4/20/2011

Kejar!

[Bismillah wal hamdulillah]

Dari kejauhan aku melihat sesuatu yang dikenali. Aku memang cam sangat. Pasti! Aku cuba menghampiri. Rentak perjalanan aku semakin pantas tatkala aku melihat dia mula bergerak. Resah mula mengetuk pintu hati. Adakah peristiwa tahun lepas bakal berulang.  Entah bila aku akan diberi kesempatan untuk bertemunya lagi. Peluang ini tidak boleh dilepaskan. Aku melihat dia bergerak semakin laju..Ya Allah berilah kepada hamba kesekian kali kesempatan ini!

Aku pantas berlari. Mencelah didalam ramai manusia. Kalau ada rakaman, pasti sama dengan Eye Shield 21! Tidak semena-mena ada seorang pakcik lalu dihadapan aku. Berbekalkan pengalaman membaca komik bertahun-tahun, maka inilah masanya untuk mempraktikkan segala pembacaan. Dalam jarak dua langkah daripada pakcik itu, kaki kanan aku sudah berada dihadapan. Kaki kiri pula menyilang dan satu momentum diberikan bagi menolak tubuhku lebih laju kehadapan. Tubuhku mula melakukan satu pusingan. DEVIL BAT GHOST!

Satu halangan sudah berjaya.  Namun seorang awek pula betul-betul berdiri dihadapan aku. Medulla oblongata aku bekerja keras hari ini bagi menghasilkan gerakan-gerakan kompleks. Aku terpaksa menggunakan Rodeo Drive seperti Riku. Berhenti secara mengejut dan memecut dengan pantas.

Dia mula menjauh. Aku terus memecut. Biar apa pun terjadi, aku takkan putus asa! Tiba-tiba dia berhenti, aku melihat ia satu peluang. Teringat ketika Riku mengajar Sena cara berlari. Jangan gunakan seluruh tapak kaki untuk menghasilkan daya. Tapi gunakan hanya bahagian hadapan untuk memecut. Kura-kura kaki ku diangkat. Seperti yang kita belajar didalam mata pelajar Fizik sewaktu sekolah menengah,

Pressure=Force/Area

Jika semakin kecil kawasan yang kita acukan dengan daya, maka akan lebih tinggi tekanan yang akan dihasilkan. Contohnya, pisau dan paku tekan.

Peluang semakin cerah. Keberangkalian juga semakin tinggi. Tapi jangan suruh aku mengira keberangkalian. Fobia dengan Matematik Tambahan!

Aku segera memegang tubuhnya. Dia tidak berpaling. Bukan seperti didalam drama atau filem. Aku tersenyum puas. Lelah didalam dada dihambur keluar. Aku menepuk tubuhnya. Dia berhenti. Aku segera memanjat naik.

"Dah ugroh.." Aku memberi duit syiling segenih dan nus. Ammu itu memberi pula resit bas. Aku kegirangan. Berjaya bersama BAS NO. 1! Yeah!

Wallahualam..

sumber sini

sumber sini

Dzuu Haniin
Mode : Lalalalala...

2 ulasan:

sue berkata...

emm kejar bas jew pown,,,ingatkan aper lah tadi.....emmmm hampeh....letih baceny

Dzuu Haniin berkata...

haaa...tak tau nikmat bas no. 1 ni..Atas bumi Mesir, bas ini sahaja yang mampu berhenti depan rumah!