7/23/2010

Kerja

Bismillah wal hamdulillah

Soalan Pertama
"Balik tahun ni?"
"InsyaAllah balik..Ada kerja sedikit."
"Nak menikah ke?"
"Ya..."
Malas nak melayan. Saya mengiakan sahaja sebarang persoalan. Sepanjang cuti ni, ramai kenalan yang mahu bernikah.Mungkin kerana itu orang pun menimbulkan pertanyaan tersebut, mengharapkan saya tergolong dalam golongan tersebut.(hahaha..kenapa perlu mengharapkan??pelik penyataan tersebut.)

Soalan Kedua
Belum habis peperiksaan orang sudah mula bertanya, tahun ni balik atau tidak. Jumpa si A, Encik B, Tuan C sampai ke Ammu Z, semua bertanya soalan yang sama.

"Kalau aku balik pun kau nak buat apa?", itu jawapan seorang tauke jam, cincin dan kitab.

Bukan salah mahu bertanya. Saya tahu itu tanda ambil berat. Tapi kalau saya mahu pulang nanti saya beritahu ya...

Kerja Semalam
Semalam, keluar 'dating' dengan abang. Sejak dia sudah bernikah susah nak lihat dua beradik ni berjalan bersama. Dah ada zaujah dan 'anak' seorang memang susah. Lagipun saya segan la nak berjalan dengan pasangan suami isteri. Mereka nak bermanja pun susah nanti, saya pula kepeningan..(huhuhu)

Dengan bantuan motor Dayun, banyak tempat boleh dicapai. Habis exam oral, terus merempit ke City Star. Cari baju baby, beli kekacang dan benda pelik di Mesir yang tiada di Malaysia. (first time dengar nama jenis kacang bernama Ainun Jamal @ mata unta.memang gedabak besar)

Kemudian, rehat dan makan tengah hari lauk ikan sardin singgang. Saya kurang berminat singgang ni. Mungkin jiwa Terengganu tu tak meresap lagi. Tapi masakan kakak ipar tetap sedap.

Cukup rehat, kembali merepit. Destinasi seterusnya Mudhayafah. Sepanjang perjalanan saya mengira-ngira sudah berapa lama saya tidak menghadap masyaikh. Peperiksaan sahaja sudah memakan 2 bulan. Sebelum itu, kononnya futur. Lama tak menghadap Syeikh Yusri. Kalau tambah tolak lebih kurang 3-4 bulan juga tidak bermusyafahah dengan tuan-tuan guru.

Semalam adalah kali pertama menjejakan kaki ke Mudhayafah yang diasaskan oleh Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi rahimahullah. Beliau merupakan bekas Imam Masjid Azhar.
Selepas solat Asar ada pengajian Mustolah Hadis, kitab Qasidah al-Ghuramiah(kalau salah eja sila betulkan) oleh Syeikh Mustofa an-Nadwi.

Asal perasaan malas tidak mahu singgah ke Mudhayafah. Mahu segera beli barang dan balik untuk berehat.
Memang benar kata Tuan Guru Ustaz Syukri ketika menerangkan Bab ke 2 dalam Qasidah al-Madih, Imam Busiri. Manusia sejak lahir lagi lebih mendahulukan keinginan daripada kebencian. Bagaimana bayi boleh berkeinginan untuk menyusu. Setelah itu, berkeinginan pula kepada makanan lain sedangkan tiada siapa yang bertindak mengajar mereka.Tanpa diterangkan buruk dan baik suatu perkara, kanak-kanak pasti bertindak mengambil apa sahaja tanpa mengetahui sebarang kebaikan atau kemudharatan. Seperti sahaja dalam kisah Nabi Musa ketika bayi.

Kita juga sedemikian. Seperti bayi, bahkan lebih payah daripada bayi. Nur Ilmi dan Nur Aqli, 2 perkara yang diperlukan kita bagi merasionalkan pemikiran. Meluruskan pandangan. Sementelah kita tahu baik dan buruk, akal dan hati telah diketuk, barulah kita berupaya menundukkan syahwat.

Tenggelam dalam majlis ilmu dalam bahasa asing. Lansung tidak memahami apa yang diperkatakan oleh syeikh. Tajuk yang dibincangkan pula amat sedikit yang terkandung dalam memori. Kemudian syeikh membaca kitab Sahih Buhari. Alhamdulillah faham juga sepatah dua perkataan. Berasa juga secebis ilmu tentang solat sunat witir dan istisqa'.
Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi selalu menyuruh untuk bersama masyaikh. Supaya kita berasa jahil. Ya! Jahil melantun-lantun.

Alhamdulillah, walaupun tak faham, yang penting saya TIDAK TIDUR! Kalau waktu kuliah perubatan yang difahami, begitu mudah untuk saya tidur. Amat berbeza....

Membeli dan Mem'Blah'

Seusai kelas, terus ke tempat syaitan melepak. Puas saya cuba mengingat doa masuk pasar. Tapi tidak juga ingat(mohon maaf Tuan Guru Ustaz Safuan atas kurangnya kesungguhan. Harap pembaca boleh berkongsi..).

Check List
1. Stokin Sandy 50 pasang(ermmmm...ikut ummi la..)
2. Jubah

Huru-hara pasar Mesir. Tak perlu saya cerita, anda boleh datang sendiri. Amat mengarut sekali. Destinasi pencarian kedai menjual stokin Sandy bermula. Boleh tahan jauh..
Saya biarkan abang mengarut-karut dengan ammu-ammu itu. Sudah selesai cari jubah pula. Jumpa satu kedai yang baik. Muamalat ammu itu sangat baik. Pembelian pun tak banyak kerenah. Itu, itu, ini dan haaa..yang itu. Selesai! Selamat Kak Hura tak ikut sekali. Kalau tidak.....Faham-fahamlah sifat perempuan. Tamat sesi ,membeli dan sesi mem'blah' pula berlansung.

Ziarah Saidina Husein
Habib Ali al-Jufri berkata; "Kamu yang berada di Mesir seharusnya paling kurang seminggu sekali menziarahi Saidina Husein."
Atas faktor kemalasan saya, tidak memungkinkan saya untuk melakukannya. Tapi saya mewajibkan kepada diri, jika menjejakkan kaki di kawasan ini saya perlu menziarahi Saidina Husein.
Ya Allah sebagaimana Kau berikan orang yang di dalam ketenangan dan kelapangan, Kau berikanlah juga kepadaku..Amiin..

Dek kerana haus dan kepenatan berjalan, layan ais krim tepi masjid..Kemudian balik...
Nantikan pula kepulangan saya ke Malaysia. Mohon doa dipermudahkan urusan dan moga keputusan peperiksaan cemerlang..Saya akan merindui Mesir. Banyak kerja yang belum selesai. Sekian!
Gambar ini dari sini

Wallahualam
Bilik Abdul Malek dan Hasyim,
Rumah Terengganu,
Hayyu 'Asyir(H10), Madinat Nasr.
Kaherah, Mesir.

2 ulasan: