4/15/2011

Peanut Butter

[Bismillah wal hamdulillah][cerpen]

Aku bangun dari tidur. Meregangkan badan dengan harapan disetiap pagi untuk menjadi lebih tinggi. Ketika bangun dari tidur, Growth Hormone berada ditahap puncak. Maka aku berhipotesis, dengan meregangkan badan sedikit sebanyak membantu menambah ketinggian. Walaupun aku sedar Epiphyseal plate aku sudah lama bercantum. Argh! begitu kejam dunia. Harapan.

Langkahan aku perlahan. Melintasi bilik air. Terus masuk ke dapur. Pada sisi kiri, aku membuka peti sejuk dan mengambil sebotol susu. Tertulis pada tubuhnya  DINA FARM. 'Fresh Milk with Dates'. Manusia begitu suka melabel. Segarkah? Sudah beberapa hari susu ini tersimpan sejuk di dalam perut peti sejuk. Langkahan diteruskan. Satu gelas dicapai pada rak pinggan dan gelas yang tersusun rapi di sebelah sinki. Kelihatan diatas meja masih ada peanut butter. Aku tersenyum. Bungkusan roti pantas dibuka. Botol peanut butter juga dibuka. Takkan nak buka sahaja kan? Aku sapu dan makan.

Gelas yang dipenuhi dengan susu terus dibawa ke ruang tamu. Termenung. Menyicip sedikit susu. Benda nikmat perlu dibuat dengan perlahan-lahan dan ditangguh-tangguh. Supaya nikmatnya lebih umph!

Jadi sabarlah. Aku sendiri keliru. Biarlah aku membawa diri di bumi yang terasing ini. Menunggu seseorang datang menyelamatkan. Mengembalikan sedar. Biarlah aku menunggu sekalian tahun. Menanti.

Ceh!

Aku menyumbat telinga dengan earphone. Butang play pada tubuh ipod aku picit. Lagu CAFE berkumandang. Fikiran aku menerawang. Adakah aku yang salah? Memang sudah sikap aku begini. Tapi tidak bolehkah kau berubah?Terlalu susah la..

Teringat pesan seorang guru didalam mimpi menasihati aku. Jangan tergesa-gesa! Sah. Memang silap aku. Terlalu gopoh.

Hingga aku terpaksa membuat pilihan. Seakan ikan yang terkena umpan. Kalau tidak lekas dilepaskan, bisa mati kail mana mungkin dapat ditahan sang ikan. Tapi aku juga perlu membuat keputusan. Aku juga harus diberi pilihan. Tapi aku tidak tahu pilihan mana yang benar.

Lagu terus bertukar kepada TONIGHT. Suara TOP memang sentap! Roti bersapu peanut butter terus disuap pada mulut.

Aku rasa biarlah masa yang menentukan semuanya. Tapi bukan masa yang menetapkan keputusan. Diakhir waktu aku terpaksa meletakkan noktah juga! Cis!

Bergema satu suara. Istikharah. Musyawarah.

Suara itu bukanlah suara ghaib dari langit. Tapi imbaun pesanan seorang guru. Aku bukanlah seorang pesakit yang memerlukan sebarang antipsychotic drug. Harap maklum!

Akhirnya segala keserabutan dirungkai bertemu pada simpulan masa.


sumber


Wallahualam...

Nota Kaki Saiz 11:
1. Growth Hormone adalah sejenis hormon. Bukan makanan.(rujuk sini)
2. Epiphyseal plate bukanlah pinggan untuk makan spagetti mahupun makaroni.(rujuk sini)
3. Gemuk aku kalau asyik makan peanut butter jer..hailaa...

Dzuu Haniin..
Planet Baru. Membina koloni Maju.
Sudah ada Internet.Oho..

Tiada ulasan: