5/08/2011

Dreamer

Bismillah wal hamdulillah

Ketahuilah, ingin sahaja aku meluahkan perasaan yang terpendam didalam jiwa seperti memancutnya air berkarbonat yang dikocak.

Atau seperti eksperimen sekolah rendah letak sodium bikarbonat dan cuka.

Atau seperti kajian sains belakang rumah dengan menyimpan segala bahan makanan yang boleh basi didalam tin supaya bakteria menghasilkan karbon dioksida dan menghasilkan kesan seperti meriam bila dibakar. Hasilnya menembak rumah sendiri.

Atau seperti memanaskan tiub uji kaji, kemudian dengan bodohnya membasuh sejurus selepas itu. Hasilnya tiub uji kaji pecah dan kena tulis rekod salah laku pecah barang dalam buku makmal sekolah menengah.

Namun. ketahuilah aku sangat menghormati kamu. Maka aku simpan sahaja. Jika esok aku tiada, mungkin dapat merasai syahid kecil.

Mungkin malam ini aku dapat bermimpikan kamu. Ketahuilah..

ini camera strap yang paling disukai.sebab saya suka tidur!
Wallahualam

Dzuu Haniin
1. Luahan rasa kanak-kanak lepasan sekolah
2. Saya mahu tidur dengan lena malam ini. Mimpi indah!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

~~~