Tanggal 5 haribulan ini semua rakyat Terengganu di Mesir yang berdaftar (dan bayar yuran!) dibawah Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir akan membuang undi bagi Yang Dipertua. Jadi calon yang ana minati lebih mendalam adalah Ustaz Abdul Mannan bin Jusoh.
gambar raya tahun ini.. |
Ana dah kenal beliau ni sejak dari Malaysia. Beliau rakan main guli abang ana. Jadi beliau pernah bertandang ke rumah dan keluarga ana pun pernah ke rumah beliau. Dapat jagaung alhamdulillah...(gua tak berapa reti untuk tulis jagung dalam lahjah Kuala Berang).
Beliau menerima pendidikan seperti mana abang ana. Jadi kalau nak tahu dia belajar mana, tanya abang ana. Che Azizi. Beliau berasal dari Kuala Berang, tapi anda tak perlu risau. Beliau boleh bercakap bahasa standard dengan baik.
Ummi kata beliau baik, kiranya macam anak angkatlah. Tapi ana tak berapa pasti. Anda boleh buat uji kaji sendiri. Mahasiswa mana boleh kena suap!
Sifat dan Peribadi
RARE! Itu yang mampu ana gambarkan, beliau memang RARE! tahap petala kelapan. Beliau tidak skematik berplan.
Selalunya seorang pemimpinan tertinggi bertaraf YDP, Presiden dan setaraf dengannya, mereka lebih kepada skematik congenitalia. Tapi beliau tidak sebegitu. Dengan sikap selamba dan kreatif, ana rasa beliau boleh pergi jauh. Tak perlu kepada Shell mahupun Petronas.
Peribadi beliau yang ramah dan mesra dengan semua orang memang sesuai untuk memegang jawatan YDP. Kalau mahu berkata tentang networking beliau, ana tak layak untuk cakap lebih. Anda boleh tanya tauke-tauke jam antik, sunglass Ray Ban antik, syiling antik, SLR dan segala barang antik. Anda sebut sahaja nama Abdul Mannan, insyaAllah kenal. (kalau tak kenal bukan salah ana..)
Ana yakin dengan peribadi beliau, tidak akan ada masalah perbezaan atau gap antara YDP dengan ahli. Kalau jenis ahli minat talaqqi, beliau memang jenis kerap talaqqi ke Masjid Azhar dan Masjid Asyraf. Muamalat beliau dengan ulama' ana boleh beri jaminan. Kalau lu jenis orang aktif berpersatuan, dengan jiwa pejuang, ana rasa beliau juga telah menunjukkan sifat itu. Kalau beliau berjaya memegang jawatan YDP, bermakna ini adalah penggal ketiga beliau bersama kepimpinan KPT. Ana nak cakap apa lagi?
Kalau anda jenis orang kebiasaan macam ana, minat Ray Ban, kamera-kamera dan jam antik, beliau memang orang yang sesuai untuk lu orang rapat dan bersama.
Mana nak dapat YDP versatile dan serba boleh macam ini? Meh cuba beritahu ana. Ini adalah peluang keemasan untuk KPT mengorak langkah lebih jauh dan bergerak dalam corak yang berbeza. Berani untuk berubah ikhwah..
Ana tak ready apa-apa tema melonjak, melompat, melangkah berjalan seiring. Ana bukan geng termasuk 2 makhluk itu. Ana dah tak tahu tulis apa lagi. Selamat Mengundi. Selamat Bayar Yuran Juga! Chow~!
Wallahualam..
Dzuu Haniin
Masih di Bumi..
2 ulasan:
ana nak undi ust mannan bleh?
sy budak2 kecik..kena dok diam2 je
Catat Ulasan