9/09/2010

Raya Paling 'Rare'!

[Bismillah wal hamdulillah]

Aku membelai badan el-Rojo dengan niat untuk bermain Pesbuk. Satu demi satu bahagian sensitif aku sentuh hingga menghasilkan kalimah demi kalimah. Ah! Kepala bana apa aku main Pesbuk malam Raya ni!

Aku bingkas bangun untuk melihat suhu hari ini. Ah! 5.22°C. Nama pun Kutub Utara. Bukan Kutub Neraka atau Kutub Sahara atau Beruang Kutub. Jadi bila sejuk bukanlah suatu yang pelik. Badanku segera aku sarungkan dengan jaket biasa. Aku mahu mencari sesuatu yang menarik untuk raya esok. Buat rendang beruang rasanya menarik.

Pintu rumah aku buka dan keluar dengan gaya seperti artis lelaki Korea yang bermuka jambu dengan berlatarkan lagu "Always Paradise..." seperti dalam...Ah! Ingatan aku putus. Aku malas nak buat defibrillation pada otak ni. Biarlah..

"Bro. Nak duit raya?" suara kecil meminta aku dari bawah.

Aku segera menunduk. Kegusaran dalam hati perlu dijawab. Suara siapakah yang meminta duit raya itu.

"Oh! Adik Pingu..Nak duit raya? Mai sini.."

Aku peluk dia dan masukkan dalam guni(kepada adik-adik jangan beraya di rumah orang tidak dikenali). Selesai satu urusan bahagian daging. Tak perlu aku nak berurusan dengan  Bro. Bear yang kedekut. Setiap kali aku nak daging banyak betul alasan. Padahal sudah cukup gemuk dia tu.

Chop! Bila masa penguin mula berhabitat di Kutub Utara? Jadi mengapa adik Pingu boleh ada di sini? Serees!? (minta kepada Encik Pomo untuk menyebutnya).Adakah beliau datang sini semata-mata untuk meminta duit raya dari aku?Ah! Tak mungkin..

Aku terus berjalan untuk mencari kerisik segera di pasar. Namun kaki ini terasa begitu berat untuk melangkah. Serasa hati, kalau tahap paling malas aku sampai dipuncaknya, tidaklah kaki menjadi seberat ini. Ini tidak boleh jadi. Rehat sebentar bersama KitKat (kantoi aku tak puasa).

Eh? Benda alah apa yang memaut pada kaki aku ni? Argghhhh...Terus aku berlari pulang ke rumah. Rendang? Ah! Tahun depan ada lagi. Lagipun raya sebulan. Esok masih raya. Tapi nyawa ini perlu dipertahankan.

Kepada makwe-makwe Greenland, kalau nak datang raya esok boleh bawa tunda ke akan datang.

makhluq inilah yang memaut kaki saya..source
Ucapan Raya :


1.  Kepada Ummi, Ayah dan keluarga tahun ini sekali lagi tak dapat cium tangan dipagi raya. Tak apa, banyak lagi raya. Raya Cina, Deepavali, Hari Gawai, 1 Malaysia kan?


2. Kepada bakal Mama dan Papa mertua 10 tahun lagi kita raya bersama ye.


3. Orang Marikh, sila belajar anyam ketupat. Saya tak minat ketupat sintetik.


4. Tuan-tuan guru di seluruh dunia, ana ucapkan taqabalallahu minna wa minkum. Semoga amalan kita diterima Allah. Maafkan anak murid yang agak malun ini.


4. Untuk brader-brader dan makwe-makwe, saya minta maaf jikalau ada salah silap. Terlebih meraban, terlebih serius dan memenuhkan peti mail dengan notifikasi dari Cik Pesbuk.


5. Selamat Hari Raya kepada semua. Jadikan raya kali ini suatu yang 'RARE'. Merdeka fizikal dan rohani. Puan Rohani memang sudah merdeka ketika 31 Ogos 1957.


lensa oleh: Anas. diedit oleh: Cik Dijah
Wallahualam..


Dzuu Haniin!
Masih di Bumi..

3 ulasan:

Ahmad Tajuddin berkata...

wahhh,baru ada peluang baca entri nih...

haha,ada bakat besar nampaknya naqib aku ni...

kami di sini menanti siapakah si marikh yang bakal menjadi milik Dzuu haniin...

Tony Saidi berkata...

salam.. selamat hari raya nas..
ust suka baca tulisan awak ni..
mcm baca novel bersiri plak.. hehe

Dzuu Haniin berkata...

Adeiii..segan ana ust baca..huhuhu..

Seronok nampak raya tahun ni ye ust?hihihi..saya 10 tahun lagi la nampaknya..