Suatu ketika aku berjalan-jalan di suatu alam. Aku melihat 2 jambu batu Mesir sedang berbual. Aku cuba curi dengar oleh kerana amat jarang dapat mendengar perbualan antara jambu batu berlainan jantina.
Jambu Batu betina : Assalamu'alaikum.. Anta belajar di mana?
Jambu Batu betina : Assalamu'alaikum.. Anta belajar di mana?
Begitulah tanya si jambu batu betina kepada si jambu batu jantan dalam bunyi ala-ala Mesir.
Jambu Batu jantan : Wa'alaikum salam. Tapi ini siapa ya? Kenal saya kah?
Jambu Batu betina : Oh. Ana pun tidak kenal anta. Cuma kelihatan muka tampak baik soleh gitu..Tak rock..
Ujar sang betina..
Jambu Batu jantan : Eh? Saya ni rock lah...
Jambu Batu betina : Saya tengok licin jer kulit anta tu..Suci,tulus, mulus lemak lagi berkrim. Ala-ala pelakon korea kelihatannya...
Jambu Batu jantan : Lho! Lu tak pecaya gua rock? Nah! Sila tengok isi gua ni..
Sambil si jantan mengambil sebilah pisau dan membelah isi badannya. Kelihatanlah isi dalamnya seakan-akan batu. Sebab beliau adalah jambu batu!
Jambu Batu betina : Masya Allah! bahasa apa anta guna? Rock sungguh anta..
Terkedu si betina..Terus menyepi tiada soalan...
Aku ternganga. Menganalisis hal ehwal kehidupan jambu batu suatu yang menguji hati..Aku berlalu pergi. Aku perlu segera mencatatnya. Ini benda serius! Aku telah membongkar satu teori konspirasi!!
Wallahualam
Dzuu Haniin
Masih di Bumi
3 ulasan:
wahh,tersangat rock si penulis ini....mampu diinterpretasikan dalam makna yang lain..
salam....hmm "kes ana anta jadi lg siang td..tp saya balas dgn gua..dapat?hihihi" (petikan komen fb)..... baru fhm..=p
suci,tulus,murni ke????? erkk...
Baru semalam orang beritahu saya ketika program sambutan pelajar baru..
"akak, abang yang pakai cermin mata, comel-comel macam Ally Iskandar tu batch akak ke?" tanya seorang pelajar baru kepada kakak fasilitator...
gua tak tahu nak komen apa..
Catat Ulasan