1/06/2011

Hikayat Politik KAMBEN!

[Bismillah wal hamdulillah]

Pergunungan Alps, Switzerland.
Seekor Alpine Ibex memandang langit. Dia boleh membaca sesuatu sedang berlaku. Setiap yang terjadi pasti akan memberi perubahan pada dunia. Tidak kira siapa kita. Besar atau kecil kita. Pasti akan memberi kesan pada persekitaran kita.

"Hermo di Melaka dilanda masalah. Moga Allah membantunya."

Tangga Batu, Melaka, Malaysia.
Inginlah hamba babadkan sedikit kisah warga kambing. Walaupun pada hemat hamba tidaklah ia memberi sedikit pun manfaat kepada manusia yang kerjanya hanya menghadap buku, minum susu dan tidur.

Nama hamba Hermo. Asal dari baka kambing kacang. Kambing biasa tiada RARE, tiada keramat. Cukup dengan sejemput janggut dan tanduk sejengkal panjang.

Hidup sebagai kambing tiada yang lebih dan kurang. Makan minum disediakan. Kandang serba cukup kami syukuri. Tapi, semuanya berubah apabila datangnya seorang pengurus kandang baru, Encik Anu.

Sedarlah akan diri hamba, bahawasanya hamba hanya seekor kambing. Namun sebagai seekor kambing, hamba juga punya hak. Ya! Hak seekor kambing.

Amatlah tidak patut jika hak-hak hamba ditanggalkan. Itu namanya zalim! Berbalik kepada kisah kambing, biar hamba kisahkan kehamikan pengurus kandang hamba bersama bos besarnya.

Setelah beberapa purnama Encik Anu mengurus Kandang Seri Melaka, sudah mula beberapa rancangan untuk melakukan perubahan.

Pertama, beliau mahu menyingkirkan  Badan Kebajikan Keluarga KAMBEN dan digantikan dengan Ikatan Malun Terikat. Atas sebab BKKK(bukan JKKK) dikatakan terlibat secara lansung dengan Persatuan KAMBEN SeMalaysia.
Walhal kambing-kambing Seri Melaka teramatlah malas dalam melibatkan diri dengan persatuan. Itu yang hamba baca dari blog seorang makmum Surau Sri Melaka. Kambing perlu bijak menggunakan teknologi agar luas pemikiran.

Kemudian selari dengan itu, Encik Anu bersama Tuan Ketami (bos besar Kandang Seri Melaka) menubuhkan Kelab Serigala Comel. Mereka mengajak kambing-kambing untuk menganggotai kelab itu.

Tuan Ketami kerap berpesan supaya jangan terlibat dengan serigala. Kambing biar terus fokus kepada urusan mengKAMBENkan diri. Namun tidak semena-mena disuruh pula kami menyertai Kelab Serigala Comel. Hamba tidak tahu sekritikal mana kemalunan manusia ini. Alhamdulillah hamba dijadikan sebagai kambing.

Sudah jelas lagi bersuluh rencana Encik Anu dan Tuan Ketami dalam menghancurkan masyarakat kambing di Melaka. Agar semua kambing mempunyai kerangka pemikiran serigala.

Kambing kampung sebelah iaitu Negeri Sembilan sudah terlihat kesannya. Lansung tidak produktif. Masing-masing khayal dengan bulu-bulu serigala sehingga lupa tangungjawab sebagai seekor kambing yang berjaya.

Seekor biri-biri gemuk bertanya kepada hamba. Mengapa kambing begitu sibuk berbicara tentang politik dalam dunia kambing? Ini pekerjaan tidak dibuat seekor kambing biasa. Ini RARE!

Hamba tersenyum dan menjawab,

"Jika berpolitik membawa sifat manusia, maka saksikanlah wahai warga kambing, hamba adalah MANUSIA!"

Amatlah aib dan celaka bagi seekor kambing mengaku sebagai manusia. Kerana bebalnya sifat manusia itu. Semua makhluk malu untuk mengaku sebagai manusia!

Hambanya mampu berharap warga kambing di Melaka diselamatkan daripada bencana. Amiin...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menambahkan kekalutan. menambah perpecahan. tidak membawa apa2 solusi.

Dzuu Haniin berkata...

kah kah kah...

tak nampak solusi?memang manusia! selamat gua kambing..kah kah kah

inche/cik(kalau perempuan comel, cik yang comel..)

pantas sikit berfikir.esok datang awal...kah kah kah