Sudah seminggu saya berada di tanah air. Alhamdulillah cukup seronok (dapat makan!). Sepanjang seminggu ini saya sempat pergi ke klinik gigi. Sejak ke Mesir saya lansung tidak melakukan sebarang rawatan untuk gigi. Maka bertimbunlah 'plaque' di celahan gigi. Ketika doktor gigi memeriksa, pasti dia memuji gigi saya yang cantik dan terjaga. Kemudian dia bertanya, umur berapa?(dalam hati, aishh..nak ambil jadi menantu ke?)
"Baru 20 doktor.."
"Ooo..gigi geraham bongsu awak tak keluar lagi ni.."
"Ye doktor??"
Hati saya berbunga..kenapa??Haaa..sebab saya masih mampu MENINGGI!!..Biarlah tinggi saya bertambah beberapa sentimeter lagi. Dapat 170cm seperti Jet Li pun alhamdulillah...
Tema:
Usaha tangga Kejayaan.Persoalan:
1.Rajin-rajin lakukan pemeriksaan.2.Berusaha dalam meninggi diri.
Pola:
Entah apa-apa. Flanktuatif.Nilai dan Pengajaran:
1.Periksalah hati daripada mata,hidung, mulut.Agar tidak dijangkiti penyakit riya', takbur, sombong, bongkak, ujub, sum'ah dan segala kaum kerabatnya penyakit hati(bukan hepatic disease ye..) daripada dijangkiti penyakit kuku dan mulut(Hand Foot Mouth Disease[HFMD]).
2.Biarlah badan kita meninggi jangan meninggi diri.
3.Sila lakukan proses 'scaling' hati daripada 'scaling' gigi meskipun gigi anda sudah sama warna dengan gelang emas ibu anda. Kilauan hati itu bersinar hingga ke langit. Kilauan gigi anda belum memungkinkan anda menjadi model ubat gigi Colgate, Safi mahupun Halalgel.
sumber: di sini
Nota kaki1.Saya akan menunggu..
2.Inilah tulisan 'sufi' dan sains..
3.Doktor gigi itu adalah seorang Sikh.Harap maklum..
Wallahualam
Taman Kota Putri
Masai, Johor Moga DiTakzimkan.
1 ulasan:
motif?
skrg turn ak plk bantai tny motif kat sorg2 ni.
Catat Ulasan