Bismillah wal hamdulillah..
Selepas pulang dari kuliah, saya terus ke laptop dan tulis status di Yahoo Messenger dan Facebook;
saya lebih gila dari org gila..adkah bermakna saya gila?ataupun org gila itu tiada gilanya?mungkin tiada ada GILA itu?Gila-gila,Ujang,Apo?Gempak...merapu...
Selepas itu, mula orang bertanya. Ada masalah ke?Kenapa gila-gila ni? Dan pelbagai reaksi lagi. Malas nak jawab byk kali di 'YM'. Jadi saya tulis di sini.
Kisahnya apabila saya menaiki Eltremco (prebet sapu) dalam perjalanan pulang ke rumah ada seorang makcik dalam lingkungan 70an duduk di hadapan saya. Ketika itu dia memegang satu plastik (plastik letak saratoga) dan saya perasan di dalamnya ada seekor kucing. Dia pun mencium-cium kucing tu banyak kali. Terdetik dalam hati saya; "Makcik tak berapa 'sihat' kot.."
Penumpang dalam Tremco pun memandang makcik tu dengan satu pandangan yang berbeza. Jadi bukan saya seorang yang su'u zhon ke makcik tu ye...
Mula-mula saya buat tidak endah. Tapi monolog dalam hati terus berlaku. Pelbagai alasan dalam hati untuk tidak mengatakan makcik itu gila..(huhu..). Hinggalah hati saya berkata "Engkau lagi banyak GILA dari makcik tu!!"
Saya sendiri terkesima dengan hati saya sendiri..Allahu Allah..Mengapa hati saya berkata sedemikian ye? Saya tenung hati dalam-dalam. Baru saya sedar, saya ni lebih banyak gila dari orang gila..
Orang gila, gilanya pada akal. Maknanya dia hanya ada SATU GILA. Tapi saya, ada gila Makan, Tidur, Nafsu, Perempuan, Nama, Kedudukan, Dunia dan lain-lain. Entah berapa banyak GILA saya ni...Jadi siapa yang lebih gila?Saya atau orang gila?Allahu Allah...
Tak mahu tulis banyak-banyak..Layan lagu Opick-Rapuh dulu...
Wallahu 'alam...
Sisi tambahan
-Di Mesir Termco banyak mentarbiyah hati..Terima kasih Allah kerana mencipta tremco..
-Di Mesir Termco banyak mentarbiyah hati..Terima kasih Allah kerana mencipta tremco..
Sumber dari Ust Fami Janggut Perang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan