3/18/2010

Tiada Bagiku, Hanya Mereka..

Bismillah wal hamdulillah..
Berterusan menjalani kehidupan, hingga tidak menyedari kehidupan itu sendiri. Sibuk dengan urusan dunia hingga terlupa dunia itu sendiri. Rupanya saya tidak ingat hari ini 18 Mac 2010. Blog ini mula dibuka pada 3 Mac 2008. Maknanya dah lebih 2 tahun saya berblog. Buat saya termenung mengimbau segala yang berlaku. Hingga membawa saya ke satu penghujung. 
'Tiada Bagiku, Hanya Mereka..'
Perlu kita sedar, pembentukan peribadi dan perkembangan kita bukanlah hasil usaha kita. Hal ini kerana, setiap otak mempunyai cara bekerja yang sama. Tapi yang membezakan kita adalah persepsi terhadap dunia. Persepsi pula dibina daripada hasil tindak balas kita terhadap persekitaran kita.
"What you see is what you get." petikan dari buku Bercinta Sampai ke Syurga Ustaz Hasrizal..
Segala yang otak kita terima samada dalam sedar atau dibawah sedar itulah yang membina siapa kita. Setiap reaksi yang terjadi adalah kesan daripada ransangan luar. Reaksi yang kita pamerkan pula adalah kesan daripada pengalaman silam. Tapi, siapakah yang mencipta pengalaman?
Tidak lain tidak bukan, persekitaran dan mereka yang selalu bersama kita.

Segala perbincangan berakhir dan disimpulkan pada satu kalam Makhluq Paling Mulia di bumi ini. Kalam Tuhan yang dialirkan pada lidah yang Mulia Rasulullah Sollaallahu 'alaihi wa sallam..
جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله: متى الساعة؟
قال : وماذا أعددت لها
قال: لاشيء إلا أني أحب الله ورسوله
فقال: « أنت مع من أحببت » رواه البخاري
Datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad S.A.W. "Bilakah akan tibanya hari kiamat?"
maka Rasulullah menjawab; " Adakah kamu menghitungnya?(apakah kamu menunggu hari kiamat untuk berbuat amal?)
maka sang lelaki itu membalas; "Tiada apa bagiku selain cintaku kepada Allah dan RasulNya."
Lantas Rasulullah bersabda pada lidahnya yang suci lagi mulia; "Kamu akan bersama siapa yang kamu cintai.."

Artikel kali ini saya khususkan kepada mereka yang berada disekeliling saya. Mereka yang 'mencipta' perbadi saya. Terima kasih yang tiada hujung kepada Allah, Tuhan langit dan bumi yang menyusun semua ini untuk saya. Terima kasih atas tarbiyah khusus dariMu. Terima kasih atas 20 tahun yang penuh warna.

Terima kasih kepada Ummi dan Ayah.

Terima kasih atas corakan diatas lembaran putih yang dipanggil anak. Segala garis panduan telah menjadi penunjuk sepanjang perjalanan. Moga Allah yang membalas segalanya.

Terima kasih Kak Long, Abang Din dan Sunan (tambah baby dalam perut..)
Setinggi kasih atas sokongan dan bantuan. Tak sabar nak cubit pipi sunan..

Terima kasih keluargaku..
tau la anas takde masa raya..jangan sedih sangat..hehe
Terima kasih Abang Guruku
 
Jazakallahu khairan jaza'..Tidak sabar menanti semula pertemuan yang mendatang. Merindui curahan ilmu dan tarbiyahmu.

Terima kasih sahabat-sahabatku..
Rindu kalian semua..Andai masih punya waktu untuk kita semua. Sama-sama berkongsi cawan ukhuwah dan ilmu..

Terima kasih my brothers..

nilah masalah kanak-kanak tak cukup umur..hehe

sorang lagi kanak-kanak ribena..hehe.
pomo yang comel..

zuket, the best doctor..hoho

 Abang Malek, manusia paling macho..(susah betul cari gambar malek secara solo..)

Kamu semua adalah masa terbaik saya. Saat kita bersama suatu yang warna yang begitu menonjol dalam hidupku..Terima kasih nakama..
 
Terima kasih sahabat-sahabat seperjuangan juga keluargaku..

 Terima kasih kepada rakan se'mafia' ku kerana memahami..haha

Makhluq yang sentiasa menganggu gugat keamananku di Mesir..haha..(terima kasih Ustaz Manan yang comel..)

 Moga kita bersama pula di syurga...

 We Are Siblings, We Are Family...

Terima kasih kawan-kawan.. 
 
Together till the end..

Diakhir penulisan ini, TERIMA KASIH, SYUKRAN, ARIGATO, TEŞEKKÜRLER dan GRACIAS!!!
Tiada perkataan lain mampu untuk saya lafazkan. Jazakallahu khairan kathira..


Wallahualam...
Sisi penyumbang
1. Terima kasih zuket atas perkongsian gambar.
2.Maaf jika sesiapa terasa dia tiada dalam senarai. Tak mampu untuk saya tulis semuanya. Artikel ini mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan..huhu..

9 ulasan:

kaklong cute berkata...

eceh... ceh... ceh... keluar sudah ayat2 yg m'cairkn jiwa huhu...

semoga berjaya mendapatkan gelaran DOKTOR... dan segala ape hasrat yg bek2 dikabulkan... (doa ibu peknen antr doa yg dimakbulkan Allah... : bnyk kali btl akk ulang ayt ni hehe) x pelah... akk srh sunan pon doakn...

Dzuu Haniin berkata...

amiin..hehe.doakan selamat hati.selamat iman.selesai belajar dengan mudah.dapat isteri solehah.anak-anak yang soleh dan taat..

fieqa berkata...

sanah helwah again..
May Allah ease ur path,insyaAllah

Norashikin Abdullah berkata...

DR CHE ANAS CHE KADIR
ameen..:)

Dzuu Haniin berkata...

jazakallah fieqa n ekin..moga Allah memakbulkannya ke atas kamu berdua juga..

kaklong cute berkata...

dpt isteri solehah mcm akk pon ok kan? hehe...

Dzuu Haniin berkata...

Allah dan RasulNya lebih mengetahui..huhu..

ummu berkata...

"amiin..hehe.doakan selamat hati.selamat iman.selesai belajar dengan mudah.dapat isteri solehah.anak-anak yang soleh dan taat.."

amin,amin ya rabbal alamin.nanti kalau wat walimah jgn lupa jemput akak ek.heppi birthdey kat blog Haniin ni ya.
erm lama rupanya akak berehat dar blogspot.:(

Dzuu Haniin berkata...

amiin...insyaAllah..kalau ada akan diiklankan di blog.hehe..