Bila saya terlibat dengan bidang menulis ini?
Zaman sekolah rendah 1 (Perak, Manjung)..
Masa itu di sekolah sedang hangat dengan Program Nilam. Saya pun ambil bahagian dengan semangat yang jitu serta Wawasan 2020 yang tersemat dalam dada. Masa inilah pertama kali dalam hidup belajar 'Matlamat Menghalalkan Cara'. Saya mula belajar buat sinopsis dengan menyalin dari belakang buku. Waktu ini memang rasa kerja paling jahat pernah dibuat. Tak buat kerja rumah pun lagi baik (hahaha..). Punyalah semangat menyalin untuk dapat hadiah, nanti masa perhimpunan cikgu panggil naik pentas. Seronok!
Akhirnya, hanya dapat saguhati. Ok lah.. (maknanya budak lain jiwa diorang lagi kejam dari aku!). Mug saguhati itu masih ada di dapur rumah. Apa hukum minum air guna mug itu?
Lepas itu saya lansung tak sertai acara 'tak bermanfaat' tersebut. Main kejar-kejar sambil berlakon jadi Power Ranger Biru dan tangkap belalang di padang sekolah rasanya lebih bermanfaat.
Setakat itu dulu..
Nota tambahan : (Suka menambah ni..Tadi masa berbuka dapat ayam tambah!)
1. Esok saya mula tinggal secara sementara di Abbasiah. Supaya mudah untuk mengambil peperiksaan. 30 saat sebelum masuk dewan periksa pun masih sempat melakukan pecutan ala Usain Bolt.
2. Lepas peperiksaan hajat mahu beriktikaf di Masjid Asyraf. Sehari sebelum raya baru pulang ke rumah (Tak balik pun tidak mengapa. Beraya dengan himar di tepi jalan pun menarik).
3. Saja mahu tambah bilangan nota tambahan..Sebab nama pun tambahan. Boleh main tambah-tambah suka hati kan? Ini bukan nota tolakan, daraban mahupun bahagian. Harap maklum!
sumber Saya bukan mahu pergi membunuh Cik Biochem.. |
Wallahualam
Dzuu Haniin
Masih di Bumi..
5 ulasan:
salam ziarah...
wahh,kita sama ye anas...dapat saguhati dalam NILAM....
ekin dpt anugerah nilam smpai jauhari..prngkat daerah sekali..hehe
ATA-biasalah tu..anak usrah mana boleh lebih-lebih..hehe
Cik Ekin-saya tak terlibat dah dengan kerja-kerja kotor itu..Saya Suci!..haha
haha....ana mengaku kalah...
Semacam daku kenal tambahan-tambahan ini.
Kah kah kah...
Pengaruh pembaca.
Catat Ulasan