1/18/2011

Bagai Makan Mandolin Tak Habis..

[Bismillah wal hamdulillah]

"Awak celaka!"

"Ok.."

Gua hanya memandang jauh. Kosong. Telinga bersumbat earphone. Bukannya aku mendengar lagu. Sengaja. Sebagai tanda tidak mahu diganggu.

"Ooo..Awak jumpa perempuan comel lain, awak tinggalkan saya."

"Haah..Oh ye. Minta maaf saya lupa bagitahu awak diawal perkenalan yang saya ni gila perempuan."

"Awak tak guna!!!"

Satu tendangan tepat di bahagian abdomen gua. Gua lupa. Awek ke 16 ni belajar Judo. Gua mengerang kesakitan. Tetapi kesakitan di hati lebih perit.

Sambil menghadap Laut Maditeranean, gua menghembus satu keluhan. Kelihatan kepulan wap keluar dari mulut. Serius sejuk!

Gua seluk poket jaket kulit. Sebatang coklat jenama Mandolin diambil. Perlahan-lahan gua kunyah. Pahit! Bukan Mandolin yang pahit. Tapi hati rasa pahit. Macam...Rasa macam makan jeruk zaitun. Hampes! tak sedap.

Perasaan bukanlah suatu yang boleh di'handle' dengan mudah. Sifat gua yang mudah terjatuh hati. Tergelungsur. Tergolek. Tersembam terhadap perempuan menyebabkan gua tidak mampu setia. Tidak mampu! Haishh..

Teman wanita gua yang pertama, sekarang merangkap kawan baik gua. Dia kata gua terlalu susah untuk dijangka. Tiba-tiba sudah berubah hati.

Teman wanita yang ketiga pula, sekarang sudah remove gua dari friend list Facebook. Dia kata gua terlalu mata keranjang. Keh keh keh..

Bak kata ustaz yang mengajar kelas Tafaquh Fiddin, tiada Ghadul Bashor..Tak menjaga pandangan!

Minggu lepas, gua baru sahaja dibelasah awek ke-16 akibat gua minta putus hubungan. Alasan yang gua bagi, jumpa makwe baru yang comel. Itu hanya alasan. Ye. Alasan.

Hakikatnya gua sudah tak sanggup lagi 'in relationship', sebab akan datang gua akan jatuh hati lagi. Bila gua mengorat, bermakna akan datang dia akan sedih dan dikecewakan.

Ermm..Bujang pun ok apa?
Rupanya sudah 10 batang Mandolin gua telan. Alhamdulillah gua peminat tegar Mandolin. Kalau gua perokok tegar? Dosa gua bertimbun siapa mahu tanggung?Bukannya kanak-kanak tidak baligh lagi..

Bekalan Mandolin nampaknya sudah habis. Kenalah beransur balik ke hotel. Perlu sambung mengarang novel yang tertangguh.

Gua berjalan pulang. Tiba-tiba bahu gua disentuh..

"Jom Kawin!.."

Erkk...

Nota Kaki:
1. Mandolin adalah sejenis dadah yang merbahaya!
2. Ini hanya kisah seekor Ascaris lambricoides yang berangan.
3. Gua search Google. Selongkar tong sampah. Tapi tak jumpa gambar Mandolin.
4. Gua dah jumpa video iklan promo Mandolin. Terima kasih Dr. Alex(Yim)
Iklan promo Mandolin
diambil dari sini


Wallahualam..
Bagai makan Mandolin tak habis..
DzuuHaniin.

18 ulasan:

beruanglegend berkata...

ada gambar mandolin
cura kau cari mandolin CADBURRY (betul ke aku eja) egypt
sebab itu aku dah berhenti makan
tetapi memang serius sedap dan murah

Dr. Alex berkata...

video promosi mandolin
http://vimeo.com/12942357

Dzuu Haniin berkata...

hoho..dah jumpa juga..nak letak la..hehe

NurAfiqahMohdGhazali berkata...

anda juga penggemar mandolin?? :))

beruanglegend berkata...

kalau bukan sebab cadburry diboikot
aku makan 6 batang dalam 20 minit
peh!

Dzuu Haniin berkata...

pikah-kadang-kadang sampai tahap ketagih..

Abul-gua tengah cuba bawa berhenti.huhu..nafsu..nafsu!hahaha

Tanpa Nama berkata...

Cadburry tak halal ke?

Dzuu Haniin berkata...

tanpa nama-bukan tak halal..tapi barang perlu diboikot..

Tanpa Nama berkata...

vochelle?

Muhammad Hazim berkata...

der,gua rase lu punye stori ni bleh buat ummi lu naik darah..kehkehkeh..

Dzuu Haniin berkata...

Tanpa nama(14:12)-gua search Google..Vochelle tu buatan Malaysia.tapi lu cuba la baca kat packaging tu. rajin-rajin membaca bungkusan coklat..

Gua pun dah bertukar arah ke Flute..mahal tapi bukan keluaran Cadburry la..

Hazim-ni bukan kisah gua der..tu sampai 16 awek..hehehe..gua seorang pun susah..keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

Nak baca apa doh kat packaging dia? Gua tak reti nak cari, sobs

Learner berkata...

Dulu masa aku tahun satu, ada Mandolin versi 0.25 genih, kecik sket drp yg available skang.
Skg sme yg versi o.5 genih je.

dan alhamdulillah harga tu maintain o.5,
tak macam gula.

Dzuu Haniin berkata...

Tanpa nama-ermm..tengokla vochelle tu buatan mana. bukan keluaran syarikat yang perlu diboikot. seperti Nestle ke..Cadburry ke..

Abang Iwan-kalau mandolin naik harga macam gula..memang naik darah!hehe..

Norashikin Abdullah berkata...

datt lg sedap..nuss je

Dzuu Haniin berkata...

datt tu apa?

Tanpa Nama berkata...

flute tu jenama galaxy,semua coklat galaxy ade E476-bnda tu syubhah,klau buat ngan lmk lmbu takpe tp klau buat ngan lmk pig..haram..tu yg syubhah tu sbb x tau buat ngan lmk ape..dia xde la tulis plak

saje nak kongsi,sbb ana syubhah dgn bnda tu,tp ikutlah korang nak brpegang dgn yg mana,sbb kwn ana dia mkn je walaupun ana bgtau, sbb dia yakin..:)so ikut la yg mana korg yakin..

Dzuu Haniin berkata...

flute buatan mesir..i'Allah..keh keh keh