10/23/2010

S.Haematobium. Gua Parasit!

[Bismillah wal hamdulillah]

S. Haematobium. Bukan S. Jibeng. Juga bukan Siti Hasliza. Gua Schistosoma Haematobium al-misri. Seekor parasit (gua dah pusing belakang tadi, memang ada ekor..)Kalau dalam surat beranak tiada pun al-misri tu. Gua saja mahu letak biar orang tahu gua ni dari Mesir. Nanti tidak fasal ada parasitologist yang membidaahkan gua kerana salah faham kecil ni.

Kalau mahu dibabadkan sejarah nenek moyang gua, sejak zaman Nabi Allah Musa dan Firaun laknatullah sudah terukir kisahnya. Tak percaya? Kalau lu ada Quran, cuba buka Surah al-'Araf ayat 133. Nah! Lu baca sendiri.

Maksudnya : Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

Memang la tiada tulis nama gua dalam tu. Kalau ada tulis, tak payah gua keluar duit banyak-banyak beli buku Parasite!

Kalau nak baca lebih tentang ayat ini, boleh buka laman Harun Yahya. OK? Gua ni seekor parasit sahaja. Bukan ulama besar yang mengaji di Al-Azhar.

Baik. Gua mahu berhikayat juga barang sepatah dua pasal kehidupan gua. Bukan mudah gua dapat peluang tulis dalam blog. Selamat tuan blog ni kacak, comel dan ganteng! (bodek-bodek boleh dapat peluang tulis lagi kan?)
Selepas gua terangkan perihal kehidupan seekor parasit bernama S. Haematobium, baru lu akan faham ayat Quran di atas. Jadi baca sampai habis!

Kaum kerabat gua kebanyakannya tinggal di sekitar benua Afrika, Timur Tengah dan Sungai Nil. Kemudian bila gua sudah menjangkau dewasa dan cukup matang, gua akan menetap dalam tubuh manusia sebagai hos. Sudah nama pun parasit. Mesti la menumpang pada hos. Itu lu kena faham!

Suatu masa dahulu, lelaki Mesir pernah terkenal dengan kemampuan mereka untuk haid! Silap faham semua ini disebabkan kaum kerabat gua punya angkara. Seperti yang gua sebut di atas, apabila kami sudah sampai tahap yang tertentu kami akan menghuni tubuh badan manusia. Kemudian mula proses pensenyawaan antara parasit jantan dan betina hingga berjaya mengandungkannya.

Sudah menjadi cara kami apabila si betina bertelur, dia akan pergi berseekoran. Bukan kerana kami si jantan hidung belang(gua tiada hidung ye!). Semua kerana laluan untuk ke destinasi mengeluarkan telur itu hanya mampu dilalui oleh si betina. Mahu bertelur bukan mudah bro..
S. Haematobium betina terpaksa melawan arus darah manusia semata-mata untuk bertelur di pundi kencing. Jangan tanya gua kenapa perlu di pundi kencing. Tuhan gua, juga Tuhan lu yang menentukan semua ini. Tapi, yang pasti ianya ada kaitan dengan rahsia dalam ayat Quran di atas.

hai!! itu mungkin bukan gua..hehehe..gua ambil di sini.


Seusai bertelur, si ibu S. Haematobium mengucapkan selamat tinggal kepada telur-telurnya. Bukan kehendak hatinya, tapi ini semua fitrah dan aturan yang Allah swt tetapkan untuk kami. REDHA! Bukan seperti manusia durjana. Membuang anak mereka di tong sampah, tandas, entah segala bagai tempat pakat letak. Separasit kaum kerabat gua, tiadanya kami sanggup untuk berbuat demikian. Ya Salam....

Pada fasa telur inilah anda akan faham kaitan kami dengan ayat surah al-'Araf 133. Berdasarkan penerangan pensyarah, ketika si ibu bertelur, telur itu melekat pada dinding salur darah berhampiran pundi kencing. Apabila sang manusia mahu membuang air kecil akan terhasil tekanan pada pundi kencing. Ini supaya kencing itu lawas. Bersama tekanan yang kuat, telur di dinding salur darah berhampiran pundi kencing akan ikut sama keluar bersama air kencing dengan menembusi dinding salur darah. Maka ini akan menghasilkan pendarahan ketika proses mengencing.

Ada yang sudah faham penerangan gua? Kaitan dengan Quran di atas sudah difahami? Kalau tidak faham memang ibarat mengencing ke daun keladilah segala usaha gua...

Baik, untuk pembaca yang lambat. Ini apa yang gua faham dari apa yang pensyarah gua terangkan. Kalau salah, harap betulkan. (risau beb! mahu terangkan ayat Quran..)

Perkataan DARAH dalam surah al-'Araf 133 itu merujuk kepada simptom haematuria. Hal ini kerana lelaki Mesir mempunyai sejarah kencing berdarah yang disalah faham sebagai HAID!..

Wallahualam..Selamat Malam.

nota berdarah :
1. Gua menulis dengan jari masih berdarah..
2. Biar separasit mana pun anda, pastikan anda bukan PATHOGENIC(berpenyakit)!
3. Tapi gua tetap parasit yang pathogenic..kah kah kah..Maaf. Bukan mudah brader nak berubah ni.

Dzuu Haniin
Even Earth got Mars! How greedy human.ceh!
Masih di Bumi..