12/13/2008

BERLINDUNG di bawah PAYUNG dari sinar ultra LEMBAYUNG

Dalam kehidupan kita,sering sekali kita mencari perlindungan dan berlindung pada yg fikir kita selamat...



hidup kita memang lumrahnya terdedah dengan pelbagai bahaya...lihatlah pada matahari,yg sentiasa memancarkan sinar ultra lembayung/ungu(bahasa slalu sinar UV). Bahayanya sinar ultra lembayung(UV) ini hingga mengakibatkan kanser kulit..penyakit yg pasti ditakuti ramai org. Dengar kanser je ramai yg kecut perut,tapi cuba sebut konsert??? PASTI!! ramai yg x 'minat'...

tapi dengan sifat Ar-Rahmannya Allah,Dia telah menciptakan payung khas untuk kita..hingga menyebabkan kita terlindung dari bahaya sinar UV..selamatlah juga kita dari kanser kulit..Alhamdulillah..bersyukur pada Allah yg telah menganugerahkan pada kita satu kurniaan yg hebat iaitu MELANIN. Melanin ini merupakan satu 'pigment' atau pewarna bagi tubuh badan kita.dengannya kita ada warna gelap,cerah,kuning langsat,sawo matang dan lain2. Begitu telitinya Allah, bagi yang duduk bahagian tropika, kulitnya lbih gelap dari yang berada di sub-tropika kerana lebih banyak terdedah kepada sinaran matahari..lebih banyak kita terdedah,kita akan lebih gelap kerana penambahan kuantiti melanin dalam tubuh kita..

Melanin memberi perlindungan pada kita daripada sinar UV.sinar UV ni boleh mengakibatkan mutasi pada kulit kita sehingga menyebabkan kanser kulit.Orang yang berkulit cerah mempunyai risiko sepuluh kali lebih tinggi untuk mendapat kanser kulit berbanding org kulit gelap pada kadar sinar matahari yang sama..

jadi apa yang nak dibanggakan dengan kulit yang cerah??bangga mmpunyai potensi mendapat kanser kulit yang lebih tinggi??renungkanlah..

Namun,apa yang ana ingin perkatakan bukan sekadar melanin ,sinar UV dan kanser kulit.bahkan kita patut lihat dengan lebih mendalam terhadap majaz @ kiasan yg ingin Allah bawakan kepada kita.

Sungguh mendalam apa yg ingin Allah sampaikan pada kita..iaitu, tentang wajibnya kita berlindung pada satu2 jemaah atau dengan kata mudah kita duduk dibawah satu jemaah.

Kenapa kita perlu berjemaah??


ana pada mulanya rasa segan untuk menulis bab ini kerana duduk dikalangan orang dah paham dan tahu tentangnya. Tapi apabila ana tahu masih ada pada kalangan kita yg masih tidak tahu akan kewajipan kita berjemaah dan menggabungkan diri dalam jemaah,maka ana ras perlu pada waktu ini ana menyampaikan dengan harapan terlepaslah diri ana dari ditanggungjawabkan dalam perkara ini. kerana masih ada yang menganggap persatuan dan jemaah ni macam persatuan kat sekolah yg kononnya hanya untuk menambah kemahiran dan merupakan perkara sampingan sahaja.dan katanya kita hanya patut menumpukan pada pelajaran semata-mata.. Pendirian seperti ni memang salah sama sekali.. bagi ana BELAJAR ITU PERTAMA,DAKWAH ITU UTAMA!!!!




sama2 kita buka al-Quran..apa kata Allah pada kita.


ayat yg biasa kita tahu Surah ali-Imran:104

"Dan hendaklah kamu ada segolongan orang yg menyeru kepada kebajikan,menyuruh(berbuat)yang makruf, dan mencegah dari yg mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yg beruntung."





cuba lihat pula pada surah yg biasa juga dalam dalil berjemaah
surah as-Saf:4
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yg berperang di jalanNya dalam barisan yg teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yg tersusun kukuh."
jadi dalam 2 dalil tersebut kita dah nampak akan tuntutan berjemaah itu.
pada ayat 104 ali-Imran,kita tahu yg Allah memerintahkan supaya ada 1 golongan yg menyeru yg makruf dan menentang yg mungkar..jikalau kita tidak akur pada seruan Allah tersebut,maka kita termasuk pada org yg akur pada seruan Allah..
dalam ayat 4 surah as-Saff pula, kita pasti sedia faham. Jika ada yang Allah cintai pasti ada yg Allah murkai..maka harap kita pada rahmat Allah agar memasukkan kita dalam golongan yg DICINTAINYA dan memandang kita dengan pandangan RAHMATNYA...
Wallahualam..
p/s-harap maaf jika ada sebarang kesilapan pada tulisan ana,harap tuan2 guru dan sifu2 dapat memberi tunjuk ajar dan peringatan...

Tiada ulasan: