5/14/2009

Sajak Sang Bidadara(To Be..Ameen)

Lama tak memaparkan apa tulisan di blog ini. Teringat pesan kekanda Azizi ketika saya menyatakan hasrat untuk menerbitkan blog.

'Kene Rajin Update.'

Memang sepatutnya tak boleh menjadikan exam sebagai satu alasan. Kerana masa saya sebenarnya banyak yang terbazir dengan benda tak berfaedah. Jadi untuk posting kali ini saya menerbitkan satu sajak yang dicipta bersama Hamzah ketika di KMM. Sebenarnya tengah buat satu artikel lain. Tapi 'nafsu' untuk meneruskannya hilang. Entah bila pula nak sambung.

Khas untuk diri sendiri yang terlalu lemah melangkah didalam arena yang di panggil MUJAHADAH. Juga untuk mereka yang masih tegar berjuang memburu cinta.

Hatiku hanyut memikirkan Hurun 'Ain,
Terbang bagaikan burung pendahaga cinta pelengkap jiwa.

Syahid sudah hatiku dek panahan Ainul Mardhiah,
Pedih dihati membuatku mati.

Jika kelingking kerdil itu menusuk sanubari,
Teranglah duniaku.
Inikan pula wajahnya bertamu dihati,
Sudah tentu hancur luluh hatiku.

Hangus dibakar kehangatan cinta dan kasih membara.
Justeru,
Mana mungkin bidadari dunia mampu merampas hatiku.
Mana mungkin perawab al-Ardh mampu mencuri hatiku lagi.
Tiada jualah gadis yang mampu meragutnya lagi.

nukilan Anas dan Hamzah
Surau Perdana, Kolej Matrikulasi Melaka.
p/s-sebenarnya saya tak tahu adakah ini dipanggil sajak,syair atau apa yang sewaktu dengannya. Maaf jahil sastera..hehe.kalau sesiapa boleh komen alhamdulillah.

9 ulasan:

al-aman berkata...

Salam... peh, bak seorang sasterawan dunia..

toqki berkata...

a. samad said kalah gini

Dzuu Haniin berkata...

kita tak reti mane..tu yg brguru dgn guru yg hebat2..moga jd hebat

sherrina berkata...

fullamak, doktor terer bersastera lah..:)

MissGAZA (FasihahAdnan) berkata...

best puisi ni.
mabruk sheikh!
banyak betul isinya trsiratnya..
=p

Dzuu Haniin berkata...

jgn cmni..kak sherina nnt jd Dr. Love 2 lak..hehe

fieqa berkata...

salam..
wah.nice la...
b'sastera sungguh..
tp ble baca mule2 cam kureng fhm sket..
bile bca byk kli br fhm skit..
agk 'tinggi' bhsanya..
klo tuan blog tafsir kan scra ringkas alangkah baik ntok mnmbahkn kefahaman para pmbaca..

btw, wat sajak ni ngan hamzah ek..
wah!..
teringat memori ktka berada dlm jpp~..
rindu saat itu..
mengajarku erti kehidupan n tarbiyah..

skrg dak2 mtrx tgh bertawakal mnggu result upu..
doakan y terbaek ntok mereka ya!
insyaAllah..=)

Dzuu Haniin berkata...

sajak ni ditulis pada waktu mujahadah mengawal diri...

Tanpa Nama berkata...

salam..mungkin agak terlambat sy dapat menemui laman ini..kebetulan mencari nama sendiri,terjumpa dlm puisi disini..
puisi nie sgt dalam maknanya...sy suka.kagum dgn idea penulis.tahniah