Bismillah wal hamdulillah..
Kali ini gua cuba untuk menulis tentang perjalanan dari Kaherah-Jeddah-Kuala Lumpur. Catatan bersama Hadrat Abdul Qadir al-Jilani.
Kaherah, Mesir.
'Arghh!! Serabut aku.'
Pelbagai khabar dan kisah yang gua dengar. Hingga terasa malas untuk pulang ke Malaysia. Malas mahu berkemas. Kawasan perumahan gua tenang, aman damai. Tiada sebarang kekecohan yang besar berlaku. Ummi sudah suruh bersedia untuk pulang. Jadi bagaimana ya?
Teringat kisah Hadrat Abdul Qadir al-Jilani ketika beliau masih muda. Kisahnya bermula dengan....
Pada suatu hari, malam Aidil Adha. Beliau turun ke bendang untuk mengerjakan tanah. Ketika berjalan dibelakang kerbau, kerbau tersebut memalingkan kepala dan berkata; "Kau diciptakan bukan untuk melakukan pekerjaan ini!"
Maka Hadrat pun berlari ke rumahnya dan memanjat bumbung rumah. Kelihatan satu kabilah jemaah haji sedang berkumpul di 'Arafah.
Segera beliau bertemu dengan ibundanya ketika itu seorang janda. Beliau meminta kepada ibunya,
"Hantarlah aku ke jalan kebenaran, berilah kebenaran untuk pergi ke Baghdad bagi menuntut ilmu, bersama dengan orang yang 'arif dan mereka yang hampir dengan Allah."
Maka si ibu pun bertanya apakah yang berlaku disebalik permintaan yang mendadak ini? Maka hadrat pun menceritakan kisah beliau dengan kerbau. Si ibu pun menangis dan membawa keluar 80 dinar emas. Diasingkan 40 dinar emas untuk abang dan berbaki 40 diletakkan pada pakaian hadrat dengan menjahitnya dibawah ketiak.
Si ibu meminta Hadrat Abdul Qadir al-Jilani untuk berjanji berkata benar dan menjadi seorang yang jujur walau dalam apa keadaan sekalipun!
Sekalian waktu dalam perjalanan ke Baghdad, rombongan tersebut diserang perompak. Segala harta dirampas, tanpa satu ditinggalkan.
Datang seorang perompak kepada Hadrat,
"Apakah engkau mempunyai harta?"
"Ya. Aku punya 40 dinar dibawah ketiak."
Sang perompak gelak sekuat hati dan berlalu pergi. Begitu juga beberapa perompak yang mendatangi beliau selepas itu. Hadrat menjawab dengan jujur.
Akhirnya perompak itu melaporkan kepada ketua mereka. Maka si ketua bertanya,
"Apakah punya barang bernilai?"
Hadrat menjawab beliau mempunyai 40 dinar dibahagian ketiak jubahnya. Maka ketua perompak pun mencabut jubah dan mengoyakkan pesak di bahagian ketiak.
Kemudian sang ketua bertanya dalam keadaan kagum.
"Dalam keadaan wang kau selamat, mengapa engkau tetap memberitahu apa yang engkau ada dan dimana ia disimpan?"
Maka Hadrat Abdul Qadir menjawab, "Aku sudah berjanji kepada ibuku untuk berkata benar dalam setiap keadaan sekalipun."
Mendengar jawapan tersebut, ketua perompak pun menangis dan berkata, "Aku telah memungkiri janji. Janji pada sang Pencipta. Aku mencuri, membunuh. Apakah yang akan terjadi pada aku!"
Pengikut perompak yang mendengar itu terkesima, "Engkau telah memimpin kami beberapa tahun ni kearah kemaksiatan, maka sekarang jadilah engkau pemimpin kami untuk bertaubat!"
Kesemua 60 orang perompak bertaubat dihadapan Hadrat Abdul Qadir...
Itu berkah taat pada perintah seorang ibu. Maka sebagaimana taatnya Hadrat Abdul Qadir, sebegitulah kita cuba taat. Pulang ke Malaysia adalah satu perintah. Perintah yang dijunjung!
Wallahualam..
Dzuu Haniin
Malaysia Darul Makan.
3 ulasan:
suke cter kat ats
Lupa nak tulis
Sumber
-The Secret of Secrets, Hadrat Abdul Qadir al-Jilani, interpreted by Shaykh Tosun Bayrak al-Jerrahi al-Halveti.
meaningful
Catat Ulasan