12/19/2008

Khamis yang berlalu...Jumaat dan Sabtu yang menanti..bagaimana??



Salam cinta dan rindu kpd semua..harap tiupan angin musim shita'(sejuk) disini dpt membawa perkhabaran dari perlembahan Nil kepada antum semua

Hari khamis selalu ana nantikan..entah la..seperti ada 1 nikmat dan keseronokan..mungkin hari terakhir dlm minggu kuliah..mungkin 1 kelegaan..mungkin..

selalunya kuliah terakhir adalah biophysics..tak sabar nak balik. Hendak berehat..'bestnya'...
TAPI..hari ni dikejutkan ada kelas tambahan dan akan diteruskan sehingga habis semester ni..selamat sejam jer..lecturer pun paham yg kami dah penat..

malamnya lepas solat maghrib wat baca yasiin..tp mcm tak berapa ramai.sedih gak.mana orang lain pergi??wallahualam..malas nak menghukum orang.kita hanya boleh mengajak dan berharap..moga Allah kabulkan..Amiin

Selepas solat isya' wat soalt hifzi lak..tuan guru ana,al-fadhil al-ustaz Abdul Salam mnjadi imam..ana sebenarnya pertama kali dengar ttg soalt sunat hifzi ni(ceteknya ilmu ana..huhu). sebelum memulakan Ust. Manan mmberi penerangan dengan mengambil dalil dari sunan at-Tirmizi..

alkisahnya...pada suatu hari Saidina Ali mengadu pada baginda Rasulullah s.a.w tentang masalah beliau iaitu sukar untuk menghafaz al-quran.Jadi beliau meminta nasihat Rasulullah untuk membantu beliau.
Jadi baginda pun mengajarkan pada saidina Ali tentang satu solat sunat 4 rakaat 2 salam yang dilakukan pada malam jumaat..pada rakaat pertama selepas membaca al-fatihah,bacalah surah yaasiin,pada rakaat kedua surah ad-dukhan..pada rakaat ketiga baca pula surah as-sajadah dan rakaat keempat surah al-Mulk..buatlah dalam 3 atau 5 atau 7 minggu(maknanya wat la 3,5 atau 7 kali)..selepas berlalunya beberapa minggu Saidina ali pun datang semula dan mengkhabarkan yg beliau yang dahulunya nak menghafaz 4-5 ayat pun susah.sekarang apabila dia membaca,dia dah mampu ingat..dan beliau juga mampu mengahafaz hadis tanpa tertinggal 1 huruf pun..

Akhir kalam..bagi ana kita sebagai pelajar(seumur hidup adalah sebagai pelajar) seharusnya melakukan amalan ini dalam usaha kita mahu menuntut ilmu Allah..

Wallahualam..

12/17/2008

Berlalunya hari2 yang perlu dilalui...


Alhamdulillah..hari ini kelas praktikal anatomi dengan Dr. Amgad hari habis awal..cuma ada 'case study' jer..balik takde la lewat sangat, tapi nak tunggu kenderaan untuk kami sampai ke hayyu ashir tak hadir jua..tunggu dan tunggu tak juga mari..mana tremco(sbnrnya van jer,tapi ada kisah disebaliknya..mari dtg mesir klu nak tau)??bas no. 1 pun tak datang gak..huhu sedihnya..sabar je la..

akhirnya penantian berakhir.walaupun bkn bas no. 1 tapi ia tetap lalu ke hayyu ashir.tapi bukan 'direct',dia pusing2 kat awal abbas. Dalam bas kena berdiri pulak, takpe la..namun ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari... orang semakin ramai,makin padat..nasib badan

ingat habis camtu je..tetiba ada sorg pakcik marah ke ana..huhu sedih gak walaupun tak paham ape yg dia bebelkan. Tapi yg ana faham yg dia tak nak ana langgar badan dia..beg ana ni ganggu keselesaan dia..jadi ana pun faham la..ana pun cuba sedaya upaya untuk tidak mnganggu dia..kita pun angkat la beg..supaya x terlanggar dia...

Tapi tadi bile sampai rumah lepas solat isya',ana terpikir apa.."apa yang aku buat 1 hari ni macam tak de makne jer..aku cuba jaga keselesaan pak cik tu pun sia2 je la..sbb aku tak niat kerana Allah pun..semata2 untuk pak cik tu.."
timbul rasa sedih dalam hati..tu baru 1 perkara. Pasti banyak lagi perkara yg sia2 yg aku dah buat selama ni...

"Ya Allah, terimalah segala amalanku..Jauhilah aku dari perkara keji dan mungkar..jauhilah juga aku dari perkara yg sia2..taqdirkanlah yang terbaik untukku supaya dekat sekali redhaMu padaku.."

Dalam penat ada juga sedih..ana sentiasa berharap apa yang ana buat mendapat redha Ummi dan Ayah..Anas di sini akan buat yang terbaik untuk membalas jasa dan bakti kalian..doakanlah anakandamu di sini agar terus tetap atas jalan perjuangan...

12/13/2008

BERLINDUNG di bawah PAYUNG dari sinar ultra LEMBAYUNG

Dalam kehidupan kita,sering sekali kita mencari perlindungan dan berlindung pada yg fikir kita selamat...



hidup kita memang lumrahnya terdedah dengan pelbagai bahaya...lihatlah pada matahari,yg sentiasa memancarkan sinar ultra lembayung/ungu(bahasa slalu sinar UV). Bahayanya sinar ultra lembayung(UV) ini hingga mengakibatkan kanser kulit..penyakit yg pasti ditakuti ramai org. Dengar kanser je ramai yg kecut perut,tapi cuba sebut konsert??? PASTI!! ramai yg x 'minat'...

tapi dengan sifat Ar-Rahmannya Allah,Dia telah menciptakan payung khas untuk kita..hingga menyebabkan kita terlindung dari bahaya sinar UV..selamatlah juga kita dari kanser kulit..Alhamdulillah..bersyukur pada Allah yg telah menganugerahkan pada kita satu kurniaan yg hebat iaitu MELANIN. Melanin ini merupakan satu 'pigment' atau pewarna bagi tubuh badan kita.dengannya kita ada warna gelap,cerah,kuning langsat,sawo matang dan lain2. Begitu telitinya Allah, bagi yang duduk bahagian tropika, kulitnya lbih gelap dari yang berada di sub-tropika kerana lebih banyak terdedah kepada sinaran matahari..lebih banyak kita terdedah,kita akan lebih gelap kerana penambahan kuantiti melanin dalam tubuh kita..

Melanin memberi perlindungan pada kita daripada sinar UV.sinar UV ni boleh mengakibatkan mutasi pada kulit kita sehingga menyebabkan kanser kulit.Orang yang berkulit cerah mempunyai risiko sepuluh kali lebih tinggi untuk mendapat kanser kulit berbanding org kulit gelap pada kadar sinar matahari yang sama..

jadi apa yang nak dibanggakan dengan kulit yang cerah??bangga mmpunyai potensi mendapat kanser kulit yang lebih tinggi??renungkanlah..

Namun,apa yang ana ingin perkatakan bukan sekadar melanin ,sinar UV dan kanser kulit.bahkan kita patut lihat dengan lebih mendalam terhadap majaz @ kiasan yg ingin Allah bawakan kepada kita.

Sungguh mendalam apa yg ingin Allah sampaikan pada kita..iaitu, tentang wajibnya kita berlindung pada satu2 jemaah atau dengan kata mudah kita duduk dibawah satu jemaah.

Kenapa kita perlu berjemaah??


ana pada mulanya rasa segan untuk menulis bab ini kerana duduk dikalangan orang dah paham dan tahu tentangnya. Tapi apabila ana tahu masih ada pada kalangan kita yg masih tidak tahu akan kewajipan kita berjemaah dan menggabungkan diri dalam jemaah,maka ana ras perlu pada waktu ini ana menyampaikan dengan harapan terlepaslah diri ana dari ditanggungjawabkan dalam perkara ini. kerana masih ada yang menganggap persatuan dan jemaah ni macam persatuan kat sekolah yg kononnya hanya untuk menambah kemahiran dan merupakan perkara sampingan sahaja.dan katanya kita hanya patut menumpukan pada pelajaran semata-mata.. Pendirian seperti ni memang salah sama sekali.. bagi ana BELAJAR ITU PERTAMA,DAKWAH ITU UTAMA!!!!




sama2 kita buka al-Quran..apa kata Allah pada kita.


ayat yg biasa kita tahu Surah ali-Imran:104

"Dan hendaklah kamu ada segolongan orang yg menyeru kepada kebajikan,menyuruh(berbuat)yang makruf, dan mencegah dari yg mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yg beruntung."





cuba lihat pula pada surah yg biasa juga dalam dalil berjemaah
surah as-Saf:4
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yg berperang di jalanNya dalam barisan yg teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yg tersusun kukuh."
jadi dalam 2 dalil tersebut kita dah nampak akan tuntutan berjemaah itu.
pada ayat 104 ali-Imran,kita tahu yg Allah memerintahkan supaya ada 1 golongan yg menyeru yg makruf dan menentang yg mungkar..jikalau kita tidak akur pada seruan Allah tersebut,maka kita termasuk pada org yg akur pada seruan Allah..
dalam ayat 4 surah as-Saff pula, kita pasti sedia faham. Jika ada yang Allah cintai pasti ada yg Allah murkai..maka harap kita pada rahmat Allah agar memasukkan kita dalam golongan yg DICINTAINYA dan memandang kita dengan pandangan RAHMATNYA...
Wallahualam..
p/s-harap maaf jika ada sebarang kesilapan pada tulisan ana,harap tuan2 guru dan sifu2 dapat memberi tunjuk ajar dan peringatan...

12/12/2008

Raya di Ardhul Kinanah...Ana,Unta dan Pam

salam cinta dan kasih yang mnggunung tinggi kpd umi dan ayah dan kaum keluarga..kpd abangku dan kakak ipar yg baru melansungkan pernikahan..tahniah ku ucapkan..kepada Tuan Guru2 ku yang plg ku kasihi, ustaz Fahmi, Ustaz Safuan dan Hazim yg juga sahbatku yg tercinta(selamat Hari Lahir..)..sahabat2 yg berada jauh di mata namun dekat di hati...

Aidul Adha mcm biasa jer..cuma dpt jmpa unta dan blaja sembelihnya..
pada unta terletak begitu byk hikmah Allah..
klu kita lihat pada kaki unta,akan kita jmp ketelitian ciptaan Allah..subhanallah..tiada yang lebih hebat drNya...
klu kita blaja Fizik,kita akan tahu kenapa kaki unta tu lebar...
dgn kaki yg lebar ia mampu mngurangkan tekanan yg dihasilkan dr badan unta

Pressure=Force per unit area

Tekanan=Daya per luas kawasan

maka apabila unta berjalan di padang pasir dgn mengangkut pelbagai muatan,maka unta x tenggelam ditambah dgn kelebihannya pada kaki yang panjang..subhanallah,Maha Suci Allah yg menciptakan ciptaan yg begitu hebat..

Unta juga mempunyai seakan 'pad'untuk menahan bahang panas padang pasir pada bahagian tubuhnya yg akan terkena permukaan pada padang pasir apabila ia duduk...maka unta xkan melecur apabila duduk di padang pasir yg panas membara...Maha Hebat Kau Ya Allah...

dari sudut fisiologi pula unta mmg Allah ciptakan khusus untuk tinggal di padang pasir..
-'red blood cell' berbeza dr mamalia lain.unta mmpunyai sel darah merah berbentuk 'oval' berbanding kebiasaannya mamalia mmpunyai sel darah merah berbentuk bulat
-ni untuk mmbantu pengaliran dehidrasi.sel berbentuk spt ini lebih stabil berbanding biasa.ia mampu menahan ketinggian tekanan 'osmotic'.jadi ia x pecah apabila unta minum byk air iaitu sebanyak (100 litres (22 imp gal/26 US gal) to 150 litres (33 imp gal/40 US gal) in one drink).


Begitulah hebatnya Allah..

namun manusia pun kreatif juga..pertama kali ana lihat org pam kambing...mula2 nak gelak gak..tp cara tu mmg hebat!kita akan masukkan muncung pam pada lapisan bawah kulit dan mulalah proses mngepam..ia mmbantu mngasingkan kulit dari daging,maka apabila nak melapah daging..cara ni baru bagi ana tp bg senior mungkin dah biasa..jadi ni ilmu yg baru bg ana..terima kasih..

Maaf byk2..

Salam cinta,kasih dan rindu kpd semua dari perlembahan Nil...

setelah lebih sepurnama ana tidak menulis apa2 pun dlm blog ni..(apa nak jadi la...)ni baru ada kesempatan untuk menulis..jadi minta maaf banyak2 sbb terlalu byk cacat cela pada blog ana...

10/15/2008

Aduh pilunya hatiku...

salam...semalam ana pergi Kolej Matrikulasi Melaka(KMM) untuk mengangkut barang-barang. setelah sudah di taqdirkan untuk ana tidak menetap lama di situ..maka, berjumpalah dgn sahabat2 yg tercinta..sebenarnya pilu gak.setiba di surau ibadurrahman, ana gi la bilik depan.tempat ramainya mujahid yg syahid..masuk2 nampak Hamzah..duk sibuk wat math(yela..kan dah dkt dgn PSPM....ana jer yg duk melepak skrg.)sembang2,dpt gak citer2 hot yg berlaku di KMM.nak jer ana trus bertahan, tp apakn daya..ni kehendak ibubapa,keluarga dan org kampung sentul patah yg telah memberi galakan dan sumbangan..jazakallahu khairan jaza'.(tp mmg hasrat hati sendiri gak..sbb jiwa ni dah terikat lama dgn ardhul kinanah tu)

x lama lepas tu dlam kul 12, Hazim pun dtg..pergh..(ni trade mark kat KMM) hati makin sayu.Pengerusi NTP ni makin hensem nampaknya.apa blh wat dahh mmg gilaan ramai.
ana dan hazim(medium) ana dan hazim

tp dlm hati ana sentiasa mndoakan sahabat2 di KMM.antum semua dah mnjadi sebahagian dr hati ana gak...(tp mesir dah terikat habis...walaupun mesir x lawa,panas,buruk...tp ilmu di sana yg ku kejar)doakan ana sntiasa diatas jln yg Dia redhai..biarlah ana terus mngejar ilmu dan cita jgn lah ana terjebak dlm mngejar mee cintan... bye..:snow14:

10/10/2008

21 Things To Remember

:snow02:



ONE.

Give people more than they expect and do it cheerfully


TWO.

Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, their

conversational skills will be as important as any other.:bm:

THREE.

Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want. :snow18:

FOUR.

When you say, "I love you", mean it.@love

FIVE.


When you say, "I'm sorry", look the person in the eye.

SIX.

Be engaged at least six months before you get married.:snow07:

SEVEN.


Believe in


love at first sight.Heart:bm:

EIGHT.

Never laugh at anyone's dreams. People who

don't have dreams don't have much.:snow26:

NINE.

Love deeply and passionately.......................... You might get hurt


but it's the only way to live life completely.:snow01:

TEN.

In disagreements, fight fairly. Please No name calling.

ELEVEN.


Don't judge people by their relatives.:snow12:

TWELVE.


Talk slowly but think quickly.:snow11::snow05:

THIRTEEN.

When someone asks you a question you don't want


to answer, smile and ask, "Why do you want to know?"

FOURTEEN.

Remember that great love and great


achievements involve great risk........................................:snow15:

FIFTEEN.


Say "bless you" when you hear someone sneeze.

SIXTEEN.


When you lose, don't lose the lesson.

SEVENTEEN.

Remember the three R's:

Respect for self;

Respect for others;


Responsibility for all your actions.:snow16:

EIGHTEEN.


Don't let a little dispute injure a great friendship.:snow26:

NINETEEN.

When you realize you've made a mistake,


take immediate steps to correct it.

TWENTY.

Smile when picking up the phone.

The caller will hear it in your voiceGrin

TWENTY ONE.

Spend some time alone.:bm:



(byk gak...penin..penin..:snow16:)

10/07/2008

Jalan Kita Berbeza tp Kita SAMA!!Percayalah...

Dan di ketika itu kita
Membina subur nur harapan
Terbina indah mimpiku

Terpatri sebuah ikatan
Hadapi segala rintangan
Indahnya sinar bercahaya

Dan di saat berbicara
Akan tekad yang di jiwa
Berpisah mengejar cita
Yang diimpi sekian lama

Kan ku abadi saat gemilang
Suka duka manisnya kenangan
Bersemadi di ingatan
Mogakan kekal sepanjang zaman

Hanya kuharapkan ketenangan
Melayari hidup sendirian
Dalam mengejar impian
Moga tertakdir rahmat di tuhan

Ku kan tetap bersama menuju impian di cita
Kepuncak kegemilangan yang tiada tara
Saat waktu kitakan pasti bersua akhirnya
Kita kan tetap bersama dalam mengejar cita

setelah kita bersama untuk sekian waktu, terpaksa juga kita berpisah..tp hny jarak sahaja memisahkan kita, sedangkan bicara sufi belum terputus..
insyaallah pad 26 oktober 2008 ana akan ke Mesir.ana mendpt tawaran di Universiti Ain Shams..


Hospital Uinversiti Ain Shams...

hakikatnya..mmg sedih nak tinggalkan sahabat2 di KMM, tp apakan daya..hasil istikharah dan pemikiran ana yg cetek ni..ana amik keputusan untuk ke sana.
apa yang ana harapkan perpisahan kita ini akan lebih mnguatkan lagi ukhuwah kita...
setinggi doa ku putuskan kepada Rabbul Izzati,mngharapkan redhaNya atas kehidupan sahabat2, keluarga dan diri ana sendiri..

Wahai bumi kinanah, terimalah kedatanganku..
setulus hatiku ingin meneguk air di lautan ilmu
agar membanjiri hatiku
supaya terus hidup subur....

9/30/2008

Raya esok..Ramadhan dah takde la kn...

Ramadhan sedetik demi sedetik meninggalkan kita..Syawal pula datang menjenguk..
tahun ana raya lain ckit..slalu blk kampung awal, tp skrg rumah ni lak jd kampung.sbb dah ade sunan..jadi skrg ni tgh wat prsiapan untuk raya esok..

Photobucket ayah & atin tgh tumbuk kacang untuk wat smbl kacang

Photobucket kak uda wat kuih

Photobucket kuih raya..(ntah la biskut ape..)


Photobucket ketupat...

harapnya selepas berlalunya ramadhan sbg bulan latihan dan mujahadah kita akan dpt melihat hasilnya selepas ini.ni lah medan sebenar kita..selamat maju jaya

ana pun nak mintak maaf klu ade salah silap harapnya diampunkan lah ye..ana ni manusia biasa xde apa yg diharapkan selain redha Allah dan maaf dari kalian

SELAMAT HARI RAYA!!
Photobucket

9/29/2008

Selamat Berjuang Sahabatku!~Imran~

pada mulanya dlm hati ana sewktu awal perkenalan dgn Imran,"sapelah bdk ni eh?tetiba je ade kat cni...",ketika ana sembang2 dgn beberapa org senior.jarang jumpa dgn dia itu pun mase perjumpaan..jd ana kurang rapat dgn Im..tp makin lama makin rapat la..slalu sembang kt surau..ana pun tmbh senang dgn dia.Photobucket hazim dgn Im




ana cbe wat Im mkn rapat dgn kami, mase tu ana pegang timbalan pengerusi surau,pastu dah menang pilhan raya kene la letak jawatan bak kata en. khai 'menteri dah x leh pegang jwtn bwh2'


ana pun bg jawatan ana kpd im dgn niat dpt ikat Im lbh rpt dgn surau.

mula2 dia x nak, tp ana ni pujuk2 gak..lastly, dia setuju. Hazim terus bg dia keje mcm2. mase ana pegang timb xde lak nak bg keje.duk melepak kat surau hehehehe.

Photobucket ana,hazim dan imran



namun ku sangka panas hingga ke petang tapi hujan di tgh hari(ntah ape2 aku ni).Waktu bersama dgn Im x bgtu pnjg. Khamis br ni,dia terpaksa berpisah dgn kami untuk berjuang di laluan yg berbeza.Im akan ke mesir.Melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan di universiti Mansoura.walapun agak sedih dihati krna kehilangan seorang sahabat dan pejuang m3x..tp life must goes on....kami wat ckit jamuan perpisahan di court basketball

Photobucket Photobucket
Photobucket Hazim,fitri dan rahman

semua meluahkan rasa msg2..
Photobucket

wahai imran...jadilah seperti Imran abul maryam..tegar skali menhan rasa serta cemuhan...
kami sentiasa mndoakan enta!!

Photobucket

SELAMAT BERJUANG JUNDULLAH!!!
Assalamualaikum~!
dah lama x update blog ni..abg ana dah bising...bukannya ape,ana cuma x berkesempatan je nak naip..aah!!skrg kan cuti, blh la ana aktif semula
Photobucket
kat matrik nak on9 jgn harap!! gi kelas kul 8. balik kul 5.. pastu kat surau..kdg2 meeting..tambah ramadhan lagi sibuk..sahabat kene la doakan ana ye!@love
Photobucket