[Bismillah wal hamdulillah]
Pedalaman Sarawak: 12.30 malam
Aku bingkas bangun dari perbaringan. Aku memandang wanita di sebelah ku dengan penuh kasih sayang. Sudah 40 tahun kami bersama. Perlahan-lahan aku meninggalkan katil. Maafkan abang, selama ini segalanya kita kongsi bersama. Tapi kali ini biar abang seorang yang menanggung semuanya. Aku harus segera tiba di Tokyo sebelum subuh. Misi penting yang harus dilaksanakan. Semua hanya untukmu!
############################################################
Masa yang diambil jika mengambil penerbangan biasa adalah lebih kurang 7 jam. Tapi dengan berkat rezeki kurniaan Allah, aku punya pesawat penerbangan peribadi. Ia lebih menjimatkan masa. Tuntutan sebagai pakar Neurosurgeri dan Mudir Pusat Pengajian al-Aman memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang tinggi. Segala kemudahan ini bukanlah untuk menunjukkan kemewahan dan kekayaan aku. Tidak lain tidak bukan semuanya untuk kebajikan ummah.
Pernah suatu ketika, Makcik Jenab jiran kami jatuh sakit. Beliau seorang yang cukup zuhud walaupun harta beliau cukup untuk makan 7 keturunan. Beliau masih mengguna Proton Perdana keluaran 2010!
Pada ketika ini kawasan Kapit, Sarawak sudah sibuk seperti Kuala Lumpur zaman tuan-tuan. Sesaknya bukan main congkak. Jadi dengan bantuan pesawat peribadi aku, segera menghantar beliau untuk dirawat di German.
Mahu dicerita segala kebaikan diri ini, amatlah tidak enak. Bukan seperti makan budu, busuk-busuk tetap masuk ke mulut.[rasanya ada kaitan kah?]
Harajuku, Jepun: 8.30 pagi
Di hadapan sebuah kedai. Terpampang tulisan Jepun '
アニメの世界'. Aku segera mengetuk pintu kedai tersebut. Muncul seorang lelaki dalam lingkungan 50-an. Kami saling memberi tunduk hormat, tersenyum dan terus memeluk satu sama lain.
"Uruhara-san, bagaimana barang yang saya pesan?"
"Tenang Anas-sama..Semuanya ditanggung beres!" tekan Encik Uruhara.
Beliau merupakan kenalan lama ketika bekerja di Jepun. Ikatan ini terbina selepas aku menyelamatkan isteri beliau yang cedera pada bahagian otak akibat dipukul oleh musuhnya, satu kumpulan yakuza. Selepas insiden itu, Uruhara-san terus meninggalkan arena gelap itu. Aku menjemput beliau untuk mencari perlindungan di Malaysia. Maka bermulalah titik persaudaraan dan semakin erat selepas beliau mengucap kalimah suci dan tinggi di hadapan saya.
Uruhara segera ke bahagian belakang kedai, sambil isteri beliau Yoruichi menghidang teh kepada ku.
"Jemput minum Anas-sama.."
"Arigato gozaimasu.."
Urahara Kisuke terus menghadap aku dan menyerahkan satu bungkusan berwarna hitam. Aku tersenyum puas.
'Segalanya akan selesai dengan ini!' monolog hatiku..
Setelah berbual dan bertanya khabar. Aku segera memohon untuk pulang. Tugas-tugas di Malaysia masih banyak yang perlu di selesaikan..
Sarawak : 12.30 malam
Nampaknya bulan dan bintang tampak ceria malam ini. Tapi malam ini mungkin malam terakhir. Saat ajal itu menjelma tiada siapa yang tahu. Diakhir usia, sambil menikmati segala nikmat Allah. Bersyukur atas kesyukuran.
Kedengaran derap kaki dari arah belakang. Aku segera menjeling. Subhanallah wal hamdulillah. Aku tersenyum.Terima kasih Allah atas kurniaan ini.
"Abang buat apa duduk di luar ni..nanti demam siapa yang susah? Kena beli vitagen pula nanti.."sambil dia menyelimuti aku dengan selimut dari bulu biri-biri buatan tangan Kashmir. Bumi Islam yang sudah merdeka. Bebas fizikal dan rohaninya.
"Abang tak kisah pun demam..Awak kan ada?"
Aku menariknya ke ribaan ku. Aku menilik mukanya dan merenung dalam ke matanya. Dari dulu hingga sekarang tiada yang berubah. Alhamdulilllah..Terima kasih Allah.
"Nah..khas untuk awak." aku memberi barang yang bersampul hitam itu kepada isteriku. Itulah hasrat terakhir aku...
"Apa ni? Jangan kata vitagen pula.." Perlahan-lahan dia membuka sampul itu.
Berubah riak wajahnya. Kerut di dahi yang sedia ada semakin bertambah. Matanya membulat seperti burung hantu. Aku hanya gelak kecil melihat reaksinya.
"Wah! Biar betul ni bang?Abang pasti ke ni?" tanya isteri tercintaku.
"Ye..Ambil lah."
"Wahhh!! Figura Kurosaki Ichigo!! Terima kasih abang..Sayang abang!!" dia memeluk erat aku. Saat ini aku tak tahu dia ikhlas ke tidak menyayangi aku...hahaha..
Adakah ini satu trankuiliti? malam 2 September 2060..Selamat malam semua!