2/23/2010

..Doa..

Bismillah wal hamdulillah..
Ketika berasa lemah sengaja menulis sepatah dua sekadar buat ingatan kepada diri. Kerana rancangan, sifat dan fa'il menulis ini lebih dekat dengan saya daripada para pembaca sekalian. Moga-moga ia menjadi suluhan kepada hati sendiri.

Setelah beberapa hari berlansung pengajian Syeikh Nuruddin, baru kelmarin saya berkesempatan untuk mendengar sedikit kalam beliau. Beginilah hidup orang malas. Kalau ada 'mood' baru mahu pergi. Maka selama mana tiada 'mood', selama itulah tiadalah pergi mengaji. Menuntut ilmu ini suatu komitmen. Bukan main sedap dan suka-suka. Apatah lagi menjadi suatu hobi dimasa lapang..
(hampeh sungguh aku ini...sambil ketuk kepala sendiri..)

Ketika menyedut setiap kalam syeikh Nur dalam mengantuk, saya terkesima seketika. Bagaikan terpukul dengan kalam syeikh. Sejak sekian lama, baru waktu itu saya mengetahui kesilapan yang selama ini saya lakukan. Cara berdoa dan hajat yang perlu diminta..

Selama ini ketika diri berasa susah dan lemah. Saat jiwa dikuasai nafsu dan syahwat. Saya selalu berdoa;
"Ya Allah berilah aku kesabaran dan ketabahan.."
Antara sedar atau tidak sebenarnya kita telah berdoa memohon malapetaka!
Bagaimana ya? Cuba kita sama-sama berfikir.
Seorang mahu digelar sebagai orang yang sabar perlu menghadapi suatu ujian. Selepas itu barulah beliau akan digelar seorang yang SABAR.
Maka untuk mendapatkan kesabaran, kita memerlukan ujian atau dugaan. Kita memohon kesabaran, jadi kita memohon UJIAN!

 (berdoalah...Sumber)
Oleh itu berdoalah pada Allah agar diberikan hasanah di dunia dan di akhirat (2:201). Mohonlah segala kebaikan. Jadilah seorang yang tamak dalam berdoa. Tapi jangan pula lupa untuk tamak dalam beribadah.

Wallahualam..

Sisi tambahan
1. Sejak bermula kuliah saya belum tidur lagi dalam kelas. Bagus bukan?(haha..)
2. Di Rumah Terengganu (rumah saya la..) Syeikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bantani mengadakan pengajian Kitab Tafsir Jaylani.
Kejahilan membuat kita teruja dan teransang...Bagaikan setiap patah itu mutiara dan kita berebut untuk mendapatkannya...

Tiada ulasan: