12/19/2008

Khamis yang berlalu...Jumaat dan Sabtu yang menanti..bagaimana??



Salam cinta dan rindu kpd semua..harap tiupan angin musim shita'(sejuk) disini dpt membawa perkhabaran dari perlembahan Nil kepada antum semua

Hari khamis selalu ana nantikan..entah la..seperti ada 1 nikmat dan keseronokan..mungkin hari terakhir dlm minggu kuliah..mungkin 1 kelegaan..mungkin..

selalunya kuliah terakhir adalah biophysics..tak sabar nak balik. Hendak berehat..'bestnya'...
TAPI..hari ni dikejutkan ada kelas tambahan dan akan diteruskan sehingga habis semester ni..selamat sejam jer..lecturer pun paham yg kami dah penat..

malamnya lepas solat maghrib wat baca yasiin..tp mcm tak berapa ramai.sedih gak.mana orang lain pergi??wallahualam..malas nak menghukum orang.kita hanya boleh mengajak dan berharap..moga Allah kabulkan..Amiin

Selepas solat isya' wat soalt hifzi lak..tuan guru ana,al-fadhil al-ustaz Abdul Salam mnjadi imam..ana sebenarnya pertama kali dengar ttg soalt sunat hifzi ni(ceteknya ilmu ana..huhu). sebelum memulakan Ust. Manan mmberi penerangan dengan mengambil dalil dari sunan at-Tirmizi..

alkisahnya...pada suatu hari Saidina Ali mengadu pada baginda Rasulullah s.a.w tentang masalah beliau iaitu sukar untuk menghafaz al-quran.Jadi beliau meminta nasihat Rasulullah untuk membantu beliau.
Jadi baginda pun mengajarkan pada saidina Ali tentang satu solat sunat 4 rakaat 2 salam yang dilakukan pada malam jumaat..pada rakaat pertama selepas membaca al-fatihah,bacalah surah yaasiin,pada rakaat kedua surah ad-dukhan..pada rakaat ketiga baca pula surah as-sajadah dan rakaat keempat surah al-Mulk..buatlah dalam 3 atau 5 atau 7 minggu(maknanya wat la 3,5 atau 7 kali)..selepas berlalunya beberapa minggu Saidina ali pun datang semula dan mengkhabarkan yg beliau yang dahulunya nak menghafaz 4-5 ayat pun susah.sekarang apabila dia membaca,dia dah mampu ingat..dan beliau juga mampu mengahafaz hadis tanpa tertinggal 1 huruf pun..

Akhir kalam..bagi ana kita sebagai pelajar(seumur hidup adalah sebagai pelajar) seharusnya melakukan amalan ini dalam usaha kita mahu menuntut ilmu Allah..

Wallahualam..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baca 1 surah yaasin ke?biar betul...

Dzuu Haniin berkata...

aah..mmg tu rahsia org zaman silam kuat ingatan.klu xlarat untuk diri,solat duduk kn boleh..