12/17/2008
Berlalunya hari2 yang perlu dilalui...
Alhamdulillah..hari ini kelas praktikal anatomi dengan Dr. Amgad hari habis awal..cuma ada 'case study' jer..balik takde la lewat sangat, tapi nak tunggu kenderaan untuk kami sampai ke hayyu ashir tak hadir jua..tunggu dan tunggu tak juga mari..mana tremco(sbnrnya van jer,tapi ada kisah disebaliknya..mari dtg mesir klu nak tau)??bas no. 1 pun tak datang gak..huhu sedihnya..sabar je la..
akhirnya penantian berakhir.walaupun bkn bas no. 1 tapi ia tetap lalu ke hayyu ashir.tapi bukan 'direct',dia pusing2 kat awal abbas. Dalam bas kena berdiri pulak, takpe la..namun ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari... orang semakin ramai,makin padat..nasib badan
ingat habis camtu je..tetiba ada sorg pakcik marah ke ana..huhu sedih gak walaupun tak paham ape yg dia bebelkan. Tapi yg ana faham yg dia tak nak ana langgar badan dia..beg ana ni ganggu keselesaan dia..jadi ana pun faham la..ana pun cuba sedaya upaya untuk tidak mnganggu dia..kita pun angkat la beg..supaya x terlanggar dia...
Tapi tadi bile sampai rumah lepas solat isya',ana terpikir apa.."apa yang aku buat 1 hari ni macam tak de makne jer..aku cuba jaga keselesaan pak cik tu pun sia2 je la..sbb aku tak niat kerana Allah pun..semata2 untuk pak cik tu.."
timbul rasa sedih dalam hati..tu baru 1 perkara. Pasti banyak lagi perkara yg sia2 yg aku dah buat selama ni...
"Ya Allah, terimalah segala amalanku..Jauhilah aku dari perkara keji dan mungkar..jauhilah juga aku dari perkara yg sia2..taqdirkanlah yang terbaik untukku supaya dekat sekali redhaMu padaku.."
Dalam penat ada juga sedih..ana sentiasa berharap apa yang ana buat mendapat redha Ummi dan Ayah..Anas di sini akan buat yang terbaik untuk membalas jasa dan bakti kalian..doakanlah anakandamu di sini agar terus tetap atas jalan perjuangan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan