2/23/2010

..Doa..

Bismillah wal hamdulillah..
Ketika berasa lemah sengaja menulis sepatah dua sekadar buat ingatan kepada diri. Kerana rancangan, sifat dan fa'il menulis ini lebih dekat dengan saya daripada para pembaca sekalian. Moga-moga ia menjadi suluhan kepada hati sendiri.

Setelah beberapa hari berlansung pengajian Syeikh Nuruddin, baru kelmarin saya berkesempatan untuk mendengar sedikit kalam beliau. Beginilah hidup orang malas. Kalau ada 'mood' baru mahu pergi. Maka selama mana tiada 'mood', selama itulah tiadalah pergi mengaji. Menuntut ilmu ini suatu komitmen. Bukan main sedap dan suka-suka. Apatah lagi menjadi suatu hobi dimasa lapang..
(hampeh sungguh aku ini...sambil ketuk kepala sendiri..)

Ketika menyedut setiap kalam syeikh Nur dalam mengantuk, saya terkesima seketika. Bagaikan terpukul dengan kalam syeikh. Sejak sekian lama, baru waktu itu saya mengetahui kesilapan yang selama ini saya lakukan. Cara berdoa dan hajat yang perlu diminta..

Selama ini ketika diri berasa susah dan lemah. Saat jiwa dikuasai nafsu dan syahwat. Saya selalu berdoa;
"Ya Allah berilah aku kesabaran dan ketabahan.."
Antara sedar atau tidak sebenarnya kita telah berdoa memohon malapetaka!
Bagaimana ya? Cuba kita sama-sama berfikir.
Seorang mahu digelar sebagai orang yang sabar perlu menghadapi suatu ujian. Selepas itu barulah beliau akan digelar seorang yang SABAR.
Maka untuk mendapatkan kesabaran, kita memerlukan ujian atau dugaan. Kita memohon kesabaran, jadi kita memohon UJIAN!

 (berdoalah...Sumber)
Oleh itu berdoalah pada Allah agar diberikan hasanah di dunia dan di akhirat (2:201). Mohonlah segala kebaikan. Jadilah seorang yang tamak dalam berdoa. Tapi jangan pula lupa untuk tamak dalam beribadah.

Wallahualam..

Sisi tambahan
1. Sejak bermula kuliah saya belum tidur lagi dalam kelas. Bagus bukan?(haha..)
2. Di Rumah Terengganu (rumah saya la..) Syeikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bantani mengadakan pengajian Kitab Tafsir Jaylani.
Kejahilan membuat kita teruja dan teransang...Bagaikan setiap patah itu mutiara dan kita berebut untuk mendapatkannya...

2/20/2010

Esok Mula Semester 2

Bismillah wal hamdulillah..

Esok bermulanya semester kedua bagi tahun kedua kuliah Perubatan Universiti Ain Shams. Tiada apa yang mahu ditulis sangat. Cuma doakan saya jadi lebih rajin dan lebih baik. Tak mahu malas-malas.

Setiap hari saya akan berangan, memasang impian dan cuba memacak langkah usaha. Untuk saya, sehabis kurang, saya masih punya impian dan angan-angan meski saya gagal dalam usaha. Kerana angan-angan itu akan meransang akal untuk melahirkan usaha. Namun, biarlah angan-angan itu terikat dibumi. Jangan dibiar melangit, nanti hilang hancur entah kemana...

Moga masih ada hari untuk esok...Matahari, Tengahari, Harimau...(mikir lama ni..perkataan apa ada 'HARI' lagi..'

Sekadar ini sahaja..wallahualam..

Dzuu Haniin/Che Anas Che Kadir
Pelajar Kuliah Perubatan Universiti Ain Shams,
Hayyu Asyir, Kaherah
Mesir..

2/15/2010

Baru, Gadid, New, Nuevo..

Bismillah wal hamdulillah...

Beberapa hari ini banyak benda baru yang menyinggah hidup saya. Semua itu menghias dan menambah rencah warna warni kehidupan. Setiap kali membuka mata pasti saya melalui hari yang berbeza. Di dalam hati sentiasa berdoa agar hidup ini sentiasa baru...

Menghadapi hari baru memang menyeronokkan. Kadang-kadang manis, kadang-kadang pun manis. Dalam hidup ini tiada erti pahit. Meskipun perkataan pahit itu ada, tapi makna pahit itu tiada...Zahir pahit itu ada, tapi batin pahit itu tiada. Kerana hati yang redha sentiasa melihat segala sesuatu itu dari Allah. Adakah ia berbeza antara baik dan buruk jika semua dari Allah?

Melalui hari yang penuh dengan mujahadah menjadikan pelangi hati makin indah. Penambahan ilmu dan kemahiran bagaikan menyelam ke lautan dalam. Walaupun ia sukar, tapi keindahan dasar lautan itu  yang dipenuhi batuan karang dan ikan yang beraneka warna menghilang segala rasa gundah. Semua itu kerana bertambah ilmu, bertambah hampir dia dengan Allah. 

Hidup sehari seakan berguru dengan sejuta guru. Terlalu banyak perkara baru berlaku. Cuma terkadang kita kurang mengamati, menganalisis dan mentafsir. Dunia ini sentiasa berubah...

Ermmm..Tak tahu mahu tulis apa...
Semalam banyak yang dipelajari semasa program bersama Syeikh Rohimuddin. Hari ini pula lagi banyak yang dipelajari. Input itu terlalu banyak, entah bagaimana outputnya..Doakan saya menjadi rajin. Bos saya sudah banyak menggerakkan mulut ke arah saya...hehe..

Maklumat Tambahan
1.Nuevo-perkataan BARU untuk bahasa Sepanyol. Saya peminat Outlandish, jadi sengaja cari terjemahan sebahagian lagu mereka yang berbahasa Sepanyol. Album baru mereka Sound of A Rebel memang menarik terutama lagu Someday. 

2.Gunung Baru-Rupanya di Indonesia ada satu gunung bernama Gunung Baru...

3. Kalau buaya pun mahu baru, kenapa manusia yang buaya tak mahu jadi baru...Berubah Sekarang!Islah nafsak!
-Baru darrowi sejenis buaya yang besar di Miocene Utara Australia..


2/10/2010

Aku Kembali..

Bismillah wal hamdulillah..

"Minds should be enlightened with Science and Hearts needs to be illuminated with Religion..."Risale-i Nur The Words by Bediuzzaman Said Nursi..

Segala pujian dan syukur aku hadapkan pada Hadrat Allah. Mana mungkin aku mampu bersyukur sedangkan syukur itu sendiri satu nikmat.
Selawat dan salam cinta keatas junjungan Mulia Rasulullah Solla Allahu 'alaihi wa alihi wa sohbihi wa salam (pesan Guruku untuk menulis secara penuh selawat keatas nabi. Selama mana wujudnya selawat itu berpanjanganlah pahala..).

Terlalu lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini. Astaghfirullah..Dua kekasihku asyik membebel.."Anas, dah berhabuk blog tu..". Maafkan ambe Afuza dan Hamzah..

Setelah beberapa kurun tiada bekalan internet di rumah. Maka saya pun memalaskan diri untuk mengemaskini blog ini. Alhamdulillah sekarang Allah beri kelapangan dari sedut kewangan namun entah bila hati ini pula mahu lapang.

Baru ini saya ke ma'rad kutub (pesta buku la..), entah berapa ribu dilaburkan kali ini. Tapi buku paling menarik pada saya adalah Risalah Nur. Karangan al-Imam Bediuzzaman Said Nursi.
Saya baru baca yang ini. Mukadimah pun tak lepas lagi..hehe.(sumber)

Beliau diperkenalkan kepada saya oleh Tuan Guru tercinta Syeikh Ahmad Fahmi hafizahullah. Bagi aku bumi bekas Khilafah terakhir begitu istimewa dan dekat dihati. Entah bila mungkin akan aku sampai dan menjejakkan kaki di situ.

Saya membaca buku dari kulit ke kulit. (sampul plastiknya pun saya belek..). Dalam mukadimah penterjemah, beliau meletakkan pandangan Dr. Colin Turner dari Durham University, UK. Khulasah yang boleh saya buat dari khulasah Dr. Turner adalah LA ILAHA ILLA ALLAH...

Pendek bukan kesimpulan saya?...hehe.

Ma'alish ye..Saya terangkan sedikit tentang Risalah Nur ni (nak tau banyak beli sendiri..atau meh mai bilik..kita wat daurah Risalah Nur..hehe). Penekanan yang diberikan dalam kitab ini adalah terhadap 2 perkara.
Pertama: Pembersihan pemikiran dan Pemahaman sebenar tentang ISLAM.
Kedua: Orang Muslim WAJIB mengkaji dan menjauhi Taqlid Buta.

Lama tak menulis jadi rasa malas pula. Lepas kalian kena pastikan saya rajin menulis. Allah dah beri kelapangan jangan pula dikufuri..Terima Kasih Allah.Alhamdulillah...Saya Sayang Allah...

Wallahualam..
~Tuan Guru saya pulang ke Malaysia. Rasa kekurangan pula dalam hidup.. Moga Allah mengizinkan beliau untuk menyambung kembali pelajaran di sini...Berterusanlah rahmat dan berkah Allah keatas guruku Ustaz Ahmad Fahmi bin Che Nordin Hafizahullah...
 
Gambar ihsan dari Zuket..

Gambar ketika perpisahan..
Gambar beramai-ramai...
Bersama Ust. Duan..Semua kesedihan sebenarnya..mata semua orang basah...huhu

Peluk-peluk..huhu

Ini spesial. Nasi Basmathi lauk khoruf(biri-biri). Mahal amat..hehe