Gua baru habis baca pasal oedema(bengkak kut dalam bahasa Melayu), jadi rasa nak mempraktikkan sedikit ilmu la gamaknya. Oedema berlaku disebabkan beberapa perkara. Seperti tersumbatnya lymph vessel (saluran limpa kah?).
Bagi mengelakkan otak tersumbat dengan waham yang tidak sepatutnya, apa kata gua bantai pukul keyboard. Amacam?
Sebelum tidur, gua capai buku The Secret of Secrets. Buku ni bukan untuk dibaca. Tapi untuk dapat feel yang istimewa dari penulis buku. Feel yang tidak dapat diungkap. Alang-alang dah pegang, gua buka la. Takkan mahu pegang jer!
Buka la bab Knowledge. Sebab sekarang dalam musim peperiksaan.
Ilmu ni ada 4 peringkat. Lebih kurang macam main Pokemon!. Bila belajar ada level-level yang perlu dicapai supaya boleh evolve menjadi Pokemon yang lebih hebat.
Peringkat Pertama:
Mengetahui suatu perkara pada pandangan syarak. Samada wajib, haram, atau harus. (kalau tak silap hukum ni ada 5. tapi gua tak ingat. Yang penting tiada hukum bidaah!kah kah kah)
Peringkat Kedua:
Memahami makna tersirat disebalik setiap sesuatu. Mengapa Allah mengharamkan sesuatu dan menghalakan pula suatu yang lain.Contoh:
Mengapa babi haram? Sebab itu adalah perintah Allah. Sekalipun jika babi itu penuh dengan keburukan, jika Allah mewajibkan untuk makan babi, maka wajib makan!
(bukan tunggu hujah-hujah saintifik baru lu orang nak beriman. Beriman dengan sains kah?keh keh keh)
Peringkat Ketiga:
Makrifat! Bahagian ini gua tak reti nak tulis. Gua bagi contoh yang selalu Syeikh Rohimuddin sebut.
Beza orang tua dan orang muda adalah pada makrifat. Selalu kita dengar pesan orang tua amat berbeza dengan orang muda. Kerana orang tua itu sudah merasai sesuatu itu.
"Awang wei..Belajar molek..",
Orang tua sudah MERASAI implikasi dari malas belajar. Tapi tidak pada orang muda. Mereka hanya TAHU di otak, tapi tidak merasai di hati. Akibatnya berapa ramai orang muda yang gagal?
Dalam Quran pun ada sebut tentang penyesalan ahli neraka. Betapa kalau diberi peluang untuk kembali beribadah di dunia.
Maka orang yang 'arif, diberi makrifat sudah dapat merasai suatu perkara itu dan mampu meninggalkannya.
Peringkat Keempat:
KEBENARAN. Mereka yang mengetahui rahsia disebalik suatu rahsia. Wallahualam!
Nota Kaki:
1. Peh! Gila ilmiah entri kali ini..kah kah kah..
2. Belajar bukanlah seperti mencucuk pendrive ke lubang USB komputer!
Dzuu Haniin
Martian yang tersesat di Bumi..
4 ulasan:
besor2 pon minat pokemon agi?
hehehe..takdelah terlalu mendalam..keh keh keh
pergh..insap bace entry ni..rase mcm tak belajar ape2..
mubah, sunat
Catat Ulasan