4/30/2011

WAR!

[Bismillah wal hamdulillah]

Qahirah. Ijip. 2020

Kelihatan dari jauh deretan angkatan tentera bergerak ke satu arah. Mereka melalui tinggalan bangunan yang roboh. Dalam ramai. Ada 2 orang sahabat. Menongkat sahabatnya yang kehilangan kaki. Akibat peperangan. Mangsa peperangan. Serpihan peluru menusuk masuk ke kakinya menyebabkan berlaku kecederaan parah. Ditambah suasana peperangan yang buruk, luka dijangkiti kuman. Gangrene berlaku. Maka amputasi terpaksa dilakukan bagi mengelak bahaya yang lebih buruk.

Tapi itu semua tidak menanggalkan senyuman di bibir. Kemenangan. Kejayaan. Membebaskan negara dari jajahan musuh merupakan sebahagian dari iman.

"Abul..Aku tak sabar untuk pulang ke Malaysia."
Kata Ahmad. Seorang pelajar Malaysia yang tetap tinggal di Mesir untuk berjihad. Setelah revolusi 2011, parti Islam berjaya mendapat kerusi majoriti di Parlimen. Bermakna parti Islam berjaya memerintah negara. Tetapi musuh Islam tidak membiarkan begitu sahaja.

Israel mula menyerang Mesir pada tahun 2015 setelah Mesir secara terbuka membantu Palestin dengan memberi segala bantuan kepada HAMAS.

"Aku dah rindu siput sedut masak kuning!"

"Tapi kau ingat tak pesan naqib SC kita dulu.."

"Apa dia?"

"Sabda nabi solla Allahu 'alaihi wa sallam, Kita telah kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar."

"Aku ingat..Itu yang buat lebih runsing untuk menghadapi perjuangan masa hadapan. Sama-sama kita berdoa agar Allah beri kekuatan pada kita."


Dzuu Haniin
1. Be strong!
2. Teruskan bergocoh dengan nafsu!
3. Esok exam microb. Jangan malas!

4/29/2011

Khas Untuk Kamu

Bismillah wal hamdulillah



Macam mana aku baru dengar Jason Mraz ni.hailaa..Asyik selongkar lagu CNBLUE, mereka menyanyi lagu Jason Mraz. Cuba dengar. Peh! Menarik. Lirik pun halus.

Wallahualam

Bye..
Dz
Mahu tidur. Subuh awal.
Baru lepas potong rambut. Penuh rasa yakin, saya kacak! Yeah!

4/27/2011

Selamat Datang ke Pornosia!

Bismillah wal hamdulillah..

Gua baru merencana mahu ke UK, tapi dengar cerita tentang Pornosia gua rasa teruja pula nak ke sana. Keh keh keh.


Dzuu Haniin
1.Sahabat gua cerita TV3 tayang video lucah.
2.Rasanya gua buat camni kena masuk ISA tak?

4/26/2011

Cis!

Bismillah wal hamdulillah..

Saya ada 4 makwe di rumah. Harap maklum..

Dz
1.Lalalala...
2.Sila study!
3.Buat entri macam tulis status fesbuk. Sebab dah tiada fesbuk. YEAH!

4/25/2011

Selamat..

Bismillah wal hamdulillah..

Selamat saya tak nak jadi doktor..

http://www.malaysiakini.com/letters/162155

Bye..
Dz
1.Study..Study..Study
2.Dah tu buat apa study kalau tak mahu jadi doktor?
3.Erkk...

Hadiah dari Makwe!

Bismillah wal hamdulillah..

Dari hari tu kata nak bagi suprise. Punya la tunggu. Kemudian dia kata tak jadi nak bagi. Cis!

Tapi hari ni dapat juga...hehehe

blog makwe saya
Ok..Terima kasih..hehe. Walaupun tak sama macam Hongki..keh keh keh

Dzuu Haniin..
Study..Study..Study..

Kau Harus Ada

Bismillah wal hamdulillah..

Harus bersinonim dengan mesti, patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak.




Lagu tauhid..

Wallahualam..
Dzuu Haniin
Gelisah..

4/24/2011

Karangan Autobiografi : TOP

[Bismillah wal hamdulillah]

Nama gua TOP. Seekor hamster yang kacak berwarna coklat. Bahagian bawah tubuhku putih. Pada wajah gua terdapat 3 calit warna hitam. Satu di dahi dan dua di pipi.  Disebabkan minat yang mendalam tuan gua terhadap kumpulan BIGBANG, maka gua diberi nama TOP. Selamat bukan Bibir. Alhamdulillah..

Gua ditakdirkan Allah swt dilahirkan dalam kaum yang dipanggil Syrian Hamster. Alhamdulillah dengan berkat lahirnya Saidina Muhammad sollaAllahu 'alaihi wa alihi wa sahbihi wa sallam dapatlah gua hidup dalam alam ini. Menumpang rahmat lahirnya kekasih Agung. Hidup baginda rahmat. Wafat baginda juga rahmat. Biarlah hidup kita sentiasa memberi manfaat kepada ummat.

Pesan Imam Ghazali dalam Bidayatul Hidayah, ada 3 jenis manusia. Pertama yang memberi manfaat. Kedua seperti ular memberi mudarat. Ketiga seperti tunggul kayu tidak memberi kesan apa pun ada atau tiadanya dia. Gua bertawasul dengan berkat Baginda Nabi dan Ahli Bait Rasulullah sollaAllahu 'alaihi wa alihi wa sahbihi wa sallam moga dijauhkan dari sifat-sifat tercela.

Namun sejak kebelakangan ini, gua rasa tidak keruan. Tidur tidak lena, makan tidak kenyang, mandi? Hamster tidak mandi. Gua buka internet. Bagaimana untuk mengurus stress.

Ada yang menulis supaya bersenam. Gua buat tekan tubi 50 kali sampai terketar-ketar keempat-empat kaki gua. Gua bergayut pada besi-besi di sangkar. Sit up 100 kali sampai berguling-guling menahan kesakitan pada otot rectus abdominis. Penat. Tertidur. Bangun dari tidur fikiran masih berserabut. Jiwa masih tidak tenteram.

Mohon dengan berkat pembaca-pembaca yang soleh doakan keamanan bagi gua. Sekian sahaja untuk sekian kali. Moga diberi kesempatan untuk gua menulis lagi.

Wallahualam..

Hai..Saya TOP.(sumber dari Fesbuk Che Azizi)

TOP,
Hamster yang kacak.
Sangkar besi ciptaan Tuhan.

4/20/2011

Kejar!

[Bismillah wal hamdulillah]

Dari kejauhan aku melihat sesuatu yang dikenali. Aku memang cam sangat. Pasti! Aku cuba menghampiri. Rentak perjalanan aku semakin pantas tatkala aku melihat dia mula bergerak. Resah mula mengetuk pintu hati. Adakah peristiwa tahun lepas bakal berulang.  Entah bila aku akan diberi kesempatan untuk bertemunya lagi. Peluang ini tidak boleh dilepaskan. Aku melihat dia bergerak semakin laju..Ya Allah berilah kepada hamba kesekian kali kesempatan ini!

Aku pantas berlari. Mencelah didalam ramai manusia. Kalau ada rakaman, pasti sama dengan Eye Shield 21! Tidak semena-mena ada seorang pakcik lalu dihadapan aku. Berbekalkan pengalaman membaca komik bertahun-tahun, maka inilah masanya untuk mempraktikkan segala pembacaan. Dalam jarak dua langkah daripada pakcik itu, kaki kanan aku sudah berada dihadapan. Kaki kiri pula menyilang dan satu momentum diberikan bagi menolak tubuhku lebih laju kehadapan. Tubuhku mula melakukan satu pusingan. DEVIL BAT GHOST!

Satu halangan sudah berjaya.  Namun seorang awek pula betul-betul berdiri dihadapan aku. Medulla oblongata aku bekerja keras hari ini bagi menghasilkan gerakan-gerakan kompleks. Aku terpaksa menggunakan Rodeo Drive seperti Riku. Berhenti secara mengejut dan memecut dengan pantas.

Dia mula menjauh. Aku terus memecut. Biar apa pun terjadi, aku takkan putus asa! Tiba-tiba dia berhenti, aku melihat ia satu peluang. Teringat ketika Riku mengajar Sena cara berlari. Jangan gunakan seluruh tapak kaki untuk menghasilkan daya. Tapi gunakan hanya bahagian hadapan untuk memecut. Kura-kura kaki ku diangkat. Seperti yang kita belajar didalam mata pelajar Fizik sewaktu sekolah menengah,

Pressure=Force/Area

Jika semakin kecil kawasan yang kita acukan dengan daya, maka akan lebih tinggi tekanan yang akan dihasilkan. Contohnya, pisau dan paku tekan.

Peluang semakin cerah. Keberangkalian juga semakin tinggi. Tapi jangan suruh aku mengira keberangkalian. Fobia dengan Matematik Tambahan!

Aku segera memegang tubuhnya. Dia tidak berpaling. Bukan seperti didalam drama atau filem. Aku tersenyum puas. Lelah didalam dada dihambur keluar. Aku menepuk tubuhnya. Dia berhenti. Aku segera memanjat naik.

"Dah ugroh.." Aku memberi duit syiling segenih dan nus. Ammu itu memberi pula resit bas. Aku kegirangan. Berjaya bersama BAS NO. 1! Yeah!

Wallahualam..

sumber sini

sumber sini

Dzuu Haniin
Mode : Lalalalala...

4/18/2011

Rancangan Kencang!

Bismillah wal hamdulillah..

Gua sejak duduk rumah baru alhamdulillah agak rajin.(keh keh keh) Sebab kebosanan melampau! Jadi gua banyak berfikir rencana-rencana. Projek-projek Mega. Tapi sebab peperiksaan hanya disebalik selekoh. Gua batalkan!

Antara perkara yang menjadi bahan hiburan gua masa ini adalah:
1. Membasuh rambut.(Gua rasa terhibur dengan membasuh rambut sendiri.wakaka)
2. Menggosok gigi. (Sejak tahun lepas perkara ni membantu mengurangkan stress gua.)
3. Tolak Bumi. (Bahananya adalah ketika menulis dan membaca. Terketar-ketar.)

Gua baru pergi kedai binatang. Ushar-ushar makhluk untuk menjadi bahan mengintai(observation.keh keh keh). Hamster diharamkan dari rumah. Kucing leceh dan tak menarik. Chameleon buat gua mengantuk. Anjing ok tak?hahaha...

Sedang gua merancang dan mengira-ngira, terlintas dalam hati.

"Kita orang awam berfikir apa yang mahu dilakukan. Orang 'Arif pasti berfikir apa yang Allah akan lakukan padanya."

Rancangan Allah adalah rancangan paling kencang!

Wallahualam..

Nota Kaki :
1. Saya sedang lari jauh-jauh.
2. Tentang urusan 'tangkap-menangkap' ketahuilah saya tiada 'tangan'!Sila 'tangkap' saya..
3. Selain bela manusia, sila bagi cadangan nak bela apa. :)

Dzuu Haniin.
Patho.Para.Microb.Pharma.Cis!

4/15/2011

Peanut Butter

[Bismillah wal hamdulillah][cerpen]

Aku bangun dari tidur. Meregangkan badan dengan harapan disetiap pagi untuk menjadi lebih tinggi. Ketika bangun dari tidur, Growth Hormone berada ditahap puncak. Maka aku berhipotesis, dengan meregangkan badan sedikit sebanyak membantu menambah ketinggian. Walaupun aku sedar Epiphyseal plate aku sudah lama bercantum. Argh! begitu kejam dunia. Harapan.

Langkahan aku perlahan. Melintasi bilik air. Terus masuk ke dapur. Pada sisi kiri, aku membuka peti sejuk dan mengambil sebotol susu. Tertulis pada tubuhnya  DINA FARM. 'Fresh Milk with Dates'. Manusia begitu suka melabel. Segarkah? Sudah beberapa hari susu ini tersimpan sejuk di dalam perut peti sejuk. Langkahan diteruskan. Satu gelas dicapai pada rak pinggan dan gelas yang tersusun rapi di sebelah sinki. Kelihatan diatas meja masih ada peanut butter. Aku tersenyum. Bungkusan roti pantas dibuka. Botol peanut butter juga dibuka. Takkan nak buka sahaja kan? Aku sapu dan makan.

Gelas yang dipenuhi dengan susu terus dibawa ke ruang tamu. Termenung. Menyicip sedikit susu. Benda nikmat perlu dibuat dengan perlahan-lahan dan ditangguh-tangguh. Supaya nikmatnya lebih umph!

Jadi sabarlah. Aku sendiri keliru. Biarlah aku membawa diri di bumi yang terasing ini. Menunggu seseorang datang menyelamatkan. Mengembalikan sedar. Biarlah aku menunggu sekalian tahun. Menanti.

Ceh!

Aku menyumbat telinga dengan earphone. Butang play pada tubuh ipod aku picit. Lagu CAFE berkumandang. Fikiran aku menerawang. Adakah aku yang salah? Memang sudah sikap aku begini. Tapi tidak bolehkah kau berubah?Terlalu susah la..

Teringat pesan seorang guru didalam mimpi menasihati aku. Jangan tergesa-gesa! Sah. Memang silap aku. Terlalu gopoh.

Hingga aku terpaksa membuat pilihan. Seakan ikan yang terkena umpan. Kalau tidak lekas dilepaskan, bisa mati kail mana mungkin dapat ditahan sang ikan. Tapi aku juga perlu membuat keputusan. Aku juga harus diberi pilihan. Tapi aku tidak tahu pilihan mana yang benar.

Lagu terus bertukar kepada TONIGHT. Suara TOP memang sentap! Roti bersapu peanut butter terus disuap pada mulut.

Aku rasa biarlah masa yang menentukan semuanya. Tapi bukan masa yang menetapkan keputusan. Diakhir waktu aku terpaksa meletakkan noktah juga! Cis!

Bergema satu suara. Istikharah. Musyawarah.

Suara itu bukanlah suara ghaib dari langit. Tapi imbaun pesanan seorang guru. Aku bukanlah seorang pesakit yang memerlukan sebarang antipsychotic drug. Harap maklum!

Akhirnya segala keserabutan dirungkai bertemu pada simpulan masa.


sumber


Wallahualam...

Nota Kaki Saiz 11:
1. Growth Hormone adalah sejenis hormon. Bukan makanan.(rujuk sini)
2. Epiphyseal plate bukanlah pinggan untuk makan spagetti mahupun makaroni.(rujuk sini)
3. Gemuk aku kalau asyik makan peanut butter jer..hailaa...

Dzuu Haniin..
Planet Baru. Membina koloni Maju.
Sudah ada Internet.Oho..

4/10/2011

Pesan Tuan Guru.

Bismillah wal hamdulillah..

Futur.Lemah. Lembik. Dok rok. Pelbagai ayat negatif bagi menunjukkan rasa lemah. Sebab kita tahu jalan yang kita lalui bukanlah mudah.

Melihat jalan mereka yang hebat, tiada satu pun yang dilalui dengan mudah. Maka aku terngiang-ngiang segala pesan tuan guru, seperti sahaja watak didalam komik. Waktu tiba disaat yang genting akan terimbau segala pesanan orang yang tercinta.

Bring on the hardship. its preferred in a path of carnage.
Itu pesan Mahaguru Roronoa Zoro.

Cabarlah diri ke laluan yang paling sukar. 

Timbul pula persoalan dalam diri. Bagaimana mahu thabat?

Jawab Tuan Guru Amru Khaled,

"Berdoalah..Allahumma thabitna(Wahai Allah..Tetapkanlah kami!)"

Kerana Allah punca segala kekuatan. La haula wala quwata illa billah!

Wallahualam..

Dzuu Haniin
Tumpan broadband rumah Malek.

4/06/2011

Revolusi Cinta! Kod Nama Biru.

[Bismillah wal hamdulillah]

Gua menilik kertas kerja "Detection and Identification of Fungal Pathogens by PCR and by ITS2 and 5.8S Ribosomal DNA Typing in Ocular Infections". Kepala semakin berat. Mata makin layu ibarat mata himar yang tidak makan seminggu kembali cerah setelah disebat tuannya sambil menyebut "BAQIA'!!"

Telinga disumbat dengan earphone BOSE,  bergema segenap ruang otak dengan lagu Tell Me Your Wish oleh SNSD. Entah bila Genie gua nak sampai. Gua nak suruh siapkan kerja Microbiology ni! 

Lagu bertukar pula kepada Love Revolution yang dinyanyikan oleh satu kumpulan rock indie, CNBLUE. Suara Yong Hwa mula memekak. Min Hyuk, drummer yang bermuka jambu terus memukul snare-drum berselang seli dengan hi-hat. Bass-drum terus bergema. Sekali sekala cymbal dipalu. Jong Hyun dengan lead guitar terus memacu lagu bersama gitar bass Jong Shin si Avatar.

Love message calls me.
Your sweet scent stirs my heart.
When you are lying beside me, when you are sleeping in my arms,
When I feel you breath, I want you in my life.

My song for you, my Juliet.
I hear your sweet voice everyday.
When your two eyes look at me, when you smile at me.
My heart just STOP

Teringat pesan seorang senior dalam status Facebook beliau,
"Orang menjadi rigid dalam memilih bukan semestinya bermaksud taste terlalu tinggi, cuma mungkin beliau adalah dari jenis manusia yang mudah untuk terumbang ambing, maka berhajat kepada teman yang bisa menunjukkan jalan pulang."

Yong Hwa terus masuk bahagian chorus,
I want a you in my life (To you, my love) You are like the air in my life (I will give you my everything)
I want a you in my life (I only ask one thing of you) I want to breath with you everyday (Smile Always)
You are fresh like a vitamin when I'm tired. You are like mom's embrace when I'm sick.
You in my life (I will hug you tight.) I love you, Forever

Ah! gua mana makan vitamin. Oren beli di Gami' lagi sedap daripada vitamin.
You are a gift from Heaven. You are my treasure.
I'm a fool that knows nothing but you.
You are my Guardian Angel. I can't live without you.
I will never leave you. I want a you in my life.
My gift for blessed you.
I am your Holy Water. I am your player.
I'm going to go to the edge of the Earth. START.

Entah la. Itu jawapan paling pantas dapat aku berikan. Kalau diri masih terumbang ambing mana mungkin untuk tetap di masa hadapan. Jika tapak pun sudah rapuh bagaimana mahu mencakar awan?

Lagu terus bertukar kepada Ready N Go. 
Genggam dengan apa yang ada sekarang, yang dihadapan pasti datang. 

Cymball telah berbunyi..Masa untuk bergerak.

Catatan:
1. Tak dapat beli earphone BOSE, dapat berangan menulis guna earphone pun jadilah...
2. Lama tidak menulis cerpen super pendek.

Dzuu Haniin 
Bakal Pindah Planet.Bye!