Pada suatu petang, setelah membelek buku Biochemistry dan menghafal langkah-langkah dalam fatty acid synthesis, TAG synthesis dan mobilization of TAG, saya bercadang untuk berehat sementara menunggu masuk waktu Asar. Ketika berada di antara alam sedar dan separa sedar, frekuensi gelombang otak mulai menurun. Daripada beta mula menurun ke delta dan theta. Akhirnya terus hanyut bersama gelombang, ombak Laut China Selatan turut serta mengkhayalkan...
"Kriiingg..Kriinnggg..Kriiinngggg!!"
Aik?bunyi telefon siapa?Kalau tidak silap bunyi ringtone telefon bimbit aku berlagukan 'Always Be Here' oleh Mahir Zait penyanyi Islami berambut dreadlock yang sekarang sudah mencanak naik populariti beliau. Tangan ini meraba-raba mencari sumber bunyi tersebut.
"Alooo..Anas dah pergi Marikh la. Siapa di sana?"
"Syeikh, anda dijemput ke Mesyuarat Para Wali di Mekah. Sebentar lagi anda akan di bawa ke sana. Harap maklum! Tuuuuttt...."
Argghh..sejak bila saya jadi wali?Nikah pun belum lagi. Apakah semua karutan ini?
Saya pun perlahan-lahan bergerak ke arah el-Rojo(nama notebook saya..cool tak?). Hasrat dihati mahu meng'google' segala kecelaruan saya. Namun tidak semena-mena, kelihatan cahaya putih menembusi siling bilik dan memancarkan ke arah saya. Erkk..Apakah?
Ghaib!!...................................................................
Gedebush!![jatuh terbaring dengan gaya Mr. Bean]
Pening-pening naga dibuatnya. Berlaku ketidak seimbangan dalam telinga ini. Bila berlakunya pemecutan, Otilith Membrane dalam telinga akan bergerak, hingga kadang-kadang berlakunya false sensation (jangan percaya fakta-fakta yang dikeluarkan oleh budak yang kena reseat exam).
Kelihatan beberapa makhluk sedang melihat aku. Yang pastinya mereka bukan makhluk planet Marikh. Mereka masih makhluk Bumi! Aku pasti!
"Assalamualaikum..", aku menyapa mereka. Hero perlu beri salam terlebih dahulu.
"Waalaikumsalam..."jawab mereka.
Kalau dilihat dari pakaian, semuanya memang tampak alim allamah lah! Saat ini aku hanya memakai baju bergambar Malcom X dan seluar bercorak batik berwarna biru. Perghh..memang kelihatan tampan!
Seorang lelaki dalam lingkungan umur 50an datang menghampiri dengan senyuman manis hingga ketampakan gigi putih berseri...(sambil saya ambil kaca mata gelap Ji Ban saya..)
"Ahlan wa sahlan Anas. Mari kita bergerak sekarang."
"Bergerak? Ke mana?Acara apakah yang sedang berlansung sekarang? Saya masih keliru ni..", soal saya tidak tampak gabra walau sedikit pun.
"Tuan, selepas ini kita solat Asar. Kemudian lansung tuan akan mempengerusikan Mesyuarat Para Wali sempena Ramadhan 1431H."
"Haaa!!"
inilah Bro. Malcom X gambar disonglap dari sini entah web apa saya tak tahu. |
Bersambung...
[Penulis perlu menyambung membaca buku. Kalau rajin, beliau akan menyambung hikayat ini]
20 ulasan:
err...penyanyi tuh bkn maher zain ke?
Cik lyadyana, haaa..Mahir Zait ni kena tunggu 100 tahun akan datang. InsyaAllah ada.
[kisah di atas tidak lain tidak betul, hanyalah......]
masyaAllah~
"...guwe terus terduduk dgn tahyat akhir yg panjang tanpa lagu..."
Keenah-mengapakah?
kak uda-hahaha..ni habis terpengaruh dengan vovin dan sembang kencang
Bakat saudara sungguh tinggi. Ya, saya tidak menyangka saudara mampu mengarang sehebat begini.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, tahun ini tulis sedikit dahulu, tahun depan satu novel disiapkan...
Tahniah adinda yang budiman.
Abang Guru..ini hanya karutan untuk menghindar bosan ketika belajar. sambil-sambil ulang ingat apa yang dibaca..
Novel??uishh..masih jauh.
oooooooohhhh..oke2..xsbr tunggu episod seterusnye ;)
nak jd anak murid vovin plk ke?
kah kah kah
cik lyadyana-bahaya tunggu tu..nanti jadi ketagih,kerajaan tak buat lagi pusat pemulihan...
kak uda-kalau jadi anak murid vovin, habis semua jadi mahakarya..pembaca akan mengalami muscle spasm,terkejang-kejang pula nanti..
ape2 hal, bwk gaya tersendiri.
tu blom bc lg blog hilang punca.
trus tenggelam dlm dunia 'inception', mimpi lapis2. keh3
alamak! apakah semua ini?
ok. akak blom into lg dlm fenomena ini. hahaha
Kak uda-itulah yang sedang difikirkan. mencipta satu gagasan pemikiran yang baru..memikirkan satu master idea.
Kak Long-haaa..ini benda baru ni.boleh perlahan-lahan menceburkan diri ye..
yup. benda baru ni dh makin naik. hehehe. nanti mira bg bc buku sembang kencang-la tahzan versi indie. haha
anas dh bc entry trankuliti& 2060? dh mcm series citer tu.
dah2...haha.habis sume buat tranquility..
trankuiliti ain shams bile lg?
hehe..jangan!nanti kena saman ngan encik fdaus!hehe..
maaflah... akk x leh msk dunia ni... haru purple dunia akk nnt. x pelah... adik2 akk yg tenggelm dlm dunia ni... akk tenggelam dunia len huhu...
Jadi pembaca tetap blog Anas ye..hehe
Catat Ulasan