4/18/2011

Rancangan Kencang!

Bismillah wal hamdulillah..

Gua sejak duduk rumah baru alhamdulillah agak rajin.(keh keh keh) Sebab kebosanan melampau! Jadi gua banyak berfikir rencana-rencana. Projek-projek Mega. Tapi sebab peperiksaan hanya disebalik selekoh. Gua batalkan!

Antara perkara yang menjadi bahan hiburan gua masa ini adalah:
1. Membasuh rambut.(Gua rasa terhibur dengan membasuh rambut sendiri.wakaka)
2. Menggosok gigi. (Sejak tahun lepas perkara ni membantu mengurangkan stress gua.)
3. Tolak Bumi. (Bahananya adalah ketika menulis dan membaca. Terketar-ketar.)

Gua baru pergi kedai binatang. Ushar-ushar makhluk untuk menjadi bahan mengintai(observation.keh keh keh). Hamster diharamkan dari rumah. Kucing leceh dan tak menarik. Chameleon buat gua mengantuk. Anjing ok tak?hahaha...

Sedang gua merancang dan mengira-ngira, terlintas dalam hati.

"Kita orang awam berfikir apa yang mahu dilakukan. Orang 'Arif pasti berfikir apa yang Allah akan lakukan padanya."

Rancangan Allah adalah rancangan paling kencang!

Wallahualam..

Nota Kaki :
1. Saya sedang lari jauh-jauh.
2. Tentang urusan 'tangkap-menangkap' ketahuilah saya tiada 'tangan'!Sila 'tangkap' saya..
3. Selain bela manusia, sila bagi cadangan nak bela apa. :)

Dzuu Haniin.
Patho.Para.Microb.Pharma.Cis!

Tiada ulasan: