4/30/2011

WAR!

[Bismillah wal hamdulillah]

Qahirah. Ijip. 2020

Kelihatan dari jauh deretan angkatan tentera bergerak ke satu arah. Mereka melalui tinggalan bangunan yang roboh. Dalam ramai. Ada 2 orang sahabat. Menongkat sahabatnya yang kehilangan kaki. Akibat peperangan. Mangsa peperangan. Serpihan peluru menusuk masuk ke kakinya menyebabkan berlaku kecederaan parah. Ditambah suasana peperangan yang buruk, luka dijangkiti kuman. Gangrene berlaku. Maka amputasi terpaksa dilakukan bagi mengelak bahaya yang lebih buruk.

Tapi itu semua tidak menanggalkan senyuman di bibir. Kemenangan. Kejayaan. Membebaskan negara dari jajahan musuh merupakan sebahagian dari iman.

"Abul..Aku tak sabar untuk pulang ke Malaysia."
Kata Ahmad. Seorang pelajar Malaysia yang tetap tinggal di Mesir untuk berjihad. Setelah revolusi 2011, parti Islam berjaya mendapat kerusi majoriti di Parlimen. Bermakna parti Islam berjaya memerintah negara. Tetapi musuh Islam tidak membiarkan begitu sahaja.

Israel mula menyerang Mesir pada tahun 2015 setelah Mesir secara terbuka membantu Palestin dengan memberi segala bantuan kepada HAMAS.

"Aku dah rindu siput sedut masak kuning!"

"Tapi kau ingat tak pesan naqib SC kita dulu.."

"Apa dia?"

"Sabda nabi solla Allahu 'alaihi wa sallam, Kita telah kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar."

"Aku ingat..Itu yang buat lebih runsing untuk menghadapi perjuangan masa hadapan. Sama-sama kita berdoa agar Allah beri kekuatan pada kita."


Dzuu Haniin
1. Be strong!
2. Teruskan bergocoh dengan nafsu!
3. Esok exam microb. Jangan malas!

3 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

flag !
kahkahkah
dah dapat intipati tulisan aku kau ini
bagus !

Dzuu Haniin berkata...

hahaha...
aku dah bosan baca buku
aku menulis...

sebab takde fesbuk
aku rindu kau!
wakakaka

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

itulah
aku nak kacau sarah pun tiada mood sebab kau tiada kahkahkah
sob sob sob