9/02/2010

2060

[Bismillah wal hamdulillah]

Pedalaman Sarawak: 12.30 malam

Aku bingkas bangun dari perbaringan. Aku memandang wanita di sebelah ku dengan penuh kasih sayang. Sudah 40 tahun kami bersama. Perlahan-lahan aku meninggalkan katil. Maafkan abang, selama ini segalanya kita kongsi bersama. Tapi kali ini biar abang seorang yang menanggung semuanya. Aku harus segera tiba di Tokyo sebelum subuh. Misi penting yang harus dilaksanakan. Semua hanya untukmu!

############################################################

Masa yang diambil jika mengambil penerbangan biasa adalah lebih kurang 7 jam. Tapi dengan berkat rezeki kurniaan Allah, aku punya pesawat penerbangan peribadi. Ia lebih menjimatkan masa. Tuntutan sebagai pakar Neurosurgeri dan Mudir Pusat Pengajian al-Aman memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang tinggi. Segala kemudahan ini bukanlah untuk menunjukkan kemewahan dan kekayaan aku. Tidak lain tidak bukan semuanya untuk kebajikan ummah.

Pernah suatu ketika, Makcik Jenab jiran kami jatuh sakit. Beliau seorang yang cukup zuhud walaupun harta beliau cukup untuk makan 7 keturunan. Beliau masih mengguna Proton Perdana keluaran 2010!
Pada ketika ini kawasan Kapit, Sarawak sudah sibuk seperti Kuala Lumpur zaman tuan-tuan. Sesaknya bukan main congkak. Jadi dengan bantuan pesawat peribadi aku, segera menghantar beliau untuk dirawat di German.

Mahu dicerita segala kebaikan diri ini, amatlah tidak enak. Bukan seperti makan budu, busuk-busuk tetap masuk ke mulut.[rasanya ada kaitan kah?]

Harajuku, Jepun: 8.30 pagi

Di hadapan sebuah kedai. Terpampang tulisan Jepun 'アニメの世界'. Aku segera mengetuk pintu kedai tersebut. Muncul seorang lelaki dalam lingkungan 50-an. Kami saling memberi tunduk hormat, tersenyum dan terus memeluk satu sama lain.

"Uruhara-san, bagaimana barang yang saya pesan?"

"Tenang Anas-sama..Semuanya ditanggung beres!" tekan Encik Uruhara.

Beliau merupakan kenalan lama ketika bekerja di Jepun. Ikatan ini terbina selepas aku menyelamatkan isteri beliau yang cedera pada bahagian otak akibat dipukul oleh musuhnya, satu kumpulan yakuza. Selepas insiden itu, Uruhara-san terus meninggalkan arena gelap itu. Aku menjemput beliau untuk mencari perlindungan di Malaysia. Maka bermulalah titik persaudaraan dan semakin erat selepas beliau mengucap kalimah suci dan tinggi di hadapan saya.

Uruhara segera ke bahagian belakang kedai, sambil isteri beliau Yoruichi menghidang teh kepada ku.

"Jemput minum Anas-sama.."

"Arigato gozaimasu.."

Urahara Kisuke terus menghadap aku dan menyerahkan satu bungkusan berwarna hitam. Aku tersenyum puas.

'Segalanya akan selesai dengan ini!' monolog hatiku..

Setelah berbual dan bertanya khabar. Aku segera memohon untuk pulang. Tugas-tugas di Malaysia masih banyak yang perlu di selesaikan..

Sarawak : 12.30 malam

Nampaknya bulan dan bintang tampak ceria malam ini. Tapi malam ini mungkin malam terakhir. Saat ajal itu menjelma tiada siapa yang tahu. Diakhir usia, sambil menikmati segala nikmat Allah. Bersyukur atas kesyukuran.

Kedengaran derap kaki dari arah belakang. Aku segera menjeling. Subhanallah wal hamdulillah. Aku tersenyum.Terima kasih Allah atas kurniaan ini.

"Abang buat apa duduk di luar ni..nanti demam siapa yang susah? Kena beli vitagen pula nanti.."sambil dia menyelimuti aku dengan selimut dari bulu biri-biri buatan tangan Kashmir. Bumi Islam yang sudah merdeka. Bebas fizikal dan rohaninya.

"Abang tak kisah pun demam..Awak kan ada?"

Aku menariknya ke ribaan ku. Aku menilik mukanya dan merenung dalam ke matanya. Dari dulu hingga sekarang tiada yang berubah. Alhamdulilllah..Terima kasih Allah.

"Nah..khas untuk awak." aku memberi barang yang bersampul hitam itu kepada isteriku. Itulah hasrat terakhir aku...

"Apa ni? Jangan kata vitagen pula.." Perlahan-lahan dia membuka sampul itu.

Berubah riak wajahnya. Kerut di dahi yang sedia ada semakin bertambah. Matanya membulat seperti burung hantu. Aku hanya gelak kecil melihat reaksinya.

"Wah! Biar betul ni bang?Abang pasti ke ni?" tanya isteri tercintaku.

"Ye..Ambil lah."

"Wahhh!! Figura Kurosaki Ichigo!! Terima kasih abang..Sayang abang!!" dia memeluk erat aku. Saat ini aku tak tahu dia ikhlas ke tidak menyayangi aku...hahaha..

Adakah ini satu trankuiliti? malam 2 September 2060..Selamat malam semua!

13 ulasan:

Qistina Qibtiya berkata...

wah...terharunye citer kamu ni en anas-sama.....kihkih

*vitagen?=D
*figura kurosaki ichigo tu ape?
*future wife org sarawak ke?

SYAFIQ ZULAKIFLI berkata...

Tulisan saudara kali ini bagai seorang novelis thriller yang kini jumlah pendapatannya adalah RM500,000 setahun.

Beliau yang dimaksudkan adalah Ramlee Awang Murshid.

Saya suka cerita yang saudara sampaikan. Walaupun saya terpaksa bermain dengan pelbagai emosi, tetapi karya ini membuatkan saya menyedari bahawa...

bulan dan bumi tidak pernah bersama.

Hihihi...

Selamat menjawab peperiksaan Encik Che Mohamad Nur Anas....

Dzuu Haniin berkata...

Cik Dijah-sila hayati sahaja tulisan kali ini..sebarang kemusykilan boleh lah dirujuk di kaunter Google.

tentang future wife..rasanya dalam cerita ni saya tiada sebut KAMIK SAYANG KITAK kan?hehe..

belum tahu lagi..

Abang Guru Ustaz Syafiq-

dalam fikiran saya, cuba digabung 3 elemen. FT, RAM dan Encik Vovin bersaudara.

Inilah hasil Bumi dan Marikh.

k.long cute berkata...

amboi2.. jauh sungguh b'imaginasi... haru klu ummi bc.
ni ade vitagen2 ni, x dpt lg ke vitagen lg ke adik akk ni?

Dzuu Haniin berkata...

Kak Long..apa perasaan akak kalau adik akak ni keluar2 nanti jadi Doc + Novelis?

hehe..2060 tu kak..kalau tolak 40 tahun 2020. Kan nampak perancangan Anas kat situ..

Sebenarnya banyak rahsia ada dalam karya kali ini..hahaha. Alter Terahsia!

Akiddo Junior berkata...

ok, bru bc perenggan awl, krg smbung bc.
m'perkenalkan tulisan fdaus ahmad n vovin adlh x sia2. ye dak?
keh3

Akiddo Junior berkata...

td bc atas je,
skrg bc bhgian bwh je plk,
ni trankuiliti harajuku plk ke!?
nnti ak smbung trankuliti len plk.

Dzuu Haniin berkata...

Trankuiliti Kampit, Sarawak..

[search peta Sarawak kat google..nampak Kampit.macam nasi kampit jer..menarik ni..]

k.long cute berkata...

ok2... akk nmpk... haha... mcm klaka, tp bagus. ssh nk jupe dr + novelis. ni kira nk ikut ulama' zmn silam la ni...

tp akn dtg da x de lg vitagen kot! mgkn kena up lg nm vitagen 2 haha...

Dzuu Haniin berkata...

kak long silap...sebab itulah anas letak trankuiliti..dengan vitagen tu ada trankuiliti..hihihi

lyadyana berkata...

;) hadiah buat isteri...haha

sakiinah berkata...

anas..bukan kampit beras lah..kapit je

Dzuu Haniin berkata...

Cik Lyadyana-
romantik bukan satu versi..seperti kebenaran juga.adakah benar itu hanya ada pada satu sisi?Cuma akhir bagi suatu itu tetap satu!

Cik Sakiinah-
Benarkah?tapi asal menjadi kan?hehe..