cuti. Doktor juga perlu cuti. Supaya kerja lebih efektif dalam merawat pesakit. Kalau doktor sendiri sakit bagaimana mahu merawat pesakit bukan? Namun pintu rumah ini tidak pernah tutup jika ada yang memerlukan bantuan.
"Saya mahu keluar ambil angin sekejap ye. Lepak kedai Abul."
"Pergilah. Tapi makwe Turki takde tau di Kedah."sambil dia terkekeh-kekeh.
"Hampes!Ok.."
Turki. Tempat itu merupakan antara penyebab kami bertemu. Akibat obses terhadap perempuan Turki ketika muda menyebabkan satu pertemuan yang tidak disangka. Aku ketawa kecil bila mengingatkan kisah tersebut.
Aku mengambil Ipod nano di tepi televisyen dan menyumbat earphone ke dalam telinga. Sambil memutar-mutar tubuh Ipod mencari lagu yang menarik, kaki aku deras melangkah keluar rumah mengarah ke sebuah kedai runcit bertentangan rumah.
"Assalamualaikum bro!"
"Waalaikum salam.."balas Abul.
"Lu sihat?Kedai amacam?"soal aku.
"Beres jer bos. Gua macam biasa jer."
Aku masuk ke dalam kedai dan membuka peti sejuk tempat letak ais krim. Macam-macam ada. Cornetto, Paddle Pop, Magnum dan entah pelbagai jenis. Aku memilih Magnum coklat. Terus aku tutup kembali peti sejuk.
"Nah! 2 hinggit setengah kan?"
"Eh! bro..tak yah la. Kedai ni pun modal banyak dari lu. Setakat aiskrim tu tak payah la bayar.."
"Ha! Ini yang buat gua hangin. Itulah orang Melayu. Lu kena bijak membezakan membalas budi dengan membuat rugi."
Aku terus letak duit atas meja kaunter pembayaran. Malas aku mahu bersyarah tentang Neoclassical economic dan segala bab tentang ekonomi dan perniagaan. Hari cuti perlu bersenang-senang!
Kelihatan di tepi kaunter ada satu bangku kayu panjang. Punggung aku terus melabuh di atasnya. Makan aiskrim sambil pandang langit di hari cuti memang amat menyenangkan. Kedengaran pula Abul membebel tentang mat rempit yang cuba mencuri di kedai dia atau dengan istilah remaja 'pau'. Kemudian melompat ke tajuk anak dara Makcik Sarah tukang jahit yang bernama Fatimah. Dah pelbagai taktik tak mendapat juga makwe sorang itu. Aku layankan sahaja.
"Bro..Lu dengar tak ni?"
"Ye..Gua dengar la."
"Ini pasal Operasi Selat."
"Ha..Kenapa?Ada masalah ke?"
"Rasanya Geng Cahaya seperti dapat hidu projek R.A.R.E lu."
Aku segera bangun. Sambil lihat kiri dan kanan.
"Aik?Lu dengar cerita dari mana?"
"Informer dalaman kita bagitahu."
"Celaka!"
Sambil tangan aku mengambil coklat Cadbury Black Forest. Aku terus melangkah keluar dari kedai Abul.
"Abul, ni masuk buku tiga 5!" Melayu tetap Melayu. Keh keh keh keh...
Masalah tetap masalah. Pandangan aku kosong memandang teratak tercinta.
3 ulasan:
salam bro
saya pun biasa juga
member cakap masa saya jual barang kat dia.
"Ummu, kawan2 juga, tapi niaga tetap niaga. kesian kat awak".
hehe...saya bukan reti pun bab meniaga ni..
teruja ada nama Sarah ^___^V
Catat Ulasan