2/04/2011

Kerana Sekeping Murtabak

[Bismillah wal hamdulillah]

"Bro..dah 30 tahun kita asyik makan murtabak. Kalau ada murtabak lain boleh tahan lagi. Ini tidak, hari-hari menghadap Husni Murtabak."

Luah hati seorang pemakan murtabak sejak dari kecil.

Negara Murabak telah dikuasai satu regim sejak 30 tahun dahulu. Regim Murtabak. Lebih khusus Husni Murtabak. Rakyat disuapkan dengan murtabak. Pelbagai jenis murtabak ada. Murtabak daging, ayam, kambing, unta dan himar. (Emang dasar tak kenal Tuhan. Himar pun dibantai!)

Pada awalnya rakyat memang dikaburi dengan murtabak. Hari-hari yang indah bersama murtabak. Tidak seperti negara jiran yang hanya diberi 'Isy (sejenis roti Arab). Memang heaven lah! Sentiasa diberi subsidi murtabak.

Namun, hari tidak selalunya cerah. Hidup bukan selamanya makan murtabak! Anak-anak muda yang mendapat pendedahan luar semakin sedar. Hidup bukan hanya menghadap murtabak. Hidup bukan sekadar di meja makan. Hidup bukan sekadar mengikut telunjuk Husni Murtabak.. Perubahan perlu dilakukan!!

Sama-sama kita doakan kejayaan rakyat negara Murabak. Lebih khusus kita doakan agar negara Murabak diperintah oleh Roti Canai Bersaudara. Harapan..

Ini bukanlah gambar Husni Murtabak.(sumber)

Wallahualam..

Nota kaki :
1. Gua ada misi yang perlu diselesaikan. Pengembaraan seorang lanun di komputer Ustaz Kamal Shah perlu diselesaikan! Buat sehabis baik! Itu yang gua belajar masa jadi pengakap.
2. Balik Malaysia? Gua balik rumah zaujah kat Korea la..

Dzuu Haniin
Dalam Misi Pelayaran seorang Lanun!

1 ulasan:

Nur Fairies berkata...

Salam alaik~
Waa..dramatic lagi metaphoric post ni. Bila boleh dapat makan roti canai~!