Bismillah wal hamdulillah...
Beberapa hari ini banyak benda baru yang menyinggah hidup saya. Semua itu menghias dan menambah rencah warna warni kehidupan. Setiap kali membuka mata pasti saya melalui hari yang berbeza. Di dalam hati sentiasa berdoa agar hidup ini sentiasa baru...
Menghadapi hari baru memang menyeronokkan. Kadang-kadang manis, kadang-kadang pun manis. Dalam hidup ini tiada erti pahit. Meskipun perkataan pahit itu ada, tapi makna pahit itu tiada...Zahir pahit itu ada, tapi batin pahit itu tiada. Kerana hati yang redha sentiasa melihat segala sesuatu itu dari Allah. Adakah ia berbeza antara baik dan buruk jika semua dari Allah?
Melalui hari yang penuh dengan mujahadah menjadikan pelangi hati makin indah. Penambahan ilmu dan kemahiran bagaikan menyelam ke lautan dalam. Walaupun ia sukar, tapi keindahan dasar lautan itu yang dipenuhi batuan karang dan ikan yang beraneka warna menghilang segala rasa gundah. Semua itu kerana bertambah ilmu, bertambah hampir dia dengan Allah.
Hidup sehari seakan berguru dengan sejuta guru. Terlalu banyak perkara baru berlaku. Cuma terkadang kita kurang mengamati, menganalisis dan mentafsir. Dunia ini sentiasa berubah...
Ermmm..Tak tahu mahu tulis apa...
Semalam banyak yang dipelajari semasa program bersama Syeikh Rohimuddin. Hari ini pula lagi banyak yang dipelajari. Input itu terlalu banyak, entah bagaimana outputnya..Doakan saya menjadi rajin. Bos saya sudah banyak menggerakkan mulut ke arah saya...hehe..
Maklumat Tambahan
1.Nuevo-perkataan BARU untuk bahasa Sepanyol. Saya peminat Outlandish, jadi sengaja cari terjemahan sebahagian lagu mereka yang berbahasa Sepanyol. Album baru mereka Sound of A Rebel memang menarik terutama lagu Someday.
2.Gunung Baru-Rupanya di Indonesia ada satu gunung bernama Gunung Baru...
3. Kalau buaya pun mahu baru, kenapa manusia yang buaya tak mahu jadi baru...Berubah Sekarang!Islah nafsak!
-Baru darrowi sejenis buaya yang besar di Miocene Utara Australia..
2 ulasan:
salam dr anas...
amboi3...ana ingat ana sorg jerk peminat outlandish..hehe..
p/s : err maksud 'manusia yang buaya' tu tuju kat sape..:P
wsalam..tak tuju kat sesiapa pun..bukan manusia kalau dah teruk lagi rendah dari binatang ternakan?jadi buaya la..buaya darat!hehe
Catat Ulasan