Otak
Situasi masih terkawal. Walaupun wujud sedikit gelombang pemberontakan oleh neuron. Tapi semua kembali stabil setelah injeksi dalaman diberikan. Seperti tawaran pulang ke Malaysia, makan restoran cina dan nikmat tidur selepas exam.
Tapi kesan dari pemberontakan, banyak kerosakan berlaku. Maka kepala seperti bingung dan bengong. Kepeningan. Ditambah kesan sampingan dadah, seperti kopi perisa Hazelnut dan Mocha, otak sangat lelah.
Badan
Akibat Psychological Fatigue, badan turut berasa penat. Kalaulah ada yang picit-picit badan ni kan seronok. Mesir ada rumah urut tak? Bunyi rumah urut macam gua nak buat benda tak senonoh jer. Ishh
Tindakan
Tidur dan menonton Gintama.
Bye~
Nota kaki:
1. Ada seorang ustaz bertanya pada gua. "Bekas apa yang haram digunakan tapi bukan emas dan perak?"
Dengan mudah gua menjawab, "Bekas isteri (isteri yang sudah diceraikan)." Sambil berlalu pergi untuk pulang ke rumah. Sah! Gua genius..
Jawapan sebenar :
Jawapan yang akan saya berikan ini adalah petikan daripada jawapan al-Imam Isnawi al-Syafie al-Misri rahimahullah ( wafat 772 H ) : Bekas yang dimaksudkan ialah bekas yang diperbuat daripada kulit Manusia..Ini kerana manusia itu adalah makhluk paling mulia di sisi Allah taala, jadi disebabkan kemuliaan tersebut, maka bekas tersebut menjadi haram utk digunakan secara mutlaq walau utk apa sahaja tujuan penggunaannya..[Dari komen Fesbuk Sidi Tuan Guru Ustaz Nazrul Nasir]
(Ok la kan?Isteri pun manusia juga..Memang sudah takdir sebagai genius. Haishh..)
2. Esok ujian oral pula. Gua tak mahu kelihatan bangang tahap panda dihadapan doktor seperti ujian oral Pathology baru-baru ini.
3. Bahaya! Budaya kuning sudah mula merebak pada pelajar Mesir. Gua balik rumah, kelihatan ustazah-ustazah (merujuk pada pelajar pengajian Islam) sudah mula letak kain kuning pada tudung mereka. Bidaah! Kah kah kah!
4. Tabiat berdebat gua dah kembali. Habis sesiapa yang bantah kuning-kuning gua bantai..Adeiii..
Wallahu'alam
Dzuu Haniin
Gua memang otak kuning
7 ulasan:
terbaik la..lu mmg genius..
sunan
itu meraban namanya!hahaha
Sebelum masuk separuh masa kedua, mesti ada rehatnya.
Contohnya: Melihat yang kuning-kuning di Jinina Mol atau siti setar.
Tetapi tidak boleh lama-lama.
Taktik patut diulangkaji.
Jadual/Plan mesti diikuti.
Disiplin. Jangan dapat kad merah sebelum berentap.
OK. Good luck. fighting!
OK!Malam dah mula mengkaji strategi baru...terim kasih senior!hehe
ahahah bekas isteri pon haram ;p
serius genius habis!
genius pun kalau terkantoi didewan peperiksaan tiada berguna...hehehe
Catat Ulasan