"Minds should be enlightened with Science and Hearts needs to be illuminated with Religion..."Risale-i Nur The Words by Bediuzzaman Said Nursi..
Segala pujian dan syukur aku hadapkan pada Hadrat Allah. Mana mungkin aku mampu bersyukur sedangkan syukur itu sendiri satu nikmat.Selawat dan salam cinta keatas junjungan Mulia Rasulullah Solla Allahu 'alaihi wa alihi wa sohbihi wa salam (pesan Guruku untuk menulis secara penuh selawat keatas nabi. Selama mana wujudnya selawat itu berpanjanganlah pahala..).
Terlalu lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini. Astaghfirullah..Dua kekasihku asyik membebel.."Anas, dah berhabuk blog tu..". Maafkan ambe Afuza dan Hamzah..
Setelah beberapa kurun tiada bekalan internet di rumah. Maka saya pun memalaskan diri untuk mengemaskini blog ini. Alhamdulillah sekarang Allah beri kelapangan dari sedut kewangan namun entah bila hati ini pula mahu lapang.
Baru ini saya ke ma'rad kutub (pesta buku la..), entah berapa ribu dilaburkan kali ini. Tapi buku paling menarik pada saya adalah Risalah Nur. Karangan al-Imam Bediuzzaman Said Nursi.
Saya baru baca yang ini. Mukadimah pun tak lepas lagi..hehe.(sumber)
Saya membaca buku dari kulit ke kulit. (sampul plastiknya pun saya belek..). Dalam mukadimah penterjemah, beliau meletakkan pandangan Dr. Colin Turner dari Durham University, UK. Khulasah yang boleh saya buat dari khulasah Dr. Turner adalah LA ILAHA ILLA ALLAH...
Pendek bukan kesimpulan saya?...hehe.
Ma'alish ye..Saya terangkan sedikit tentang Risalah Nur ni (nak tau banyak beli sendiri..atau meh mai bilik..kita wat daurah Risalah Nur..hehe). Penekanan yang diberikan dalam kitab ini adalah terhadap 2 perkara.
Pertama: Pembersihan pemikiran dan Pemahaman sebenar tentang ISLAM.
Kedua: Orang Muslim WAJIB mengkaji dan menjauhi Taqlid Buta.
Lama tak menulis jadi rasa malas pula. Lepas kalian kena pastikan saya rajin menulis. Allah dah beri kelapangan jangan pula dikufuri..Terima Kasih Allah.Alhamdulillah...Saya Sayang Allah...
Wallahualam..
~Tuan Guru saya pulang ke Malaysia. Rasa kekurangan pula dalam hidup.. Moga Allah mengizinkan beliau untuk menyambung kembali pelajaran di sini...Berterusanlah rahmat dan berkah Allah keatas guruku Ustaz Ahmad Fahmi bin Che Nordin Hafizahullah...
Gambar ihsan dari Zuket..
Gambar ketika perpisahan..
Gambar beramai-ramai...
Bersama Ust. Duan..Semua kesedihan sebenarnya..mata semua orang basah...huhu
Peluk-peluk..huhu
Ini spesial. Nasi Basmathi lauk khoruf(biri-biri). Mahal amat..hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan