4/24/2011

Karangan Autobiografi : TOP

[Bismillah wal hamdulillah]

Nama gua TOP. Seekor hamster yang kacak berwarna coklat. Bahagian bawah tubuhku putih. Pada wajah gua terdapat 3 calit warna hitam. Satu di dahi dan dua di pipi.  Disebabkan minat yang mendalam tuan gua terhadap kumpulan BIGBANG, maka gua diberi nama TOP. Selamat bukan Bibir. Alhamdulillah..

Gua ditakdirkan Allah swt dilahirkan dalam kaum yang dipanggil Syrian Hamster. Alhamdulillah dengan berkat lahirnya Saidina Muhammad sollaAllahu 'alaihi wa alihi wa sahbihi wa sallam dapatlah gua hidup dalam alam ini. Menumpang rahmat lahirnya kekasih Agung. Hidup baginda rahmat. Wafat baginda juga rahmat. Biarlah hidup kita sentiasa memberi manfaat kepada ummat.

Pesan Imam Ghazali dalam Bidayatul Hidayah, ada 3 jenis manusia. Pertama yang memberi manfaat. Kedua seperti ular memberi mudarat. Ketiga seperti tunggul kayu tidak memberi kesan apa pun ada atau tiadanya dia. Gua bertawasul dengan berkat Baginda Nabi dan Ahli Bait Rasulullah sollaAllahu 'alaihi wa alihi wa sahbihi wa sallam moga dijauhkan dari sifat-sifat tercela.

Namun sejak kebelakangan ini, gua rasa tidak keruan. Tidur tidak lena, makan tidak kenyang, mandi? Hamster tidak mandi. Gua buka internet. Bagaimana untuk mengurus stress.

Ada yang menulis supaya bersenam. Gua buat tekan tubi 50 kali sampai terketar-ketar keempat-empat kaki gua. Gua bergayut pada besi-besi di sangkar. Sit up 100 kali sampai berguling-guling menahan kesakitan pada otot rectus abdominis. Penat. Tertidur. Bangun dari tidur fikiran masih berserabut. Jiwa masih tidak tenteram.

Mohon dengan berkat pembaca-pembaca yang soleh doakan keamanan bagi gua. Sekian sahaja untuk sekian kali. Moga diberi kesempatan untuk gua menulis lagi.

Wallahualam..

Hai..Saya TOP.(sumber dari Fesbuk Che Azizi)

TOP,
Hamster yang kacak.
Sangkar besi ciptaan Tuhan.

Tiada ulasan: