Dah lama saya simpan benda ini. Makin pendam, makin tak 'best'. Jadi saya kena luahkan juga. Sebelum sambung buka buku Biochemistry kena tulis juga!
"Akhi Anas apa khabar?"
"Akhi Anas main guli ker?"
"Salam..nak tanya Akhi Anas ni..pasal 1 + 1 berapa?"
Peh!Saya bukan kisah sangat orang nak beramah mesra dengan saya. Saya berlapang dada sahaja. Saya kan hero. Kena bertenang bila orang nak autograf dan bertegur sapa. Tapi bila ada 'akhi' di hadapan tu buat jiwa ini...Ah! Serius tak boleh diungkap.
[monolog hati sahaja kalau dengar, buat-buat tak dengar : Gua bukan geng-geng akhi-akhi ni..panggil lah Bro ker..Encik ker..bukan kah lebih menarik?Mungkin nama saya dah ada Che..haaa..panggil saya Anas-sama pun ok!]
Ini hero masa waktu 'rebel' saya masih kuat. Sekarang anak soleh. Gambar dari sini |
Wallahualam..
Nota kaki saya (bukan kaki Encik KafJim atau RaJim):
1. Tulisan ini khas merujuk orang yang kurang dikenali. Bukan bro-sis usrah yer( nanti tak pasal-pasal kena libasan tali pinggang ghaib).
2. Maaf kepada pembaca sekalian. Agak beremosi sedikit tulisan kali ini.
3. Kepada ustaz-ustazah di luar, saya minta maaf kalau anda ter'follow' blog saya.
4. Perkataan Gua itu adalah merujuk kepada Gua Hira'.
4. Perkataan Gua itu adalah merujuk kepada Gua Hira'.
Dzuu Haniin
masih di Bumi..
10 ulasan:
salam Akhi anas-sama...=D
Cik Dijah nak kena putaran halilintar cybercop kah?
ape2 hal, lu relax2 je.
keh3
gua cuba untuk bawa bertendang kak uda..tapi akhirnya keyboard jadi mangsa belasahan..harapnya tiada yang terkorban..hihihi..
mesti bengang dengan abang angkat Kay Jay nih.. haha..
bile usia meningkat senja tu perkara biasa lah bnde cmni :D
Anas,
1+1=1
Itu yang dibicarakan dalam novel terbaru PTS berjudul Matematik Cinta. Memang hebat novel ini.
1+1 memang 1
Tambahan :
Kamu adalah seorang mentee yang terbaik...
Ust Amin yang Rajin Menulis
-tiadalah dalam hati berasa bengang dengan makhluk KafJim itu..Cuma melempiaskan sedikit perasaan pada nama itu..
Cik Aza-saya tiada menopause ye..
Abang Guru Ustaz Syafiq-
dalam kelas pengajian Syeikh Rohimuddin pun dia terang perkara sama..
putaran halilintar cybercop .....
bunyi cam ganas je...=p
hero kena sabar menempuh segalanya..
cik dijah tak pernah tengok cybercop ke?sia-sia zaman kanak-kanak..haha
ye..sedang cool..
Catat Ulasan